Saturday, May 29, 2010

duduk bersama


sesautu yang amat menyenangkan apabila keluarga dan rakan rakan datang bertandang...

rumah terasa meriah dengan gelak dan suara kanak kanak ...

moga moga dihari cuti cuti begini kita dapat mengeratkan silaturahim sesama sendiri .. agar tali tali allah tidak akan terputus ...

Thursday, May 27, 2010

MAWARKU..




Dikala Mawar Kuning dan Mawar Merah bertarung menegakkan keadilan .. mereka seakan terlupa akan kehadiran Mawar PUTIH .. mawar yang ingin kan kedamaian dan kehormonian..

semoga mawar mawar ku akan menjadi putih semua ...

Wednesday, May 26, 2010

MERAPI KEHIDUPAN


Bukan sesautu yang mudah untuk merapi kehidupan kita. Memperbetulkan dan merapi kan orang di sekeliling kita amat mudah akan tetapi cuma kita lihat bagaimana pula kita merapikan dan memanjakan diri kita sendiri.
dua tahun saya melupakan untuk merapikan diri saya sendiri dan kini saya didalam proses membersihkan segalanya ..terutama kertas kertas yang tidak diperlukan, memfailkan semua bil bil yang menimbum ya almaklumlah sudah 2 ke 3 tahun .. hoooo... itu pun saya tidak boleh buat secara serentak .. mana punya masa yang banyak ... atau kadang kala saya memikirkan yang saya juga perlu seorang PA separuh masa .. huuuu
huhuuu dan saya juga berharap saya satu hari nanti saya punya bilik kerja yang sebegini : - My Craft Room

Cuba untuk rasa bersyukur dengan apa yang telah diberi kan kepada saya... minggu nie badan rasa sungguh sungguh amat tidak selesa .. setiap sendi merasa tegang... dan jiwa menjadi terlalu sensitif.
Ah banyak banyak berzikir dan bersabar dengan segala dugaan yang datang- kata hati kecil memujuk diri dan terimalah dugaan dengan senyuman kerana mungkin ramai di luar sana lebih dasyat dugaan yang datang menimpa.


dan saya memanjakan diri dengan kelopak mawar putih ... nikmatnya tidak terhingga..

Friday, May 21, 2010

PESTA RAKYAT


wahhhh doremon, spanbox sudah masuk kekampung .. bila nak jual wau dan layang layang ... pasti inidah bermain layang layang di padang bola setiap petang kan...



PESTA RAKYAT .. telah menjadi tradisi rakyat malayisa tak kira di kota mahupun didesa, pasar malam, pasar tani akan menjadi tumpuaan rakyat untuk membeli barang barang keperluaan ... kalau tidak pun saja jalan jalan dan cuci mata... jika balik ke port dickson saya akan menghadirikan diri di pasar malam .. ketika itulah kami berjumpa dengan rakan rakan lama, jiran jiran dan bertukar tukar gossip semasa.. siapa yang telah meninggal dunia , siapa yang kawin dan siapa pula yang telah bercerai ..


Pasar malam , pasar minggu atau pun pasar tani telah menjadi satu budaya malaysia... jika mahu melihat rakyat setempat, sosial budaya mereka .. pergi lah ke pasar pasar begini .. disini lah kita dapat melihat bagai mana rakyat itu berdiri .. apa yang mereka beli, makan dan kesuakaan mereka... disitu lah juga kita boleh melihat siapa yang menjadi pembeli dan penjual ..

Sunday, May 16, 2010

TAMAN ABADI


Di taman Abadi ini
Kau disemadikan
Bersama pepohan kemoja
amanlah dikau menunggu
Hari kebangkitan nanti

Disini hilang sudah segala duka dan nestapa
Amalan dan iman menjadi bekalan
Tinggal isteri dan waris
Tinggal pangkat dan harta

Yang menjai bekalan
Doa dan amalan ..

Buat semua yang telah pergi ke Taman Abadi


Tanah perkuburan
Sg Tua, Gombak
150510

DAMAI LAH KAU DITAMAN BAHAGIA



Kira kira jam 7.30 malam (15-05-2010) kami mendapat sms bahawa sahabat kami telah tiada. Suami benar benar rasa terpukul dengan berita tersebut .. mana tidak nya Naloi cuma berumur 38tahun tak pula kami dengar sakit mahupun demam. Suami agak ralat kerana kami tidak berjumpa beliau hampir 4 tahun .. ya suami ada menelephon bertanya kabar akan tetapi amat sukar untuk berjumpa secara peribadi ... mungkin kerana dia agak sibuk dan begitu juga suami saya ... maka hubungan itu terhenti begitu saja ..
Malam tadi kami ke rumah beliau melihat keadaan keluarga dan jenazah beliau , pagi tadi kami menghantar beliau ke taman bahagia untuk selama lamanya .. dan kalau diizin kan allah kami akan berjumpa di hari perhitungan kelak... Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 anak yang masih kecil - tidak mengerti akan kehilangan dan impak setiadaan tiang seri rumah tangga. ohhhh tuhan tabah kan hati anak anak kecil ini ..
Kami mengenali Naloi dari beliau bujang .. kami lah orang pertama yang mengetahui beliau telah bercinta, menjadi pemengang dulang hataran ketika bertunang dan suami menjadi pengapit kepada beliau ketika beliau berkahwin .. suami lah orang yang menjadi penguat semagat ketika beliau kecut perut untuk melafazkan nikah dan tidak kami sangka hari ini kami juga menghantar beliau ke taman bahagia untuk kali terakhir ...

Tuhan, moga moga kau tabahkan hati isteri dan anak anaknya untuk menghadapi hari hari esok yang penuh dengan ujian .. dan Tuhan moga moga beliau akan tergolong didalam golongan orang orang yang engkau kasihkan...


Baca : Harian Metro

Friday, May 14, 2010

Gadis Penjual Bunga

gadis penjual bunga

Setiap kali sang bulan penuh di malam jumaat saya akan ke gua batu untuk membeli sedikit bunga bungaan untuk dibuat mandian ... telah menjadi tradisi saya bermandi limau / bunga pada malam kilwon .. dan ini dia gadis yang sering memilih melur, limau purut, sirih, air mawar dan sitok untuk saya ...

Wednesday, May 12, 2010

baby ke klinik


muka baby yang penuh dengan kurap ...





jarang benar baby sakit .. selalunya kalau bergaduh di kampung luka luka di badan baby akan pulih secara semula jadi ... paling kuat akan ku letakkan minyak gamat untuk menyembuhkan luka luka.




baby didlm pelukan cet det ..

Ini kali pertama baby berjumpa dng tuan docktor ... kudis di kaki dan kurap di muka telah diubati ... semoga baby comel dan gagah semula

Tuesday, May 11, 2010

selamat hari ibu

Saya tidak pernah menyambut perayaan HARI IBU. mungkin kerana saya sudah tidak mempunyai ibu dan saya juga bukan seorang ibu menjadikan saya tidak peka dengan perayaan ini.

Tetapi secara kebetulan Ahad yang lalu saya pulang kekampung suami dan kami sama sama bersama ibu beliau ... ya orang kampung mana lah tahu akan perayaan ini. Ibu suami saya tidak banyak kerenah ... cuma yang dipinta agar kami selalu pulang kekampung tidak kira apa jua perayaaan .. dia cuma ingin dekat dengan anak anak nya dikala tuanya. Tidak payah untuk membawa beliau ke kedai makan yang mahal mahal ataupun membeli baju yang beratus ribu .. yang cuma diingini masak dirumah, bercerita tentang ayam itik dan pokok sudah membuat beliau bahagia ... hidup ini mudah tetapi kita yang sering meyukarkan kehidupan kita ya...

Dan dia akan meyembelih seekor ayam kampung buat kami tanda kasih dan sayang ... sesuatu yang amat sukar untuk mendapat kan ayam kampung di kota batu ini .. dan mengirup kuah lomak dari kelapa yang dituai sendiri memaniskan lagi kehidupan kami sekeluarga ..

Semoga kita semua mendapat keberkataan kasih seorang ibu ...

Thursday, May 06, 2010

KERETA LEMBU


Kereta Lembu Rodanya Dua
Jalan nyer tak Laju Sejam Sebatu ...

Kerbau dan saya seakan sebati ... Lahir pada tahun Kerbau, kerja juga seperti kerbau, berdarah minang kerbau adalah bintang yang tidak boleh ditukar ganti...

Saturday, May 01, 2010

DIKAMPUNG PUTAR ALAM

Hj Malon ketua kampung di kampung seputar alam. Di kampung ini penduduknyer suka benar membeli kereta, bukan sebijik ada yang sampai 10 bijik .. ada kereta tuan punya tanah, ada kereta orang sewa tanah, ada kereta orang sewa tanah punya boss. Kira kira berbagai bagai jenis kereta boleh di lihat dikampung putar sealam. tak payah pi kedai kereta jalan jalan pusing pusing kampung boleh dah tengok kereta mana yang berkenanan dihati.

Tiba tiba datang seruaan dari kerajaan mengatakan tapak tapak kereta akan disewa..maka berbolon bolon lah warga kampung seputar alam ketakutan .. takut tak dapat parking kereta ... takut kereta mereka tak berbumbung nanti kena hujan dan paneh.. nanti takut ada yang merompak kereta mereka ... ada pula yang lebih advance cita rasa mereka takut kalau sedara mara datang entah setahun entah kan tidak, mana nak parking kereta , anak tiri datang mana nak letak kereta , sepupu sepapat datang mana pula nak di letakkan kereta walaupun cuma 15min datang melawat, mereka pun mahu memohon tapak kedua ketiga kalau boleh 100 - warga putar alam memang tamak tak .. mungkin 5 tahun lagi boleh sewa tangan atas tangan ... ramai juga warga yang tidak bekerja tetap, berniaga atas kayang maka sudah nampak lobang lobang duit dari kampung putar alam ... maka kecoh lah warga warga pening lalat duduk berbincang ...

yang paling ketakutan ketua kampung itu sendiri ... Pak Malon pun berniaga juga ... menyewa kan tanah kepada gadis gadis cun yang kaya raya yang dan jika tidak dapat tapak kereta pasti sewanya ditinggalkan.. buapak buapak yang membuka kampung satu ketika dahulu tak setuju cara pak malon yang ingin engkar arahan raja.. maka pak malon pun mencari kuncu baru :- seorang arab , seorang jawo dan seorang minang untuk berlawan dengan buapak buapak nyer ... ala ala one malaysia lah .. tetapi semua ada kepentingan sendiri wang wang wang sudah nampak didepan mata, balai raya , tapak parking, projek baik pulih , kebun sampai penjabat pengurusan boleh anak bini bekerja sama .. kroni yang pasti .. wang akan datang ... maka pak malaon mengeluarkan dana dan kuncu mereka mula memasang canang ... yang tak pernah ambil tahu dan tahu ala kadar mula merasa kampung sudah tergugat...maka kecoh dalam gelap .. bagai kan orang buta diberi lampu suluh.

Maka warga kampung seputar alam pun bermusyakarah lah, ada di secara haram ada halal surat layang sudah bertaburan .. ada yang tidak setuju mengapa Pak Mail kitab buruk mendapat 6 parkng lot, mengapa buapak pak mail pula dapat depan pejabat pos berbumbung ada pulak yang berkidmat dengan kerajaan (Jabatan Masyarkat Budiman - JMB) boleh dapat 3 lot sedang kan anak baru berumur 15 tahun. mana pula pergi wang pungutan tapak , dewan dan bulan dimakan buapak .. hahahahah ... hahahah . Mereka ibarat orang ingin berperang tidak membawa senjata... mencari didalam terang ... Warga kampung terlupa membaca sejarah siapa yang membuka kampung, siapa yang menjadi duri dalam daging dan siapa pula menjadi gunting dalam lipatan ... terlupa mereka tapak kereta itu dianjugerahkan oleh raja atas jasa jasa berkhidmat mereka ...

Bagi warga kampung yang merasa kan mereka warga kelas ke 3 mula menunjukkan belang .. bertidak balas ... ingin hak yang sama rata ... one kampung kononnya ...mereka terlupa penyewa tanah tetap penyewa tanah... orang yang berhutang dengan balai kampung tidak boleh mengundi dan bersuara .. Warga kelas 3 mula bersetongkol dengan penduduk yang tak tahu apa apa atau ada yang pernah ada masalah dengan kuncu kuncu pak mail ...

tertidas dan yang ingin menjadi juara mula meranmencanang kan itu dan ini .. warga yang tidak tahu ujung dan pangkal mula membuat berbagai andiaan ... sehingga kalau dulu susah senang, menagis ketawa bersama membuka kampung seputar alam , balak ditebang bersama sama kini hanya kerana untuk meletakkan kereta yang tidak bernyawa mereka sudah sanggup mengeluarkan surat layang pak belalang ... semuanya salah dan bermasam muka ..

Pak malon sudah dapat 6 parking sudah tamat perjuangaan nya maka lari lah diri ke Sarawak untuk bermain dengan cucu yang entah halal atau haram ... kampung menjadi kecoh hingga kawan bermasam , lawan bertepuk tangan ...

tapi kini yang atas pagar sudah nampak sama kawan dan siapa suka makan talam ....