Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

MAJLIS KENDURI KESYUKURAN BB MIZAN ...

Alhamduillah, kenduri kesyukuran diatas kelahiran permata hati kami (Muhammad Mizan Bin Mahadir) DAN dengan rasa syukur diatas selamat dan sihat ibunya yang melahirkan...

yang penting semuanya berjalan lancar dan saudara mara , rakan rakan dan jiran tetangga datang untuk menceria dan mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga ..

Kepada yang sudi hadir dan dapat bersama memeriahkan majlis kesyukuran ni, Saya dan keluarga mengucapkan berbanyak terima kasih yang tak terhingga kerana bersama2 dapat menjayakan dan juga mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga, hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi dan pengorbanan anda semua. Tak lupa juga kami ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan kami semasa mengendalikan majlis ini, maklumkan kadang2 tu tak sempat nak berbual dengan lebih lama kerana terpaksa melayan tetamu yang lain. Semoga ikatan silatulrahim ini dapat di kekalkan sehingga ke akhir hayat, Insyallah

Friday, March 11, 2011

Kembali kepada sang pencipta...

Pulang anakku.. ayah mu sudah tenat ... suara ibu dihujung telepone bimbit sayu kedengaran ..

suami terus menyuruh aku berkemas .. kemas ala kadar .. yang penting baju melayu, cash money dan beberapa keperluan ...

dlm perjalanan pulang .. kami mula membuat beberapa panggilan utk kepada rakan rakan dipejabat .. memberitahu bahawa kami akan mengambil cuti panjang dan menyerahkan beberapa perkara berbangkit utk diurus kan ...

kami pulang agak lewat .. cuma sampai di kampung jam 1 pagi .. dan ayah telah pun terbujur kaku .. kami reda .. dia pergi dng tenang .. saudara terdekat sudah mula berkumpul dan yassin bergema dipelusuk rumah..

Syukur segalanya selesai dengan begitu mudah sekali .. jam 9 pagi, ayah sudah dibawa kemasjid untuk dimandikan ... dan jam 10 di germis jumaat yang indah dan dingin ayah dikuburkan .. menciumi tanah asal kejadian setiap anak adam .. segala nya selesai jam 11.oo pagi .. tuhan betul betul mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga ...

saudara dekat dan jauh datang memberi penghormatan yang terakhir ... kami sebagai anak sungguh sungguh berbesar hati dengan tanda kasih sayang mereka ... moga moga hubungan tali persaudaraan tidak akan terputus setelah ketiadaan ayah nanti ..

kini segala tugas tugas ketua keluarga mula dipikul oleh suami ... tanggungajawabnya menjadi bertambah berat nampaknya... dan aku perlu memberi sokongan moral...

ucapan terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan sms, menelefon dan datang melawat .. terima kasih sekali lagi dari kami sekeluarga ...

Sunday, January 02, 2011

makan malam diawal tahun baru


tahun baru tiba ... masih banyak perkara yang tertunggak yang perlu diselesaikan ... azam kali ini untuk melunaskan segala yang tertunggak ...

seperti tahun tahun yang lalu ... diawal tahun baru kami pergi makan bersama sama untuk meraikan hari jadi kak sulong kami lahir diawal january ... maka kami mengambil kesempatan cuti tahunan baru kami berkumpul beramai-ramai ...

dan seperti biasa makan bersama keluarga amat amat mengembirakan ... melihat yang keletah si-kecil mayya dng aksi mencuba makanan yang tidak pernah dia gambarkan .. melihat rekasi si-bunga ea mencuba menahan kepedasaan membuat kami tertawa .. bagaimana anak anak orang melaka sudah tidak betah untuk mengigit cili padi dan gelagat si -macho hanif duduk kekeyangan membuat saya dikeliling dengan kasih sayang.
ya jarang benar saya bersama keluarga .. terlalu sibuk dengan aktiviti dipejabat membuat saya sering ketinggalan dng aktiviti keluarga dan apabila bersama ianya amat amat mengembirakan ... ketika ini wang tidak penting ... gelak tawa anak anak buah dan senyuman manis kak dan adik tidak ada harga yang boleh dibayar dng wang ringgit mahupun masa...


Monday, July 05, 2010

berkumpul satu keluarga




apabila semua sudah dewasa, punya keluarga sendiri , sibuk dengan urusan peribadi ... untuk berkumpul bagai satu keluarga bukan lah sesuatu yang mudah. dan bila dapat berkumpul bersama sama ianya amat indah sekali ... semoga tali tali keluargan tidak akan putus ... pasti emak dan ayah bergembira melihat kami begini ..

Tuesday, May 11, 2010

selamat hari ibu

Saya tidak pernah menyambut perayaan HARI IBU. mungkin kerana saya sudah tidak mempunyai ibu dan saya juga bukan seorang ibu menjadikan saya tidak peka dengan perayaan ini.

Tetapi secara kebetulan Ahad yang lalu saya pulang kekampung suami dan kami sama sama bersama ibu beliau ... ya orang kampung mana lah tahu akan perayaan ini. Ibu suami saya tidak banyak kerenah ... cuma yang dipinta agar kami selalu pulang kekampung tidak kira apa jua perayaaan .. dia cuma ingin dekat dengan anak anak nya dikala tuanya. Tidak payah untuk membawa beliau ke kedai makan yang mahal mahal ataupun membeli baju yang beratus ribu .. yang cuma diingini masak dirumah, bercerita tentang ayam itik dan pokok sudah membuat beliau bahagia ... hidup ini mudah tetapi kita yang sering meyukarkan kehidupan kita ya...

Dan dia akan meyembelih seekor ayam kampung buat kami tanda kasih dan sayang ... sesuatu yang amat sukar untuk mendapat kan ayam kampung di kota batu ini .. dan mengirup kuah lomak dari kelapa yang dituai sendiri memaniskan lagi kehidupan kami sekeluarga ..

Semoga kita semua mendapat keberkataan kasih seorang ibu ...

Friday, January 15, 2010

50th year their life

my small family - lupakan tarikh didlm gambar .. it was 03 Jan 2010

awal tahun yang sibuk mungkin ... we had a small get to getter with family ... ya dunia semakin berubah ... we only can meet our family in a function gitu ... i miss the old days bila bila kita nak pergi kerumah saudara mara tak payah nak call call .. just drop by and they will be open arm to see us .. sekarang tidak lagi ... heheheheh

kalau dulu nak buat makan makan ... semua masak sendiri ... sibuk ke dapur .. gaduh gaduh sapa yang malas .. kena marah dengan mak sebab mengelat .. huhuhuuuu kini tak lagi .. nak jumpa jumpa yes we meet somewhere at cafe or restoren ... heheheh yang penting duit nyer sediakan je lar ...

but this is the best in the new era right ... ha lupakan masa masa dahulu .. heheheh i and my family had a good chat ... we had lunch at restoren nelayan ... the event .. to meraikan hari ulang tahun kak long (my eldest sister) & abang mehad (abang ipar) .. they were twins tapi lain mak dan ayah .. .huhuuuuu they celebrate the same day dan year ... so for their 50th years of kematangan ... we give them a birthday batch ... welll guys this is my small family ...

Saturday, October 03, 2009

Syawal 1430

syawal datang lagi .. tapi tahun ini agak meriah

tahun ini dapat pulang ke port dickson di rumah ibu (umah no 48) bermalam raya disana, melawat pusara ayah dan ibu, selepas sembahyang kami ke alor gajah melaka, ke rumah nenek di kampung baru .. sudah hampir 11tahun tidak beraya hari pertama di kg baru. Masa ayah ada .. setiap tahun kami akan berpagi raya di kampung baru bersama nenek ... ha ayah terlalu sayang kan ibu dan kampungnya sanggup meninggalakan isteri demi nenek dan kampung halaman...

setelah nenek tiada kami beraya di port dickson saja ... ya lelaki minang bagai mana sayangkan kampung halaman harta ibu dan bapa nyer hanya untuk waris perempuan ... berharta ketua lah mereka bila papa merantau lah kamu bersama isteri kamu ... menjadi anak dagang...

kemudian ku terus pulang ke jelebu rumah suami ku ... beraya di jelebu bagai kan beraya bersama keluarga .. ya sudah 11 tahun ... orang jelebu lebih mengenali aku dari saudara mara ku sendiri mungkin agaknyer ... masih ingat lagi di awal awal perkahiwnan kami ..bila aku pergi menziarahi kaum kerabat suami ku pasti mereka bertanya ... kamu ini orang luar kan .. hahah ya muka ku tidak sepeten muka muka orang jelebu asli dari gunung belantara... kulit ku tak sematang dan rupa ku tak semelayu mereka mungkin maka aku selalu dicop orang luar .. ha biarkan saja ... tapi setelah lama mereka lebih akrab dengan aku .. sehingga jika tidak melihat aku di pagi raya .. seluruh kampung akan tahu aku ke melaka tidak beraya di jelebu ... kewujudan ku telah di rasai di bumi jelebu.

tahun ini cuti agak panjang maka dapat lama sedikit di kampung .. .kami beraya sakan dan masak sakan juga ... ya dapat bercerita panjang dengan ibu mertua .. dapat mengambil gambar banyak banyak dan dapat kerumah saudara mara yang jarang ketemu ...

ya semoga tahun hadapan raya ku akan lebih bermakna lagi ...

Saturday, March 21, 2009

MAIN MASAK MASAK

labu untuk dimasak lomak

.sup ayam

Kami ke rumah abang ipar di rawang, untuk menghadiri kenduri doa selamat. Dan seperti biasa adat orang datang kerumah , kenalah ringan tulang sedikit, membantu lah sikit sikit kerja kerja dapur .. dan terasalah pulak macam main masak masak...

mmm nasib badan lah bila orang tua tak de .. buat mana yang reti je lah ..nie lah nasib bila orang tua tak de ... bila kenduri kendara kena pandai pandai sendiri je lah ... beruntung sesiapa yang ada mak ayah yang boleh menguruskan benda benda macam nie ... dan ketika ini terasa betul susahnyer bila tak de orang tua untuk bertanya dan mengarah...

apa apa pun kami berjaya memasak seekor kambing !!! power tak ... jangan ingat orang muda tak reti memasak ... heheheheheh
seperiuk kambing ... santan di gaul mesra

Wednesday, January 28, 2009

makan beramai ramai


semua di gaul bersama
tanda rezeki dari semua arah
di gaul bersama keluarga
untuk mendapat berkat
setia sekata ... makan bersama
sikit sama di cecah
banyak sama dilapah
tu pepatah orang lama

pulang dari rumah orang kawin kami terus menuju ke bandar melaka ... ada jemputan makan besar bersama sama saudara cina saya di sebuah restoren veg. mmmm this is my second time to attend this kind of dinner ... saya dan suami pun sama sama mengaul siau pau (betul ke nie?)

satu pengalaman yang menarik .. dan suami saya menyukai nyer ... maybe tahun depan boleh join lagi ... heheheheh

kadang kala bila balik sekali sekala rasa seronok lah jugak ... ya lah penuh dengan aktiviti ... saya memang suka sambil melancung sambil pi melawat sedara mara atau rakan rakan ... i had a good time kali nie ... berjumpa dengan sanak saudara yang dah lama tak berjumpa ... tengok semua dah besar besar ... terasa tua lah pulak ... bila sekali sekala balik jumpa semua sedara memang seronok rasa macam tak nak balik tapi biasalah sehari dua suka lah kalau dah tiap hari mesti bau busuk kan ... hehehhehe

di bandar melaka pula bertemu dengan saudara saudara cina dan kami sama sama meraikan malam tahun baru cina ... kali nie sepupu ku tempah tempat kat resotren ... tak makan kan rumah .. ya lah takut suami kita tak selesa ... sambil makan sambil bercerita .. tapi biasalah habiskan makan yang terlampau banyak sampai tak sempat dan bercerita dah jadi macam maraton lah pulak ... hehehehhe bila makan besar di melaka tak terasa jangal sangat sebab ramai orang melaka yang kawin campur so di meja sebelah ramai jugak isteri pakai tudung bawak mak pak pakai comsam pi makan malam ... di meja belakang pulak satu family india dok makan beramai ramai ... so tak lah suami ku terasa janggal ... dok tala je lah... one good thing they dont serve any pork or beer in the resotren .. agak selesa...

Monday, January 26, 2009

SIRIH PULANG KE GANGGANG

cuti raya cina nie saya pulang ke kampung di melaka... kali ini persiapannya amat teliti sekali ... kali ini saya pulang kerana makcik saya bernikah ... kami ini bersama beliau untuk menyambut hari gembira ini.

Sejak Disember persiapan sudah dilakukan .. benda pertama sekali yang saya buat adalah book bilik di A'Famosa yalah bila dah ramai ramai rasa tak selesalah pulak nak duduk di rumah pusaka .. kalau saya sendirian tak mengapa ini bersama suami ... mm mm biasalah suami kita tak selesa ... so saya book aparment 3 room plus a stideo room for my family ... my cusion pun join sekali ... masukkan dia di stideo room ... me and my sister & brother satu aparment ..

jumaat lepas kerja terus pulang ... kemas baju mengambil masa jugak ... saya siap tempah dua pasang baju kurung kain kapas untuk majlis ini - ya melaka sangat hangat cuacanyer maka kain kapas adalah sebaik baik kain untuk dipakai ... sebelum ke Melaka kami singgah di Jelebu tidur semalam di rumah mak mertua, Sabtu, selepas makan tengah hari baru lah kami bertolak ke alor gajah .. perjalan ke selatan - mengalami kesesakan ... semuanya berpusu-pusu ingin pulang ke kampung tak kira bangsa dan agama ... sampai di alor gajah terus ke rumah pengantin ... tengok apa yang patut ... jumpa dengan sanak saudara ... ramai yang masih belum sampai ... tolong sikit sikit lepas tu pi A'Famosa - check in . Mungkin dah lama betul tak merasai angin melaka ... badan jadi lesu ... kami tertidur hingga ke senja ...

Tiba tiba rakan sepejabat yang kebetulan juga balik ke kampung suami nyer di tampin callll... ajak pi makan malam ... apa lagi ... walaupun saya orang melaka tapi boleh dikatakan saya nie "melaka murtad" ... tahu balik kampung je .. jalan jalan di kiri kanan semua tak tahu ... beliau bawa saya ke tampin ... makan tom yam, angkut satu group pi join makan ... sedap ... makan makan cerita cerita .. perut dah kenyang ... setengah dari group pulang ke bilik kami yang perempuan nie pi balik ke rumah makcik ... pi tolong apa yang patut... sampai jam 2 pagi ... balik ke bilik suami dah golek golek depan tv dengan abang nyer ... seronoknyeerrrrr

esok pagi nyer saya bangun awal ... pi sekali lagi ke pekan tampin cari sarapan... menarik jugak pekan tampin nie, pekan didalam dearah remabu yang dibuka oleh orang minang terletak dikaki gunung datuk dan tak sangka saya pekan tampin begitu happening... jika ingin dibandingkan dengan pekan alor gajah & kelawang rasa nyer tampin lebih happening...selepas membeli sarapan kami pulang ke bilik ... dari A'Famosa ke pekan tampin hanya mengambil masa lebih kurang 10 min... bilik saya betul betul mengadap ke arah gunung dato ... sungguh indah permandangan dari apartment saya ketika ini ... hari nie gunung dato dilitupi awan tebal .. angin menderu dari arahnya terus ke apartment kami ... cuaca yang sangat molek sekali...

lepas sarapan saya berehat sebenar ... saya buat late check out ... lebih kurang pukul 2.00 petang ... check-out dari A-Famosa (tak sempat nak jalan jalan dan ronda ronda ke Koboi world lah , water world ke ) terus ke rumah pengantin ... makcik saya nikah jam 11 pagi ... sorry memang tak sempat lah .. makan dan lepas tu terus tolong apa yang patut ... seperti angkat pinggang ... kemas mana yang patut .. suami pulak punya lah anti sosial .. terus ke masjid dan tido .. yang sebenarnya badan beliau tak berapa sihat ... mmmmm atau mungkin tak betah dengan suasana orang melaka ... saya pulak gembira dapat bertemu dengan sanak saudara yang sudah lama tak bersua ... bertanya khabar dan bertukar alamat ... hehehehehe badan dah agak keletihan .. yalah tak biasa buat keje keje rewang nie lagi ... dah tua lah kata kan ...

Jam 5 petang kami beredar ... mak cik dah dok bebel bebel kenapa saya tak duduk sehari dua lagi ... tolong kemas rumah dan cuci pinggang .. hahahaha banyak cantik ... masa saya kawin dulu adik ku kawin ada ke mereka duduk berhari hari ... sorrryyyyyy me are not so bodoh macam dulu dulu ... lagi pun i have dinner to attend ... ya keluar dari rumah orang kawin ... we move to south .. bandar melaka ... pi MAKAN BESAR with my chinesess clans...

bersambung.........

Saturday, December 22, 2007

H-E-B-E-R-N-A-S-I



Saya sudah mula bercuti - menghabiskan cuti tahunan yang tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Bermula dari 20 Dec hinggalah ke 1 Jan 08. Saya akan masuk pejabat pada 2 Jan. Bestkan!! cuti bukan sebarang cuti ... cuti nak membereskan benda yang tertunggak. apabila saya masuk pada 2 Jan saya akan bertugas di department yang berbeza dan tanggungjawab yang lebih berat - kira macam naik pangkat lah .. semoga tahun 2008 akan membawa kemakmuran kepada saya, kerjaya, kesihatan dan keluarga.

So bila cuti panjang nie banyak lah idea idea yang pelik-pelik dah sampai. Tapi yang penting saya perlu settel kan benda yang sudah lama tertangguh. So kawan-kawan selama 11 hari ini saya akan menceritakan apa yang akan saya lakukan ...mesti bestkan dan jangan jelous ya!!!



:: 20 December 2007 - HARI KELUARGA





bila berkumpul gelak dan tawa

hilang segala duka nestapa

terikat kasih tersimpul mesra



Petang di hari raya haji rumah saya jadi titik pertemuaan untuk seluruh keluarga berkumpul. seronok lah pulak bila semua ada.. hilang rindu rasanya. menu saya simple saja .. sup tulang makan bersama nasi impit dan piza yang di order dari kedai ...heheheheheh. Selepas makan kami ada sesi bergambar kemudian nyer saya ada kan lucky draw. hadiahnya biasa biasa saja ... untuk buat suka suka memeriahkan suasana. Tak sangka lah pulak semuanya sporting belaka.

Tujuan saya lakukan ini semua kerana di hari saya ber HEBERNASI saya ingin mengeratkan siratul rahim bersama keluarga saya. Ya semasa kecil kami adik beradik kurang mesra. Mungkin atas sebab sebab yang tidak dapat dielakan ... ibu dan bapa saya sebuk berniaga maka kami adik beradik tinggal berasingan.. ada yang dibesarkan di rumah nenek seperti saya dan remy, ada pula tinggal bersama saudara dan ada pula yang dijaga manja oleh ibu. maka terdapat perbezaan peribadi pada setiap individu. Tetapi setelah semuanya matang kami cuba untuk give and take and it really works for us.

Sunday, February 04, 2007

WALITURUS...



bagai pinang di belah dua?


flower girls

raja sehari

Alhamdulliah, syukur kepada yang esa. Segala puji kepada allah atas belas dan kasihnya kepada kami ini. Kini segalanya telah selesai jua. Ini lah adik saya yang bongsu. Lega rasanya bila semua tanggungjawab sudah selesai. At least sudah ada yang menjaganya. Majlis telah berlangsung dengan sederhana tapi meriah pada 24 Disember 2006 pada hari Sabtu bertempat di Dewan orang ramai Port dickson Negeri sembilan dihadiri saudara mara dan rakan-rakan terdekat saja. Jemputan pun tak ramai.. dlm 400 orang je.