
Tuesday, January 24, 2012
sarapan pagi

Monday, January 23, 2012
masa yang singkat...

Saturday, November 26, 2011
dulu saya ingat makan jering mentah mentah je ... itu je yang saya tahu ... lepas tu pi rumah kawan mereka hiris halus halus buat sambal campur dng ikan bilis .. sedap jugak .. tapi menu di bawah nie lagi power . jering di rebus lembut kemudian masak lemak cili padi or kari .. rasa macam daging .. sedap giler... saya rasa menu ini boleh dijadikan menu tradisi orang selangor sebab saya tak pernah lagi jumpa menu ini di tempat lain .. bila duduk di rawang, banyak kedai masakan melayu yang buat menu nie ...
Friday, August 12, 2011
Ikan tenggiri steam
pada mula nya cuma ingin makan biskut kering bersama milo atau roti panggang bersama milo dan tunggu suami pulang membeli makanan .. tapi macam mana nak masak air panas kan ...
dan hidup perlu ada kreativiti .. maka saya pun buat menu utk orang yang tiada gas dirumah .. steam saja lah ..
bersih ikan
potong dan basuh tahu
potong carrot
hiris halus .. bawang, halia, cili padi
tabur sedikit lada hitam dan garam...
perap selama 10 min
dan kukus
jika anda ada periuk nasi yang boleh dikukus maka kukus je ketika menanak nasi .. jimat air ..tak yah buat dua kali .. nasi masak .. ikan pun dah masak .. tra la la la
Friday, July 29, 2011
ulam ulaman...
halia dan lempayung ...
Antara ulam ulaman yang menjadi menu .. patah patah , pilih mana yang baik .. makan dengan nasi panas .. enak dan mudah .
tak tahu betul ke tak tapi rasa rasa ... zaman sekarang nie tak ramai yang berpantang ... semua lebih selesa ikut cara moden ... saya pula ambil kedua dua nyer sekali ... cara moden ambil terutama dari segi ubat ubatan ( minum banyak susu, air dan makan yang seimbang) .. cara tradisional pula seperti petua dan amalan orang dulu dulu seperti .. pakai stokin dan baju sejuk selama 45hari, pakai selipar dalam rumah .. semuanya nak sekat angin dari masuk badan ...
cuma ada benda yang saya buat perlahan lahan .. seperti pemakanan jamu .. saya cuma ambil jamu dan rempah ratus selepas 45hari berpantang sebab baby saya kena sakit kuning yang teruk ... tidak mengunakan bengkung sebab saya di potong perut .. selepas 3 bulan baru digalakan mengunakan bengkung ... mengurut .. saya cuma buat 3 hari selepas bersalin ... hari yang ke 45 - 3 kali berturut turut , hari yang ke 60 dan juga hari yang ke 100... dan kalau ada duit lebih .. buat lah tiap tiap bualan selama 2 tahun ... itu pun tak leh usik perut dan rahim sehingga hari yang ke 100 ...
dan saya memang minum banyak air .. tak macam org dulu pantang .. kurang minum air .. semua air saya tala ... sebab nak banyak kan susu badan ... tapi sehingga sekarang ianya tidak berjaya .. minum air herba .. tapi tak setiap hari .. cuma seminggu sekali .. takut baby panas ..
begitu juga dengan pemakanan.. sebagai contoh saya tak ambil benda benda sejuk seperti buah buahan tempatan disebabkan angin atau pun sejuk seperti buah durian, ciku, tembikai .. tapi saya mengambil buah oren dan apple hijau setiap hari untuk mencepatkan proses luka diperut (dan ianya terbukit berkesan...).. pengambilan protien saya melalui susu, ikan dan sedikit daging.. ikan pun saya pilih .. cuma ikan tenggiri, parang dan haruan ... tidak mengambil ayam, telur dan sea food .. sebab gatal .. saya takut luka dalam yang kita tak nampak nanti bernanah .. atau perut saya terburai ... takut ohhhh ikan bilis pun saya ambil dlm kuantiti yang amat kecil .. sebab mereka kata ikan bilis nie bisa utk org yang kena potong...
dari segi amalan perpatang pula .. saya tak keluar rumah selama 45 hari jika tidak mempunyai alasan yang kuat .. cuma masa baby dlm nicu saya terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital di waktu malam ... so saya tawakal je lah .. ya lah kita kena kuat utk anak kan .. tak kan tak pi lawat anak kat hospital tu ... begitu juga masa di hospital .. kena jalan banyak dan cepat cepat .. tak leh lah jadi macam pengantin .. jadi ibu kena kuat ... kalau tak nanti anak pun tak sihat ... tapi bila anak dah balik rumah .. saya berkurung tak keluar keluar rumah .. sampai jiran pun nak takut ingat saya jadi apa apa kat dlm umah ... tak de lah macam org zaman sekarang anak tengah merah dah bawa ke shopping complex... tengah malam pun tak kisah keluar ...
so kepada semua diluar sana .. tepuk dada tanya selera .. kadang kala memang kita rasa kuat .. tak yah pantang itu ini sebab faktor umur ... jangan nanti.. dah beranak 3 atau umur dah lanjut baru lah terasa sakit semua sendi .. kalau banyak duit tak pe .. pi hostpital je .. bayar ribu raban .. dah sihat .. tapi kalau tak de duit macam mana kan ... so fikir fikir kan lah ... lagi pun kalau kita sakit .. suami cari lain .. ramai yang lagi muda :)
Monday, July 25, 2011
sawi masak bening
Thursday, July 21, 2011
ikan tenggiri kunyit
Tuesday, July 19, 2011
daging panggang
Tuesday, April 05, 2011
menu org sakit...
Sunday, March 20, 2011
sudah agak lama saya tidak memasak ... atas alasan tidak sihat dan tidak punya masa .. dan hujung minggu ini saya teringin benar utk memasak .. menu yang mudah mudah ... maka saya masa spaghetti dengan sos tomato berintikan daging cincang ... dan komen suami ianya amat enak sekali (walaupun dia tidak menyukai spaghetti) ohhh kasihan suami saya .. betul betul merindui air tangan sang isteri rupanya... doakan moga moga minggu depan saya boleh kedapur lagi ...
Saturday, February 06, 2010
Makan Makan seafood
Wednesday, February 03, 2010
Tahun Baru Cina - Tahun Rimau
tapi kali nie lela suka sekali ... sebab dapat belajar buat ikan dari kertas .. cantik kan ... heheheheh .. dan juga dapat belajar buat lo sang ... hebat kan jadi anak malaysia...
Thursday, January 28, 2010
masak kurma
Cara-cara1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.
Nota: Jangan keliru .. ini bukan lauk yang diperbuat dari buah kurma . Menu ini sangat popular di negeri selatan terutama melaka dan johor. Ianya enak dimakan bersama sambal belacan dan timun dan lebihan kuah kurma ini boleh di makan bersama roti. Ayam juga boleh diganti dengan daging lembu atau kambing lebih enak atau pun telur ayam yang sudah di rebus kental. Arwah ayah akan memasak lauk ini ketika bulan puasa atau pun dimajlis perkahwinan. Lauk ini sangat sesuai untuk kanak kanak kerana ia tidak pedas . Dulu sang suami pelik benar untuk menjamah kuah kurma ialah warga N9 tak reti makan kurma kalau boleh mereka nak tiap hari masak lomak cili padi setiap hari ... hahahhahaSi Remy memang suka benar akan lauk kurma diwaktu kecilnya. Ya kerana kuah ini tidak pedas dan nenek akan memasak menu ini untuk si kecil remy hampir setiap minggu. Kalau tidak dapat lauk kurma si kecil remy akan mengamuk ...sehinggalah sesudah dewasa si remy tidak lagi menjamah lauk kurma katanya kerana kejemuan .. entah mungkin si remy bukan jemu tetapi mungkin setiap kali menjamah nya akan teringat kepada nenek yang disayangi ... mendatangkan rasa sedih bila menjamah lauk kesukaannya ataupun mungkin tidak ada sesiapa yg boleh memasak kurma sesedap nenek dan ayah ...
Friday, January 15, 2010
Nasi Ambeng Pucuk Rebung
Dalam kegelisahan itu saya pun mencara beberapa data dari Pak Goggole .. dapat lah serba sedikit info mengenai nya .. dan bonda juga ada menulis perihal nasi ambeng didalam blog beliau ... dua hari sebelum aturcara bonda memberi lakaran bagai mana beliau ingin kan .. aduh aduh ... hebat sungguh ini .. kalau tidak menjadi malu jadi nyer nanti ... mana hendak diletakkan muka ku nanti ... dan bonda memanggil saya duduk berbincang mengenai sejarah & kisah nasi ambeng di pulau jawa ... maka terus lah idea datang mencurah curah ...
idea dan info sudah diketahui ... untuk mengrelasasikan adalah sukar .. kerana keluarga kami tidak pernah membuat atau pun memasak nasi ambang ... dan untuk mengatur seperti pucuk rebung .. ha .. semalam saya tidak dapat melelapkan mata.
Yang paling sukar adalah untuk membina pucuk rebung dari pulut kuning. terutama untuk memadatkan pulut dan meninggikannya .. terasa bagai hendak membina sebuah gunung ..
Daun pisang berbentuk kon : ibarat gegunung hijau yang dimana duduknya para dewa dewi raja raja melayu dan kepulauan melayu terdiri dari gunung ganang yang indah permai... peribumi nya digelar orang orang diatas angin ..Pulut Kuning : ibarat beras emas di gunungan nusantara , pulut dan melayu tidak boleh dipisahkan .. mengambil berkat semangat padi ...
Makanan dikeliling gunung emas ini : terdiri dari laut, udara dan tanah (telur protin - telur puyu sangat mistik bagi orang melayu, laut - ikan kering- orang melayu juga kuasa dilaut satu ketika dahulu, tempe- sumber proten yang baik, rendang kerbau dan urap -sayuran dari pucuk paku yang sebati dengan melayu dan serunding ikan maka melayu bermula dikalangan jawa, patani dan pahang / acheh. Semuanya bersatu didalam hidangan untuk mendapat berkat semangat padi.
Friday, September 11, 2009
cecaluk
Cencaluk kaya dengan zat protin. Rasanya amat sedap untuk dijadikan sebagai pembuka selera . Cuba masukkan hirisan bawang besar dan perahaan air limau kasturi.
Cara membuat Cencaluk
Udang geragau dicuci hingga bersih kemudian dituskan
Campurkan 2 mangkuk udang geragau dengan 1/2 mangkuk nasi putih, 1 cawan air didih nasi, 4 camca besar garam.
Masukkan campuran tadi kedalam pasu yang bersih, tutup dengan kain putih ketat-ketat dan perap lebih dari 3 hari.
Ketika hendak makan, masukkan sedikit kedalam piring , ptong bawang besar, lada hidup dan air limau kasturi.
Kini zaman telah berubah, aku tidak malu lagi untuk membeli botol botol cencaluk untuk dijadikan sebagai buah tangan kepada rakan rakan dan jiran jiran yang berlainan negeri ... kalau di kelantan terkenal dengan budu .. orang melaka juga tidak kalah dengan cencaluknyer ... bersih dan dan warnanyer menarik ... berwarna merah jambu bertutup kuning membuat ianya nampak enak dan mudah dipasarkan... ya orang melaka ada product yang boleh dibawa ke pasaran antarabangsa .. jika barat berbangga dengan sosnya ... kita patut berbangga dengan cencaluk, budu dan kicap ... ya yang ini lebih istemewa ... cencaluk ini di buat di Selandar, Jasin tempat ibuku dilahirkan dan dijual di pekan bapaku dilahirkan ... adakah ini satu kebetulan?
sambal belacan
Cara membuat
Cili merah 3 biji
bawang merah 1 ulas
belacan
limau kasturi
secubit garam dan gula
Bakar belacan kemudian tumbuk bersama cili merah sehingga lumat . Masukan garam gula dan gaul mesra. Perah air limau kasturi. Hidangkan
::
Ohhh masih ku ingat sambal belacan Nenek Ton (Zaiton) yang terkenal senatoro keluarga. Setiap kali pulang ke rumah nenek, sambal belacan pasti ada di atas meja tapi sayang seribu kali sayang tiada seorang pun anak cucu mewarisi keenakan sambal belacan nenek.
Dua tahun yang lalu aku zahriahi Kak Yati yang ketika waktu mudanya membantu nenek didapur. Kak Yati yang baik hati telah menurunkan kepadaku rahsia keenakan sambal belacan nenek dan petua mengapa sambal nenek menjadi pengikat kasih dan ia boleh bertahan berhari hari tanpa peti sejuk. Maka sesiapa yang teringin merasa sambal belacan resepi nenek ton atau yang tidak pernah merasai air tangan nenek tetapi ingin merasa kenikmatan belacan dan cili bersatu didalam lesung... tunggu saya buka restoren ya ...
sambal tumis ikan bilis
Lada Kering - direndam dan dikisar sehingga halus
8 ulas bawang merah (lebih banyak bawang lebih enak)
3 ulas bawang putih
belacan
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa minyak masak
ikan bilis di goreng
bawang besar
Cara memasak
Ikan bilis dibuang perut. Digoreng garing
Lada, bawang dan belacan di kisar sebati
Panaskan minyak masuk semua bahan yang dikisar, tumis sehingga garing dengan api yang kecil.. lebih kecil lebih baik ..
Setelah cili garing , masuk air asam sehingga sambal mendidih masuk garam gula ikan bilis dan bawang besar yang dipotong bulat.
Petua: makan dengan nasi panas atau nasi lemak. boleh diganti dengan udang atau petai.
::
Sambal tumis ikan bilis adalah kegemaran cucu-cucu nenek ton. Kalau berkumpul di rumah tua nenek dikampung baru alor gajah melaka, sekawah sambal tumis dimasak untuk dijamah bersama sama. Ya nenek ton mempunyai anak yang ramai - 14 orang kesemuanya dan cucu-cucunya berpuluh, maka menu sambal tumis amat sesuai kerana ianya menjimatkan dan sedap untuk dimakan.
Hampir kesemua cucu cucu nenek suka yang pedas pedas tidak seperti si kecil lela yang tidak menjamah cili-cilian. Maka sikecil lela tidak dapat mengingati memori rasaan sambal tumis nenek yang sedap dan enak...sikecil lela cuma mendengar cerita diturun kan dari ibu dan melihat bagai mana si noni manis mengaulkan nasinya bersama sambal tumis merah menyala dan dimakan begitu saja dan terloponglah lela kehairanan melihat bagai mana waris waris nenek ton boleh mengnikmati nasi merah menyala dan sepedas membara. Atau kagumnya lela melihat bagaimana abang amir dan abang roslan boleh bertambah nasi hanya dengan sepiring sambal tumis sehingga tertitik butiran mutiara peluh didahi ketika kenduri kendara dirumah tua nenek... ohhhh Tuhan kasih sayang yang memberi rezeki halal kepada keluarga kami, memori yang tidak mungkin lagi dapat ku lihat di dunia yang nyata.
Atau kadang kala ku masih terdengar ketukan batu lesung si-dara nana didapur menumis dan terbau bau belacan dan cili ditumis mesra ... setelah ketiadaan nenek. Abang Amir, penghulu cucu cucu dari jalur nenek ton telah mengajarkan resepi nenek kepada kepada kak long zai, isteri tercinta... ya sambal tumis kak long sama seperti air tangan nenek tetapi melihat kak long mengoreng sambal membuat saya kalah dengan kesabaran untuk menumis ... api yang kecil di tumis berjam jam menjadikan sambal tumis recepi nenek boleh disimpan berhari hari tanpa ada peti sejuk....sudah turunkan recepi ini kepada hanim dan naziah? atau hanif dan asraf akan mewarisi sambal moyong mereka.
Kini setiap kali ku jamah sambal tumis ikan bilis...air mata ku tertumpah ke nasi .. dengan hanya berlaukkan sambal tumis dan sayur sawi rebus, waris waris nenek ton berkumpul dan beramah mesra. Itu semua tidak mungkin akan terjadi lagi... waris waris nenek sudah bertebaranan jauh mencari jalan hidup sendiri. Dan demi masa entah bila kami berkumpul semula seperti satu ketika dahulu.. pasti rumah tua nenek berbau wangi dengan cili dan belacan menyambut helaian tawa waris waris yang telah lama merantau...
Sunday, September 06, 2009
ASAM PEDAS MELAKA
Sebut sahaja asam pedas, rakyat malaysia tahu ianya sangat terkenal di Melaka...Rasanya amat sedap dan cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi kalau ia dimakan bersama sama sotong atau daging masak kicap dan cencaluk. Asam pedas bukan saja di minati oleh rakyat malaysia, malah pelancung asing juga turut mengakui kelazatan masakan ini. Ia bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi putih tetapi juga sedap dimakan dengan roti canai atau lempeng.
Bukan orang melaka kalau tak reti makan asam pedas ... hahahahahah
dan si-gadis boleh di buang negeri (melaka murtad) jika tidak pandai memasak asam pedas. Diceritakan dari mulut ke mulut bahawa Hang Tuah menolak cinta tun teja kerana si teja tak reti masak asam pedas maka oleh itu tun teja pun di berikan saja kepada raja melaka ... biasalah orang pahang mana reti menumis sambal berbagai ...
hari ini saya masak asam pedas sebab saya rindukan ibu saya ... ibu saya pakar memasak asam pedas terutama ikan parang atau tenggiri ... huhuuuuu
Bahan bahan
Ikan Tenggiri / Parang / Pari / Terubuk (lela suka pakai ikan.. tak reti masak asam pedas daging or ayam) .
Cili yang telah dikisar (lela pakai cili boh je)
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bunga Lawang
Biji sawi
Serai
Belacan (hari nie belacan habis maka lela tukar dengan cencaluk )
Air asam Jawa (5 hingga 7 cawan air)
Limau Purut / Daun Kesum / Bunga Kantan (hari nie lela pakai daun kesum)
Kisar semua bahan bahan
Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar sehingga naik minyak, masuk serai, masuk ikan biar kering sedikit ... masuk air asam jawa... biar kuah mendidh dan masuk sayur(sawi jeruk, bendi atau terung) jika suka... siap...
Saturday, September 05, 2009
MASAK LOMAK CILI PADI
Suami dah mula sound ... tak reti reti nak masak ke bulan bulan puasa nie.. percaya atau tidak ini lah hari yang aku boleh betul betul duduk di rumah dan memasak ... .. seperti biasa kalau dah orang nogori tu masak lomak cili padi jugo lah permintananyer ... so kami ke pasar basah di keramat untuk membeli barang barang keperluan.
cara-caranyer
daging / ayam atau ikan (hari ini saya guna daging)
cili padi (saya suka guna cili padi kampung lebih sedap dan tidak berangin )
kunyit hidup
garam kasar
serai 4 batang
santan kelapa
daun kunyit
tumbuk cili dan garam , kemudian tumbuk cili padi sehingga lumat. ketuk serai .
masukan daging dan bahan ditumbuk ... renehkan setelah lembut masukkan santan kelapa... sesudah melegak masukkan daun kunyit dihiris harus .... tutup api ... senang kan heheheheheh tapi kan kenapa isteri malas kedapur ... huhuuuuu ...
Nota: sedap dimakan dengan nasi ketika berbuka dan lebihanya boleh dimakan dng roti ketika bersahyur ...
Sunday, July 26, 2009
Cucur Tepung Ikan Bilis - Cekodok
bahan -bahan
tepung gandum
kentang 1 biji
bawang besar 1 biji
telur - 1 biji
sedikit bahan penaik
garam sesedap rasa
gaul semua bahan menjadi sebati , goreng sehingga garing
saya tak kenal apa itu cucur tepung ikan bilis atau cucur pisang ketika bersama ibu dan ayah ... cuma kadang kala diwaktu petang atau waktu berbuka puasa ibu akanmembeli cucur udang dijadikan sebagai hidangan .
Bila dah kawin ... suami suka benar makan cucur tepung bercampur dengan ikan bilis ... 10 tahun hidup bersama barulah pandai goreng cucur tepung ... dulu terlebih tepung lah , terlebih garing lah sampai naik rentung ....hahahhahah ...
kini saya sudah pandai mengbaik pulih citarasa yang lebih menarik ... saya tambah kan kentang dan bawang ... menjadi lebih enak dan rangup ... adaketikanya saya akan letakkan carrot untuk mendapat warna merah ... kini ia menjadi salah satu resepi peribadi saya... cepat mudah dan sedap.
