Monday, May 04, 2015

HOW GST WORKS

Upon GST implementation, Malaysians have taken their bills seriously and perhaps now noticed there is a service charge on their bills. Ironically, many Malaysians do not know that this charge was implemented long ago and has taken rants on social media.




Service Charge has long been implemented by Restaurants, Hotels and Industry which provides services to clients. The workers of these industries usually have very low salary or living with minimum wages. Malaysia which is not a particularly tip friendly country as compared to United States where it is ethically required to tip their waiters around 15% to 25% of the dine value. Service Charge was introduced as a mean to supplement these services workers with extra income. A worker’s salary is very dependent on income from Service Charge. In a lot of cases, Service Charge contributes to at least 30% of the workers income.

BANTAH GST

Friday, December 05, 2014

Tadika

Tiba tiba hari ini saya menjadi kalut, baru saya sedari bahawa mizan perlu dihantar ke tadika di January 2015... pada mulanya saya ingin memasukkan mizan pada bulan 6 apabila dia mencecah umur 4 tahun .. akan tetapi pengasuh memberitahu bahawa tadika hanya menerima kemasukan ke pada awal tahun bukan di pertengahan tahun....


Ada yang bertanya mengapa tidak di masukan ke tadika kelas gred A+++, anak seorang pasti mampu. Saya termenung sendirian sehari dua ini maka saya telah... membuat keputusan

1 : menghantar mizan ke tadika yang terdekat dengan rumah pengasuh kerana jika terjadi apa apa kemalangan atau mizan demam , senang meminta pertolongan pengasuh atau pun anak anak mereka yang sangat baik hati... Emak mizan kerja nya buruh kasar maka tidak punya masa sanggang seperti ibu bapa yang lain , Ayah mizan pula kerja sangat jauh jika terjadi apa apa ianya akan mengambil masa yang lama.

2 : saya ingin kan mizan bersekolah tadika yang mempunyai suasana yg selesa , saya tidak mahu menghantar beliau di sekolah tadika dirumah kedai tanpa pandang dan pemandangan. saya mahu mizan bermain lumpur dan berlari di tadika (mesti cikgu nya pengsan)

3 : saya mahu mizan belajar secepat mungkin ilmu agama, seperti alif ba ta, tulisan jawi dan membaca doa doa pendek .. ya anak lelaki perlu di terapkan pendidikan agama sebanyak mungkin ... tetapi tadika di tempat kami tidak menawarkan agama dan barat sekali gus ...

4. maka saya membuat keputusan utk menghantar beliau ke dua tadika pagi (english medium dan di petangnya pula ke PASTI )

5. saya terpaksa melupakan impian saya utk menghantar mizan ke sekolah cina kerna saya terpaksa memilih antara Agama dan Kecinanan ...



Friday, November 21, 2014

Bunga Dan Wanita



Wanita dan bunga tidak pernah berpisah ... seri nyer sering manis dan menawan

sirih junjung warisan melayu

Thursday, September 04, 2014

Mizan Demam

mizan demam, sebenarnya mizan amat amat jarang demam ....

semalam di kedai makan , mizan bermain dng rakan rakan sebaya - anak towkey kedai , mereka main lari lari sambil bermain lopak air lumpur ... ayah nyer menjerit melihat mizan penuh dng lumpur .. tapi saya biarkan saja .. ya biarkan saja ... biar dia merasa lumpur dan selut :) kata saya kepada ayah mizan dan towkey kedai.

Pulang ke rumah terpaksa mandi kan mizan yang penuh dengan selut .... maka hari ni mizan selsema dan demam ....

Beli ubat di farmasi ... dan pujuk mizan makan ubat ...

ya mizan sudah dewasa ... mizan sudah boleh makan ubat dengan sudu ... tidak lagi picagari :) dan tidak lagi menangis nangis utk memasukan ubat ke dalam mulut

mama sedap ... macam gula gula :)


Monday, September 01, 2014

Nota Nota sudah selesai dikaji

Tapi masih ada tanya yang tidak pernah selesai , "Kenapa politikus cepat mabuk, muntah darah, maki hamun, sanggup mati dibunuh dan membunuh?"

Sebarang teori sudah tidak digunakan lagi .  Inilah sistem amali yg dijadikan amalan.

ah aku kalah atau tewas ... tidak mungkin !

-ooo---

Nasib bangsa, nasib bangsa, sipakah bangsa yang paling derita. bangsa ini dihina sedemikian rupad duka lara sejak zaman dulu kala.  Sejak nenek moyang kami di caci oleh segala penjajah yang benar benar ingin menjajah kekayaan bangsa kami.

Aku sudah lelah berjuang, ini nestpa tanah air , satu satu kawan ku gugur .

Sudah puluhan tahun aku berterik ...

tuntui ilmu ugama , hantar ulamak ulamak kita keseluruh negara ... biar anak anak bangsa diterapkan dengan ilmu keugamaan ... biar hidup subur ugma menjadi aidin ...



Monday, March 11, 2013

Entry Tertangguh .. diakhir bulan Feb 2013


Entry tertangguh
di akhir bulan Febuary 2013

Bulan ini bulan menyambut hari jadi didalam keluarga saya ... makcik saya, anak anak buah dan ada juga rakan rakan .. saya meraikan kegembiraan mereka .

di balik balik kegembiran menyambut ulang tahun mereka yang tersayang .. mereka seakan lupa bahawa saya juga menyambut nya ... dan nama saya seakan lupa langsung dari ingatan mereka ...

Tidak mengapa , pujuk hati kecil saya .. saya bersyukur dengan umur yang panjang nie .. menikmatinya dengan cara tersendri .. ya dihari lahir saya .. saya mendapat jangkita fungus di mata kiri saya selamat 10 hari .. hadiah dari allah utk mengingkatkan saya sudah tua dan sakit akan sentiasa menjegah ... saya bersyukur mungkin sakit ini akan mengurangkan seksa saya nanti di alam yang lagi satu dan sakit ini mengigatkan saya utk sentiasa berserah diri kepada sang pencipta .

rupana allah tidak pernah lupa .. ya saya tidak dapat hadiah dari saudara atau pun sahabat .. saya mendapat hadiah dari bentuk yang lain .. voucher membeli buku sebanyak rm250, voucher membeli baju sebanyak rm350 dan bill sakit mata saya sebanyak RM500 dibayar secara percuma .   Syukur alhamdulillah ...

Friday, January 11, 2013

Mizan anak kecil saya , sudah mula mengangkat takbir dan membuat sujud,  meniru ayah nya bersolat.  Sejuk hati saya bila melihat dia sangat sukakan meniru perbuataan suami saya ketika bersolat.. dan membuat saya selalu berterima kasih kepada Allah . moga moga kelakuaan nya ini akan berterusan sehingga dewasa.

Dan kuat kuat saya berdoa moga moga Mizan menjadi hamba yang taat kepada Allah dan Rasulnya .

Itu saja yang saya pinta utk sikecil mizan setiap hari ...

Wednesday, November 28, 2012

Sesungguhnya ada ketikanya saya merasakan saya manusia yang bermuka muka untuk sesuap nasi ...

adakalanya saya merasakan saya seorang yang hipokrit hanya untuk memudah kan kerja kerja seharian saya ...

ohhh adakah saya manusia yang begitu atau mungkin keadaan yang menjadikan saya begitu ...

dan sesungguhnya saya ingin lari dari duniawani ini dan pergi jauh jauh dari masyarakat utk saya senang untuk menjadi diri saya sendiri ... ha betul hidup ini bukan semudah yang disangkakan...

Wednesday, October 10, 2012

antara perkara buruk yang sering saya lakukan adalah tidak mengikut masa... saya sering lewat , gagal utk menepati sesuatu temu janji dan berbagai bagai lagi ... bagi saya anak muda perlu santai .. tidak perlu terikat pada janji atau masa ..

tapi kini jika ingin hidup bermasyarakat saya mulai percaya bahawa dng menghayati masa kita akan berjaya .. itu adalah antara add in value yang cuba saya berbaiki .. huhuuhu atau lebih mudah bila dah tua perlu ada peraturan hidup .. sedis bukan ..
Teknologi telah merubah personaliti saya. Sejak ada perisian Whatsupp, BB Chat dan lain lain yang membolehkan mesej ditulis tanpa had,saya kini lebih gemar menulis daripada berkata-kata...

Dan bila bertemu yang pasti lidah menjadi kelu...

Thursday, October 04, 2012

tips jika ingin ke legoland, malaysia:
bawa payung - paneh giler
makan kenyang kenyang di luar dulu - food dlm legoland mahal giler air rm10 , burger rm25 seketung
pakai baju
dan kasut yang selesa - banyak berjalan , tempat duduk or lepak sangat kurang kecuali di dlm restoren ..huhu
jika hujan tiada tempat berteduh .. huhuhu


and if you wants to stay in jb ... the iterneary suggested
sabtu u check in to the hotel - desaru lebih dekat dari jb utk ke legoland
check out kul 11 dari hotel .. makan breakfast
kat hotel kenyang kenyang .. pas tu go to legoland .. hehehehehe bawa topi dan payung ... keluar dari lego land terus boleh balik ke umah / kl

Monday, September 17, 2012

biasalah anak kecil ... ragamnyer terlalu banyak apatah lagi anak lelaki .. lasak nyer sehingga saya sudah kurus tanpa pergi berjogging.. Dalam kelasakan nyer saya berdoa kuat kuat agar saya boleh mendidik sikecil mizan menjadi orang yang baik dan berguna untuk nusa dan bangsa ..

cuma ketika ini saya merasakan ada yang tidak memahami waktu waktu si anak kecil .. hidup mereka penuh di ekpolrasi ... jika di tegah takut takut nanti dia tidak belajar .. dan di kepit kan sangat takut menjadi perempuan ... haahhh sukar menjadi seorang ibu ..

Wednesday, June 06, 2012

berpantang

Dulu ketika muda .. saya tidak pernah menjaga pemakanan mahupun diri dengan baik ... saya jenis belasah semua ... minum ais, mandi malam ... makan terus dari peti ais , tidur berkipas dan berbagai lagi ..

Sejak melahirkan terasa benar badan lemah dan sejuk ... dan ketika bersalin dan mengikut pantang larang orang tua tua .. memang terasa sangat kelainan nya .. tidak mandi lambat , jika mandi malam saya akan mandi dengan air panas... tidak mengambil ais , tidak mengambil minuman bersoda, cuba untuk memasak dan memakan makan dirumah ... dan berbagai petua orang dulu dulu.

Mungkin kerana saya merasakan bahawa saya perlu menjaga kesihantan kerana mizan masih kecil dan perlu mummy yang cukup kuat untuk menjaga nyer.

Mudah mudahan saya akan menjadi ibu yang sihat...

Tuesday, June 05, 2012

selamat datang bulan bulan bahagia

Rejab, Syaaban dan Ramandan akan tiba ... diantara persiapan untuk kedatangan ramadan kali ini saya cuba untuk menganti kembali puasa puasa saya yang saya tinggalkan ketika melahirkan mizan ...

Alhamduillah ... saya telah dapat melunaskan puasa tahun lalu .. kini saya cuba untuk melakukan puasa puasa sunat dibulan bulan bahagia ini ... moga moga ramadaan kali ini akan menjadi lebih indah dan manis ...

Tuesday, April 17, 2012

seteguk kopi, pengubat duka rinduku...







kopi seakan sudah sebati dengan jiwa melayu ku ... ketika kecil dikampung, aroma kopi panas hitam tetapi manis sering menyusuk dimalam yang dingin apabila tetamu datang berkunjung diwaktu malam ... dicicap bersama biskut kering ... enak sekali ...



Ibu lebih kebaratan .. secawan nesface tanpa gula mahupun susu menjadi kemestian bagi beliau ... dan begitu juga dengan tradisi abg ipar saya perlu ada secakir nasfeca sebelum memulakan hari hari beliau



mungkin kerana melihat ketagihan ibu dan abang membuat saya menjadi takut dengan minuman ini ...



saya juga begitu alah dng nyer .. jika meminum secawan kopi pasti saya tidak boleh tidur selama 2 hari .. dan membuat saya begitu fobia dengan nya ...




kalau meminum kopi seakan tidak mempunyai klas sehingga terdapat perpatah mengatakan ...



"duduk bertunggu tangga di kedai kopi" , "hilang tanah kerana kopi" seakan mengatakan hanya orang pemalas saja yang akan meminum kopi dan sesiapa yang meminum kopi bagaikan bangsa yang tidak arah tuju...



kini peminum kopi sudah chick dan moden ... kopi sudah di jual dengan harga yang sangat mahal... secawan kopi sudah mencecah berbelas ringgit dan peminum kopi di gelar orang kaya kerana duduk santai di cafe cafe yang mahal dan terkemuka...



Friday, April 13, 2012

DUNIA BERGERAK PANTAS

Dari dulu lagi saya agak perlahan mengejar dunia ... semua nyer lambat sekali ... baik dari segi fesyen terkini sehingga lah segala galanya ... kalau dulu orang berebut rebut mempunyai telephone bimbit .. saya tak kisah pun ... saya lebih selesa dengan berkirim kahbar.

jika orang lain sibuk belajar kereta selepas SPM, saya lebih suka menaiki public transportation utk kemana mana ... sehinggalah apabila saya mendapat mizan kerana saya merasakan ianya telah menjadi satu keperluaan ...

begitu lah segala galanya ... saya terlalu lambat mengejar masa .. sehingga kadang kala mereka melihat saya tidak mempunyai masa depan yg cemerlang. sehinggakan punya anak pun saya lambat .. kalau orang lain anak semua sudah bertingkatan saya baru utk membesarkan anak ...

saya juga sering tangguh kerja kerja yang perlu diselesaikan dng kadar segera...

kini saya bersyukur .. sejak akhir akhir nie saya mula mengejar masa .. bukan saja mengejar tetapi mengutip kembali sisa sisa yang telah saya tinggalkan ... utk menjadikan saya maju dari mereka mereka ... doakan agar saya berjaya ya...

akan tetapi saya tidak pernah menyesal yang saya bergerak lambat ketika satu dahulu .. semuanya pasti ada hikmah yang tersendiri ... ini semua telah ditentukan oleh sang pencipta..

Tuesday, March 27, 2012

HUJUNG MINGGU

Hujung minggu saya penuh dengan bermain dng mizan, duduk santai di rumah dan memasak... ya kami merasakan mizan tidak cukup masa dengan kami .. maka hujung minggu adalah utk mizan sepenuhnya.

di hari hari kerja .. mizan cuma ada dengan kami ketika waktu malam .. dan waktu tidurnya sudah mengurangkan waktu bersanggang bersama sikecil...

apabila sabtu dan ahad datang .. saya bagaikan patah pinggang utk mengikut rentak sikecil ini .. manja nyer berlebih lebihan membuat kadang kala saya kehilangan sedikit kesabaran .. akan tetapi keletah dan kemanjaanya telah membuat kami gembira...

MEMASAK ...



Memasak adalah satu terapi jiwa bagi saya.


Di Rawang saya jarang memasak ... mungkin kerana kesibukan dan kesukaran untuk ke pasar membantutkan lagi saya utk memasak.

Semasa berpantang... kita perlu memakan lauk yang dimasak sendiri .. tidak digalakan memakan makanan dari kedai .. maka saya mula memasak .... dan akhirnya ia telah menjadi semacam satu terapi jiwa utk saya.

jika dikota lumpur amat mudah utk mencari hiburan .. di sini ianya amat terhad .. maka antara hobi saya dirawang adalah memasak... membeli barang barang segar dari pasar tani .. dan memasak ala kadar membuat hati kegembiraan .. dan memasak adalah cara saya untuk mengubat rindu pada nenek, ibu dan ayah...


Monday, March 19, 2012

Novel : Negara 5 Menara

Baru saja mengkatam novel ini... ia membuat saya ingin menghantar mizan ke sekolah beraliran ugama di masa hadapan ....