Friday, June 25, 2004

SEDIKIT ILMU utk dikongsi

Ohhh sekarang saya dah pergi belajar pondok setiap hari isnin dan yg best nyer ia percuma (free education ) , ustaznya muda lagi (dari universiti al-azhar ) mungkin sebaya dng saya tapi ilmunya …terasa ceteknya ilmu saya apabila berdiskusi dng beliau…ingin saya kongsi beberapa ilmu bersama anda semua ….

::Semut

Bila hidup ok, no problem tapi kalau semut mati barulah ianya menjadi najis yg boleh membatalkan sembahyang kita….contoh kalau kita tengok semut diatas telekong kita dan kita picit dia sehingga mati…batal lah air sembahyang kita…tetapi jika semut tersebut dibiarkan saja bermain-main di telekong kita …ianya sah….

::Lalat/lipas/nyamuk

Jika kita ambil air sembahyang ada lalat mati didlm kolah (lebih 2 kolah), air kolah masih suci dan boleh digunakan utk mengambil air sembahyang (dng syarat tidak berubah warna & bau air tersebut) tetapi jika kita dng sengaja memasukkan lalat walaupun seekor air tersebut tidak suci lagi utk mandi atau mengambil air sembahyang walaupun air & bau nya tidak berubah …..

::Azan

tidak wajib menjawab azan didlm radio, tv ataupun corong pembesar suara….yg wajid dijawab pabila kita mendengar suara manusia saja…(pelik kan)

::Gambar Lucah dlm internat/Muzik

Tidak haram jika ianya tidak mendatangkan nafsu & melalaikan tanggungjawab kepada Allah (lagi pelik…manusia mana yg tak ada nafsu???) itulah yg sebenarnya membezakan insan & manusia (mawas)

::Bulu binatang

Apa cara pun bulu binatang adalah haram (walaupun binatang itu halal) tetapi kulit binantang selepas disamak adalah halal keculi kulit babi & anjing…contoh kulit biri-biri setelah disamak halal digunakan utk membuat kasut akan tetapi bulu biri-biri walaupun telah disamak haram dibuat baju atapun karpet …..ohhhh tidak dirumah saya ada 2 karpet bulu biri-biri dan nasib saya tak beli furrr kot..

::EMAS

Emas boleh digunakan sebagai barang perhiasan bagi kaum wanita sahaja (haram utk lelaki)…emas boleh di simpan utk dijadikan wang tetapi haram bila emas, perak dibuat sebagai cawan, mangkuk, sudu, kerusi, meja walaupun hanya disadurkan (glod plated) kecuali dalam keadaan darurat dimana ada penyakit yg memerlukan kita memimum didlm cawan emas (sakit sopak…)

No comments: