
Nasi Ambeng Selangor
Bonda Siti meminta saya membuat Nasi Ambeng untuk acara Syukur 60 SZI. Aduh Bonda permintaan kamu berat sekali ... pertama saya bukan orang jawa asli ... saya juga tidak pernah menjamah nasi ambeng seumur hidup atau melihat bagaimana rupanya. Bila Bonda mengarahkan saya membuatnya saya rela dalam terpaksa .. sudah menjadi tabiat diri tidak reti bagai mana untuk menolak permintaan sesorang terutama insan yang bernama Siti Zainon ...
Dalam kegelisahan itu saya pun mencara beberapa data dari Pak Goggole .. dapat lah serba sedikit info mengenai nya .. dan bonda juga ada menulis perihal nasi ambeng didalam blog beliau ... dua hari sebelum aturcara bonda memberi lakaran bagai mana beliau ingin kan .. aduh aduh ... hebat sungguh ini .. kalau tidak menjadi malu jadi nyer nanti ... mana hendak diletakkan muka ku nanti ... dan bonda memanggil saya duduk berbincang mengenai sejarah & kisah nasi ambeng di pulau jawa ... maka terus lah idea datang mencurah curah ...
idea dan info sudah diketahui ... untuk mengrelasasikan adalah sukar .. kerana keluarga kami tidak pernah membuat atau pun memasak nasi ambang ... dan untuk mengatur seperti pucuk rebung .. ha .. semalam saya tidak dapat melelapkan mata.
Yang paling sukar adalah untuk membina pucuk rebung dari pulut kuning. terutama untuk memadatkan pulut dan meninggikannya .. terasa bagai hendak membina sebuah gunung ..

Daun pisang berbentuk kon : ibarat gegunung hijau yang dimana duduknya para dewa dewi raja raja melayu dan kepulauan melayu terdiri dari gunung ganang yang indah permai... peribumi nya digelar orang orang diatas angin ..
Pulut Kuning : ibarat beras emas di gunungan nusantara , pulut dan melayu tidak boleh dipisahkan .. mengambil berkat semangat padi ...
Makanan dikeliling gunung emas ini : terdiri dari laut, udara dan tanah (telur protin - telur puyu sangat mistik bagi orang melayu, laut - ikan kering- orang melayu juga kuasa dilaut satu ketika dahulu, tempe- sumber proten yang baik, rendang kerbau dan urap -sayuran dari pucuk paku yang sebati dengan melayu dan serunding ikan maka melayu bermula dikalangan jawa, patani dan pahang / acheh. Semuanya bersatu didalam hidangan untuk mendapat berkat semangat padi.