Monday, June 28, 2004

BIRU


10 sebab kenapa aku nak rumah baru aku berwarna biru…..

1… aku tinggal 19 tahun di tepi laut (laut berwarna biru)
2… di kota ini pula aku suka tempat tinggi bukan kerana kehijauannya tetapi kerana aku ingin dekat dng langit mengantikan laut yg lama kutinggalkan
3… warna rasmi ketika aku berkahwin (baju, hantaran, bunga telur bla bla bla …)
4… batu permata yg paling aku sayang & paling mahal dlm simpanan pun warnanya BIRU
4… arwah ibu pun suka warna biru….
5… rumah yg aku duduki sekarang nie pun berwarna biru (bukan aku yg cat pemaju yg cat warna tu)
6… dapur & pekasaan masakan semua nyer biru dan steel (tanpa aku sedari jua)
7… aku banyak beli baju warna biru (tanpa aku sedari jua…)
8… Microsoft pun blue juak kan???? Aku suka baca blog yg warna temanya biru….
9… aku suka tengok cerita BLUE
10.. memang dari dulu org cakap otak aku pun BLUE hehheeh

Rupanya tidak kusedari BIRU terlalu dekat dng jiwaku….

p/s: ko ada hijau aku ada biru / ko ada hutan aku ada laut / ko ada gunung aku ada langit / ko ada tasik aku ada pulau / ko makan ikan sepat aku makan ikan todak / malam ko disimpah bulan aku mengira bintang / kita serupa ke mas?? Tidak …ko menang ko redup aku terik…paneh bedeking…

Saturday, June 26, 2004

W A R N A H I D U P K U

Aku suruh Mas tolong bina rumah aku sebab aku dah jemu kat rumah lama tapi aku bukan arkitek..Mas lebih pakar dari aku dlm hal bina rumah nie… Betul kan Mas? Dia tanya aku suka warna apa, kat mana aku nak bina rumah tu, macam mana suasananya? Aku tak tahu nak jawap.. Aku cuma cakap dng Mas aku nak rumah aku berjiwa Minang..itu je yg aku tahu.

Mas pun catlah rumah aku merah, hitam dan emas…aku tahu kenapa Mas pilih warna itu, merah tanda berani kerana org Minang memang berdarah pahlawan, hitam tanda panji-panji jihad (Imam Mahadi akan membawa panji hitam dari timur) dan warna emas kerana kekayaan …

Kesihan pulak aku tengok Mas, penat betul dia cat rumah aku …bukan itu saja dia tanam pokok kelapa disekitarnya melambai-lambai ditiup bayu dari gunung di tepi danau Kerinci ….Tapi maaf kan aku Mas aku tahu kau penat …tapi aku tak suka rumah itu …bukan kerana tak cantik (cantik sangat) tapi bila aku lihat rumah yg telah engko bina itu aku pasti sedih ….aku tak nak duduk dalam rumah yg menyedihkan …..

Lama aku cari apa yg aku nak, semua rumah aku dah pergi menjengok akhirnya aku tahu apa yg aku nak, sebenarnya warna itu telah lama bersama dng aku tetapi aku tidak menyedari kehadirannya…Biasalah Mas selalunya benda yg berada dekat dng kita tidak akan diendahkan kehadirannya….

BIRU itulah warna aku Mas !!! Boleh….? Mungkin kau akan tanya aku kenapa BIRU???


Friday, June 25, 2004

SEDIKIT ILMU utk dikongsi

Ohhh sekarang saya dah pergi belajar pondok setiap hari isnin dan yg best nyer ia percuma (free education ) , ustaznya muda lagi (dari universiti al-azhar ) mungkin sebaya dng saya tapi ilmunya …terasa ceteknya ilmu saya apabila berdiskusi dng beliau…ingin saya kongsi beberapa ilmu bersama anda semua ….

::Semut

Bila hidup ok, no problem tapi kalau semut mati barulah ianya menjadi najis yg boleh membatalkan sembahyang kita….contoh kalau kita tengok semut diatas telekong kita dan kita picit dia sehingga mati…batal lah air sembahyang kita…tetapi jika semut tersebut dibiarkan saja bermain-main di telekong kita …ianya sah….

::Lalat/lipas/nyamuk

Jika kita ambil air sembahyang ada lalat mati didlm kolah (lebih 2 kolah), air kolah masih suci dan boleh digunakan utk mengambil air sembahyang (dng syarat tidak berubah warna & bau air tersebut) tetapi jika kita dng sengaja memasukkan lalat walaupun seekor air tersebut tidak suci lagi utk mandi atau mengambil air sembahyang walaupun air & bau nya tidak berubah …..

::Azan

tidak wajib menjawab azan didlm radio, tv ataupun corong pembesar suara….yg wajid dijawab pabila kita mendengar suara manusia saja…(pelik kan)

::Gambar Lucah dlm internat/Muzik

Tidak haram jika ianya tidak mendatangkan nafsu & melalaikan tanggungjawab kepada Allah (lagi pelik…manusia mana yg tak ada nafsu???) itulah yg sebenarnya membezakan insan & manusia (mawas)

::Bulu binatang

Apa cara pun bulu binatang adalah haram (walaupun binatang itu halal) tetapi kulit binantang selepas disamak adalah halal keculi kulit babi & anjing…contoh kulit biri-biri setelah disamak halal digunakan utk membuat kasut akan tetapi bulu biri-biri walaupun telah disamak haram dibuat baju atapun karpet …..ohhhh tidak dirumah saya ada 2 karpet bulu biri-biri dan nasib saya tak beli furrr kot..

::EMAS

Emas boleh digunakan sebagai barang perhiasan bagi kaum wanita sahaja (haram utk lelaki)…emas boleh di simpan utk dijadikan wang tetapi haram bila emas, perak dibuat sebagai cawan, mangkuk, sudu, kerusi, meja walaupun hanya disadurkan (glod plated) kecuali dalam keadaan darurat dimana ada penyakit yg memerlukan kita memimum didlm cawan emas (sakit sopak…)

Monday, June 21, 2004

HIDUP KU

:: Ada masanya aku suka berteman / Ada masanya aku suka bersendiri / Ada masanya aku suka berjalan / Ada masanya aku suka berehat /Ada masanya engkau suka berteman / Ada masanya engkau suka bersendiri / Ada masanya engkau suka berjalan / Ada masanya engkau suka apa yg ku suka [dengar] ::

Seperti lirik diatas, begitulah kehidupan aku sekarang ini dan yg pastinya sehingga ke hari ini aku bahagia tetapi esok lusa tak siapa yg akan tahu

:: Hidup dan nasib roller koster/ Sudah dan senang bersilih ganti / bila-bila boleh naik dan turun/ Apa nak jadi akan terjadi ::
Dulu aku takut utk berkahwin..takut pada tanggungjawap sebagai seorang isteri, takut kepada peraturaan yg tidak bertulis..takut pada masa depan yg tidak menentu …sehinggakan aku hampir memutuskan tali pertunangaan atas alasan tidak mahu terikat…

Selepas berkahwin baru aku dapat merasai apa itu kehidupan dalam erti kata sebenar, semasa anak dara kehidupanku penuh dng peraturan dan larangan, tidak boleh balik lewat, tidak boleh membuat keputusan sendiri tetapi setelah bergelar isteri aku semacam bebas utk melakukan semua apa yg aku ingin kan sebagai contoh tidak perlu bertanya dan bersoal jawap apa yg ingin aku beli, bagaimana hendak menghias rumah dan jika terasa ingin ke A&W di KTM pukul 3 pagi tiada siapa yg melarang, itulah nikmatnya sebuah perkahwinan dan jika aku tahu betapa bahagianya menjadi seorang isteri pasti aku bernikah lebih awal lagi…..

Sunday, June 13, 2004

HIDUP INI





Hidup bagai Bunga Api
cantik dipandang
dipegang jangan













::
Bila membaca luahan hatinya [:: RESET CPU hidup ::], aku termenung seketika, perlukah aku melakukan benda yg sama iaitu meng “reset” kehidupan agar ia beracuan seperti yg aku impikan selama ini.

Aku akui, aku membuat terlalu banyak kesilapan, kegagalan demi kegagalan berkunjung tiba …harga diri hilang entah kemana …diri terasa hina ..tapi aku terpaksa menelan segalanya dng tabah kerana itulah harga sebuah kehidupan…bak kata sahabat aku perlu belajar melalui kesilapan dan kadang kala kesilapan yg kita lakukan terlalu mahal harganya.

Tetapi hari ini setelah aku menoleh ke belakang melihat kehidupan yg telah aku lalui 30 tahun yg lalu, aku bangga dng apa yg aku kecapi hari ini…pengalaman yg lalu menjadikan aku memandang dari sudut yg berbeza dan kini aku masih melawan arus utk mencapai impian ku dan walau aku masih melakukan kesilapan tetapi aku tetap akan belajar dari kehidupan ini kerana ia adalah proses kedewasaan …

Kepada mu sahabat ku telanlah yang segala kepahitan kehidupan itu kerena ia adalah ubat yg paling mujarab menuju ke mercu jaya.

Friday, June 11, 2004

KASIH KITA



Sayang….
Kasih kita, sampai ke mati
Kasih mu, sampai ke syurga
Kasih ku, entah dimana?








::
Sudah 2 minggu demam tak kebah-kebah lagi, sakit menanggungnya tuhan saja yg tahu dan aku sekarang didalam proses meng “over-all” tubuh badan ini atau lebih mudah semacam membuat “car maintenace”…

Pabila sakit berkunjung perlu ada semangat yg kuat terutama bagi yg keseorangan…walaupun sakit, tugas harian perlu diberaskan, masih perlu pergi kerja, masih perlu memasak utk suami dan masih perlu mengemas rumah…kekadang diwaktu ini teringat masakan ibu…walaupun cuma bubur nasi kosong ia tetap menyelerakan & menyegarkan....tapi apakan daya ianya Cuma mimpi yg tak akan menjelma kembali kerana mereka telah tiada disini lagi…

Thursday, June 10, 2004


Tanpa mengenal jemu
menganyam rapi
jerami dan rumput
mencipta rumah tempat berlindung
membina bilik tempat berteduh
dari hujan dan ribut
yg sering merempuh

Tubuhmu yg kerdil nie
tabah meredah angin
dan terik mentari
menjelajah dari setiap padang
kembali membawa
harta

Kau
rajin dan tekun mencipta
mengajar kami
erti kebernaian
utk sebuah kejayaan
tentang usaha
dan ketabahan.

Wednesday, June 09, 2004

kelemahan masing-masing

seorang sahabat pernah mengatakan aku nie perkauman, sukar mempercayai org...bagi diri ku pula apa salahnya kita mengetahui latar belakang sesautu kelompak agar kita dapat berjaga-jaga dihari kemudian...

::ORG MELAKA

ohhhh...mereka sangat unik, tak kira melayu, cina mahupun serani perangai mereka seakan sama.....banyak mulut..suka bercerita yg sensasi dan kadang-kadang menguris hati org lain..kalau tak percaya tanyalah mereka...tapi masyarakat melaka kebanyakan rumah mereka bersih dan teratur...tak kira dimana kebersihan tip top...

::ORG NEGERI SEMBILAN / PAHANG
Ramai yg takut pompan n9, entah kenapa pun tak tahu tapi memang betul...di negeri sembilan pompannya lebih queen kontrol...mungkin sebab mereka dah diajar begitu tapi yg tak tahan kena dengar cakap mereka 100%...tu yg tak larat tu ..kalau betul tak pe....

Lelaki N9 kebanyakan yg saya jumpa sangat baik...mereka lebih independant berbanding lelaki di negeri lain ...mungkin mereka telah diajar merantau dari kecik dan mereka lebih amanah kerena nilai ini telah diterapkan bahawa anak lelaki perlu menjaga kak ataupun adik perempuan....oh ya org lelaki mereka kurang berpoligami...kalau isteri tak ada mereka boleh tinggal seorang diri....yg pasti mereka adalah joker in M'sia...senyum kambing pun boleh buek kita tergelak...

Orang Pahang memang suka kepada kebesaranannnn semua nak besar...kereta nak terbesar, rumah terbesar, negeri terbesar, sungai terbesar, gunung tertingg, bini terbanyak...suka kepada glomour dan sensasi....sayang negeri dah terlepas kat cina...sampai dah ada TENGKU WONG...anugerah dato terbanyak....

::ORG PERAK
Biar bergaya asalkan papa...itu moto hidup dia org ...makan bercengking tak pe tapi mesti ada kereta atau baju cantik...mungkin mereka ingat dng kereta mereka boleh kawin dng anak raja kot....mungkin tu pasal banyak tanah di perak tergadai dek cina

::KEDAH / PERLIS
Cara bahasa mereka sangat kasar dan menjerit-jerit...sangat ego dan hidung tinggi..mungkin mereka merasakan mereka berasal dari golongan bangsawan...tetapi tuhan tak pandang pada darah tuhan pandang pada amalan...

::KELANTAN / TERENGGANU
Sangat berjiwa perkauman (ada bagusnyer) sampai cina tak boleh masuk...tetapi mereka ini lembut gigi dari lidah ..mereka sanggup membodek kalau nak sesuatu dari kita tetapi jika kita tidak punya apa-apa bayang pun mereka tak jeling....

Org kelatan sangat pengotor (sedang kan islam sendiri menyuruh umatnya bersih) tak kira wanitanyer atau lelakinyer...harap muka je cantik tapi ya allah kalau tengok rumah mereka...sungguh menakutkan....wanita kelantan juga tak pandai memasak...hehhhehehe

::JOHOR/SELANGOR/JAWA
Nie yg susah nak cakap nie...tapi semua pengalaman aku dng org jawa tak semesra dng warga melayu yg lain ...hanya apa yg aku boleh katakan disini aku memang tak ngam dng org jawa ..tak tahu kenapa ...bagi aku org jawa ada 2 muka ..tak tahu muka yg mana dia tunjuk kan kat kita....semua yg mereka lakukan ada udang sebalik mee...sejarah telah membukitkan yg melayu jatuh kerana bangsa jawa....hati org jawa sangat keras...dikelompok bangsa melayu org jawa lah yg paling liat utk diislamkan...allah terpaksa menurunkan 9 wali ke Tanah Jawa yg power-power utk mengislamkan bangsa ini...begitu liat & tebalnya hati mereka terhadap hindu..walaupun sudah memeluk islam mereka masih ingin memerintah nusantara...pabila bangsa asing masuk ke nusantara org jawalah yg membocorkan segalanya kepada belanda, britih & lain-lain kerana mereka berangapan bangsa asing akan memberi mereka menjadi raja...tetapi harapan tinggal harapan...mereka masih tak puas hati ..ketika indonesia menuntut kemeredekaan mereka menipu sekali lagi ...bangsa minang menolong mereka ...bangsa minang/sumatera lah yg mengeluarkan segala emas utk membeli kapal terbang tetapi bangsa jawa lupa pada janji merek....mereka menolak islam tetapi meraka menjadikan indonesia sebagai negara yg tidak menjunjung islam sebaliknya menjunjung RUKUN NEGARA ....apa yg dapat saya katakan disini berhati-hatilah dng org jawa kerena mereka DURI dalam Daging kepada bangsa melayu amnya.....

Friday, June 04, 2004

SUMMER IN MALAYSIA

Siapa kata disini tak ada musim bunga macam di barat...apa yg perlu kita lakukan cumalah memerhatikan sekeliling kita dah kita dapat lihat hutan kita berubah warna..bunga berkembangan mekar dan pokok buah mengeluarkan bunga....