Tuesday, May 31, 2005

SUKARNYA

Sudah lama saya tidak melakar … jiwa saya masih tidak pulih sepenuhnya. Saya masih didalam keadaan yang meresahkan tetapi keadaan bertambah baik. (itulah harapan saya). Kata rakan “HIDUP INI PERJUANGAAN”.. hidup tanpa berjuang sama lah seperti lauk tanpa garam, tawar semacam … tak melekat hingga ke hati.

Saya reda dengan segalanya kerana saya telah mengutip berbagai pelajaran … ianya menajar saya erti kehidupan, erti persahabatan, erti kasih sayang dan erti musuh dalam selimut…dan ianya membuat saya bertambah matang.

Ketika saya menempuh badai … rakan-rakan yang paling banyak membantu menaikkan semangat saya.. kerana mereka saya melangkah dengan lebih gagah tanpa menoleh kebelakangan. Terimakasih kepada renee, mas dan ros … anda adalah panglima saya … tanpa anda pasti saya masih teraba-raba.

Tetapi kini saya mengerti tentang nilai kehidupan… betapa sukarnya utk menjadi menantu yang baik… betapa sukarnya utk menjadi seorang suami yang adil kepada isteri dan ibu nya dan betapa sukarnya utk membetulkan keadaaan yang tidak betul danbetapa sukarnya utk menjadi seorang yang berpendirian…. Kerana setelah 7 tahun didlm alam perkahwinan … mereka telah saya anggap lebih dari keluarga saya rupanya masih menganggap saya sebagai orang luar … saya reda …mungkin ada kebaikannya … kita lihat dan tunggu saja lah ya … mungkin menjadi orang lebih baik ….

No comments: