Sunday, May 16, 2010

DAMAI LAH KAU DITAMAN BAHAGIA



Kira kira jam 7.30 malam (15-05-2010) kami mendapat sms bahawa sahabat kami telah tiada. Suami benar benar rasa terpukul dengan berita tersebut .. mana tidak nya Naloi cuma berumur 38tahun tak pula kami dengar sakit mahupun demam. Suami agak ralat kerana kami tidak berjumpa beliau hampir 4 tahun .. ya suami ada menelephon bertanya kabar akan tetapi amat sukar untuk berjumpa secara peribadi ... mungkin kerana dia agak sibuk dan begitu juga suami saya ... maka hubungan itu terhenti begitu saja ..
Malam tadi kami ke rumah beliau melihat keadaan keluarga dan jenazah beliau , pagi tadi kami menghantar beliau ke taman bahagia untuk selama lamanya .. dan kalau diizin kan allah kami akan berjumpa di hari perhitungan kelak... Beliau meninggalkan seorang balu dan 3 anak yang masih kecil - tidak mengerti akan kehilangan dan impak setiadaan tiang seri rumah tangga. ohhhh tuhan tabah kan hati anak anak kecil ini ..
Kami mengenali Naloi dari beliau bujang .. kami lah orang pertama yang mengetahui beliau telah bercinta, menjadi pemengang dulang hataran ketika bertunang dan suami menjadi pengapit kepada beliau ketika beliau berkahwin .. suami lah orang yang menjadi penguat semagat ketika beliau kecut perut untuk melafazkan nikah dan tidak kami sangka hari ini kami juga menghantar beliau ke taman bahagia untuk kali terakhir ...

Tuhan, moga moga kau tabahkan hati isteri dan anak anaknya untuk menghadapi hari hari esok yang penuh dengan ujian .. dan Tuhan moga moga beliau akan tergolong didalam golongan orang orang yang engkau kasihkan...


Baca : Harian Metro

No comments: