Jangan saya tertampi-tampi
Kalau sudi katakan sudi
Jangan saya ternanti-nanti
Dari Pilah ke Sri Menanti
Anak Cina bermain simbang
Hajat saya datang kemari
Hendak menyunting bunga yang kembang
Bunga kami banyak cacatnya
intan kami banyak retaknya
entah kami tersalah didik
entah kami tersalah simpan
entah kami tersalah minat
jangan manjadi cacat dengan cela
jangan menjadi umpat dengan keji
Adapun cincin sebentuk ini sudahlah saya pegang
kok air belumlah bulat
kok adat belum muafakat
kok adat belum beratur
cincin sebentuk menanya emak ayah
nanti kalau ada oso sekata, kata kembalikan
kalau tak osao sekata, benda saya kembalikan
pada hari nan sehari ini
saya orang semenda pergi kerana disuruh
Makan sirih berpinang tidak
Pinang datang dari Melako;
Makan sirih mengoyangkan tidak
Togah dek menyombahkan kato pesako
Bukan lebah sebarang lobah
Lobah bersarang dipohon nangko
Bukan sombah sebarang sombah
sombah adat yo pesako....
Nota:
majlis pertunangan adik saya setahun yang lalu ...lama bangat ya ... saya terlalu sibuk utk mengup-date...majlis perkahwinan akan dilakukan setahun dari sekarang....