Showing posts with label hari kebesaran. Show all posts

Saturday, February 19, 2011
tarian singa
selalu tengok tarian singa tapi kali nie boss suruh tolong arrange pertunjukan tarian singa di kilang tempat kami bekerja ...
sibuk lah rakan rakan ke pasar membeli makanan untuk sang singa ... perlu ada nenas, limau dan beberapa perkakas .. menghias makanan pun perlu kretif .. dan ini hasilnyer ... demi one malaysia kononnya kami yang melayu melayu kena turut menghias .. tak pe lah anggap saja ia sebagai satu pengalaman berharga .. besok kalau mereka nak tipu gua .. mesti gua senafas je boleh hetam balik .. kih kih kih
Friday, February 04, 2011
CUTI DITAHUN ARNAB
Cuti tahun arnab kali ini amat panjang sekali .. ramai yang mengambil kesempatan cuti panjang ini untuk pulang kekampung atau pergi bercuti cuti ...
Saya menikmati cuti hanya dengan bersantai dirumah.. mengemas rumah sungguh sungguh memerlukan mood yang sesuai ... berkebun dipagi hari membuat rumput rumput dan membaja sungguh sungguh mendamaikan .. dan melihat sirama rama berterbangan, cicipan burung tiung menyanyi begitu mempersonakan..
tahun arnab saya sambut dengan buah limau, bersantai dan mengait... dan yang pasti bangun lewat bergolek diatas katil empuk...
selamat bercuti semua.. kepada yang memandu , pandu dengan cermat ..
Thursday, February 03, 2011
GONG XI FA CHAI

Tahun baru cina disambut dengan kedatangan musim bunga ... datang dengan rezeki dan kegembiraan ... tidak seperti tahun tahun yang lalu, musim bunga kali ini menjadi musim luruh yang sangat dingin ... hampir setengah tanah melayu banjir dan bah .. bukan itu saja hampir seluruh dunia mengalami banjir besar ... luruh dimana mana ...
hari ini .. mentari muncul seketika menampakkan diri untuk menghangatkan bumi yang basah ... moga moga semua mangsa banjir di selatan tanah air sentiasa tabah menghadapi musibah ini ... semoga tahun ini tahun yang lebih baik dari tahun yang lalu ...
Bak kata Si Tukar Tiub: Wishing all malaysia a happie rabbit year , this year we shall fucking like a rabbit ...
Wednesday, November 17, 2010
salam aidil adha ...
"semua yang telah kukorbankan ini (seribu kambing, tiga ratus lembu dan sertus unta) belum memberi apa apa erti bagi ku... Demi Tuhan yang ku sembah, jika aku dikurniaikan anak lelaki, akan ku korbankan dia kejalanMU dan aku redha darahnya untuk TUHAN sekelian alam" Nabi Ibrahim ..
sekecil pengorbanan adalah menyembelih kambing, lembu dan unta .. sebesar besar pengorbanan adalah JIHAD kejalan Allah ..
moga moga kita mendapat sedikit sinar kemuliaan dihari yang mulia nie.

Thursday, August 12, 2010
2 ramaddan
sahyur cuma dng 3 biji kurma dan susu .. saya amat amat jarang bersahyur . dari kecil sukar untuk bangun sahyur .. selalu nyer saya akan sediakan makanan dan suami akan bangun sendiri untuk makan sendirian .. bukan apa .. saya perlu cukup tido jika tidak kepala akan menjadi sakit dan entah lah ... mungkin terlalu manja
tahun ini saya cuba untuk bangun makan sahyur untuk mendapat berkat puasa itu sendiri .. ya kan itu sunnah nabi. setelah menjamah 3 biji kurma saya terus ke katil semula .. dan memang betul saya kelewatan hari ini.
Syukur saya masa ada tenaga untuk meneruskan hari di tempat kerja ... kerja seperti biasa ..berkerja dengan syarikat luar negara ... tidak boleh slow down bila bulan puasa .. prestasi kami mesti sentiasa tinggi .. tidak ada pengecualian .. jika tidak capai tahap piawaan .. nak ramai lagi yang menunggu diluar sana ... maka di bulan puasa ini selalunya kami perlu lebih cergas dan tangkas. Meeting dan perbincangaan masih seperti biasa ... terlari sana terlari sini .. begitulah adat orang berkerja ..
Pulang 5.30 ohhhh ini sudah kira terlalu awal .. ada yang jeling jeling .. tapi buat tak reti je lah ... nampaknya saya perlu kerja sabtu dan ahad untuk melunaskan semua kerja kerja tertunggak.
kami singgah di pasar ramadan .. perjalanan agak lancar .. hujan gerimis turun .. cepat cepat .. cuma beli daging masak lemak untuk suami, kuih 2 ringgit dan terus pulang.
Sampai dirumah .. baru jam 7.00 ada setengah jam lagi .. masuk semua makanan di bekas, letak atas meja .. taruk cawan .. nasi sudah dimasak oleh suami ... saya naik keatas .. mandi dan kemudian turun ... sambil sambil sapu sampah ...
7.30 berbuka .. dan syukur atas segala nikmat ..

Wednesday, August 11, 2010
1 Ramaddan 1431
entah kenapa hari ini kepala pening sesangat .. maka sebelum makan panadol aku sediakan sandwich untuk makan sahyur nanti .. suami tidak suka makan nasi dipagi hari .. maka aku buat kan menu sarapan pagi untuk nyer.
setin kecil tuna digaul mesra dengan sedikit mayo, tomato merah ranum dipotong dadu campur bersama racitan timun hijau. Ditabur sedikit lada hitam dan garam .. gaul gaul gaul .. masukan kedalam peti sejuk.
Ingatkan ingin bersayur bersama sama .. mungkin kerana ubat aku tidur dengan agak lena .. sedar sedar azan subuh bergema nyaring memecah hening pagi. ah tidak bersayur lah aku.. nasib baik aku ingat untuk membaca niat puasa....
setiapkan bulan puasa datang aku sering merasa bersalah .. kalau boleh aku ingin mengurangkan aktiviti keduniaan dan lebih menumpukan kepada amal ibadat di bulan yang mulia nie tetapi entah lah bila dapat aku untuk melakukan perkara perkara sunat dan yang remeh .. seperti berpuasa 3 bulan sebelum tiba ramaddan .. mandi limau ketika datang ramadan .. memasak rendang dimalam anak bulan, memasak lauk pauk atau kuih muih dan dapat mensedekahkan kepada jiran dan masjid.. duduk membaca alquran .. dan menzirahi kubur kubur orang yang aku sayangi...
badan agak lemah , dipejabat semua bergerak agak perlahan .. ya dapat aku melepaskan lelah. aku tiba agak awal .. seperti biasa membuka e-mail membaca tanpa kopi dan roti di meja kerja .. berbincang seperti biasa.. tiba waktu rehat masih di meja kerja .. ya aku mahu siapkan kerja dng awal maka boleh aku pulang awal tanpa kerja tertunggak. mesti tunjuk pada non muslim bahawa kita juga cergas dikala menjalankan ibadat puasa.
Cuaca diluar begitu mendung tetapi tidak hujan .. suam suam kuku bagai tahu warga nyer sedang berpuasa .. ada adik adik yang sudah kepenatan .. aku pujuk mereka .. kalau begini sudah lelah bagaimana nanti ketika perang atau ketika dipadang mashyar .. tuhan itu sungguh sungguh menduga..
Semua berjalan agak lancar hinggalah satu e-mail masuk .. perlu hadir di sessi perbincangan jam 5.30 ptg .. ah aku terpaksa menukar semua jadual .. telephone segara sang suami .. perlu ambil jam 6.30 .. aku terpaksa balik lewat ... bincang bincang .. aku cuma pulang jam 7.00 ptg .. tergesa gesa pulang membeli makan di pasar ramadan .. sampai dirumah .. aduhi kerna tergesa kunci rumah tertinggal dikilang .. nasib abang ada dirumah .. kami tumpang makan dirumah abang aran ... berkongsi berbuka beramai ramai amat amat meyeronokan ... selepas berbuka kami ke pejabat semula ( nasib lah pejabat dah dekat.. kalau tak mahu tidur di pintu pagar... ) Ke pejabat .. balik kerumah terus suami mandi mandi ... ke masjid untuk terawih ... ahhhh moncong sungguh si suami kepenatan .. maaf sayang ..
suami disurau aku di rumah berkemas ala kadar .. meyiram pohon pohon yang agak kelayuaan ... menyediakan air kopi utuk suami .. pulang saja .. ditujunyer air kopi panas dan terus masuk tido... aku .. meyediakan sarapan bersahyur nanti .. ahhhh tugas isteri tiada penghujungnyeer.

Tuesday, August 10, 2010
ya ramadan ya marhaban
bulan seribu bulan datang lagi,
bulan yang dikurniakan kepada umat muhammad ..
anugerah allah kepada umat muhammad ,
tanda kasih dan sayang...
ya bulan penuh kenikamtan ...
datang ia membawa seribu cahaya
seribu sinar
seribu kasih
seribu rahamat dari
allah kepada makhluknya ..
ya allah ampunkan dosa dosa hambaku yang dina ini ..

Saturday, February 06, 2010
Makan Makan seafood
kerang goreng pedas
rasanya macam makan longan .. best giler ..
We had a dinner for CNY celebration .. this year we had a seafood .. mentah gitu .. what a experinence .. hahahaa tak sangka makan seafood lebih sedap makan mentah .. tak ada rasa hanyir dan tengit. yang paling enak makan udang galah mentah .. rasa macam longan sedap sedap...
Wednesday, February 03, 2010
Tahun Baru Cina - Tahun Rimau
Kraf: Tanglung dan ikan di lelangit - hasil kerjakeras lela - paper craft
ha... malaysia semua bangsa tinggal disatu bumbung hidup cara hormoni ... semua perayaan dikongsi bersama .. kalau krismas yang lalu makan ala ala barat kini ... bila nak tiba tahun baru cina sibuk lah buat preparation .. kadang kala terfikir bukan mudah nak jadi anak malaysia.. one malaysia gitu gitu kan .. bila hari natal kena fikir cara orang barat ... hahaha konon konon ada salji dan gitu gitu .. bila tiba hari raya cina .. kena fikir cara orang cina .. dng tanglung lah dengan lo sang nyer dengan makan makan nyer lagi dan berbagai bagai lah .. belum tiba hari depavali lagi .. kari .. hari raya .. ha itulah kehebatan menjadi rakyat malaysia .. dan power mesti cari semua yang halal ..
tapi kali nie lela suka sekali ... sebab dapat belajar buat ikan dari kertas .. cantik kan ... heheheheh .. dan juga dapat belajar buat lo sang ... hebat kan jadi anak malaysia...

Sunday, October 04, 2009
bila tetamu datang berkunjung
masih ingat ketika awal perkahwinan kami ... bila hari raya jarang benar tetamu datang berkunjung .. boleh dikira dengan jari
tahun ini agak berbeza ... syukur ramai jiran jiran datang berkunjung ... membawa anak anak yang kian membesar membuat rumah kami agak meriah ..
walaupun memenatkan tetapi inilah hari raya ... rumah seakan berseri seri terdengar suara gelak dan ketawa .. sambil mengup date diri masing masing ... sambil bercerita tentang projek gitu dan gini ... ha indah sekali ...
masak ku simple simple sahaja ... tidak pandai memasak yang sedap sedap .. yang paling mudah dan enak tentu lah sup dan nasi impit atau kekadang mee goreng dan bihun goreng ... di sulam dengan kuih kuih raya dan gula gula .
dari dulu kami mengamalkan tidak membuat rumah terbuka kerana rumah kami sentiasa terbuka untuk para tetamu selama sebulan .. cuma yang perlu call saja .. takut takut kami keluar ... ya mungkin jiran dan rakan sudah memahami .. mereka tak lagi bertanya bila mahu buat open house atau bila mahu di jemput datang kerumah ... cuma datang dan kami hidang kan apa yang ada ..itu lebih bagus kan ... lagi pun hari raya bukan untuk menu dan makan .. lebih kepada mengeratkan tali persaudaran ..
kepada semua .. selamat berziarah ...

Saturday, October 03, 2009
Syawal 1430
syawal datang lagi .. tapi tahun ini agak meriah
tahun ini dapat pulang ke port dickson di rumah ibu (umah no 48) bermalam raya disana, melawat pusara ayah dan ibu, selepas sembahyang kami ke alor gajah melaka, ke rumah nenek di kampung baru .. sudah hampir 11tahun tidak beraya hari pertama di kg baru. Masa ayah ada .. setiap tahun kami akan berpagi raya di kampung baru bersama nenek ... ha ayah terlalu sayang kan ibu dan kampungnya sanggup meninggalakan isteri demi nenek dan kampung halaman...
setelah nenek tiada kami beraya di port dickson saja ... ya lelaki minang bagai mana sayangkan kampung halaman harta ibu dan bapa nyer hanya untuk waris perempuan ... berharta ketua lah mereka bila papa merantau lah kamu bersama isteri kamu ... menjadi anak dagang...
kemudian ku terus pulang ke jelebu rumah suami ku ... beraya di jelebu bagai kan beraya bersama keluarga .. ya sudah 11 tahun ... orang jelebu lebih mengenali aku dari saudara mara ku sendiri mungkin agaknyer ... masih ingat lagi di awal awal perkahiwnan kami ..bila aku pergi menziarahi kaum kerabat suami ku pasti mereka bertanya ... kamu ini orang luar kan .. hahah ya muka ku tidak sepeten muka muka orang jelebu asli dari gunung belantara... kulit ku tak sematang dan rupa ku tak semelayu mereka mungkin maka aku selalu dicop orang luar .. ha biarkan saja ... tapi setelah lama mereka lebih akrab dengan aku .. sehingga jika tidak melihat aku di pagi raya .. seluruh kampung akan tahu aku ke melaka tidak beraya di jelebu ... kewujudan ku telah di rasai di bumi jelebu.
tahun ini cuti agak panjang maka dapat lama sedikit di kampung .. .kami beraya sakan dan masak sakan juga ... ya dapat bercerita panjang dengan ibu mertua .. dapat mengambil gambar banyak banyak dan dapat kerumah saudara mara yang jarang ketemu ...
ya semoga tahun hadapan raya ku akan lebih bermakna lagi ...

Wednesday, September 23, 2009
SENI ANYAMAN : KETUPAT
Bangsa Melayu sudah go green sejak beribu tahun dahulu. Mereka sudah mencipta bekas bekas untuk makanan dari sumber alam yang tidak mencemarkan tanah dan laut dan udara. Bekas Bekas ini dicipta oleh orang melayu yang diperbuat dari daun daun yang hidup subur di hutan hutan mudah didapati seperti daun pisang, kelapa dan buluh contoh untuk membalut kuih muih, nasi untuk dibawa bekal, dan bekas untuk diletakakan dodal dan wajik .. cuma kita generasi muda tidak menghargai keindahan seni anyaman nenek moyang kita dan kita gantikan dengan bekas bekas plastik yang akhirnya memusnahkan alam, manusia dan haiwan ...
Salah satu seni anyaman yang sangat unik dan indah adalah seni mengayam kelongsang ketupat dari daun kelapa.
::Bengkel membuat kelongsong ketupat ::
Kami tidak mahu seni ayaman ini hilang begitu saja kerana anak anak muda sekarang yang mengambil jalan mudah dengan membeli ketupat segera yang dibungkus dengan plastik dan merebusnya ... senang dan mudah tidak perlu mengayam tapi tahukah kita dengan merebus plastik racun racun semua nya masuk kedalam perut dan menjadi berbagai jenis penyakit terutama kanser?
Dimalam raya, kami berkumpul di rumah mak di Port Dickson dan kami mengambil kesempatan ini untuk mengajar anak anak buah kami cara cara bagaimana untuk membuat bekas bekas ketupat biar nanti tidak hilang seni ini begitu saja... ahhhh melihat anak anak muda yang tidak sabar membuat kami ketawa tetapi dengan ajaran guru dari suami dan busu intan nyer anak anak muda ini dapat menyiapkan projek yang diajar dan wajah wajah bahagia terpancar di muka muka mereka menjadikan kami rasa terharu...
my first ketupat from e'ah
kini anak anak muda ini sudah boleh mengayam ketupat.... walaupun ianya bengkal tidak formal telah kami turunkan seni melayu ini kepada waris waris kami... kelak anak cucu kami masih boleh merasa nikmat ketupat berdaun kelapa yang sungguh wangi dan enak ... dah waris waris kami tidak lah memakan nasi yang bercampur palstik yang akan menjadi racun didalam darah ... oh dan untuk mempelajari seni ini tidak sampai berbulan bulan .. cuma mengambil setengah hari saja sambil dapat mengeratkan silaturahim ... ha indah bukan seni melayu...
Sunday, September 13, 2009
CAHAYA KEMENANGAN

MALAM 7 LIKUR
Demi Zeus ku pasang cahaya
yang telah terpasang 4 ribu kala
Demi Shiva ku nyalakan cahaya
yang telah terpasang 5 ribu kala
Terpasanglah cahaya
seperti ku lakukan 37 tahun
ketika kami sambut malam tujuh likur
Pasangkanlah cahaya didalam hati setiap insan
Dewi Lakshmi, malam ini bersinar cahaya kekayangan
Jibril, malam ini Ku terangi dengan bertasbih, tahmid dan takbir
menerangi ku kejalan syurgawi
Demi Tuhan yang mencipta aku dari setitik air yang hina
Demi Alrahman Alrahimmu aku tercampak di bumi ini
Terpasanglah cahaya disetiap jiwa untuk menerangi
Jalan jalan hakikit di dunia yang kekal abadi

Saturday, September 05, 2009
RAYA DAH NAK TIBA
Raya dah nak tiba
Sudah siap baju raya?
Sudah siap kuih raya?
Sudah siap duit raya?
sebelum membeli baju raya
tengok di dalam almari berapa banyak baju yang kita ada
sebelum buat kuih raya
cermin diri betapa sudah gedempalnya kita
sebelum nak keluar duit raya
lihat balu balu yang ketiadaan suami mereka
Raya bukan untuk baju
raya bukan untuk makan
raya bukan untuk diri
sebelum habis raya
sudah kita pergi kekubur?
sudah kita membayar zakat?
sudah kita bersedekah?
sudah kita katam quran?
ya raya raya akan tiba
cermin diri lihat rupa

Monday, August 31, 2009
Sebungkus Bubur Lambuk
Sejak 1 Ramadan teringin benar untuk menjamah bubur lambuk dari kampung baru tapi suami sibuk sehingga tiada masa untuk ke kampung baru .. Mengapa bubur lambuk Kampung Baru? Ada kisah disebalik bubur ini yang akan menjadi memori tersemat sehingga mati.
Ketika kami baru memulakan kehidupan, ekonomi kami agak perit, maka di bulan ramadaan - 11 tahun yang lalu bubur lambuk kampung baru makan yang paling enak kami jamah ketika berbuka. Setiap hari ketika pulang dari pejabat suami akan beratur untuk mendapat kan sebungkus bubur lambuk kampung baru untuk dijadikan juadah berbuka untuk kami berdua. Ya itu kisah silam kami dan kini setiap kali Ramadaan menjelang tiba, semewah mana ekonomi kami, bubur lambuk tetap akan di jamah untuk mengambil iktibar dari kisah 11 tahun yang lalu agar kami tidak membazir dan cuba memberi kepada yang lebih memerlukan.
Hari ini kami berbuka dengan nasi beryani di kedai syed di keramat ( Ya saya sukakan brani - ianya makan tradisi keluarga saya dari kecil ) dan ketika hendak pulang , seorang pakcik tua datang menyapa, memberi salam dan terus tanpa bertanya menghulurkan kepada saya sebungkus bubur lambuk. Saya agak terkejut dan tanpa sempat saya bertanya , beliau menerangkan ... "Bubur ini saya ambil dari Kampung Baru dan saya ingin sedekahkan kepada anak berdua." Kami tergaman...
Tidak tahu apakah maksud yang tersirat disebalik kejadiaan ini ... sama ada Tuhan mendengar perminataan saya untuk menjamah bubur lambuk dari kampung baru atau Tuhan memberi isyarat bahawa saya bermewahan ketika berbuka - ya brani kambing setiap minggu adalah satu pembaziran ... masih ada anak anak diluar sana yang hanya menjamah pisang rebus dan ikan kering ketika berbuka.... " Ya Allah Ya Tuhan Kami, ampun kan dosa dosa kami orang yang membazir ini....
Sunday, August 23, 2009
Pasar Ramandan - Kuala Kelawang, Jelebu
wahh orang jelebu sudah pandai berniaga ... saya suka orang melayu pandai berniaga ... terutama anak anak muda ... saya sudah tua tidak semasa kanak kanak pantang nampak semua nak .. hehehehe (tapi suami kata saya masih seperti kanak kanak semua nak di beli ....)

air soya ... arwah ayah pandai buat air soya ... bulan puasa beliau akan memasak air soya untuk kami sekeluarga ... kini jarang benar saya membeli air soya... sebab suami tak suka ... ohhhh jadi perempuan akan ikut selera sang suami ...
bulan puasa ... air yang paling dijual ... hahahah bak kata seorang rakan ... ketika bulan puasa air hujan pun terasa nikmat ... tengok adik berbaju merah tu ... nak sangat air air yang dijual ... hahahah nafsu kanak kanak ..

air soya ... arwah ayah pandai buat air soya ... bulan puasa beliau akan memasak air soya untuk kami sekeluarga ... kini jarang benar saya membeli air soya... sebab suami tak suka ... ohhhh jadi perempuan akan ikut selera sang suami ...
"kuih bom - kuala kelawang "
saya rasa kalau anda ke kuala kelawang jelebu ... inilah kuih rasmi mereka ... tak pernah saya jumpa peniaga menjual kuih bom secantik dan selaris di kuala kelawang... ia cuma tepung dan ragi ... di goreng sehingga garing ... garing diluar lembut didalam .. enak dimakan begitu saja atau pun makan bersama sambal ... huhuuuu ... lagi istemewa kuih ini di perap didalam tempayan ... saya sempat mengambil gambar tempanyan ... atau mungkin boleh digelar kuih bom tempayan ...Saturday, August 22, 2009
Puasa sudah tiba
Puasa kali ini sempat pulang ke kampung suami... bersahyur dan berbuka di kampung adalah pengalaman yang indah sekali...
dingin malam , suara nyanyian alam bertasbih ...sungguh sungguh mendamaikan...
entah mengapa tahun ini tahun penuh rahmat ... jelebu tidak sehanggat seperti biasa ... langit mendung, angin menderu menyanyikan lagu alam ... getaran helaian dedaun palma dan ranting ranting durian mengeluarkan bagaikan berkata kata ....
ohhhh bila agaknya aku boleh terus duduk di kampung tanpa pulang kembali ke kota lumpur yang menyesakan ..
tidak seperti 10 tahun yang lalu ...kini orang jelebu sudah pandai berniaga ketika musim puasa... gerai gerai kuih bagaikan cendawan selepas hujan. Ketika membeli di pasar ramadan, memori ketika kecil kembali segar diingatan... ketika kecil di port dickson ayah akan membawa lela ke gerai ramadan bersama adik adik untuk pergi memilih kuih muih ... ya telah menjadi tradisi ayah ke pasar ramadan untuk membeli kuih dan air ... kini tradisi itu masih lela dan suami teruskan ...
ya ayah ibu dan nenek akan pergi tetapi roh dan jiwa mereka tetap hidup didalam diri anak dan cucu mereka....
puasa mengingatkan aku tentang memori bersama ayah dan ibu , nenda dan datuk ... kalau ada ayah ... pasti kami sedang berbuka dengan nasi bryani dan ayam masak merah.... kalau pulang berbuka di melaka ... pasti kuih buah melaka dan koci menjadi hidangan untuk sekeluarga... oooohhh aku rindukan memori kisah silam....

Wednesday, January 28, 2009
makan beramai ramai
semua di gaul bersama
tanda rezeki dari semua arah
di gaul bersama keluarga
untuk mendapat berkat
setia sekata ... makan bersama
sikit sama di cecah
banyak sama dilapah
tu pepatah orang lama
pulang dari rumah orang kawin kami terus menuju ke bandar melaka ... ada jemputan makan besar bersama sama saudara cina saya di sebuah restoren veg. mmmm this is my second time to attend this kind of dinner ... saya dan suami pun sama sama mengaul siau pau (betul ke nie?)tanda rezeki dari semua arah
di gaul bersama keluarga
untuk mendapat berkat
setia sekata ... makan bersama
sikit sama di cecah
banyak sama dilapah
tu pepatah orang lama
satu pengalaman yang menarik .. dan suami saya menyukai nyer ... maybe tahun depan boleh join lagi ... heheheheh
kadang kala bila balik sekali sekala rasa seronok lah jugak ... ya lah penuh dengan aktiviti ... saya memang suka sambil melancung sambil pi melawat sedara mara atau rakan rakan ... i had a good time kali nie ... berjumpa dengan sanak saudara yang dah lama tak berjumpa ... tengok semua dah besar besar ... terasa tua lah pulak ... bila sekali sekala balik jumpa semua sedara memang seronok rasa macam tak nak balik tapi biasalah sehari dua suka lah kalau dah tiap hari mesti bau busuk kan ... hehehhehe
di bandar melaka pula bertemu dengan saudara saudara cina dan kami sama sama meraikan malam tahun baru cina ... kali nie sepupu ku tempah tempat kat resotren ... tak makan kan rumah .. ya lah takut suami kita tak selesa ... sambil makan sambil bercerita .. tapi biasalah habiskan makan yang terlampau banyak sampai tak sempat dan bercerita dah jadi macam maraton lah pulak ... hehehehhe bila makan besar di melaka tak terasa jangal sangat sebab ramai orang melaka yang kawin campur so di meja sebelah ramai jugak isteri pakai tudung bawak mak pak pakai comsam pi makan malam ... di meja belakang pulak satu family india dok makan beramai ramai ... so tak lah suami ku terasa janggal ... dok tala je lah... one good thing they dont serve any pork or beer in the resotren .. agak selesa...
Monday, December 08, 2008
HARI RAYA QURBAN
Cuaca sungguh lembab. Sana sini hujan turun dan turun ... kabus tebal menutupi bumi ... tahun ini kita beraya dengan kopi panas .. sungguh enak sekali ...
menu di pagi raya kali ini amat menyeronokkan ... sup daging , nasi impit dan kopi panas ... sesuatu yg istemewa lain dari yang lain ... pagi yang dingin kabus dan hujan mengindahkan lagi suasana, suara takbir berkumbandang segenap alam menyeru agar manusia kembali kepada fitrahnyer dan jam 12 , mentari masih tidak muncul langit masih kelabu ...
ketika kita sedang enak menghirup air renehan daging apa khabar pada saudara saudara kita di kelantan dan terengganu ... banjir tetapi yang pasti mereka tidak sekalut orang orang kaya di bukit antarabangsa ... perlu bantuan tentera dan kapal terbang ... tak ramai pun tapi kecuh nyer satu dunia ... begitu lah adat orang kaya dan terkenal ...
sehari sebelum raya, aku menyebuk kan diri ke pasar keramat ... suasananya meriah sekali .. ramai yang membeli belah untuk hari lembaran ... daun ketupat merata rata ... mmmm... kedai jual kelapa beratur menanti giliran ... malamnyer pula aku ke gombak melawat adik lelaki ku ... membawa redang untuk mereka sekeluarga ... sepanjang perjalanan dunia dan melayu telah banyak berubah ... di balik kemordenan mereka sudah lupa kemeriahan hari raya ... wanita wanita melayu beratur panjang membeli rendang di tepi zoo negara ... makcik makcik kampung yang duduk di bandar sudah lupa bagaimana cara untuk mengayam ketuapt dan mereneh rendang ... anak anak lelaki tidak reti untuk mencari buluh untuk dibuat lemang ... mereka di kedai kopi berbual kosong ... maka mati lah kenikmatan takbir di malam hari ...
anak anak melayu bergitu gayat melihat lembu lembu di ikat untuk dibuat korban... mungkin nilah kali pertama mereka melihat lembu hidup ... gayat nyer sehingga sanggup mengerumi lembu lembu sehingga berjam jam .... ohhhhh anak anak melayu kampung yang sudah disunatkan menjadi orang modern kononnyer.
hari ini bukan mengenai lembu, rendang atau baju ... ianya lebih bermakna ... hari dimana hari meraikan cinta, kasih dan pengorbanan sejagat .. hari untuk kita meraikan dengan kasih dan sayang, bersaudaraan dan kesatuaan ... hari ini kita patut jadi kan hari dimana hari pertemuaan dua kasih suami isteri dan anak bersatu ... hari dimana kita patut berkorban apa saja demi ugama bangsa dan tanah air ... menyembelih lembu adalah qorban yang paling nipis sekali .. pengorbaan yang lebih besar di tuntut ... menyatukan keluarga ... balik berkumpul bersama ibu bapa sanak saudara mengeratkan persaudaraan ... hari dimana kasih sayang dipupuk ... hari kita mengikat janji dengan allah untuk berjihad mencurahkan selurah jiwa dan raga demi islam dan melayu tercinta....

Sunday, December 07, 2008
RAYA HAJI
seperti biasa bila tiba hari raya haji saya akan sibuk kerana sudah hampir 4 tahun kami menyambutnyer di rumah sendiri dikuala lumpur . Ingat ingat dan cadang kan tahun nie nak beraya di rumah suami tetapi entah macam mana plan terpaksa berubah maka kami sambut je lar di sini. Salah satu sebabnya adik saya yang bongsu bersalin ... ya kami tak de orang tua maka terpaksa lah pergi jengok jengok tengok apa yang patut.
Sudah menjadi kebiasaan saya bila hari raya mesti ada baju kurung, rendang ketupat dan saudara mara berkumpul ... memang kalau ikut zaman sekarang ketika musim akhir tahun, cuti sekolah dan bonos nak je pi melancung bersama suami tapi oh tidak saya tidak mahu budaya melayu islam telan di arus zaman.
hari raya adalah satu kenangan yang mengembirkan bagi saya . yalah masa dulu kita tak de pi mana mana, makan sedap sedap dan pakai baju yang cantik cantik hanya bila tiba hari raya keluarga dapat berkumpul makan sedap sedap dan semua nampak bergembira .... kini tidak lagi .. modensasi telah menukar cara hidup kita dan adat lama sudah dipandang kuno ... tapi tidak bagi saya semoden dan sepandai mana pun saya akan tetap meraikan hari raya seperti mana mak ayah saya meraikan ..
hari ini rumah saya di sapu bersih, lantai dimop ... dapur saya yang sudah hampir setahun tidak berasap ... berbau rempah ratus , bau santan dimasak mengingatkan saya nostalagia yang tidak mungkin akan kembali lagi ... tahun ini seperti biasa saya jemput keluarga dan kenalan yang tidak pulang berhari raya ... saya masak rendang, menanak wajid dan pulut dan menapai tapai untuk menu dipagi raya ...

Subscribe to:
Posts (Atom)