Showing posts with label temasik. Show all posts
Showing posts with label temasik. Show all posts

Tuesday, October 27, 2009

Suara Anak Temasik


Dilaman Istana Kg Gelam

hati hati seberang jalan
maklum mata kurang awas
sudah berzaman duduk terkebil
masih mencariufuk garisan

satu tapak maju, dua langkah surut
teraba-raba takut tersandung batu, terpijak duri
tak beranai berlaga mata dengan matahari
takut penyakit tambah mudarat nanti

orang sudah lama jejek bulan
Si Potek masih tertenggek baigaikan pungguk
sekadar menikmati limpahan chaya
tidak mampu rendung jauh dari itu

kalau dihisab dari janji Demang Lebar Daun
usia sudah masuk beribu kurun
dikira pula tarihk merdeka negara
genaplah sudah 40tahun
Si Potek masih mengukur bayang sendiri
demi penakatan, hidup untuk hari ini

ini penyakit sultan hussein dan temenggong
syahadan tanah sekangkang
ditukar menjadi 8000 kupang
didarab 12 bulan

di perut boat quay
senyuman Raffles
masih terpahat di tuguh hitam putih
di muzium Sentosa
tawa Farquhar
masih sayup bergema
antara patung patung lilin

Si Potek pun tetap diingati
siap bagai siaga
lengkap dengan songkok dan kain pelekat
terukit dari logam gangsa
terus kaku berdiri depan hotel fullerton
selamanya mendengar perintah penjajah

salahkan indera mata
yang tidak dapat lihat
langkah masa dari satu tandatangan
tangis bangsa dari satu perjanjian
lenyapnya nama zuriat di surat wasiat

dan darah keringat anak anak
mengali bak sungai singapura
mencari titik permulan
adakah di tapak tugu penjajah
atau hujung dayung nelayan?

NORIDAH KAMARI
SINGAPURA

Wednesday, October 21, 2009

JEJAK MELAYU DI PULAU TEMASIK

Geylang sipaku geylang
Geylang sirama rama
Pulang mari lah pulang
Marilah pulang bersama-sama

:: Lagu dodoi ayah ketika menidurkan sikecil lela. MakNgah selalu bawa lela ke Geylang untuk makan makan . Nenek Bibik membuka gerai makan di Pasar Geylang kini waris waris nenek bibik meneruskan perniagaan gerai kuih muih di pasar Geylang ...



rojak singapura ... sungguh sedap dan enak .... walaupun rupa sama seperti dijual di kuala lumpur tapi rasanya ada perbezaaan .. setiap kali ke temasik, ini menunya, ditambah dengan brani, mee singapura dan martabak singapura ... yang pasti orang temasik memang pandai bab masak memasak.

diother side of Singapore...

kita selalu mengandaikan orang singapura canggih belaka... bangunan yang tinggi, ekonomi yang lebih canggih dari malaysia, warga kelas pertama... tidak .... disebalik kegawatan ekonomi dan go green mungkin , rakyat singapura sudah banyak menggunakan basikal untuk sebagai salah satu cara pengangkutan murah dan cepat...

Wajah baru Islam di Singapura ...

saya suka melihat ini... moden tidak perlu kubah emas yang penting pengisiaan nyer ... semoga islam akan lebih makmur di singapura...

Istana Kg Gelam

Tanda Melayu pernah menjadi tuan , tapi kini menjadi hamba di tanah sendiri ... akibat kerakusaan dan kebodoahan pemimpin yang gilakan duit dan perempuan.






Saturday, September 06, 2008

TANDAS - SINGAPURA



AKU KESENTOSA
PERUT KE MEMULAS MULAS
MINTA DIKOSONGKAN

LALU AKU TERGESA KE TANDAS
KU BAYANGKAN KALAH KLCC
SATU BENUA TAHU SINGAPURA
BERSIH DAN CANGGIH

SEBATU SEMERBAK BAUNYR
SUDAHLAH TU AIR PUN KOTANG
MACAM MANA NAK MELABUR NIE

AKU TERPANA
TANDAS NYER KALAH
DI PUDU RAYA ....
OHHHHHHHH INDAH KHABAR DARI RUPA
MALAYSIA KU BERIBU KALI BAIK RUPANYA

Wednesday, September 03, 2008

ARAB STREET, SINGAPURA


aku lapar ......Sentosa makanan tak sedap
aku terus ke arab street
makan brani kambing
ha haha sedap nyer bukan kepalang

tak cukup kambing
ku tala mertabak
mmmmmm puas hati ku tak terperi
makanku seperti raja sehari

Lepas makan perut ku merangam
mungkin dok tahan kencing dn berak
di sentosa tak de air
tak sanggup nak calit ditepi kain
syukur ... masjid sultan seberang jalan
sungguh indah masjid ini

melambang kan islam
sejarah melayu satu ketika dulu
dan yang penting tandas 1st class
lega hati ku berak berulam air
itulah nikmat tidak terperi

Kalau anda ke singapura
jangan lah lupa ke arab street ya
kalau duit ada yang lebih
kain berpapan murah dan cantik
tapi jangan berkira kira

2.5 nanti tak berbeli dan termakan
jawabnyer balik malaysia kosong perut kosong tangan


@2.5 TUKARAN WANG rm kepada sing 2.5rm=1singbetapa jauh mereka meninggalkan kita ya!!!!
pak menteri apa dah jadi duit ku dok turun
semua tak menjadi ...

tak lama lagi ke bandung pun duit mereka tinggi
apalah nak jadi dng negeri ku kini
mungkin semua sedang diulit mimpi
zzzzzzzzzzzzz atau diulit oleh bini muda
bangun bangun pak menteri ....!!!!

Tuesday, September 02, 2008

PULAU SENTOSA, SINGAPURA


satu ketika negeri ini pernah menjadi miliki kita
tapi kini sejarah pun sudah tiada
kerana sudah diroyak dan dirabak
kalau boleh mereka tidak mahu nama kita di pulau ini
hati ku sedih dan pilu ...

sahabat ku dari temasik
bertanya kepada ku
mengapa dahulu dato moyang kita menjual temasik kepada mereka
jawab ku ...
datuk moyang kita bukan menjual
tapi memberi secara percuma ...

setiap kali ku negeri ini
sedih hati ku tidak terkata
kalau dulu kita menjadi raja
kini sudah bergelar hamba
duduk merempat di tanah sendiri


tapi apakan nasib
melayu menang tak sedar diri
suka menjual dan berjudi
hingga tergadai tanah dan bini

ah lupa kan segala kesediahan
biar politukus yang memikirkan
biar nanti mereka menjawab diakhirat
mengapa dibiarkan anak dan cucu menjadi murtad



pulau sentosa indah namanya
menjadi tempat pertahanan negara
japang datang bunuh membunuh

hingga pulau diduduki hantu
kini sentosa ramai tetamu
datang dari pelusuk buana

keling masam
mat salleh tengih
satu sentosa semarak baunyer

tak de lagi melayu disentosa
kalau dulu niyur melambai
membiru laut melambai lambai
tenang aman dan sentosa ...

pulau ni
tapi kini sentosa moden
kedai judi di kiri kanan
arak merata tempat
aurat terbuka mencuci rapat


AKU PUSING PUSING PULAU SENTOSA ... ADA SINGA BESAR DITENGAH TENGAH PULAU ... MACAM MACAM ADA ... ORANG NYER PUN BERBAGAI RAGAM ... PERGI UNDER WATER WORLD ... DI MALAYSIA PUNYA LAGI POWER ... TANDAS NYER MENGALAHKAN PUDU RAYA ... NAK CEBUK TAK DE AIR (MUNGKIN AIR NYER MAHAL ....), MAKAN PUN TAK SEDAP ... PERMAINAN DI SINI ... HAHAHHAHAH ... HOOO KINI KU RASA MALAYSIA BERATUS LEBIH BAIK ... TAK PAHAM MENGAPA ORANG MENDERU DERU KE PULAU SENTOSA ... KALAU MEREKA KE KLCC ATAU SUNWAY LAGOOON ATAU KE MELAKA SERIBU KALI BAIK ...

ATAU MUNGKIN ORANG MALAYSIA TAK PANDAI PROMOSI... SO ORANG MALAYSIA JANGAN MALAS MALAS .. NEGARA KITA BERIBU KALI LEBIH CANTIK ...






KEMBARA "TERLALU ISTIMEWA" - SINGAPURA


Kali lagi saya ke Singapura untuk mengikuti rombongan "Kembara Terlalu Istimewa 08/09 - Singapura" bersama Adibah Noor dan kami pergi melawat kerumah anak anak yatim di sana. Memang telah menjadi cita cita dan impian saya untuk pergi keluar dari Malaysia dan melihat budaya orang melayu di luar dari Malaysia. Bak kata orang tua jauh perjalanan luas pandangan. Ada yang menjuih apa bila saya katakan saya akan ke singapura untuk tujuaan kemanusiaan ... tanya mereka mengapa singapura banyak lagi tempat lain yang serba kekurangan.. dan jawapan saya kepada mereka kita perlu pelajari dari mereka. Dan sykur apa yang saya cari ada jawapannya.

Memang sudah telah menjadi cita cita dan impian saya dari dulu untuk membuat kerja kerja amal diluar malaysia terutama membantu bangsa melayu di nusantara dan kembara ini menjadi satu titik permulaan dan syukur ianya sudah menjadi kenyataan ... dan untuk menjadikan mimpi menjadi realiti bukan sesuatu yang mudah... perlu ada pengorbanan tak kira dari segi wang, masa dan tenaga ... tetapi saya puas .. diharap ini bukan yang pertama dan terakhir ... rombongan ini akan menjadi satu titik untuk saya pergi lebih jauh dari misi misi kemanusian saya yang lain.
wajah wajah melayu singapura -
kedua anak ini ditinggalkan di dlm kemah di tepi jalan oleh kedua ibu bapa kerana ayah gila perempuan lain ibu tak mampu utk menyara 3 anak yang masih kecil ....

Orang Melayu Singapura sebenarnya bukan lah asing bagi kita ... ianya bagai saudara satu bapak lain ibu ... maka persaudaran ini jangan kita putuskan ... kita patut memasukkan melayu singapura didalam keluarga kita ...Bangsa melayu bagai satu keluarga besar di merata rata .. di singapura , thailand, filipina, sumatera, kemboja dan burma ...

Jumaat malam sabtu kira kira jam 9.00 malam kami bertolak dari kuala lumpur dan sampai ke singapura kira kira jam 2.00 pagi . Selalunya perjalanan hanya mengambil masa kira kira 5 jam tapi kesesakan lalu-lintas membuat perjalanan kami agak lama ...

Sabtu 30 August kami ke Darul Ma'aw untuk bertemu dengan anak-anak yatim disana... yang pasti sungguh berbeza dengan rumah rumah anak yatim di malaysia ... semuanya cukup dari segi material ... kanak kanak juga dibela dengan baik sekali ... mereka sungguh aktif dan ada jati diri ... apa yang sungguh mengharukan mereka sangat berbakat dlm bidang seni... agak malu ada warga melayu malaysia yang tidak boleh berdikir barat atau menari tarian inang tetapi kanak kanak disini tahu apa itu dikir barat dan tarian melayu seawal umur 3 tahun !!!!.
hensom kan? anak kita pun tak boleh bela sebersih ini ...

sorry gambar gelap - mereka menari riang

Darul Ma'wa adalah rumah untuk kanak-kanak yang tida berayah dan beribu, ada juga mangsa dera sex dan di biar terbuang kerana kemisikiinan ... ramai orang melayu di singapura penagih dadah maka anak anak mereka terbiar dan terbuang ... disini lah tempat mereka menumpang kasih ... mereka pergi sekolah dan diajar ugama dan seni dan budaya melayu seperti makan dengan tangan ... duduk bersila ... kesenianan melayu dan bahasa melayu... mereka masih fasih berbahasa melayu dan berlagu dlm bahasa melayu ... mereka masih memakai baju melayu dan baju kurung bertudung litup ... sungguh mengharukan ...


bilik sembahyang dan perpustakaan
tempat tidur kanak-kanak

walaupun rumah yang mereka duduki ini rumah lama tetapi dijaga dengan bersih dan cukup serba serbi nyer ... kerajaan singapura juga memantau rumah rumah anak yatim supaya ianya lengkap dan teratur dari segi kebersihaan dan infrastructur nyer ... begitu juga dengan pendidikan anak anak tidak terabai dan inilah perlu kita pelajari dari mereka ...

Walaupun mereka ini cukup dari segi material tetapi mereka perlukan sokongan dan perhatian dari segi emosi ... lain padang lain belalangnya ... begitu juga mereka ... agak gembira apa bila mereka boleh menyanyi lagu lagu dari malaysia seperti lagu lagu adibah dan berbahasa melayu dengan fasih sekali.

Sunday, June 29, 2008

Seketika di Pulau Temasik



Entah mengapa sejak akhir akhir ini Pulau Temasik sering melambai lambai untuk aku terus kesana. Setelah selesai segala proses untuk mengeluarkan Pak Long berakhir, aku dan dua orang sepupu mengambil kesempatan untuk jalan jalan keliling pulau. Biasalah apabila para wanita dapat keluar dari sangkar mana lagi jika tidak bershopping dan kali ini tour guide kami, Kak Suzana yang sememangnya warga singapura yang begitu arif dengan jalan jalan disini... tujuan kami mudah saja ... membeli beberapa keping kain kasa rubiah untuk dibuat baju, makan dan melihat keindahaan pulau legenda ini.

6 bulan yang lalu datang melawat nenek dan datuk saya singgah ke Makam Habib Nor dan bershopping di Gelang - membeli beberapa helai kain batik untuk dijadikan kenangan... Kali ini Kak Suzana membawa kami ke jalan jalan di Arab Street yang memang terkenal dengan kain kasa rubia, makan nasi brayni - mertabak Singapura dan kami dibawa singgah seketika di Masjid Sultan - antara masjid yang tertua di sini. Saya membeli beberapa keping kasa rubia - ya arwah nenda suka benar memakai kain ini untuk hari hari kebesaran. kalau ikut duit mereka agak murah S50 - S75 dollar sudah mampu untuk memiliki sepasang baju yang boleh disimpan hingga ke 3 generasi tetapi bila ditukar dengan nilai kita hahahahahhahah agak pening lah juga 120 ringgit hanya boleh dapat s50 dollar ... wahhhhhhhhh duit kita semakin kecil dimata dunia ... makan nasi brayani pula mengingatkan saya kepada kedua arwah ibu dan ayah tapi nasi brayani rasanya branyi di bangsar atau di jalan TAR, seratus kali lebih enak berbanding di sini. Selepas makan sehingga kenyang kami singgah untuk bertafakur seketika di Masjid Sultan. Masjid ini sungguh mendamaikan, reka bentuk melayu lama masa kekal hingga kini, bangunan yang diperbuat kayu masih kukuh dan utuh... di sekitarnya ditanam dengan pokok pokok herba melayu terutama kunyit, sirih dan belimbing buluh. Di malaysia masjid kayu diruntuhkan dan di buat masjid baru yang mengikut arus kearaban ... sungguh sayang apabila orang melayu sendiri tidak menjaga budaya mereka sendiri. Berada didalam masjid itu menjadikan saya kehibaan dan sedih ... pulau yang dulu di buka dan dibanggunkan oleh bangsa melayu kini sudah menjadi milik bangsa asing yang bukan berugama islam ... akan tetapi saya masih bersyukur bahawasanya Masjid Sultan masih dijaga rapi dan keadaan sekitarnya sungguh bersih dan mendamaikan ...

Diakhir pertemuaan kami , janji saya pada kak suzana, ini bukan pertemuaan terakhir.. saya sudah mula mengingati jalan jalan di sekitar temasik dan lawatan yang akan datang saya perlu mengenali anak-anak beliau supaya ianya menjadi lebih rapat dan mesra... Temasik akan menjadi lebih dekat di hati .. mungkin saya perlu datang dan tidur sehari dua di sini....