Seperti biasa pulang ke kampung, emak membekalkan kami hasil hasil kampung. mak bekalkan telur kampung yang segar dan juga buah buah betik yang masak ranum ... makan berdua buat kan kami kekeyangan ..
hati seorang ibu, apa yang ada pada diri nya mesti ingat kepada anak menantu .. sedikit sama di cecah , banyak sama dilapah ...
Showing posts with label jelebu. Show all posts
Showing posts with label jelebu. Show all posts
Tuesday, June 22, 2010
Sunday, June 20, 2010
Bila di kampung , hidup kami seringkas mungkin aktiviti adalah bertafakur, berkahlwat dan membaca sambil mendenga sang murai bercerita tentang dunia dari kayangan .. seperti masa terhenti seketika disini.
pagi dikampung udara nya dingin, kabus menutupi alam , ayam berkokok tanda hari dah datang, murai dah berkicau bercerita tentang kayangan... kumbang sudah mencari madu, ahmad jais dicorong radio ...ohhhhh waktu bagaikan berhenti seketika ...
malam dikampung sunyi sepi, ayam di pokok mencari teduh, kami tidur seawal 9 malam ... ular mula mencari rezeki, rimau sudah menampakkan belang ...

Friday, May 21, 2010
PESTA RAKYAT

wahhhh doremon, spanbox sudah masuk kekampung .. bila nak jual wau dan layang layang ... pasti inidah bermain layang layang di padang bola setiap petang kan...
PESTA RAKYAT .. telah menjadi tradisi rakyat malayisa tak kira di kota mahupun didesa, pasar malam, pasar tani akan menjadi tumpuaan rakyat untuk membeli barang barang keperluaan ... kalau tidak pun saja jalan jalan dan cuci mata... jika balik ke port dickson saya akan menghadirikan diri di pasar malam .. ketika itulah kami berjumpa dengan rakan rakan lama, jiran jiran dan bertukar tukar gossip semasa.. siapa yang telah meninggal dunia , siapa yang kawin dan siapa pula yang telah bercerai ..
Pasar malam , pasar minggu atau pun pasar tani telah menjadi satu budaya malaysia... jika mahu melihat rakyat setempat, sosial budaya mereka .. pergi lah ke pasar pasar begini .. disini lah kita dapat melihat bagai mana rakyat itu berdiri .. apa yang mereka beli, makan dan kesuakaan mereka... disitu lah juga kita boleh melihat siapa yang menjadi pembeli dan penjual ..
Tuesday, May 11, 2010
selamat hari ibu
Saya tidak pernah menyambut perayaan HARI IBU. mungkin kerana saya sudah tidak mempunyai ibu dan saya juga bukan seorang ibu menjadikan saya tidak peka dengan perayaan ini.
Tetapi secara kebetulan Ahad yang lalu saya pulang kekampung suami dan kami sama sama bersama ibu beliau ... ya orang kampung mana lah tahu akan perayaan ini. Ibu suami saya tidak banyak kerenah ... cuma yang dipinta agar kami selalu pulang kekampung tidak kira apa jua perayaaan .. dia cuma ingin dekat dengan anak anak nya dikala tuanya. Tidak payah untuk membawa beliau ke kedai makan yang mahal mahal ataupun membeli baju yang beratus ribu .. yang cuma diingini masak dirumah, bercerita tentang ayam itik dan pokok sudah membuat beliau bahagia ... hidup ini mudah tetapi kita yang sering meyukarkan kehidupan kita ya...
Dan dia akan meyembelih seekor ayam kampung buat kami tanda kasih dan sayang ... sesuatu yang amat sukar untuk mendapat kan ayam kampung di kota batu ini .. dan mengirup kuah lomak dari kelapa yang dituai sendiri memaniskan lagi kehidupan kami sekeluarga ..
Semoga kita semua mendapat keberkataan kasih seorang ibu ...

Saturday, April 17, 2010
Pisang Emas
Pisang Emas dibawa belajar
Masak sebiji diatas peti
Hutang Emas Boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati
Masak sebiji diatas peti
Hutang Emas Boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa mati
# Pisang Emas di tuai kebun Nyang Simbab - Kg Chenor - Kuala Kelawang, Jelebu, N9 .
Tidak rugi berbudi pada tanah .. nah ini lah hasilnya. Fresh frm the farm. Sangat berbeza jika buah yang dibeli dikedai .. rasanya wangi dan segar .. mak mertua suka benar bertani bermacam macam tanaman ditanam dan segalanya menjadi .. bak kata org tua tua .. sejuk tangan.
kali ini mak pesan setandan pisang emas untuk dibawa pulang ke kota .. ha tak sempat untuk dibuat cucur pisang ... tak sempat masak sempurna setandan saya sudah makan sebiji demi sebijik .. saya memang hantu pisang ... dan ianya sesuatu yang bahagia mendapat buah yang fresh ditanam dengan kasih sayang ...
Sunday, August 23, 2009
Pasar Ramandan - Kuala Kelawang, Jelebu
wahh orang jelebu sudah pandai berniaga ... saya suka orang melayu pandai berniaga ... terutama anak anak muda ... saya sudah tua tidak semasa kanak kanak pantang nampak semua nak .. hehehehe (tapi suami kata saya masih seperti kanak kanak semua nak di beli ....)

air soya ... arwah ayah pandai buat air soya ... bulan puasa beliau akan memasak air soya untuk kami sekeluarga ... kini jarang benar saya membeli air soya... sebab suami tak suka ... ohhhh jadi perempuan akan ikut selera sang suami ...
bulan puasa ... air yang paling dijual ... hahahah bak kata seorang rakan ... ketika bulan puasa air hujan pun terasa nikmat ... tengok adik berbaju merah tu ... nak sangat air air yang dijual ... hahahah nafsu kanak kanak ..

air soya ... arwah ayah pandai buat air soya ... bulan puasa beliau akan memasak air soya untuk kami sekeluarga ... kini jarang benar saya membeli air soya... sebab suami tak suka ... ohhhh jadi perempuan akan ikut selera sang suami ...
"kuih bom - kuala kelawang "
saya rasa kalau anda ke kuala kelawang jelebu ... inilah kuih rasmi mereka ... tak pernah saya jumpa peniaga menjual kuih bom secantik dan selaris di kuala kelawang... ia cuma tepung dan ragi ... di goreng sehingga garing ... garing diluar lembut didalam .. enak dimakan begitu saja atau pun makan bersama sambal ... huhuuuu ... lagi istemewa kuih ini di perap didalam tempayan ... saya sempat mengambil gambar tempanyan ... atau mungkin boleh digelar kuih bom tempayan ...
Subscribe to:
Posts (Atom)