Tuesday, May 31, 2005

MENGAPA SAYA TIDAK MENGSMS – AF3

Saya hanya akan menonton tetapi tidak mengundi … apa perlunya saya mengundi … saya tidak perlukan hiburan berbayar … kenapa saya perlu bayar sedang kan saya telah membayar duit kepada ASTRO setiap bulan… kenapa saya perlu mengundi kerana saya tahu pelajar nyer sudah dipilih atas nama kroni family mereka … juaranya pun telah ditentukan … dan banyak lagi … apa apa pun saya tidak mahu mengulas tentang AF kerana saya tidak mahu mempopularkan mereka secara percuma … kepada sahabat saya …. KITA BOIKOT SEMUA YANG BERKAITAN DNG SMS DI TV tak kira tv3 ka, RTM ka mahupun ASTRO . kerana kita akan memudahkan hidup mereka ... dan kita akan mengkaya kan orang yang telah kaya …

SUKARNYA

Sudah lama saya tidak melakar … jiwa saya masih tidak pulih sepenuhnya. Saya masih didalam keadaan yang meresahkan tetapi keadaan bertambah baik. (itulah harapan saya). Kata rakan “HIDUP INI PERJUANGAAN”.. hidup tanpa berjuang sama lah seperti lauk tanpa garam, tawar semacam … tak melekat hingga ke hati.

Saya reda dengan segalanya kerana saya telah mengutip berbagai pelajaran … ianya menajar saya erti kehidupan, erti persahabatan, erti kasih sayang dan erti musuh dalam selimut…dan ianya membuat saya bertambah matang.

Ketika saya menempuh badai … rakan-rakan yang paling banyak membantu menaikkan semangat saya.. kerana mereka saya melangkah dengan lebih gagah tanpa menoleh kebelakangan. Terimakasih kepada renee, mas dan ros … anda adalah panglima saya … tanpa anda pasti saya masih teraba-raba.

Tetapi kini saya mengerti tentang nilai kehidupan… betapa sukarnya utk menjadi menantu yang baik… betapa sukarnya utk menjadi seorang suami yang adil kepada isteri dan ibu nya dan betapa sukarnya utk membetulkan keadaaan yang tidak betul danbetapa sukarnya utk menjadi seorang yang berpendirian…. Kerana setelah 7 tahun didlm alam perkahwinan … mereka telah saya anggap lebih dari keluarga saya rupanya masih menganggap saya sebagai orang luar … saya reda …mungkin ada kebaikannya … kita lihat dan tunggu saja lah ya … mungkin menjadi orang lebih baik ….

Thursday, May 19, 2005

IA TIDAK SEINDAH MIMPI

*-*
Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan ditengah hari. Itulah adat kehidupan, kita merancang Tuhan menentukan. Segala impian sudah terlabuh dihujung sana tetapi perlu ada semangat yang kuat untuk meredah onak dan duri.

dizaman yang mencabar ini segalanya penuh dengan kemungkinan dan saya kadang kala sudah terlalu penat untuk meneruskan sisa-sia kehidupan ini, entah bila ianya akan berakhir. Dugaan demi dugaan datang kadang kala tidak mampu saya bertahan tetapi setiap kali dugaan itu datang saya memohon dari Allah agar membimbing saya, bantulah hamba mu yang hina ini dengan rasa kasih dan sayang MU… dan selalunya Sang Khalid akan memberi ilhamnya dengan berbagai cara - mendengar takzirah di RMKL, membuat sayatersedar … “kita tidak boleh berputus asa dengan rahmat allah kerana umat Islam bukannya umat yang mudah berputus harap…” tidak cukup dengan itu dikala kebuntuan membutakan mata dan telinga Allah mendatangkan saya dengan sahabat yang memberi kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan… dan akhirnya saya semakin pulih .. jiwa saya semakin tenang dan jalan menuju kejayaan semakin dekat utk digapai . Doa kan saya…

-**-
Hampir seminggu, saya cepu dan tepu … kini segalanya telah pulih, untuk sembuh akan mengambil masa dan parut nya tetap akan menjadi kenangan utk direnungkan. Saya bersyukur setelah awan kelabu meyelebungi kehidupan saya .. akhirnya sinar mentari meyuluh kembali … yang pasti saya akan tunjuk kan kepada mereka bahawa saya bukan selemah yang mereka sangka … kini stragtegi perang telah saya lakarkan … doakan saya…

Wednesday, May 11, 2005

KEADILAN KAH INI?

semalam ketika mendengar berita jam 8 di tv3 ...saya tertanya sendiri inikah keadilan di negera bertuah??? dimanakah harga timbangrasa??? yg miskin ditekan yang kaya terus terlepas...

kenapa hakim begitu cetek sekali pemikirannya ... penjara 16 hari sudah memusnahkan hidup remaja yang tidak mengerti apa-apa ... sepatutunya segala hukuman yg diberikan adalah utk mengajar bukan menghukum ... ada banyak cara lain lagi ... mungkin hakim dan pemerintah tidak mengerti nilai RM600-00 utk rakyat miskin seperti kami ... anda baca .. dan anda nilaikan sendiri??/ betapa adilnya pemerintah ketika ini ... dikala keluarga Najib dan kuncu kuncu nya boleh meraikan Najuma dengan tiara dikepala berharga Juataan ringgit ... rakyat miskin terpaksa dipenjarakan kerana tidak mampu utk memberi kerajaan RM600-00 adilkah???...dan mungkin ada hikmahnya disebalik kejadiaan ini ... barulah kita tahu yg Malaysia masih ada rakyat miskin, masih ada warganya yg terpaksa membating tulang dibendang utk menyekolahkan adik-adiknya, masih ada warganya yg masih tiada pelajaran .... inilah nilai kemerdekaan di malaysia ... yg kaya terus kaya dan yg miskin terusan miskin ... adilkah??

Dan aku sungguh tak percaya apabila hakim yg arif mengeluarkan ayat yg tidak sepatutnya keluar dari mulut bijak pandai - "kepentingan negara lebih penting dari kepentingan keluarga"... kalau negara boleh beri makanan kepada keluarganya dlm tempoh beliau di PLKN boleh lah dia pergi berjihad utk negara... tapi apa yg telah negara lakukan utk beliau dan keluarga??? baca pendapat dari segi ugama ...

BACA - REMAJA DI PENJARA KERANA PKLN (agaknya anak & cucu pak menteri & raja melayu pergi PKLN tak ??)
BACA - APA KATA RAKYAT ??
BACA - APA KATA UGAMA

Tuesday, May 10, 2005

DUIT DUIT DIMANA KAU DUIT

Cara-cara berjimat di zaman infansi ini

Kurang kan pengunaan petrol, cuba cari alternertive lain untuk ketempat kerja mungkin anda boleh guna perkhidmatan lrt (suami saya mengunakan pass bulan – RM70 sebulan dan dihari ahad & kelepasan am saya juga tidak perlu membayar ketika menaiki lrt ) atau bas awam. Anda perlu membuat pengiraan mana yang lebih menjimatkan … kalau bawa kereta … anda perlu fikir parking, minyak, tol dan masa…

LRT : setiawangsa – pj RM70 + bas RM30 = RM100
Kereta : minyak RM200 + parking RM70 + penat jam = RM270
Jimat : RM170

Kurang kan jalan raya bertol
Cuba kurang kan jalan raya bertol … terutama jika anda sering kali balik kampung (cari jalan alternetive baru ). Untuk pulang ke jelebu saya tidak menggunakan Lebuhraya tetapi menggunakan jalan kampung .. no toll dan tidak bersesak.

KL – Jelebu = Highway–Petrol RM15+Tol RM10=RM25 x 2 pergi balik=RM50 x 2 sebulan=RM100
= Jalan lama – Petrol RM10 + Tol free = RM10= RM10 x 2 sebulan = RM20
Jimat = RM80

Kurang kan penggunanan ultilities seperti bill telephone, bill air, bill eletrik

Bill telephone perlu dikurangkan, jika anda mempunyai dua talian seperti 013 dan 012 cuba guna kan satu talian saja , dan lebih bagus anda guna talian pre-paid … kerana anda boleh rancang bill anda. Kalau dahulu saya membuang hampir 300 hinggit setiap bulan hanya untuk bill telephone kini saya hanya menggunakan kurang RM30 sebulan … lihat 100% kurang nyer kan dan anda tidak perlu membayar sewa talian.

Kurang kan penggunan air dan eletrik .. jangan membazir .. itu yang penting. Jangan guna metol merah kerana watt nyer lebih tinggi cuba guna lampu kalimantan kerana ia lebih menjimatkan dan terang dimalam hari. Walau pun air dan api anda boleh kurang kan RM10 ringgit itu sudah memadai

Phone line - RM300
Pre-paid phone - RM 30
Jimat - RM270

Kurangkan makan diluar
Jika anda masak di rumah ianya dapat membantu kerana ia boleh menjimatkan wang anda hampir 30%. Kalau dulu ada yg berkata bahawa makan diluar lebih menjimatkan … ia sudah tidak relevan lagi .. makan di kedai terlalu mahal… tak percaya… setakat nasi goreng sudah mencecah RM3.50…dan apa yang anda dapat ? ikan bilis dan telur ? … baik masak dirumah .. dan kebersihan lebih terjamin. Wang dapur saya hanya RM250 saja dan kami boleh makan semewah dikedai ..Cuma penat sedikit (tapi tak pe dari hidup dengan hutang..)

Bawa bekal

Cuba bawa bekal dari rumah ke pejabat atau anak anak ke sekolah… makan tengah hari boleh mencecah sehingga ke RM5.00 hanya ikan dan sayur. Nasi lemak pun sudah RM1.50 . Sebulan sudah berapa – RM150 hanya utk makan tengah hari . itu pasal bapak mertua saya hanya bergaji RM400 boleh membeli berekar tanah dikampung .. kita bergaji ribu raban hutang masih keliling pinggang.

Hentikan perkhidmatan yang tidak perlu seperti ASTRO, internat, line telephone tetap
Jika kewangaan anda sudah ditahap merbahaya cuba hentikan perkhimataan diatas utk seketika .. ini semua tidak perlu … yang penting simpanan hari tua kita …

Kurang kan penggunanan barang pakai dan buang – tissu, pampers, plastik - peyimpan makanan, grafu , sudu.

Ini satu lagi pembaziran .. terutamanya pampers bayi … cuba gunakan lampin kerana ia lebih menjimatkan ..memang penat sedikit tetapi mahal harganya … saya masih ingat kak saya memakai pampers utk anak nya tetapi ada waktu … waktu hendak tidur (supaya tidur tidak terganggu) atau ingin jalan-jalan … jika dirumah anak nya masih memakai lampin .

RM0.50 sehelai = 1 hari 6 keping (min) = RM3.00x30 hari = RM90 ringgit x 5 tahun (sampai bayi pandai kencing sendiri) = RM5400 ..nampak betapa mahalnya .. masukkan duit itu utk insurance pendidikan lagi bagus.

Tanam sendiri

Saya tinggal di rumah burung merpati .. tapi saya masih menanam kunyit, cili padi, pokok limau purut, daun kari …kalau boleh tanam pisang pun saya tanam … heheheeheh

Tumbuhan ini nama murah tapi sebenarnya mahal .. lagi pun kita bukan pakai banyak .. dan lebih segar kalau kita petik dari kebun kita sendiri kan dan apabila pulang ke kampung (nasib lah kampung saya dekat ) ibu mertua saya akan bungkus kan saya limau nipis, limau kasturi, serai, pisang, labu, kelapa , daun pisang dan beberapa lagi sayuran seperti terung & kobis (tengok musim lah) .. ianya memang menjimatkan wang dapur saya kerana saya cuma perlu beli barang mentah saja. Hooo ibu mertua saya juga menternak ayam kampung .. so telur dan ayam tidak payah beli … jimat bukan (tu pasal saya selalu balik kampung … ambil bahan mentah).

Kurang kan bershopping, berout ting, bercuti

Memang saya kurang kan aktiviti membuang duit seperti menonton wayang, bershopping, berout ting or bercuti cuti malaysia … kerana sekarang bukan masa berlibur …sekarang masa mencari duit. Saya Cuma pergi bercuti jika itu FREE… kekadang saya menang pertandingan … dapat lah saya melancung sekali atau menonton sekali sekala atau orang kaya belanja saya …

Cuba guna benda secara free
Sebenarnya banyak benda utk diri kita boleh didapati secara percuma sebagai contoh gunalah internat di office(Percuma), melancung (percuma) , bershopping dari kupon diskaun , apa lagi hek … kalau gian sangat nak pergi berlibur … cari tempat yang dekat dengan rumah sedara or kawan kawan .. boleh tumpang rumah mereka hahahhahaha… kurangkan pembelian majalah ataupun surat khbar .. baca dari internat… pijam dari rakan. Jika ingin membaca buku … cari di internat atau pergi ke perpusatakan (anda tidak percaya , melihat betapa ramai org cina yang membaca majalah secara percuma di perpusatakan negara). Apa lagi hek … apa yang penting .. gunakan krativiti anda.


Membeli apabila jualan murah

Saya bukan menyuruh anda menjadi kedekut, anda boleh membeli belah … tunggu sales atau bila barang itu betul-betul diperlukan …barang yang mahal bukan pada harganya tetapi pada reka-bentuk dan citarasa. Oleh itu belajarlah mempunyai cita rasa yang tinggi pada harga yang murah.

Lakukan Sendiri

Jika anda seorang yang suka ke salon … apa kata anda buat sendiri … belajar cara utk buat facial sendiri, mandi lulur sendiri dan berbagai lagi … ia akan memgembukkan poket anda … percaya lah ..

Belajar memasak akan menjadi kan anda mempunyai kemahiran dan meng add-value anda … anda bukan saja menjimatkan duit anda tetapi akan menjadi kesayangan suami dan ibu mertua.

Belajar menjahit jua boleh membuat mengembukkan poket anda … bayang kan jika anda boleh menjahit langsir &baju kurung dan cadar… at least utk diri kita sendiri … bagus bukan …

Monday, May 09, 2005

tidak semudah dahulu …

membaca beberapa ulasan di beberapa blog … saya rasa hidup kini sudah tidak semudah dahulu … kehimpitan kewangan semakin terasa… harga barang sudah melambung lambung, begitu juga dengan bahan bakar naik nyer sudah tidak terkawal… apa yg perlu kita lakukan … ohhh yang pasti hidup kini tidak semudah 10 tahun yang lalu … bagi dikampung boleh juga menanam sayuran dan menternak ayam – kurangkan duit pasar … tetapi bagai mana di kota ini … semuanya bertuhan kan RM , berak pun RM … bagaimana ia … tetapi yang pasti hidup ini perjuangaan… putus asa bermakna tewas … dizaman yang serba canggih ini .. peperangan bukan lagi menganggat senjata atau kurdat menjadi pengukur kemenangan … kini siapa yang boleh mengawal keadaan, minda yang kuat dan tangkas dia lah raja.

~~~~~ kini

saya tertawa … dahulu seorang kawan pernah berkata kepada saya yang saya ini materialistik … wang adalah segalanya. Baginya wang adalah no 2 tetapi kini dia sudah berkiblatkan ke RM … kini beliau sudah tidak malu mengatakan yang beliau sedang mencari kerja sambilan tambah duit poket … huhuuu saya ketawa seorangan … geli hati … manusia memang selalu lupa apa yang dikatakan ... kepada sahabat … mungkin jualan langsung adalah cara termudah bagi anda ..

Saturday, May 07, 2005

MENDUNG

seluruh minggu hidup ku mendung … problem ku belum selesai lagi …kalau boleh aku mahukan ianya segera berlalu pergi jauh dari kehidupuan ku .. tapi aku faham dengan hukum alam … selagi tiada angin utk mengembus awan mendung … selagi itulah ianya tak akan pergi … sudahku cuba mengembus awan itu tetapi mungkin hembusan itu terlalu lemah … mungkin perlu kuasa sakti untuk menghalau ia pergi dari aku … mungkin aku perlu segerombonan askar utk menolong aku .. atau mungkin aku biarkan saja awan itu memberat dan akhirnya memuntahkan butiran air yang akan menghidupkan aku yang sudah seakan kering ini ….

Tetapi dalam mendung, sinar sekali kala datang menyapa … bagai memanasakan diri agar bangun segera… teringat kata-kata seorang sahabat “Glory - a rise after falling”… mungkin benar …

~~~~ Akhirnya kita bertemu…

Akhirnya kami bertemu… setelah hampir 6 bulan kami hanya berbalas e-mail dan ber YM akhirnya dengan izin Allah kami bertemu … minat telah meyatukan kita dan pertemuan yang dirancang akhirnya menjadi kenyataan yang kekal abadi yang akan terpahat sehingga akhir hayat …

Memang betul … jalinan yg telah terbina di alam maya akan menjadi ikatan yg kukuh apa bila kita bertemu… bagaikan sudah mengenal seluruh jiwa dan raga cuma mata sahaja yang belum bertentang dan tiada ucapan yang hendak dilafazkan lagi … segalanya telah terurai .. dan syukurlah segalanya manis belaka … yang pasti bertambahlah seorang lagi sahabat …

Siapa yg salah ???

Wednesday, May 04, 2005

sakitnya mak..

pagi tadi entah mengapa kepala ku berat sekali... kalau boleh aku tidak ingin ke pejabat. Ku tidur ayam kembali ... separuh sedar aku teringatkan urusan yg menanti, aku perlu bangun.. yes inilah kehidupan ... i have to drag myself out from the bed ... seksanya... bersiram tidak dapat melegakan kepanasan didalam tubuh ku ini ...

Aku betul betul kelewatan ke pejabat ... boss sudah memberi arahan di helaian keras seperti biasa itu tandanya dia keluar pejabat seharian. lega rasanya tetapi kepala ini semakin memberat...

selepas makan, kepala ku semakin berat ... aku memang alah kalau penyakit menyerang dikepala ... tak tahan menanggungnya... dan akhirnya ubat yg paling mujarab adalah memuntahkan segalanya ... itulah akibatnya bila angin sudah didalam badan ... bergolak sehingga kepala... aku benci bila muntah ... rasa lemah segalanya tetapi itulah yg sebaiknya ... at least ia dapat bertahan sehingga aku pulang ... kini aku hanya teringatkan tilam ku yg empuk...

Sunday, May 01, 2005

pusing-pusing kota

dah lama betul tak jalan-jalan dikota terutama dengan abang tersayang... sejak akhir-akhir nie aku selalu berkelana seorang diri ... entah apa anginnya dia ajak aku jalan-jalan bersamanya ... mmmm.. suami ku nie lain sikit perangai nya ... dia suka jalan pagi-pagi buta ... hilanglah waktu tidur ku yg paling ideal (aku gemar tido hingga ke tengah hari dikala cuti ).

Pukul 7 dia sudah bersiap, dan aturcaranya ... berpusing kota menaiki lrt secara percuma (utk pelanggan setia lrt menyediakan perkhidmatan perjalanan percuma utk suami & isteri dihari minggu & cuti am)- seperti biasa kami suka benda freee - kami ke Jalan Ampang ... membayar hutang di bank along (card creditlah ...), kemudian suami ku hendak makan A&W di PJ, entah apa mimpinya ... ku turutkan saja ... makan diresoteran sambil bercerita ... teringat kenangan dulu ketika kami bercinta ... setiap minggu kami ke resoteran segara memadu kasih ... kami duduk disana hampir 3 jam ... kemudian aku kata kepada suami aku ingin ke Masjid Jamek ... ingin membeli beberapa keping kain pelekat & batik . Wahhh Masjid Jamek sudah berubah wajah .... sudah banyak gerai kaki lima yg telah di cantik kan ...baguslah, at least boleh bersaing dng Petaling Street. Setelah membelek beberapa kain , kami pergi ke sebuah toko buku dari seberang ... saya mencari buku tulisan Jalaludin Rumi ... dan akhirnya dapat juga saya membaca puisi nya ... akan saya tulis nanti tentang beliau... manusia sudah mulai penuh di sini ... aku sudah tidak betah duduk lagi ... cucaca terlalu panas utk aku ... aku ajak suami pulang ... tak larat .... ketika menaiki lrt hati teringin ini ke KLCC ... dah aku ada reason yg cukup kuat ... membeli makan untuk si Baby ... suami ku kalau untuk baby akan dituruti ... sambil menyelam minum air .. membeli beberapa pek ikan tuna utk si baby aku singgah berwindow shopping ... dan akhirnya kaki ku tidak larat lagi ... bagai hendak tercabut kepenatan ... aku kalah- mengajak suami pulang, dia tersenyum mengejek dan akhirnya kami sampai di rumah jam 4 petang. Kepenatan dan kepanasan tapi syukurlah kaki ku tidak tercabut. Pulang kerumah , aku bersiram dan ketika ingin melabuhkan tubuh di peraduaan ... butir-butir hujan turun mendingin kan tidur ku ... dan aku terlena dipelukakannya hingga ke senja kala....
Nota
Jalan-jalan dikota
Setiawanga - PJ (A&W) - Masjid Jamek (kain batik, kain pelekat & buku) - KLCC (makan baby & lunch ) - Setiawangsa = freee...