Showing posts with label sosial work. Show all posts
Showing posts with label sosial work. Show all posts

Tuesday, August 03, 2010

dan paksa dan suka



















Dalam keterpaksaan .. aku terpaksa juga menghadirikan diri untuk aturcara kemasyarakaat ajuran pihak pejabat .. bukan tidak suka untuk beramal .. tapi kerja kerja di pejabat tidak kalah jua... disebabkan atas arahan maka terpaksa jua ku ikut serta ...

kali ini kami ke rumah rumah pangsa di pantai dalam dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada warga warga pantai dalam untuk menjaga kebersihan diri. Dengan menjaga kebersihan diri banyak penyakit boleh dijauhi ...

tak tahu lah laungan kami itu didengari atau tidak ... kadang kala kemisikian bukan satu alasan untuk tidak bersih. Kebersihan bukan tanda kita miskin .. tapi kebersihan tanda kita rajin .. .bila kita rajin dengan sendiri hidup kita boleh berubah menjadi lebih baik ...

Friday, April 09, 2010

menari tari


akhirnya semua telah selesai .. hahahah .. kami berlatih selama hampir sebulan untuk membuat membuat pertunjukan dipentas sempena makan malam anjuran office pada 2 April 2010.

Dengan dana dan peralatan yang cukup terhad .. kami guna apa yang ada .. dan inilah hasilnya. hebat diatas pentas .. untuk menari cuma 4 min.. masa dan tenaga aduh hai .. ya perlu diingatkan untuk mengumpulkan 16 org dari berbagai department yang tidak mempunyai jadual kerja yang sama .. adalah satu yang amat sukar. kadang kala seperti menjaga anak anak kecil yang mempunyai berbagai kerenah ...syukur semua nya berjalan dng lancar. Kami juga tidak mempunyai juru tari professional semua direka sendiri ... begitu juga dng solekan dan pakaian semuanya mengunakan akal yang agak terhad ... sesuatu yang boleh dibanggakan melihat anak anak muda bersatu menjayakan sesuatu projek.

Ramai yang merasa amat mudah untuk melakukan ini .. apa susah cuma 4 min diatas pentas ... ada suara sumbang yang bergema ... untuk menjayakan sesautu produksi bukan kerja yang enteng .. musik perlu diedit , pakaian perlu di cari , tarian perlu sekata ... gerak tari perlu nampak umh!! belum lagi fikir mengenai emosi dan ada yang cuba untuk menjadi jaguh ... ahhh semuanya satu pengalaman yang sangat berharga .. kemenangan bukan lah sesuatu tetapi ilmu dan pengalaman yang ditimba memaniskan sesuatu persahabatan.

dan alangakah bagusnya kalau lah dapat digabungkan tenaga anak anak muda ini melakukan projek amal .. ha aku berangan terlalu jauh nampaknya .

Tuesday, February 16, 2010

Bersih Sungai Gombak

Sempena Hari Wilayah - Madarsah Tarbiyah & Kumpulan Hijau UIAM & DBKL dan Masyarkat Kg Bandar Dalam menganjurkan aktiviti membersih sungai Gombak ... Lela pun turut serta .. seperti biasa kerja kerja di belakang tabir je ... ialah ini kampung orang kan mana boleh sibuk sibuk .. kampung bandar dalam sudah dibuka hampir 100 tahun .. penduduk dikalangan penduduk asal yang membuka kuala lumpur ...


Tak sangka madarsah ini sungguh aktif boleh menganjurkan gotong royong yang sangat bermakna .. dan juga para para mahsiswa dari UIA .. ramai betul yang menolong .. bersih terus sungai dikawasan kampung mereka ... kalau lah sungai mereka bersih selalu boleh dijadikan tempat beriadah dan berehat orang kampung .. boleh juga dijadikan tempat tempat jogging dan memancing ikan ... pasti indah kan
sukarelawan dari Kumpulan Hijau - UIA

yang menyedihakan , sungai telah dijadikan tempat pembuangan sampah dan juga dijadikan seperti longkang ... mungkin anda tidak percaya apa yang kami jumpa di dalam sungai gombak .. antaranya adalah tayar, motorsikal, katil (hahahahahha) plastik jangan cerita lah ... dan berbagai lagi .. seluar dalam pun ada tau !!! tu lah tabiat orang malaysia kan tidak menghargai sungai yang dijadikan oleh tuhan ...

antara sampah yang dikumpul...

yang best kan .. lepas kami membersih sungai ada budak budak kampung yang terus terjun dalan sungai .. mandi manda dan mencari ikan (dapat pulak ikan ikan tu ... ) dan bonda siti tuan punya event siap memanggil kumpulan keroncong dari para pelukis di jalan Conley, mereka menjadi halwa telinga kami dikala kepenatan .. enak gitu .. lepas zohor ... semua ke surau makan makan cara kampung .. duduk bersila .. menu pucuk paku .. kemudian ada sedikit presentation dari kumpulan hijau untuk anak anak kampung dan akhirnya bersurai ...

best giler ...

ohhh terima kasih sekali lagi kepada bonda siti yang begitu peka dng alam sekitar ... saya sungguh sungguh kagum dengan semangat yang ada terutama penduduk kampung dan surau ini, kalau lah surau surau di seluruh malaysia begitu .. begitu peka dng alam sekitar, anak anak muda alangkah bagusnya ... kampung ini boleh dijadikan contoh dan role model untuk kampung kampung melayu yang lain ... dan berita terkini yang kami dapat kampung ini telah dijadikan kampung angkat kepada kumpulan hijau uia ...

diharap projek ini akan dijadikan acara tahunan dikala kita menyambut hari wilayah ... amin


credit : gambar gambar dari Siti Zainon Ismail.

Tuesday, September 02, 2008

KEMBARA "TERLALU ISTIMEWA" - SINGAPURA


Kali lagi saya ke Singapura untuk mengikuti rombongan "Kembara Terlalu Istimewa 08/09 - Singapura" bersama Adibah Noor dan kami pergi melawat kerumah anak anak yatim di sana. Memang telah menjadi cita cita dan impian saya untuk pergi keluar dari Malaysia dan melihat budaya orang melayu di luar dari Malaysia. Bak kata orang tua jauh perjalanan luas pandangan. Ada yang menjuih apa bila saya katakan saya akan ke singapura untuk tujuaan kemanusiaan ... tanya mereka mengapa singapura banyak lagi tempat lain yang serba kekurangan.. dan jawapan saya kepada mereka kita perlu pelajari dari mereka. Dan sykur apa yang saya cari ada jawapannya.

Memang sudah telah menjadi cita cita dan impian saya dari dulu untuk membuat kerja kerja amal diluar malaysia terutama membantu bangsa melayu di nusantara dan kembara ini menjadi satu titik permulaan dan syukur ianya sudah menjadi kenyataan ... dan untuk menjadikan mimpi menjadi realiti bukan sesuatu yang mudah... perlu ada pengorbanan tak kira dari segi wang, masa dan tenaga ... tetapi saya puas .. diharap ini bukan yang pertama dan terakhir ... rombongan ini akan menjadi satu titik untuk saya pergi lebih jauh dari misi misi kemanusian saya yang lain.
wajah wajah melayu singapura -
kedua anak ini ditinggalkan di dlm kemah di tepi jalan oleh kedua ibu bapa kerana ayah gila perempuan lain ibu tak mampu utk menyara 3 anak yang masih kecil ....

Orang Melayu Singapura sebenarnya bukan lah asing bagi kita ... ianya bagai saudara satu bapak lain ibu ... maka persaudaran ini jangan kita putuskan ... kita patut memasukkan melayu singapura didalam keluarga kita ...Bangsa melayu bagai satu keluarga besar di merata rata .. di singapura , thailand, filipina, sumatera, kemboja dan burma ...

Jumaat malam sabtu kira kira jam 9.00 malam kami bertolak dari kuala lumpur dan sampai ke singapura kira kira jam 2.00 pagi . Selalunya perjalanan hanya mengambil masa kira kira 5 jam tapi kesesakan lalu-lintas membuat perjalanan kami agak lama ...

Sabtu 30 August kami ke Darul Ma'aw untuk bertemu dengan anak-anak yatim disana... yang pasti sungguh berbeza dengan rumah rumah anak yatim di malaysia ... semuanya cukup dari segi material ... kanak kanak juga dibela dengan baik sekali ... mereka sungguh aktif dan ada jati diri ... apa yang sungguh mengharukan mereka sangat berbakat dlm bidang seni... agak malu ada warga melayu malaysia yang tidak boleh berdikir barat atau menari tarian inang tetapi kanak kanak disini tahu apa itu dikir barat dan tarian melayu seawal umur 3 tahun !!!!.
hensom kan? anak kita pun tak boleh bela sebersih ini ...

sorry gambar gelap - mereka menari riang

Darul Ma'wa adalah rumah untuk kanak-kanak yang tida berayah dan beribu, ada juga mangsa dera sex dan di biar terbuang kerana kemisikiinan ... ramai orang melayu di singapura penagih dadah maka anak anak mereka terbiar dan terbuang ... disini lah tempat mereka menumpang kasih ... mereka pergi sekolah dan diajar ugama dan seni dan budaya melayu seperti makan dengan tangan ... duduk bersila ... kesenianan melayu dan bahasa melayu... mereka masih fasih berbahasa melayu dan berlagu dlm bahasa melayu ... mereka masih memakai baju melayu dan baju kurung bertudung litup ... sungguh mengharukan ...


bilik sembahyang dan perpustakaan
tempat tidur kanak-kanak

walaupun rumah yang mereka duduki ini rumah lama tetapi dijaga dengan bersih dan cukup serba serbi nyer ... kerajaan singapura juga memantau rumah rumah anak yatim supaya ianya lengkap dan teratur dari segi kebersihaan dan infrastructur nyer ... begitu juga dengan pendidikan anak anak tidak terabai dan inilah perlu kita pelajari dari mereka ...

Walaupun mereka ini cukup dari segi material tetapi mereka perlukan sokongan dan perhatian dari segi emosi ... lain padang lain belalangnya ... begitu juga mereka ... agak gembira apa bila mereka boleh menyanyi lagu lagu dari malaysia seperti lagu lagu adibah dan berbahasa melayu dengan fasih sekali.

Wednesday, July 30, 2008

MISI KEMANUSIAAN 2008

ikhlas dari kami
nasi brani titik peluh orang kampung menjadi jamuaan kaya dan miskin

a simple but meaning ful lunch

para jemputan dan fakir miskin duduk sama rata... tiada perbezaan

ini adalah entry terakhir saya di negeri perak. saya tidak mahu menulis dengan panjang lebar mengenai misi ini takut nanti di tuduh riak tetapi saya berpuas hati dengan aturcara dan apa yang telah kami capai. kalau dulu saya menderma dalam skala yang kecil ... kini syukur jaringan rakan rakan bertambah besar. dulu saya pergi bersama beberapa teman teman kini sudah boleh ikut rombongan cik kiah .... kalau dulu masa ikut pak ali kami berkonvoi dengan beberapa bijik kereta kekelantan ... dengan deebers pula lain cara nyer ... ada artis dan kami ke rumah anak anak yatim ... tapi dengan wirda ada wanita, kanak kanak dan fakir miskin dan juga kaum orang asli dari suku kaum temenggur dari ulu perak. Mereka di beri sedikit keperluan dapur untuk meringinkan beban kenaikan harga minyak dan beras... memang apa yang kami beri tidak dapat meng-kayakan mereka tetapi kami ingin menghantar isyarat kepada orang orang yang kurang berkemampuan bahawa kami tahu akan kepayahaan mereka... mereka tidak berseorangan bila menghadapi kegawatan ini.
kami juga di jamu dengan nasi minyak yang dimasak secara gotong royong oleh penduduk padang regas ... dah lama betul sebenarnya saya tidak makan nasi minyak di tepi kemah berpanas terik ... it such as simple dish but with a love ... di kuala lumpur mana nak rasa macam nie lagi .. semua di dewan bercatering ... walaupun tak cukup meja dan kerusi .. kami makan dengan tangan tanpa air basuh dan duduk mencakung atau berdiri tapi kami gembira dan puas pabila melihat kanak kanak makan dengan gembira ... mmmm syukur kepada allah kerana memberi saya pengalaman yang begitu menarik sekali ... air sirap kampung dengan ais paling enak sekali diwaktu panas terik ... teringat semasa saya kecil dikampung halaman ketika buat kenduri perkahwiaan ... begini lah rasanya. Yang kelakarnyer walaupun makan tanpa sudu dan tidak cukup air ... perut tak merangam ... walaupun makan berdiri .. enaknyer tidak terperi ... mungkin air tangan orang kampung yang iklas memasak membuat semuanya menjadi begitu molek dan enak sekali ....
yang pasti saya tidak akan serik untuk mengjoin kan diri dlm acara acara sebegini rupa dimasa yang akan datang ... dengan izin allah juga.

Saturday, July 19, 2008

SESI KUTIPAN AMAL -2008

10 pax teh untuk fakir miskin di perak

barang harian untuk ibu tunggal dan anak yatim disekitar kuala lumpur

beras beras - makan asasi orang malaysia - yang semakin naik naik dan naik harganyer


Sebenarnya dah lama jugaklah lela buat kutipan amal nie. Mula mula dulu belajar tengok-tengok dari arwah Pak Ali and The Geng. Bila tiba bulan puasa Pak Ali sibuk mewarwarkan kepada rakan rakan beliau untuk kumpul beras dan dia akan pi hantar sendiri kepada fakir miskin di kelantan. Lela pun join bagi sekampit dua untuk sedekah arwah ayah dan emak - yalah tu yang termampu lela lakukan untuk membalas kedua jasa arwah. Lepas tu macam dah syok lah pulak, ikut sama sama dengan group pak ali pi distribute barang barang tu ke rumah rumah. terasa macam satu kepuasaan melihat mereka menerima pemberiann kita yang tak seberapa. Kalau dulu lela rasa tak de penting nyer barang barang nie tapi bila tengok betapa gembira dan terharu mereka menerima barangan tu lela jadi insaf. Lepas arwah Pak Ali meninggal ... kutipan ini lela lakukan sendiri dengan dana sendiri ... tapi lela tak larat nak pi kat kelantan .. so lela pun cuba cari dekat dekat kuala lumpur nie. Tahun lepas lela hantar ke 2 buah rumah di kuala lumpur dan sebuah keluarga dan surau di janda baik.

Tahun nie syukur, adik dan kawan kawan pun join sekali, tong tong sama sama so dapat banyak sikit ... kalau dulu lela cuma dapat bagi kepada 3 keluarga dan sebuah surau di janda baik, kini dapat bagi lebih sikit .. antara barang yang kami terima adalah
a. beras
b. milo
c. susu
d. gula
e. tea

dan kami akan agih agih kan kepada kepada
a. seorang ibu tunggal yang berusia 60tahun di kelumpuk serunding malam
b. sekeluarga anak anak yatim, 4 orang anak dijaga oleh seorang abang yang berumur 19tahun di kelumpuk mawar
c. sekeluarga, 4 orang anak, isteri tidak bekerja suami kerja buruh am di kelumpuk teratai
d. sekeluarga , 4 orang anak, isteri tidak bekerja , suami kerja tanam kacang di janda baik
e. di surau janda baik yang sering didatangi oleh musafir .
f. sekeluarga orang asli berugama islam di janda baik.
g. 10 keluarga fakir di perak.

tujuan lela letak disini bukan nak menunjuk tetapi nak galakkan kepada semua diluar sana.. sebagai orang islam kita patut banyak menderma dan bersedekah ... tapi lela tahu ramai yang suka bersedkah tapi tak tahu nak hantar kan mana kan... sama macam lela ... tapi syukur sekarang nie tuhan bukak mata dan minda lela macam mana nak gerakkan ia. ramai lagi diluar sana memerlukan bantuan kita tapi tulah kadang kala orang kebajikaan nie tak buat kerja .. ketua kampung pun pilih bulu... dana dari kerajaan tu kadang kala tak sampai pada warga sasaran...

Semalam lela pi satu rumah anak yatim pi hantar barang barang nie ... abang dia punya lah gembira sampai tak tahu nak cakap apa .. dia kata tak sangka ada orang yang nak bagi barang barang nie .. maklum lah sekarang harga barang barang nie pun mahal mencancak cacak... lela senyum je .. syukur kerana barangan kami sampai ke sasaran. so kawan kawan apa lagi ... mari lah kita menderma ... walaupun sedikit .