Showing posts with label koleksi peribadi. Show all posts
Showing posts with label koleksi peribadi. Show all posts

Tuesday, February 02, 2010

Tepak Sirih


Ya, satu lagi koleksi peribadi saya .. yang amat saya sayangi. Saya beli tepak sirih ini kira kira 3 tahun yang lalu di kuala terengganu.

Saya masih ingat ... sudah 4 anak perempuan ibu berkahwin tetapi sehingga meninggal ibu tidak punya sepasang tepak sirih.. entah mengapa tidak pula saya ketahui ... maka kami akan meminjam setiap kali ibu ingin mengkahwinkan anak anak nya. Jadi saya berjanji didalam hati .. saya tidak ingin meminjam lagi .. bukan mahal sangat pun (ohhh mungkin ibu tidak punya wang yang cukup untuk membeli tepak sirih .. ya membesar kan 7 anak memerlukan wang yang banyak).

ohhh dan saya juga tidak dapat membeli tepak sirih itu serta merta.. setelah hampir 7 tahun berkahwin baru lah dapat saya membeli nyer.. syukur. Ada yang bertanya mengapa perlu saya bersusah payah untuk membeli tepak sirih.. bukan dipakai pun setiap hari .. banyak sebab mengapa sanggup saya membeli tepak sirih ini
a. niat saya kalau ada anak anak buah yang ingin berkahwin .. mudah nanti ... tidak payah lagi untuk meminjam
b. ohhh mungkin emak dan ayah tidak memakan sirih .. tetapi saya amat rapat dng nenda .. nenda makan sirih setiap hari ... tepak sirih mengingatkan saya kepad neneda .. dan saya ingin menyimpan barang yang pernah digunakan oleh nenek saya..
c. ohhh saya ingin memberi support kepada industri kraft tradisonal melayu .. saya rasa hanya orang melayu saja yang mempunyai tepak sirih yang diperbuat dari tembaga .. begitu cantik dan unik ...

dan kini saya gembira ... kerana bila ada rakan rakan atau saudara mara yang ingin membuat majlis bertunang atau akad nikah .. pasti saya akan menyorong tepak sirih saya untuk di gunakan ..

Sunday, January 31, 2010

Sirih Junjung

di masa sanggang lela reka cipta sirih junjung... temanya "Puncak kasih abadi"

Adik sedara nak bernikah ... entah mengapa terniat hati nak buat sirih junjung untuk si pengantin. Dulu rasa rasa macam susah sangat nak buat sirih junjung nie .. atau pun rasa macam ianya macam tak penting je .. ya lah sekarang nie hantaran berbagai rupa maka sirih junjung dibiarkan sepi...

Sebenarnya saya tidak pernah membuat sirih junjung ... maka seperti biasa saya pun bertanya kepada Pak Goggle ... tanya punya tanya dapat lah sedikit sebanyak mengenai sejarah sirih junjung ..

Dalam adat melayu, sirih junjung adalah kepala kepada hantaran ... sirih junjung menjadi ketua rombongan ... untuk dipersembahkan kepada pihak yang lagi satu .. mengetuai setiap perkahwianan yang penuh dng adat istiadat. Makin besar dan tinggi sirih junjung makin power lah pihak itu kalau boleh bertingkat tingkat lagi power ... kini sirih junjung telah dimoden kan .. sirih nyer sedikit tiada kapur, tiada gambir .. sekarang nie ramai pula yang mengunakan sirih plastik. heheheh no comment lah ya.

Tapi saya suka yang klasik dan ala ala yang betul .. no plastik plastik ya ...

Suami kata kenapa susah payah nak buat bebenda ini ... lagi pun orang dah tak pandang benda benda ini katanya .. ya lah bukan senang nak pi cari bunga lah, sirih lah , itu lah ini lah .. lela cuma kata lela tak nak craft melayu itu hilang .. kalau di jepun terkenal dengan gubahan bunga kita juga patut berbangga dengan seri kraft bunga kita seperti sirih junjung ... ya melayu canggih gitu .. harap harap ini bukan yang pertama dan terakhir...

Saturday, January 23, 2010

jalan jalan di pasar chow kit



apalah yang menarik di pasar chow kit ya... tempat nyer hangit dan busuk. Penuh dengan warga kelas ke tiga. Indon dan berbagai ... akan tetapi saya mengemari tempat ini. Salah satu sebab saya kesini adalah untuk mencari beberapa barang yang dahulunyer pernah ada di rumah emak atau nenek ... telah menjadi tradisi semuanya barang barangan tersebut akan diberikan kepada anak bongsu yang akan mewarisi rumah pusaka juga.

Niat dihati nak pergi membeli bekas pahar tembaga... tapi duit tak cukup maka lela terjumpa bekas nasi ...sama seperti bekas nasi mak mertua lela .. so terus beli ... tak lah antik tapi lebih klasik .. huhuhuu

satu lagi terjumpa mangkok tingkat set & bekas cuci tangan .. terus je sambar ... now i had a few things that my mom had ...

Sunday, July 05, 2009

BERBAJU KURUNG BERKAIN KAPAS


ini dia buasana tradisi
berbaju kurung berkain kapas
cantik dipakai, manis di pandang
tak lapok dek hujan , tak lokang dek paneh


Saya dan suami menghadiri majis pertunangan sepupu disebelah suami di Pantai Dalam, Bangsar.

it just a simple ceremony .. tak besar besar dan gah gah ... hanya saudara yang dekat dekat saja yang dijemput ... saya suka kan suasana begitu .. mudah dan senang .. tidak membazir dengan hantaran yang mewah mewah, baju yang mahal mahal ... itulah cara yang dituntut, yang penting ianya beradat, berbudi bahasa .. dan tidak membazir..

sejak akhir akhir, jika kemajlis begini dan kena pula kedapur untuk menolong , saya lebih gemar memilih baju kurung berkain kapas... nampak simple tetapi selesa .. ada jugak rakan rakan yang mencebik bila saya berkain kapas berbunga kecil .. kata mereka tak canggih .. macam kain langsir dirumah mereka saja .. saya cuma tersenyum manis .. tak pe lah mereka tidak tahu kegunaan kain kapas ... lebih selesa badan dilitupi kain kasa atau nyolan yang tidak menyerap tubuh terutama di negara khatulistiwa ...

bukan saja mereka mengejek bila kita berkurung kapas berbunga kecil tapi sudah sudah kelihatan ada anak anak dara memakai jeans atau berkebaya dan berseluar ranggi untuk majlis majlis begini ... mmmm kalau ibu saya pasti dah dileterinya saya .. jika tidak berbaju kurung tak boleh ikut ...itu antara syarat syarat dari ibu yang tidak bertulis ... lagi satu ... tak de orang lelaki yang berbaju melayu ... mmm ... busana tradisi semakin pupus nampaknyer ..

Sunday, May 31, 2009

BOXER SHORTS made in malaysia




kita sering memakai kain pelekat atau pun kain batik tetapi sejauh mana kah kain pelekat akan dipakai sepanjang zaman. Anak anak muda sekarang ini lebih betah untuk memakai seluar jeans tak kira waktu bersembahyang jumaat atau pun di rumah.

Ketika berjalan jalan di pasar raya .. saya ternampak akan seluar boxer yang di buat dari kain pelikat.. dengan corak yang menarik dan juga memperbagaikan cara pemakaian kain pelikat saya sangat teruja lalu membeli untuk memberi sokongan moral kepada product malaysia terutama dari seni budaya melayu.

kini dirumah suami dan saya akan memakai boxer shorts berciri kemelayuan.

Sunday, April 19, 2009

OLE OLE DARI JB




Seperti biasa jika pergi kemana mana pasti saya akan beli ole ole untuk dijadikan kenangan. orang johor memang terkenal dengan masakan yang sedap sedap... baju kurung kain kapas... kuih muih yang menjilat jari ...

dua hari di johor ... saya tak menjumpai restoren yang power . seperti kacang pol or nasi brani ... mungkin saya tak tahu the secret place lagi kot.
so ketika di tempat event ... pi jalan jalan terjumpa booth Utusan Malaysia ... heheh dok belek belek ... tengok ada lah buku buku masakan ... yang paling best ada satu session tu jual buku masakn tradisi negeri johor ... apa lagi terus rembat lah ...

masakan johor memang menjadi sajian harian / kenduri masa saya kecil kecil dulu ... nasi brani, acar buah, nasi pelangi dan kuih muih yang enak enak ... bila dok lihat lihat menu teringat nenda dan auntie kita ... selalu nyer bila kenduri kendara or buat minum petang, pasti menu menu yang ada dlm buku nie menjadi hidangan kami sekeluarga.
So minggu depan dah tahu nak buat projek apa ... hahahahahah




Monday, April 13, 2009

SETEMPAYAN KASIH

semasa zaman jepun tempayan ini dijadikan tempat simpanan beras dan ditaman di dalam tanah...

Memang telah menjadi hobi saya suka menyimpan barang barang lama.. akan tapi saya tidak mahu menjadikan rumah saya seperti sebuah muzium dan atau kelihatan seperti rumah berhantu !!..

Maka sebelum saya membeli atau memunggut barang lama untuk dijadikan koleksi, saya pastikan ianya akan berfungsi.. maknanya saya akan menggunakan setiap hari bukan hanya dijadikan peragaan.

Ayah angkat tahu saya sangat sukakan barang lama .. satu hari ketika saya ke suraunyer, beliau menghadiahkan sebuah tempayan lama ... wahhhhhhhhhhh bagi pucuk dicipta ulam mendatang , saya memang teringinkan sebuah tempayan berkepala naga untuk dijadikan hiasan ... tapi saya pendamkan rasa sebab harganyer mencecah ratusan ringgit .. bila ayah angkat menghadiahkan tempayan (walaupun tidak berkepala naga) ianya menjadi sungguh istemewa..

ayah ingin saya jadikan tempayan ini sebagai tempat simpanan beras ... tapi anaknya warga kota, wanita chic... jarang benar memasak nasi .. dan beras kota dibeli yang telah diproses dikilang, cepat benar menjadi hapak ... maka saya letakkan tempayan dibilik air untuk dijadikan air takungan semasa mandi .. it's a perfect idea ...

air yg ditakung semalam akan sejuk seperti air sungai atau air perigi sangat sesuai untuk dijadikan air mandian ... sungguh menyegarkan ... bagaikan air sungai yang mengalir... dan setiap kali mandi ianya akan mengingatkan saya kepada ayah yang sedang bertapa di puncak banjaran gunung .. air tempayan sering mengingatkan saya akan air sungai yang melingari surau yang diduduki oleh beliau ... ya setempayan kasih setiap hari untuk sang puteri...

dan bila badan terlalu lesu diperah oleh majikan.. saya akan membeli beberapa biji limau purut dan segenggam bunga melur diperam beberapa jam didalam tempayan lalu saya buat mandian untuk menyegarkan badan ...

untuk menyimpan tempayan dirumah juga mempunyai beberapa petua yang perlu di patuhi, tempayan perlu sentiasa penuh dengan air atau beras ... tidak boleh membiarkan tempayan kosong begitu saja. Kerana ia dipercayai rezeki akan datang seperti mana kita menjaga tempayan kita ... dan jika tempayan diisi air kena selalu selalu membersihkan nyer ... takut takut nanti menjadi tempat pembiakaan nyamuk lah pulak ... dan yang menjadi mangsa untuk membersihkan air tempayan pasti lah suami tercinta...hehehehe

Thursday, March 26, 2009

LESUNG BATU


Bukan melayu jika di rumah tidak mempunyai lesung batu.


Lesung batu kini menjadi pilihan rakan rakan saya dari eropah. Jika datang kesini pasti mereka mencari lesung batu ... tanya saya buat apa dengan lesung batu ... mereka kata dok tumbuk rempah ratus ... wahhhhhhhh ... sudah gokal rupanya lesung batu ...


ketika saya berkahwin ibu mertua menghadiahkan kami lesung batu ... mula mula tergelak lah jugak ... tapi kini ia adalah diantara koleksi peribadi yang paling saya sayang ... ia bila menumbuk sambal belacan pasti teringat kan ibu mertua ...


yang paling meriah apbila menumbuk tengah tengah malam buta ... satu bangunan terasa gegarannya ... mmmmm

dan saya sukakan lesung yang kasar ... dan semakin lama memakai ia akan menjadi licin dan bulat ... dan lesung batu dirumah saya sama umurnya dengan umur perkahwinan kami ...

Tuesday, March 03, 2009

SYAIR RAKIS dalam pelukan


memang telah menjadi harapan dan impian untuk memilik buku syair rakis karangan pengiran shahbandar pengiran md salleh ini. Syair rakis menceritakan bagaimana sarawak dan sabah yang satu ketika dulu adalah tanah jajahan brunei telah di beri kepada inggries ...

Pengiran salleh telah cuba untuk menasihati sultan dan kaum kerabat diraja tetapi nasihat beliau tidak diendahkan bahkan beliau dibunuh .. dan akhirnya sarawak dan sabah jatuh ketangan britih !!!. Syair ini patut di milik setiap bangsa melayu untuk dijadikan pedoman.

memang menjadi niat untuk mencari naskah syair ini apabila saya ke brunei .. puas mencari di toko toko buku tetapi hampa .. tetapi buku ini saya jumpai di tempat yang sungguh tidak disangka sangka .. ketika ke pasar Tamu Kiianggeh - terjumpalah saya satu gerai menjual barang barang lama ... dan disebalik ada buku ini ... gireng betul hati saya ... saya terus membeli dengan harga 10 dollar ... sedang saya melihat lihat .. pakcik yang menjaga gerai memberitahu bahawa pengiran md salleh dikebumikan di belakang gerai beliau .. saya sungguh terkejut .. ya dibelakang gerai tersebut ada tanah perkuburan ... terus saya ke sana dan membaca sepotong dua ayat .. impian saya menjadi kenyataan ... dapat buku dan ketemu dengan kuburnyer sekali ...

Thursday, January 29, 2009

Sejadah Mengkuang




pernah terfikir bagaimana agakanya sejadah diperbuat dari mengkuang? Tidak pernah terbayangkan bahawa orang melayu mengunakan sejadah diperbuat dari daun mengkuang ... aku kira dari zaman Parameswara bersunat dan mengucap dua kalimah syahdah, sejadahnya dari karpet iran yang ditenun halus ...

ketika melihat film semerah padi - arahan tan sri p.ramlee ... suami terpandang mereka mengunakan sejadah dari tikar mengkuang ... tiba tiba dia bertanya bagaimana untuk mendapatkan sejadah mengkuang .. maka ku jawab ... mungkin tidak ada tapi kalau sekecil sejadah bisa ku belajar mengayam nyer ... yang pening bagaimana hendak mencari mengkuang ... kata suami ku neneknya pandai mengayam tikar mengkuang tapi tradisi itu sudah pupus bersama pupusnya pokok mengkuang di kampungnyer... kami termanggung kesedihan ...

balik ke kampung ku cerita kan niat ku untuk mencari daun mengkuang kepada ibu mertuaku ... dan ku tanyai dia kalau boleh diajarnyer aku untuk mengayam ... ibu mertuaku rasa begitu pelik sekali ... ya wantia chic seperti aku ingin mengayam ... kata ku untuk hadiah kan sejadah buat sang suami tercinta ...

sebelum pulang ke kuala lumpur ibu memberi sesuatu kepada suami ... kata nyer hadiah dari nenda yang sudah tiada ... kami buka bungkusan kain ... terkejut !!

SEJADAH MENGKUANG didepan mata ... yang lebih manis nende sendiri yang mengayamnyer ... Tuhan mengabualkan doa kami yang tidak seberapa ini ... dan ianya sungguh mengharukan ... ya orang melayu juga mempunyai sejadah cuma melayu gemar menggunakan product asing !!

yang kelakarnya ibu kata ada dua helai sebenarnya disimpan didalam grobok.. terbiar begitu saja. Satu diberi kepada suamiku dan satu katanya ibu ingin mencuba nikmat sujud diatas alasan sejadah mengkuang ... ya pasti ia berbau melayu !!!

dan secara jujur aku lebih gemar mengunakan sejadah mengkuang kerana ia lebih bersih - tidak mengumpulkan abuk dan debu seperti sejadah tenunan.