Showing posts with label weeding. Show all posts
Showing posts with label weeding. Show all posts

Tuesday, February 02, 2010

Tepak Sirih


Ya, satu lagi koleksi peribadi saya .. yang amat saya sayangi. Saya beli tepak sirih ini kira kira 3 tahun yang lalu di kuala terengganu.

Saya masih ingat ... sudah 4 anak perempuan ibu berkahwin tetapi sehingga meninggal ibu tidak punya sepasang tepak sirih.. entah mengapa tidak pula saya ketahui ... maka kami akan meminjam setiap kali ibu ingin mengkahwinkan anak anak nya. Jadi saya berjanji didalam hati .. saya tidak ingin meminjam lagi .. bukan mahal sangat pun (ohhh mungkin ibu tidak punya wang yang cukup untuk membeli tepak sirih .. ya membesar kan 7 anak memerlukan wang yang banyak).

ohhh dan saya juga tidak dapat membeli tepak sirih itu serta merta.. setelah hampir 7 tahun berkahwin baru lah dapat saya membeli nyer.. syukur. Ada yang bertanya mengapa perlu saya bersusah payah untuk membeli tepak sirih.. bukan dipakai pun setiap hari .. banyak sebab mengapa sanggup saya membeli tepak sirih ini
a. niat saya kalau ada anak anak buah yang ingin berkahwin .. mudah nanti ... tidak payah lagi untuk meminjam
b. ohhh mungkin emak dan ayah tidak memakan sirih .. tetapi saya amat rapat dng nenda .. nenda makan sirih setiap hari ... tepak sirih mengingatkan saya kepad neneda .. dan saya ingin menyimpan barang yang pernah digunakan oleh nenek saya..
c. ohhh saya ingin memberi support kepada industri kraft tradisonal melayu .. saya rasa hanya orang melayu saja yang mempunyai tepak sirih yang diperbuat dari tembaga .. begitu cantik dan unik ...

dan kini saya gembira ... kerana bila ada rakan rakan atau saudara mara yang ingin membuat majlis bertunang atau akad nikah .. pasti saya akan menyorong tepak sirih saya untuk di gunakan ..

Friday, October 16, 2009

Hidup Bersama



Gengam erat tangan ku
Akan ku pimpin mu
ke taman bahagia
Akan ku jaga kasih kita
hingga kehujung nyawa

16/10/1998 to 16/10/2009

Saturday, May 31, 2008

DIRENJIS RENJIS




Seperti biasa bila tiba musim cuti sekolah .. ramai lah yang membina rumahtangga... saya dan suami amat jarang menghadiri majlis perkahwinan ketika ini.... alasan yang paling biasa adalah SIBUK dengan urusan kerja. Tetapi kali ini kami tidak dapat mengelak. Sahabat ini terlalu istimewa. Hari ini jiran kami yang berusia 45 tahun mengahiri zaman bujang (bujang terlajak ) beliau dengan gadis pilihannya.

It just a simple ceremony tak de gah gah .. sweet and simple ... in the saturday morning ... and i really like it, tak de kompang tak de pelamin tak de bilik pengantin .. nikah, batal air sembahyang dan makan ... dan tak de panggil tetamu beribu ribu it just a family and friend yang terdekat je ... kalau di beri kan peluang sekali lagi .. rasa rasanyer nak buat macam nie lah ... lepas tu pi tido kat hotel .. perrrrrr gitu.