Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts
Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts

Wednesday, July 30, 2008

MISI KEMANUSIAAN 2008

ikhlas dari kami
nasi brani titik peluh orang kampung menjadi jamuaan kaya dan miskin

a simple but meaning ful lunch

para jemputan dan fakir miskin duduk sama rata... tiada perbezaan

ini adalah entry terakhir saya di negeri perak. saya tidak mahu menulis dengan panjang lebar mengenai misi ini takut nanti di tuduh riak tetapi saya berpuas hati dengan aturcara dan apa yang telah kami capai. kalau dulu saya menderma dalam skala yang kecil ... kini syukur jaringan rakan rakan bertambah besar. dulu saya pergi bersama beberapa teman teman kini sudah boleh ikut rombongan cik kiah .... kalau dulu masa ikut pak ali kami berkonvoi dengan beberapa bijik kereta kekelantan ... dengan deebers pula lain cara nyer ... ada artis dan kami ke rumah anak anak yatim ... tapi dengan wirda ada wanita, kanak kanak dan fakir miskin dan juga kaum orang asli dari suku kaum temenggur dari ulu perak. Mereka di beri sedikit keperluan dapur untuk meringinkan beban kenaikan harga minyak dan beras... memang apa yang kami beri tidak dapat meng-kayakan mereka tetapi kami ingin menghantar isyarat kepada orang orang yang kurang berkemampuan bahawa kami tahu akan kepayahaan mereka... mereka tidak berseorangan bila menghadapi kegawatan ini.
kami juga di jamu dengan nasi minyak yang dimasak secara gotong royong oleh penduduk padang regas ... dah lama betul sebenarnya saya tidak makan nasi minyak di tepi kemah berpanas terik ... it such as simple dish but with a love ... di kuala lumpur mana nak rasa macam nie lagi .. semua di dewan bercatering ... walaupun tak cukup meja dan kerusi .. kami makan dengan tangan tanpa air basuh dan duduk mencakung atau berdiri tapi kami gembira dan puas pabila melihat kanak kanak makan dengan gembira ... mmmm syukur kepada allah kerana memberi saya pengalaman yang begitu menarik sekali ... air sirap kampung dengan ais paling enak sekali diwaktu panas terik ... teringat semasa saya kecil dikampung halaman ketika buat kenduri perkahwiaan ... begini lah rasanya. Yang kelakarnyer walaupun makan tanpa sudu dan tidak cukup air ... perut tak merangam ... walaupun makan berdiri .. enaknyer tidak terperi ... mungkin air tangan orang kampung yang iklas memasak membuat semuanya menjadi begitu molek dan enak sekali ....
yang pasti saya tidak akan serik untuk mengjoin kan diri dlm acara acara sebegini rupa dimasa yang akan datang ... dengan izin allah juga.

Sunday, July 27, 2008

KUALA KANGSAR II

Saya datang ke kuala kangsar bersama beberapa rakan atas misi kemanusiaan .. menderma sedikit apa yang kami ada kepada mereka yang memerlukan ... akan saya tulis satu entry mengenainya kelak. Ianya satu perjalanan yang saya nanti nantikan ... dan tidak terlintas dihati saya bahawa rombongan cik kiah kami nie di beri layanan yang begitu baik sekali ... saya ingat cuma pi melawat fakir miskin beri sumbangan dan pulang ... tetapi mungkin rezeki tuan puteri datang melawat negeri tok nenek nya ... tuan puteri di bawa bersiar siar sambil makan makan di kuala kangsar ... best bukan... hehehehhehe..

kami bertolak dari kuala lumpur tepat jam 7.00 pagi ... kalau diikut kan hati mahu saja saya batalkan hasrat saya untuk mengikuti rombongan ini, saya terlalu kepenatan .... sudah dua minggu saya tidak berehat ... dan jumaatnyer saya pulang kerumah jam 2 pagi ... menghabiskan segala kerja yang tertunggak ... kemudian saya terpaksa bangun jam 6.00 pagi untuk bersiap ... rumah bagai kan tongkang pecah ... mujur suami memahami saya ... memahami minat dan cita cita saya ... he give me full support... jika tidak saya sudah menyerah kalah ketika ini.

kami sampai jam 10.00 pagi dikuala kangsar ... selepas berjumpa dengan fakir miskin dan orang asli dari suku temengor kami bergerak ke bandarnya dan ini lah hasil nyer ... seperti biasa picture show thousand words....

muara sungai kuala kangsar


Selepas penat berjalan jalan sekitar bandar diraja, kami turun dan pi makan makan... biasalah orang malaysia ... sambil berlibur sambil makan makan ... Negeri Perak yang memang sudah terkenal dengan buah durian maka petang tadi kami dijamu durian sepuas puasnya ... bukan saja durian bahkan rambutan dan manggis juga dapat kami rasai. Yang lebih menarik kami makan di tepi sungai kuala kangsar di dalam park gitu ... ini lah kali pertama saya makan durian di park di tengah tengah bandar ... terasa macam di luar negara pun ada ...

makan durian di tepi sungai


minum cendol ... juga di tepi sungai

Angin yang menyapa lembut, deruan air sungai yang mengalir bersama kiauan burung menyanyi riang menambahkan kenimakatan kami menjamu buah buah tempatan ... cuaca yang sungguh molek sekali ... mungkin tuan puteri datang bertandang maka segalanya berjalan begitu teratur.. heheheheheheh .. selepas makan durian ... kami di bawa pi minum cendol lah di muara sungai ... sayang sekali air nyer keruh .. jika airnya jernih pasti ianya lagi menarik .. bandar diraja ini memang satu bandar yang unik ... dilingkari gunung ganang di sekeliling, gunung semangkol berbalam balam ... sungai yang melingari bandar ini sunguh meyamankan dan bangunan bangunan yang dibena sungguh cantik sekali ... selesai makan cendol ... kami dibawa pula makan laksa kuala kangsar ... mmmmm bagi yang sudah biasa dengan laksa nyonya ... laksa kuala kangsar kurang menarik rasanya... cair ... tapi mungkin sudah menjadi tradisi orang disini ... yang menarik mee laksanya dibuat sendiri dan rasanya seperti mee laksam .... lebih segar dan enak ...

pi makan laksa ...

selepas makan laksa perut semua dah macam bom ... mana taknyer .. durian + cendol + laksa ... huhuuuhuu very the malaysian right ... dlm bas ada yang kentut pun bau durian hahahahhahah ... mungkin semua telah kepenatan maka kami pun tido ... mana tak nyer perut dah kenyang, bas air-con best giler ... the best is tido ... lagi pun kami bangun seawal 6.00 pagi .. dah macam rombongan cik kiah lah pulak ...



penjual buah buahan , they look happy ya!!

sedar sedar bas dah berhenti rupanya dah sampai di tapah ... berhenti beli buah-buahan ... mmmmm kena lah balik bawa buah tangan ... so tapah terkenal dengan buah jambu dan limau bom ... hahahah saya tak paham kenapa ada orang suka lah sangat makan limau bom nie ... setahu saya limau bom nie untuk di beri kepada kuil kuil cina untuk persembahaan tok moyang mereka .. kita orang melayu do pi makan buah tu ... hahahhahaha ... so saya beli jambu yang tak de biji ... untuk abang kat rumah ... sebenar nyer ada beberapa tempat yang tak sempat kami lawati ... pokok getah yang pertama dan tertua di bawa kemalaysia dan pi makan kuih pau di tanjung malim ... dan sedih sebab tak dapat solat kat masjid ubaidah .... so mungkin sebulan dua nie nak ajak suami pi jalan jalan ki kuala kangsar sekali lagi lah ... huuhuuu macam tak puas lah pulak...

Saturday, July 26, 2008

SEHARI DIKUALA KANGSAR

Hari ini lengkaplah penjelajahan saya di tanah melayu. Destinasi terakhir saya adalah di kuala kangsar. saya memang ternanti nanti untuk datang ke kuala kangsar. Dan hari ini impian saya menjadi kenyataan. Saya datang kesini atas misi kemanusiaan. Selepas berjumpa dengan beberapa fakir miskin dan orang asli ... kami di bawa berjalan jalan sekitar bandar kuala kangsar.

Dan saya sangat menyukai bandar diraja ini... sungguh romantis tempatnya ... sungai kuala kangsar adalah tarikan utama bandar lama ini. Rumah rumah lama yang utuh menceritakan tentang kegemilangan orang melayu satu ketika dulu. Sungguh sayang generasi muda tidak menjaga rumah rumah lama ini. Pihak majlis pebandaran juga perlu menjaga rumah dan bangunan lama disekitar bandar ini ... kalau semua bangunan lama ini di cat dng warna putih pasti bandar ini akan menjadi lebih istemewa...


sungai kuala kangsar mengalir dan menjadi tarikan utama... saya duduk seketika di tebing sungai sambil makan laksa dan minum cendol ... mmmm ... dan angin lembut menyapa bertanya kabar..

antara bangunan lama yang perlu dijaga ... kalau cat semua putih pasti menarik.
menarik bukan? tapi saya tak tahu mengapa ianya dibena di tengah tengah bandar dan apa fungsi nyer? budget utk kak pida kot.
jam di tengah tengah kuala kangsar

antara masjid yang tercantik di malaysia ... arkiteknyer orang putih ... hahahhaha ... orang yang sama membina bangunan ktm di kuala lumpur ...

istana lama tanpa paku... kalau datang ke kuala kangsar tak pi melawat istana ini bukan ke kuala kangsar namanya. sayang sungguh waktu melawat sudah selesai ... hanya mengambil gambar dari dlm bas saja.

istana perak. entah mengapa pintu pagar nyer terbuka ... mungkin ingin menyambut tuan puteri pewaris kerajaan kot ... hahahahahaha