Monday, November 22, 2004

raya tahun ini

tahun ini saya beraya di Jelebu (dirumah mertua), kali ini raya sungguh meriah sekali,seluruh keluarga semuanya pulang kekampung...ada yang hampir 10 tahun tidak pulang pun akhirnya mendapat seru utk beraya di kampung ...mungkin kerna saya dan suami saya ada mereka pun nak pulang juga kot(perasaan lah nie)... hehehhehe. Tok Haji sanggup beraya bersama kami, Pak Usu pun begitu walaupun isterinya tidak mahu pulang dikeraskan hatinya balik kekampung bersama anak-anak nya, rumah kami jadi rumah tua kali ini dan saya tak sangka ada juga isteri yang tidak mahu mengikut suami pulang kekampung), makcik yang tidak pernah beraya dikampung halaman akhirnya terbuka hati utk beraya di Jelebu bersama sama kaum kerabatnya yang sejauh di nun Penang sana berpusat diJelebu ....dan berbagai lagi...tetapi syukur kampung suami kali ini meriah sekali...


baby dah tak sabar nak balik kampung....


SEHARI SEBELUM HARI BANTAI

ohhh ya tahun ini kami sekeluarga kacau dodol sebelangga ...best gilerrrrr ...rasa nya aktiviti ini akan diteruskan utk mengeratkan lagi silaturahim diantara keluarga...

kami juga anyam daun ketupat...
(maaf tak de gambar ..bateri kong)..

HARI BANTAI
mungkin masyarkat minang mengelarkan hari ini sebagai hari bantai kerana ...kita semua terpaksa membating tulang utk membuat persiapaan hari raya....

kami buat seperti semua org lain buat ...rendang daging & ayam, rebus ketupat, kuah kacang, rendang kerang ....


ketupat beras dan pulut


memasak rendang dan ketupat di penanggah

pasang lampu keliling rumah ..

nyalaan pelita utk meyenangkan org surau datang bertakbir...

bertakbir dari kampung kekampung (maaf tak de gambar ..saya tertidur...menantu pemalas heheheh)

PAGI RAYA
Sembahyang hari raya ..(saya tak dapat bersama .....bulan dah penuh...)

sekampung datang menyerang ....

anak kecil yg gemarkan rendang


sebahagian menu utk jamuan sekampung


3 generasi berkumpul (cicitnya malu nak ambil gambar....)


saya beraya....(maaf tak dapek ambil gambar dah nanti org kata gayat dah pulak...)

ESOKNYA ..

BALIK Ke Port Dickson


tahun nie tak dapek gi masjid dan kubur ....

Monday, November 08, 2004

KEPADA MU AKU BERSERAH

Entah mengapa, cuaca diMalaysia sudah tidak menentu lagi ..dalam sekelip mata, langit yang terang benderang boleh bertukar menjadi gelap gempita…Jumaat lepas, perancangan awal ingin pulang segera untuk singgah ke gerai nasi byrani …tetapi langit tak sentiasa cerah …panas tak sampai kepetang, 4.30 kepulan awan menjelma, tanpa guruh dan petir hujan turun mencurah..seakan menangis mahu-mahunya …dan ketika ia berhenti sebentar seketika, aku yang tidak berpayung berlari anak merendah gerimis dan sampai saja di perhentian teksi, hujan mengila kembali dan kali ini ditemani rakan karibnya, Angin.

Nasib, tuah masih dipihak ku …ada teksi yg masih sudi berhenti …didalam perut teksi hati berkata “Habis lah, tak de payung bagai nak menjamah nasi idaman hati” (telah hampir sebulan mengidam), dan aku cuma dapat menelan air liur pekat ketika teksi meluncur lalu digerai byrani dan ku pujuk lagi hati yang lara , “tak pelah, bila teduh sedikit akan ku turun bersama sekaki payung”.

Tetapi memang kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan segalanya, ribut sepanjang malam …hati meraung, kenapalah payah benar untuk menjamah sebungkus byrani, terkeliur bila mengenangkan si-Yani dapat menjamah brayni hampir setiap hari..betapa tidak adilnya Tuhan kepadaku. Dan betapa sukarnya tekak ini dipaksa menelan telur kicap pabila azan dilaungkan (peti sejuk kosong kerna tidak kepasar…) dan akhirnya aku tidur awal..aku dan dunia ku……..enak diulit mimpi ketika hujan dingin.

Keesokan harinya, barulah ku tahu betapa bertuahnya diri ini, jika dikala aku dipercikkan tempias gerimis, rupanya ada warga kota yang terkandas dek banjir kilat separas lutut, jika dikala air mataku jatuh dipipi kerana terpaksa menjamah telur goreng kicap rupanya ribuan warga kota terpaksa berbuka tanpa air dan makanan dek terperangkap dengan kesesakan yang tidak dapat diceritakandan ketika aku enak diulit mimpi, bersama bayu gunung membuai lembut, rupanya ada sepasang suami isteri yang telah kehilangan anak dan rumah dek tanah runtuh.....

Ya ALLAH, aku yang kecil lagi hina ini tunduk syukur kepadaMU kerana kau telah mempermudahkan segala perjalanan aku dan suami ketika itu …rupanya segala kepayahan yang kau beri kepada ku itu cumalah adalah kepayahan yang teramat mudah diantara hamba mu yang lain ….


JAWAPAN HAMPEH

:: Pak Lah tentang banjir di seluruh negara

"Perdana Menteri juga menggesa orang ramai tidak membuang sampah sarap sesuka hati menyebabkan sungai dan longkang tersumbat dan air melimpah melepasi tebing apabila berlaku hujan lebat.“Sisa binaan seperti tanah, simen dan kayu yang bertimbun di sana sini menyebabkan aliran air menjadi perlahan apabila hujan dan tidak dapat mengalir ke dalam longkang dan sungai dengan cepat.“Sampah sarap yang dibuang ke dalam longkang juga menyebabkan aliran air tersekat dan menyumbang kepada kejadian banjir, terutama di kawasan pembangunan pesat seperti di Kuala Lumpur,” katanya.

Lela: Apa kena mengena banjir satu negara pasal buang sampah lah pulak ...nak salah kan rakyat lah nie, zaman datuk nenek aku dulu tak de pun alam flora tak de pun dbkl angkat sampah tak banjir pun ???

::MB Selangor

"Saya tak faham kenapa Dr Azman tidak membenarkan orang kampung memasuki rumah utk menolong ..mungkin kalau orang kampung tolong tak akan jadi begini" Berita TV3

Lela: kenapa nak salah kan Dr tu pulak, masa tu rumah dia tak runtuh lagi ..dia tak nak org kampung ambil barang dia kot...anak dia mati itu dah kuasa Tuhan ...kalau org kampung datang pun nak mati mati jugak ....soalan nya kenapa boleh terjadinya tanah runtuh ???...nie pun nak salah kan rakyat ..kawasan tu dah beratus tahun org kampung buek rumah tak pernah tanah runtuh ..sejak hutan dan bukit ditarah secara rakus oleh kerajaan negeri kawasan gombak sudah tidak stabil lagi ???? Salah hujan lagi ke ???


Wednesday, November 03, 2004

BABY


* baby baru buka posa, rehat kan badan di depan tv
** aku saja ganggu baby yg tengah bergolekan dng b/fnyer (laki aku lah tu), apa lagi benganglah si baby tu



*** baby dah start mengganas

**** dia tergolek lagi ..(baby hanya akan tido diatas tilam ...huhuuuu)

Apa lagi ye??

Syukurlah tahun nie dapat membeli sepasang baju kurung (dah 6 tahun tak tukaq baru raya) untuk diri sendiri dan sehelai baju melayu berwarna purple dan 2 pasang seluar untuk sang suami…seperti biasa saya hanya membeli “kuih tunjuk” sebab saya memang tak pandai dan tidak mempunyai kesabaran untuk membelek biskut yang cute miut kerana benda cute perlu ketelitian dan masa yang banyak…semalam cuti Nuzul Quran ye… maka paginya saya cat pintu pagar dan suami cat dapur …malamnya pula saya kerumah ren bergotong royong membuat acar buah untuk dijadikan buah tangan kepada saudara dan rakan terdekat (nak buek kuih tak pandai ..nak beli tak termampu…) kami buat 10 kilo acar buah dng modal RM150 …cukuplah tu …


Apa lagi ye persiapan saya untuk raya nie ….sabtu nie saya nak basuh rumah, nak basuh langir dan cadar sebelum balik beraya ke kampung …depavalli nie suami nak kacau dodol di kampung …mmmm apa ye yang tertinggal …saya dah bagi duit kat adik untuk beli barang pasar di hari raya nanti (dia masih tanam anggur)…saya dah beli sepasang baju untuk ayah tapi ayah suruh saya letak kat rumah  je katanya dia takut baju yang saya beli itu dipakai orang. (ayah dah 5 tahun duduk tinggal disurau didearah pendalaman – sekali sekala dia datang duduk dirumah saya utk berehat) .

Kad raya pengganti diri sudah diedarkan kepada rakan-rakan yang jauh ..yang boleh dihubungi melalui e-mail hanya kad maya sebagai tanda peyambung tali persahabatan…

Apa lagi ye????........ohhhh saya perlu bayar ZAKAT FITRAH …inilah perkara yang paling penting sebagai syarat untuk berhari raya … Suami kata dia nak bayar di Kuala Lumpur je, senang mudah dan cepat tapi saya kata bayar lah di Jelebu …Kuala Lumpur dan Selangor pungutan zakat sudah mencecah puluhan juta …sampai dah tak terbagi dah fakir seluruh selangor nie (sehinggakan pekerja PZS pun diberi Kembara…) di negeri sebelahan Selangor dan Kuala Lumpur N9, Perak, Kelantan & Terengganu terlalu kurang pungutan zakatnya …rasa nyer N9 tahun lepas tak sampai pun 5 juta ……kekadang kita perlu menolong saudara terdekat sebelum menolong yang jauh…betul???

Friday, October 29, 2004

MURAHNYA

tidak dapat saya gambar kan dengan kata-kata ...lihatlah saja ...mereka satu bangsa dan satu agama...mungkin kalau kita masih leka ...kita juga akan begini ....





mana perginya pemimpin islam????
mana perginya pejuang islam???
mana perginya RAJA MELAYU???
kenapa kamu membisu????
Berapa banyak nyawa lagikah yang kamu perlukan utk kamu bangun menolong???
Nyawa kami sudah tidak berharga lagi kepada kamu ???
Begitu murahnya rupanya nyawa orang islam kepada kamu ....


Wednesday, October 27, 2004

MELAYU SUMATERA

::DATA::

Ada beberapa rakan yang bertanya dari mana saya dapat sebegitu banyak info tentang masyarakat Minang??? Jawapannya dari cerita orang tua dan pembacaan ..bapa saya cerita tentang indahnya bumi Minang, tentang berani nyer pahlawan Minang, tentang bijak warga Minang ketika berlawan dengan Mahajapahit…saya tak percaya kata bapa …bapa kata carilah kalau kau tak percaya …saya cari buku pasal Minang saya cari tokoh Minang di tanah jawi ..ya allah betapa payah nyer mencari data mengenai masyarakat Minang …akhirnya buku yang pertama saya baca mengenai Minang adalah TAMBO ALAM NANING – DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA…saya beli ketika sale di stor DBP di AU 3, saya sarankan kepada semua warga yang mengaku sebagai anak Minang perlu menjadikan buku ini sebagai kamus kehidupan, lepas itu saya mencari dan mencari lagi buku tetapi tidak pernah ketemui sehinggalah rakan saya terjumpa beberapa buku yang boleh dibuat rujukan dan selepas itu saya menjumpai sebuah kedai buku maya yang menjual berbagai buku minang …mungkin anda juga seperti saya, sukar utk mendapat fakta tentang masyarakat Minang …. Kalau dahulu orang Minang kurang pendedahan atau mereka yang kurang ingin mendedahkan diri diarus media massa dan atau mungkin tidak mahu mengaku mereka berdarah minang (malu atau takut nanti menjadi anakdara tua atau anak perempuan tidak dipinang) tetapi sekarang saya bangga bila melihat kedai buku maya ini, web yang canggih diterajui oleh masyarakat minang dan ramai penulis muda yang telah mewarani dunia kini..mungkin ramai lagi yang terkenal dan ternama tetapi masih malu untuk mengaku mereka bangsa minang …cari lah sahabat ku kemudian anda akan tahu betapa hebatnya dan perkasa kita darah yang mengalir didalam diri kita ini.

Kedai Buku Maya – UJANA

::SYAIR BUMI KU::

Saya selalu bertanya kepada ayah..indah sangat ke bumi Minang…hebat sangat ke pahlawan Minang dan ayah cuma cakap kalau tak caya cari lah cari lah ….akhirnya saya terjumpa ini …


Elok ranahnyo Minangkabau
Rupo karambia tinggi tinggi
Cando rumpuik gantie gantielan
Rupo pinangnyo linggayuran
Bukik baririk kiri kanan
Gunuang Marapi jo Singgalang
Tandikek jo gunuang Sago
Pasaman jo gunuang Talang
Aianyo janiah ikannyo jinak

Lagi di …
Alam Minangkabau
Oleh A.B. Dt. Majo Indo
Disadur dari buku "Kato Pusako"


Tuesday, October 26, 2004

hujan datang lagi


ANGIN BERTIUP LEMBUT....LANGSIR DI RUANG TAMU MENARI GEMALAI...



AWAN BERARAK MENUTUP HANGAT MENTARI , BUMI KELAM SEKETIKA.




BUMI DINGIN DISIMBAHI AIR RAHMAT ....BEKU KAKU



SELEPAS HUJAN, SEGAR DAN MENTARI MUNCUL KEMBALI, BUANA SEAKAN KAKU SEKETIKA , DAMAI DAN TERANG ..HUJAN TELAH MEMBERSIHKAN KEKOTORAN SEHINGGA LANGIT BEGITU TERANG...



Sunday, October 24, 2004

BULAN PUASA

::Berbuka::

Pening dok memikirkan nak masak apa …terutamanya dikala kita berpuasa nie …mungkin ramai yang kata ala buat apa nak teruk teruk masak …berdua je bukan ada anak …dibawah tu pilih aja apa yang ada ..10 ringgit macam macam dapat ..bukan tak nak beli tapi terfikir bermacam-macam diantaranya ..

a) Salah satu sebabnya saya nie gila nasi …buka puasa mesti nak nasi ..so setakat nak beli memang rasa tak berbaloi, lagi pun saya nie buruk lantak ikan seekor tak cukup seorang. Ayam seketul lekat kat gigi je.

b) Kalau saya pi membeli mememang tak boleh bertambahlah jawapnyer …lepas tu kena masak sahur pulak..last last sama juak …baik sekali masak …

c) Selalu lauk kita beli dah berapa hari direcycle terutamanya sekarang nie musim hujan, biasalah peniaga mesti nak untung

d) Kebersihan – biasanya orang gerai nie tak berapa bersih …bukan lah saya nie pembersih sangat tapi kalau beli ikan pun dah berbau macam mana nak sumbat ke anak tekak ye????

e) Selalunya gerai masak memang berkilo kilo ajinomoto, dah lah perut kosong masuk terus serap apa yg kita makan, kita nak puasa nak sihat kan badan terus badan jadi toksik.

Saya cuma kekedai jika teringin nak makan menu yang sukar untuk dimasak sebagai contoh nak makan nasi brani ke atau nasi tomoto ke atau sesekali teringin nak berbuka western menu ketika berpuasa.

::Bersahyur::

Dari kecik saya liat bangun sahyur …tapi dah jadi isteri nie terpaksa lah jugak…nasiblah suami saya jenis yg tak kisah selalunya dia tak selera nak makan nasi pepagi buta maka kami pun buat ala sarapan pagi …kekadang roti dng telur, cucur bawang dng kari, mee goreng, lempeng ….begitulah selama sebulan ..boleh??

::makan dihotel::

selalunya dalam sebulan berpuasa sekali mesti saya pergi makan dihotel, suami saya akan pergi bersama-sama rakan-rakannya dan saya pula dng rakan-rakan saya, bukan apa selalu saya suka makan dihotel sebab ada makan barat , tahun ini saya makan di Concrard PJ satu kepala 55hinggit suami saya makan kat Estern Hotel di PJ….bosss tahun nie tak belanja ke???? Huhuhuuuuuuuu …last year saya makan di Hotel Kuda Emas (Golden Palace Hotel)…satu kepala 90hinggit tapi tak pe boss belanja …so ok lah …makanan memang puasa hati best gilerrrrrrrrrrrrrr…

::membeli belah::

Sebenarnya dah lama saya tak shopping raya kerana saya tak suka berpusu-pusu nak memilih tak selesa ..itu bagi sayalah. Mungkin sebab kereta saya hilang sooo rennn nak mengembirakan hati saya maka dibawanya saya keliling kota. Mula-mula kami pergi ke Taman Tun pergi cari baju kurung ….huhuuuu cantik bajunyer ren yg pilih, ren jua yg bayarkan dan semua kata saya nampak ayu dengan kurung berbunga purple itu …

Kemudian kami ke Jalan TAR…pergi cari tempat kuih …dah 6 tahun kawin tempat kuih pun tak beli lagi …saya beli bekas kuih semuanya harga 30hinggit murah kan ..sebabnya saya bawa MAMA (emak renn), dia mintak kurang dlm bahasa Hokiekan …terus harganya jatuh menjumammmmm.

Cerita bekas kuih, saya memang tak buek kuih …memang dari dulu saya tak pandai buat kuih …semua kuih tunjuk tapi saya tak suka beli kuih kilang…walaupun murah tapi rasanya semua mungkin bentuk saja yang berbeza …tahun nie saya beli kuih bahulu coklet chip, kuih kapit, tat nenas dan biskut cornfleks. Ha cukup lah …selalunya jika rakan & saudara datang kerumah saya masakkan yang berat-berat soooo kuih tu sampingan je ..bolehlah kan …

::kemas rumah::

ohhhh saya tak de maid ..so semua kena buat sendiri sebelum balik ke kampung …kena basuh langsir kena buang semua abuk, sawang, basuk cadar dan selimut , hantaq toto ke dobi…mop dan gitu gini …tapi tahun nie suami saya memang busy gilerrrrr ..kena mengcat dapur, girll pintu dan semua pintu didalam rumah …padan muka dia …huhuuuu

Friday, October 22, 2004

BLOGGER

Saya selalu bertanya pada diri mengapa saya ingin menulis di blog..adakah kerana ingin dikenali atau ingin punya ramai peminat, popular atau hanya untuk kepuasan diri???

Yang pasti saya ingin pendapat saya didengari kerana diluar hati saya tidak dilayani..saya manusia yg sangat kerdil…kalau anda kenal saya mungkin anda tidak mahu mendengar apa yang saya ingin luahkan ..itu memang fitrah manusia …kebanyakan manusia suka melihat secara fizikal dahulu …sebagai contoh jika saya doctor atau pun peguam….akan ramai yang akan mengiakan apa yang saya cakapkan sebab telah terpatri diminda bahawa manusia yang boleh didengar-pakai adalah manusia yang pandai dalam bidang akedemiknya atau pun manusia yang berharta, selalunya mereka inilah yang akan disanjung dan dipuji dan segala idea akan diterima pakai tanpa ada penapisan….

Mungkin jika anda mengenali saya secara peribadi, suara saya tidak akan didengari kerana anda merasakan bahawa saya seorang yang cuma berpendidikan rendah atau hanya pekerja am tidak bisa berfikir secara ilmiah tidak ada keilmuan membincangkan tentang adat, pembangunan ummah, mencela menteri dan berbagai, itu memang lumrah kehidupan minda manusia tidak tidak boleh kita ubah.

Dirumah inilah tempatnya saya dapat meluahkan segala apa yang ada di minda untuk dikongsi bersama…yang tidak bisa saya ucapkan didalam alam nyata kerana faktor keadaan…saya disini jua bukan untuk mencari peminat tetapi mencari sahabat yg sudi mendengar apa yg ingin saya luahkan, itu sahaja.

::MOGOK??::

entah mengapa sejak akhir-akhir amat sukar untuk mencari blog yang berkualiti terutama dari segi bahasa mahupun idea yang boleh dikongsi, walaupun blogger baru tumbuh bak cendawan tetapi ramai pula senior yang berkualiti berhenti menulis, ada yang memberi alasan untuk berehat seketika, atau ada yang terus menutup kerana kerana takut karya mereka diciplak oleh peminat…saya akui keputusan yang anda lakukan adalah hak anda dan saya sebagai pembaca tidak hak untuk melarang tetapi ianya amat merugikan kepada ummah kerana akhirnya masyarakat itu sendiri akan kekurangan idea kerana telah kehilangan begitu ramai penulis matang…. Dibawah ini saya senaraikan beberapa blog yang amat saya kagumi, saya telah membaca tulisan mereka sebelum saya mempunyai blog lagi, bagi saya mereka mempunyai karsima, tulisan & idea mereka berbeda dari yang lain. Kini yang tinggal hanya lah beberapa kerat yang masih terus menulis dan bersedia untuk berkongsi apa yang ada diminda mereka (saya ucapkan tahniah) mungkin tuan punya rumah punya alasan yang tersendiri mengapa mereka tidak mahu kita melihat rumah mereka. Walaupun apa alasan anda saya merasakan keputusan yang anda lakukan dengan tidak menulis telah merugikan bukan sahaja anda tetapi ummah secara amnya…

::Pilihan LELA 2004::

:: blog hiburan ::-
:: blog gelak ::-
:: blog alam ::-
:: blog politik ::-
:: blog agama ::-
:: blog pengalaman diri ::-

Thursday, October 21, 2004

SIAL????

Hari nie hari kesialan seumur hidup, mungkin badi sudah melekat memang payah nak dibuang, datangnya bertimpa-timpa menguji kesabaran aku yang kerdil ini, mungkin badi suami ku memang alah kepada apa jua jenis kenderaan tidak kira berat atau ringan kalau masa bersekolah basikal hilang, beli motor cup cabuk pun hilang dicuri dan hari nie kancil ku yg telah berusia 5 tahun hilang di parking lrt…macam nak pecah kepala hotak aku dok memikirkannya ..terutama dah nak raya nie ..macam mana nak balik kekampung, nak ke pasar, gitu gini …..patah kaki ku …

Sebenarnya setakat nak keluarkan kancil sebijik tak semahal mana pun, ada RM63 dah boleh keluar sebijik…tapi banyak lagi isu lain pulak yang timbul, insurance nya naik mencanak kalau tahun nie aku cuma bayar rm300 kalau kereta baru rm900. Sepatutnya tinggal cuma 2 tahun nak dilangsaikan di bank kalau beli baru 5 tahun aku menjadi hamba kepada ceti berlesen tu …aku dah tak larat rasanya…itu pun takut beli lagi hilang lagi.

Kata putus lantak lah tak de kereta tak pe ..tak yah nak pening kepala …aku pun bukan ada kampung lagi dah, aku pun dah yatim piatu dan aku pun bukan ada anak kecil yang memerlukan kenderaan..kalau laki aku nak sangat balik ke kampung biar lah dia balik dng kak dia ke abang dia ke …pandai lah dia cari jalannya sendiri..aku nak gi pasar boleh tumpang renee atau susah sangat naik je lrt tu ….begitu jugak nak gi kerja, jalan kaki ½ jam atau pun aku tahan je teksi…yg penting aku dah tak nak pening kan kepala ku ini lagi …nak buat macam mana org tak hargai jasa kita …benda dah ada tapi tak dijaga …

Tapi bila marah ku reda, bila difikirkan balik mungkin ini cara Allah nak suruh aku merendah diri ….mungkin aku terlalu angkuh bila berjalan dimuka bumi ini…baru dapat merasa naik kancil aku dah gila, sebab itulah dia ambil semula, dia suruh aku tunduk kembali …rasakan kembali susah nya berjalan kaki setiap hari untuk mencari rezeki…atau mungkin mungkin mungkin semua nya mungkin diambil sedikit untuk melihat bagai mana aku bertindak, reda atau tidak, kalau dia tengok aku cool je mana tahu diberikan pulak kereta yang menjalar ….mana tahu rezeki Tuhan ….entahlah dan lantaklah ..Cuma aku bersyukur …terima kasih kepada yang mencuri …lepas satu beban ku …hutang bank langsai ..insurance tak yah bayar ada duit extra untuk raya tahun nie..balance 10 ribu yang insurance bagi tu dapatlah ku masukan ke dalam ASB hek????.



ADAT BERKATA

Tumbuh dihulu dihulukan
Tumbuh dihilir dihilirkan
Tumbuh di tongah dihimpuni

Maka rangkapa kata ini menunjukkan tanggungjawab kepada semua , sebagai contoh jika ada jemputan hendaklah menghadirkan diri dan jika tidak ada kelapangan perlulah dipesan ataupun saudara lain diganti. Dari kata adat ini kita telah dapat melihat nilai tanggungjawap yang ingin diterapkan oleh masyarakat minang agar perpaduan dan kesejahteraan akan dapat diperpanjangankan dikalangan sesama sendiri sepertimana jua nilai yang ingin diterapkan oleh Islam yg dibawa oleh Muhamammad itu sendiri.