Wednesday, March 09, 2005

FIKIR-FIKIR KAN

WAWARKAN - TEATER FREE

saya suka benda freee... terutama kalau melibatkan hobi .... terukkan saya .... heheheheheh mungkin kerana poket saya selalu keep fit .... so kawan kawan yang mana suka tengok teater... hujung minggu ini ada teater free .... sapa sapa yang inginkan kelainan ... boleh lah mencuba benda baru ..seperti saya .... melancung freee...masuk hotel freee... film freee...teater freee....

check this out ---> SALINA - Dato A Samad Said


MELAYU BODOH ?? [BACA]
Orang selalu kata budak melayu bodoh, malas tak pandai itu dan ini .... dan ini buktinya, pelajar di Kota Tinggi dan sekolah biasa je ...sebenarnya bangsa melayu memang bagus tak kira orang asli ke, bugis ke, jawa ke, boyan ke .... tapi orang melayu selalunya rendah diri ...tak nak heboh heboh....selalu yang jadi hal ... melayu kelas atasan je .... huhuhuuuuu

MELAYU GANAS ?? [BACA]
orang selalu kata melayu ganas, laki pukul bini , ayah rogol anak dan bermacam lagi ... tapi sebenarnya itu kes kecil dalam seribu 1 je melayu pukul bini ...dalam berpuluh ribu satu je melayu rogol anak (kadang kala bukan melayu tapi mamak yang rogol ....asalkan islam semua dicop melayu ....) sapa yang ganas sebenarnya ??? hari tu keling bunuh melayu ...nie cina bunuh cina ... jawab jangan tak jawab ... kenapa mesti dipersalahkan melayu lagi ..cuba melayu yang bunuh keling atau melayu yang bunuh cina .... agak nya apa kata bangsa itu ya ..... mahu jadi 13 Mei kot ....

Monday, March 07, 2005

Sepet : indah khabar dari rupa??

Mungkin saya bukan org seni, saya juga tidak pandai untuk menilai seni didalam filem ..saya menonton filem untuk mendapat kan ilmu ... saya manusia yang berfakta ...itu saya ... logik dalam filem itu perlu bagi saya dan kelompok saya…saya tidak kisah melihat filem sampah tetapi logik .... sebagai contoh filem yang menggambarkan roti canai yang penuh dng peluh ...memang logik sebab saya dah nampak ...memasukkan makanan dng air kencing .... biasalah itu pelaris ... (mamak selalu buek) tapi saya amat kecewa dng SEPET yang dikatakan filem yang membuka minda bangsa malaysia…. Pada mula nya saya ingin menonton VCD tetapi setelah membaca beberapa ulasan dari beberapa blog yg berkaliber saya teruja … tetapi rupanya … SEPET tidak seperti yang saya harapkan … SEPET hanya penuh dengan jiwa-jiwa manusia yang ketandusan SEX … agak menyedihkan kerana kerna bangsa malaysia sudah tidak punya apa-apa yang ingin perdagangankan atau pertonton kan … yang tinggal hanya tubuh wanita melayu yang berkemban 24 jam 7 hari dijual diseluruh dunia … dan mungkin juga filem ini banyak menang anugerah di luar negara kerana org barat tidak pernah melihat wanita berkemban dan mengkakang semasa tido atau bergurau bersama suami sehingga nampak seluar dalam … "filem kita wajah kita" … adakah nie yang budaya orang malaysia anda semua ingin kan tonjolkan… secara keseluruhan di permulaan ceritanya bagus akan tetapi diakhirnya betul betul potong steam memang memualkan sehinggakan seluruh panggung terpaku seketika ..saya tidak sangka ..orang yang digelar sifo didalam bidang nie membuat satu kesilapan yang sangat bodoh ….kepada yasmin jika anda membaca blog saya ini … ingin saya katakan bahawa anda cuma boleh membuat iklan bukan filem …dan ketika ini saya betul betul merasa terhina dan bodoh kerana mempercayai ulasan yang digembur-gemburkan didalam beberapa blog utama kerana rupanya penyakit kroni juga telah mengular diruang maya ini … ingatlah kepada semua penulis blog – blog yang baik adalah blog yang tulus-mulus.

::pelik bin ajaib::

a) macam mana orang gaji boleh berkemban sama dng pak encik ...(kononnya hak yang sama????).... ianya boleh diganti dng cik yam makan semeja dng keluarga orkid???
b) kenapa perlu berkemban setiap hari ....apa rumah org melayu tak de air con dah ke???
c) org melayu pemalas??? bukan melayu pemalas...hahaha tetapi bangsa malaysia yang pemalas...
d) hang tuah dari cina??? memang tak baca sejarah ...gelaran "HANG" itu di berikan kepada Tuah dan sahabatnya oleh Maharaja China ..macam gelaran Dato lah .... bukan .. Tuah pergi belajar sampai kenegeri cina ... ikut sunnah nabi....
e) emak bapak orkid bergurau senda diruang tamu sampai nampak seluar dalam ..kemudian buek beromen diruang tamu ...kononnya nak tunjuk kasih sayang .... tunjuk kasih sayang berbagai cara ..kenapa cara sex ...boleh ditukar kepada ...suami menyikat rambut si-isteri or suami menyuap isteri makanan dan banyak lagi ....???
f) ending nya tidak teratur...bagaikan mahu cepat-cepat endingnya ...sebab dah meleret-leret diawal cerita...dan tidak digarap dengan teliti.

Nota

Saya ada membaca di sebuah blog yang katanya SEPET full house pada Sabtu & Ahad …. Bila saya membeli ticket pada hari Jumaat di KLCC … wahhhhhh semuanya masih kosong …dan ketika menonton malam isnin yang lepas … kerusi nya masih kosong disana sini …. Mengapa mereka perlu wawarkan benda yang tidak betul???? Sumpah saya tidak akan mempercayai mereka lagi ….

Wednesday, March 02, 2005

Berhobi – pelaburan masa depan

Anda mempunyai hobi??? … ada diantara kita yang merasakan berhobi itu hanya membuang masa dan wang tetapi jika kita bijak mengolahnya ...ia boleh mendatangkan pulangan wang yang sangat lumayan … itu pada pendapat saya yg serba kekurangan ini … alangkah untungnya jika kita dapat menjana wang dari hasil kerja yang kita minati … bagus bukan … dan jika hobi anda masih tidak dapat menjana kewangan, masih tidak mengapa, kerana kita masih boleh menimba berbagai ilmu dengan hanya berhobi … at least bila kita berbincang dengan rakan-rakan tak lah kita blurrrr memanjang….

Saya punya banyak hobi … dan ianya berubah mengikut umur saya … diwaktu sekolah saya mengumpul setem dan membaca buku cinta ….. bila dah bekerja diawal 20an … minat bertukar … biasalah dah punya wang sendiri panjang sedikit langkah …hobi juga bertukar … ketika itu saya gila mendaki gunung …seluruh gunung dan hutan saya daki dan redah …. Hampir setiap dua minggu saya akan keluar kota … bercamping … sampai hacur kaki di hisap lintah … dan kalau tidak bercamping saya akan melepak digerai mamak dan port saya ketika itu mana lagi kalau tak di Bangsar ..sampai 2 hingga 3 pagi … teruk betul anak dara ini …pening kepala abang ipar saya …. Tapi saya pandai jaga diri …saya tak suka disko or cubbing … no arak or smoking for me … no fllitering … Cuma baju je sexy sikit walaupun digerai mamak …hahahahah..( ini adalah dianatara beberapa contoh hobi yang menghabiskan duit....)

Lepas berkahwin …. Hobi berubah lagi …(mengikut peredaran lah …. ) waktu itu RM dah kureng …so hobi pun ikut budget… waktu lapang …saya menjahit langsir, membuat bantal, mengemas rumah dan belajar memasak … kalau dulu masak nasi pun hangit … sekarang saya sudah boleh buka restoren minang ….hahahahahahaha… kalau dulu baju pun tak berlipat sekarang …seluar dalam suami pun saya gosok … hobi jugak lah tu … hehehheheeh... tak buang duit ke kedai dobi...(jimat jugak 50 hinggit )

Dan kini apabila kewangaan saya mula stabil saya tambah lagi nilai value kedalam hobi saya, saya menghadiri beberapa kelas jangka pendek agar saya boleh memperdalamkan ilmu benda yang saya minat... Hobi saya masih lagi menjahit dan memasak (tambah lagi ... melancung, membaca, menulis, berchat, bershopping) tetapi kini saya ingin jadi pakar didalam bidang yang saya ceburi … saya ingin berilmu didalam hobi saya … kerana jika minat tanpa ilmu saya tidak akan kemana dan akhirnya saya buang duit kepada entah apa apa … sebagai contohnya dalam hobi memasak … saya bukan lagi hanya ingin mempelajari masakan yang ibu saya atau ibu mertua saya ajarkan secara turun temurun tetapi saya juga mencuba masakan lain dengan cara membeli beberapa buku masakan, menghadiri kelas-kelas jangka pendek dihari ahad, melayari internat dan juga bertukar resepi bersama renee ataupun sam… saya juga cuba membuat masakan saya menjadi lebih menarik dengan cara mengubahnya … dan kini saya sedang mempelajari membuat kuih tradisional dan lauk pengantin .... saya juga memperbanyakkan minat saya … saya suka membaca dan saya ingin mendalami ilmu penulisan … dan inilah hasilnya … ilmu saya saya dibaca dan kongsi bersama... walaupun tidak mendapat apa-apa pulangan tetapi ianya akan menjadi kiraan diakhirat kelak ... bagus bukan … hanya dengan berhobi saya telah menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan …. Dan dengan izin tuhan yang maha kaya … saya juga akan mendalami satu seni pertahanan diri …. Doakan saya … demi diri saya dan bangsa saya …

Bermula dari minat… ia boleh menjadi titik tolak kepada sebuah kejayaan … bayangkan jika kita tidak mempunyai minat …kita akan kebosanan setiap hari … dalam pemerhatian saya … kebanyakan golongan yang mengalami sakit kemurungan adalah kerana mereka tidak mempunyai hobi … sebab itulah mereka mudah bosan dan merasa tidak berguna kepada diri sendiri dan masyarakat amnya … mereka cepat merasa rendah diri kerana kekurangan value didalam diri sendiri. Ramai diantara kita yang merasakan bahwa berhobi akan membabitkan kos yang tinggi … memanglah ada hobi yang mahal sebagai contoh berkuda, berkayak atau melancung …. jadi kita perlu mengukur baju dibadan sendiri… ada hobi yang murah dan kadang kala tidak perlu mengeluarkan wang sebaliknya menjana kewangan keluarga atau boleh berbakti kepada negara… sebagai contoh berkebun atau membela ayam…. satu lagi contoh yang amat baik ... Hanim (anak buah saya) yang sedang menunggu STPM... untuk mengelakkan rasa bosan ... beliau menjadi pembaca kepada warga kurang upaya (buta) di Bangsar ... bagus bukan ... memang tiada wang yang diberikan tetapi beliau mendapat ilmu bagaimana utk bergaul dng warga kurang upaya.... , dan saya sekarang nie sedang belajar membuat kuih utk minum petang … suami semakin sayang dan gemuk (sebab dapat makan dalam kuantiti yang banyak), duit membeli kuih dapat dikurangkan … dan kaum keluarga saya memandang tinggi kepada saya kerana saya mempunyai satu kemahiran yang tidak dipunyai oleh mereka …. Cuma untuk berjaya …kita kena buat berulang-ulang kali, membeli beberapa buku masakan, tekun dan sabar …. Dan yang paling penting dengan berhobi ianya bukan saja untuk mengisi masa lapang atau mengelakkan kebosanan tetapi ia juga dapat “menambah nilai” kedalam diri kita sendiri. Kan itu saranan Pak Lah agar org melayu meng”add value”… kerana dizaman ini bangsa melayu terutama kita sebagai wanita, isteri dan ibu terpaksa menjadi “superwomen” agar boleh bergerak seiringan dengan bangsa lain… kerana dengan mengilmukan hobi kita ia akan menjadi satu bonus yg tidak ternilai … tetapi ingat … untuk menjana sesuatu hobi agar ianya boleh menjadi sumber kewangan anda perlu berilmu … contohnya … jika anda minat untuk nyanyi dan ingin menjadi penyanyi anda perlu lah mempunyai ilmu yangmendalam dalam bidang tersebut…. Barulah ia boleh mendatang kan sumber kewangaan…. Kesimpulannya apa saja minat anda, membaca dan berilmu sangat lah penting … kalau tidak … hobi itu akan menghabiskan boreh jo lah …

Tuesday, March 01, 2005

HARI YANG MENDAMAIKAN …


Ahad tadi ku kuak jendela pagi….udara nyaman telah tiba … sungguh menyegarkan … cahaya mentari masih malu untuk meyapa … kepulan awan bak kapas melingakari banjaran titiwangsa … wahhhhh aku gembira … melihat merpati terang disana sini … bumi telah segar kembali … betapa indah nya kurniaan ilahi …hanya semalaman ia menurun kan hujan seluruh alam telah gembira … aku terus berdoa agar hujan turun lagi … biar terhakis panas dan jerebu ini…

Ahad, hari ini ku daki banjaran titiwangasa ... kerana kasih menurui lurah hanya untuk bertemu orang tersayang , ya kasih perlukan pengorbanan ….berjumpa dengan TOK dikaki gunung amat mengembirakan hati ku yang cukup lara ini… sudah lama tak bersua muka, kali terakhir ketika menyambut hari raya korban bersama…. Tok semakin kurus dan tidak terurus … aku ajak beliau ke turun ke kota … agar dapat kubelikan dia sepasang sepatu baru dan menguting rambut yang telah panjang itu tapi beliau menolak kerana katanya ada perkara yang perlu dibereskan lagipun ….surau nya tidak berpenunggu …semua ahli turun kekota ….4 bulan baru nanti baru mereka pulang …berjihad katanya

Oleh kerana suraunya kosong …dapatlah aku melepak sakan … seronok sungguh ..rupanya dibelakang surau ini suasananya sunguh mendamaikan … mempunya sungai dan airnya yang segar …ada pohon-pohon yang merimbun, sejuk dari panahan mentari terik…. Bunyi murai dan pipit riuh sekali … suamiku tertidur dibangsal bersama putih (kucing TOK …sebijik macam Baby cuma kurus ) …. dan sedang asyik kami bermain air digigi sungai , TOK menerima beberapa orang tetamu datang dari kota dibelah timur…dan mereka merampas kemesraan kami …. Terpaksa lah TOK duduk berbincang bersama mereka didalam surau , membincangkan hal-hal duniawi seperti tiada penghujungnya … sungguh menjemukan dan aku tidak betah untuk mendengar politikus menyusun strategi … lagi bagus bermain dengan anak ikan yang jinak. Ya Allah sungguh mendamaikan disini kerana sedang aku bermain digigi air bayu datang menyapa lembut ... selembut kapas ke pipiku dan aku terus digugurkan dengan bunga tanjung menutupi lantai pasir bersama harumannya…. satu perasaan yang tidak dapat ku luahkan dengan kata-kata ...aku dan alam seakan telah bersatu … syukur aku dapat merasa kenikmatan ini untuk seketika… terasa ketika ini aku bagaikan sang puteri yang turun dari kayangan ….keadaan ini tidak dapat ku nikmati dikota batu dan kerana hari ini hari yang sungguh mempersonakan… aku seakan terlupa akan jerebu yang menyesakkan, bunyi bingar dari keriuhan kota yang menghimpit, terteduh sebenar mentari terik membakar hati... ketika ini hanya perasaan aman dan damai bersama pelukan kasih suami dan TOK …. Kalau boleh aku tidak mahu pulang ke kota …aku ingin tinggal bersama mereka disini … tetapi aku masih punya tanggung jawap yang perlu dilunaskan …. Pasti hari nya akan tiba untuk aku pulang menetap disini … dengan izinNYA jua …
:Nota:
Sebenarnya hari ini semuanya kunamapk indah belaka … kerana hari ini adalah hari dimana TOK MUDA secara terangan telah menunaikan tanggungjawapnya kepada aku…. Hari ini di hadapan para tetamunya, dia telah memperkenalkan aku sebagai puterinya yang satu …darah dagingnya sendiri … betapa bahagianya aku mendengarkan nyer …. Kalau di berikan aku intan permata….kata-kata itulah yang ku pilih ….kerana kata-kata keramat yang keluar dari mulutnya lebih berharga dari intan segunung ….dan dihari ni aku telah disahkan sebagai darah daging nyer sendiri …..

Monday, February 21, 2005

TROMBO ASAL USUL MINANGKABAU




Bangsa Minagkabau tidak begitu cenderung untuk mencatatkan sejarah tetapi mempunyai minat yang sangat kuat untuk mengetahui asal usul suku bangsa mereka …mereka tidak mencatat tetapi mereka bertambo….. Dunia tambo ialah dunia tanpa sejarah tetapi pada masa yang sama mengandungi unsur sejarah …

Pada dasarnya tambo ini bermula dng menceritakan pembentukan Alam Minangkabau..”Pada mulanya yang ada hanya lah Nur Muhammad, dan melaluinya Allah mencipta alam , ‘langit dan bumi’. Dari Nur ini lah terbitnya malikat dan Nabi Adam a.s manusia pertama. Kemudiannya Allah memerintahkan Nabi Adam dan putera-puterinya turun kedunia, yang pada masa itu masih lagi melalui proses kesempurnannya”. Nabi Allah Adam dan Hawa mendapat tiga puluh sembilan zuriat. Putera dan puterinya mengahwini satu sama lain, kecuali ptera yang bongsu. Beliau dirancangkan supaya mengahwini seorang bidadari dari syurga, kerana Allah mahukan keturunan beliau menjadi raja di dunia. Beliau diberi nama Iskandar Zulkarnain (bertanduk dua) kerana tanduk emasnya yang melambangkan dua kerajaanya yang berbeza di timur dan barat, diutara dan selatan.

Iskandar mendapat tiga orang putera. Yang sulung dinamai maharaja Aliif, yang tengah Maharaja Depang dan yang bongu Maharaja Diraja. Selepas mangkat Iskandar, tiga beradik berlayar ketimur . Bila sampai berhampiran dengan Langkapuri (Sri Lanka) berlakulah perselisiahn faham mengenai siapa yang patut mewarisi mahkota yang ditinggalkan oleh Iskandar. Semasa perbalahan itu berlaku mahkota tersebut terlepas dari tangan ketiga beradik dan jatuh kedalam laut. Cantik Bilang Pandai, seorang pengikut Maharaja Diraja yang cekap dan bijak, telah membuat satu mahkota pendua dan menasihatkan tuanya menuntut kekuasananya dengan mengisytiharkan bahawa baginda telah mendapat semula mahkota tersebut . Setelah soal kekuasaan dapat diselesaikan ketiga beradik berpisah dan pergi ketempat berasingan dimana mereka akhirnya menjadi raja. Maharaja Alif ke Rom (Negeri Turki), Maharaja Depang ke (Jepun & Cina) dan Maharaja Diraja ke Pulau Perca atau Andalas (Sumatera) memerintah Nusantara…

Sampai di Sumateralah mereka berlabuh ditempat yang paling tinggi iaitu dipuncak Gunung Merapi dan beliau diiringi oleh empat pengiring … seekor kucing (Kucing Siam), seekor harimau betina (harimau Campa), seekor kambing (Kamping Hutan dan Seekor anjing (Anjing Mu’lium ) [ Mengkut Rasjid Manggis, keempat-empat binantang ini sebenarnya melambangkan adalah orang berbangsa Minang – Kucing siam – Patani, Harimau Campa – Burma & Kemoja (Tenggara Nusantara) , Anjing Mulim - India Selatan dan Parsi….] dan semua nya bunting dan melahirkan anak perempuan. Maharaja Diraja mengambil kanak-kanak ini sebagai anak angkat. Setelah mereka dewasa mereka dikahwinkan dengan tukang membaiki kapal .

Setelah beberapa lama, air laut pun surut. Perlahan tanah meluas dan Maharaja Diraja dan pengikutnya turun dari puncak Gunung Merapi. Dikaki gunung itu mereka membuka negeri dan penduduk pun bertanbah, akhirnya membentuk nagari. Hukum hakam dibuat dan ketua dipilih. Datuk Temenggungan dan Datuk Perpatih nan Sebatang berketurunan Maharaja Diraja memulakan dua jenis tradisi politik dan perundangan dan akhirnya semakin bertambah bilang penduduk dan lama terciptalah Alam Miangkabau yang masyhur. [Terdapat satu rujukan kepada kapal Nabi Noh a.s dalam epik Maharaj Dioraja Marsden mencatatakan bahawan Datuk temenggung dan Datuk Perpatih adalah dua daripada empat puluh orang pengiring Nabi Noh dalam kapal tersebut. Dipercayai mereka adalah saudara tiri dari ibu yang sama]


petikan dari
NASIB IBU DAN MERANTAU
TSUYOSHI KATO

Saturday, February 19, 2005

MUHARRAM – BULAN PERTEMUAN …

Bulan Muharam bulan yg manis kepada saya secara peribadi ……bulan penuh rahmat…. [baca]… dan setiap tahun saya menantikan lagi keajiban setiap kali Muharram menjelma, mungkin kerana beberapa sebab. PERTAMA: saya dilahirkan pada bulan 12 Muharram ….[check it out]…. KEDUA: saya bertemu dengan TOK MUDA buat kali pertamanya jua di bulan Muharram … ada sinar kegembiraan di matanya …dikala itu saya tidak mengerti mengapa dan kenapa …kami masih asing diketika itu … kami hanya berbalas senyuman … dan selepas berjumpa dengan ToK Muda, saya bertemu dengan beberapa warga emas di bulan yang sama tetapi berlainan tahun sehingga lah saya telah menganggap mereka sebagai saudara saya , bertemu dengan Pak Ali & Tok Kuak yang telah saya kasih seperti datuk kandung sendiri … dan tahun ini keajaiban menjelma lagi… saya mengenali Ros secara tidak diduga …mungkin kah semua pertemuan ini memang telah dirancang dengan teratur kerana bagi saya didalam kehidupan ini tidak ada kebetulan … semua diciptakan dan di temukan bukan secara kebetulan ..setiap pertemuaan telah diatur dengan sebaik-baiknya oleh Sang Pencipta kerna DIA sebaik-baik pengatur … dan saya sentiasa mengharapakan ada lagi pertemuaan untuk saya berjumpa dengan berbagai manusia yang menjadi ikutan dan tauladan terbaik ….

Di setiap pertemuaan ada manis nya … Begitu juga dengan saya, sebenarnya saya manusia yang sungguh bertuah kerana masih ada yang sayang pada saya …masih ada yg mengingati diri saya yg kerdil ini, masih ada yang ingin bertanya khabar walaupun hanya sekali bersua muka …..didalam kegembiran ini masih tercalit sedikit kedukaan sebenarnya …. Ramai rakan yang tiada pertalian darah dengan saya lebih menghargai saya … tetapi saudara sendiri tidak mengendahkan diri saya, entah saya mati atau pun tidak …. Kata suami “Hanya Manikan mengenal Jauhari” mungkin untuk memujuk hati yang lara…. Dan eratnya perhubungan bukan tidak boleh diukur dengan berapa lama kita mengenali seseorang atau betapa pekat nya darah saya dan mereka … eratnya perhubungan itu adalah melalui sesebuah pertemuaan yang abadi, walaupun sehari saja…. Dan ia akan menjadi lipatan sejarah yg tiada tolok bandingnya … seperti agungnya pertemuaan ADAM dan HAWA di Arafah setelah 40 tahun dipisah kan… senikmatnya Nabi Nuh berjumpa daratan setelah bertahun tahun didalam kapal …. Atau sekasihnya Allah kepada Sulaiman dengan mengembalikan kerajaannya di 10 Muharram dan telah di ceritakan kepada saya bahawasenya setiap 1 Muharram adalah hari dimana berkumpulnya segala para wali-wali Allah disegenap buana…… entah betul entah kan tidak …hanya Allah saja yg lebih mengetahuinya …oleh itu jika ada diantara anda yang mempunyai pertemuaan yang tidak diduga di bulan Muharram … anda mungkin seorang yang bertuah … percaya lah kata saya ...

Wednesday, February 16, 2005

ALLAH ITU KAYA


gambar



Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara ….
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin
Senang sebelum susah
Hidup sebelum mati …


“Allah itu kaya” ….Itu ayat mama yang acapkali di luahkan jika saya mengadu tentang kepayahan hidup bersaudara ….dulu saya tidak percaya tetapi sekarang memang betul apa yg dikatakan oleh mama “Allah itu kaya”…satu ketika arwah ibu sering berkata …segala perbuatan baik dan buruk akan di balas di dunia …sebesar kuman keburukan akan tetap dibalas di dunia ini ..jika tidak kita mungkin anak kita mungkin cucu kita ….kerana Allah itu seadil-adilnya ….

Jika anda mengikuti cerita saya …anda akan tahu yg saya ini telah dibuang keluarga …sudah 5 tahun lamanya saya tidak berjumpa dng makcik & pakcik di kampung….dng adik beradik pun saya sudah tidak semesra dahulu ….(kecuali dng adik perempuan yg bongsu) … bukan saya tak sayang mereka tapi biarlah saya yg beralah …tiada gunanya jika kita berjumpa bermasam muka …bertengang leher …biarlah saya yg berundur demi kebaikan semua …mungkin ketiadaan saya dikelumpuk mereka membuat kan mereka merasa tenang dan aman … 5 tahun saya membawa diri …saya menjadi pelarian dibumi sendiri tanpa sanak saudara utk menompang kasih …apatah lagi saya tidak mempunyai ibu dan ayah utk berteduh kasih … selama 5 tahun ini … hanya Sang Pencipta menjadi tempat saya mengadu …tempat saya menangis dan tempat saya meluahkan segalanya ….dan syukur walaupun saya kehilangan seluruh saudara …tetapi DIA memberikan RAHMAN & RAHIM yang tidak terhingga kepada saya ... saya di anugerah kan TOK, MAMA, SUAMI , BOSS YG SANGAT MEMAHAMI DAN JIRAN TETANGGA yang sangat baik….

Setelah 5 tahun saya bertapa membawa diri jauh dari mereka …. Akhirnya saya ketemu dng kaum kerabat di hari pertunangan adik bongsu….rupanya dunia sudah terbalik …betullah kata ibu dan mama ….5 tahun saja mereka apa yang saya rasa kan mereka rasakan sekarang ini …apa yg telah mereka lakukan kepada ibu, mereka sedang merasainya ketika ini … Allah telah tarik kesihatan mereka , Allah telah tarik kekayaan mereka, Allah telah tarik kenikmataan mereka …pabila saya melihat wajah wajah mereka, garis garis kehidupan telah mewarnai wajah-wajah mereka …..mata mereka sudah tidak punya seri lagi … … syukurlah semua nya telah dibalas kembali ….kejamkah saya ??? tidak itu satu pengajaran kepada saya kelak …jangan jadi seperti mereka itu …

Tuesday, February 15, 2005

Sudah selesai semuanya…

::Majlis pertunangan ::

Makan sirih berpinang tidak
Pinang datang dari Melako
Makan sirih mengoyangkan tidak
Togah dek menyombahkan kato pusako
Bukan lobah sebang lobah
Lobah bersarang di pohon nangko
Bukan ku sombah sebarang sombah
Sombah adat yo pesako

Perkara yang paling besar sudah diberes kan …dan semuanya telah selamat …syukur kepada Allah …kepada dia saja yg dapat aku meminta pertolongan…adik telah ditunangkan …dan amanah ibu telah saya jalankan apa yg termampu ….saya lega …sudah boleh tidur nyenyak ….kami ada 2 tahun utk membuat persiapaan pernikahaan ….kepada renee, mama, mak & along …terima kasih yang tidak terhingga …budi mu hanya boleh di balas di akhirat nanti ….

:: Ma’al hijarh ::

satu muharram
detik permulaan
dari kota mekah ke kota madinah
kaum muhajirin dan ansar bersatu .....

Maaf kerana terlambat benar mengucapkannya ….minggu nie sibuk saya sehingga kan tidak cukup 24 jam rasanya ….banyak perkara yg perlu dilakukan ….tetapi saya masih tidak terlambat untuk mengucapkan selamat meyambut Ma’al hijrah kepada semua pembaca…ya setiap tahun kita perlu berhijrah …utk kebaikan ..kalau dulu gaji kita 20 ringgit ..tahun ini kita perlu berhijrah ke 200 hinggit …tekad saya utk penghijrahan kali ini saya ingin menjadi manusia yang baik …saya ingin menjadi sebatang pohon yg rendang utk ungas dan mergastua menumpang teduh ….

:: Gong Xi Fa Chai ::

ayam berbagai ayam
ada ayam kampung
ada ayam pekan
ada nasi ayam
ada ibu ayam
ada anak ayam
ada ayam pencen


Tahun ini tahun Ayam …sebenarnya bangsa Cina lebih mempercayai benda tahyul dari bangsa kita …mereka kata Tahun Ayam tidak membawa tuah …entah mengapa ..mungkin rezeki ayam kais pagi makan pagi …dan perangai ayam memang teruk .. “telur sebijik riuh sekampung”… tapi itu dulu ..sekarang ayam hidupnya mewah …diberi makan dedak …harganya melambung lambung ….telurnya menjadi makanan semua bangsa …mungkin tuah ayam tahun ini lebih baik ....

Friday, February 04, 2005

Sebuah mahligai

Sayang
Mahligai kita bina ini
Dari
kasih, sayang
Erat kasih kita

Sayang
Mahligai kita bina ini
Kita pasakkan dng
Saling mengerti
Akan sekukuh paksi bumi
Apabila dilambung ombak
Tidak akan bergegar ….

I’m not a perfect lady nor a perfect wife …. Itu lah kata saya kepada suami saya, sehari selepas kami diijabkabulkan… “U have to accept me who I’m”…..dia terkedu … “tolong jangan ubah saya kecuali anda ada alasan yang kukuh”….kata saya lagi kepada beliau 10 tahun yang lalu… hebat bukan??? Kerana ….sebelum berkahwin saya telah nyatakan segala kekurangan diri saya …saya tidak pernah kedapur, seumur hidup saya tidak pernah membasuh baju dng tangan, tidak pernah mengosok baju sendiri (semua nya dihantar ke dobi ) dan sesusah saya saya tidak pernah merasa hidup di hostel ataupun rumah sewa…dan saya juga suka bangun lambat ( paling awal dihari minggu …pukul 1 petang …ehehheheheh), saya tidak biasa meyediakan sarapan kerana ayah akan membeli sarapan setiap hari ….dan paling teruk saya liat utk bersolat …jadi kalau dia sanggup bersama saya masuklah meminang ..dan disebabkan itulah saya bukan menantu pilihan …kata mereka saya ini warga kota yg terlalu moden …kerana saya tidak pandai memasak tetapi mempunyai selera seorang putri ….tangan saya terlalu gebu utk menyiang ikan apatah lagi ayam, cucuk biras saya kepada ibu mertua…3 bulan suami saya menjamah nasi hangit…pernah ibu mertua cerit berit kerna makan kari saya … hahahahhahahah.. (satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan seumur hidup)

Hidup berumah tangga kalau tidak dilambung omak itu bukan perkahwinan namanya ..tetapi kitalah yg perlu pandai melayarkan bahtera….utk itu saya memberi segala kredit kepada suami saya yang banyak bersabar dng saya …selepas tujuh tahun berkongsi hidup dng beliau ..saya banyak berubah …I become a better person …dari tidak tahu memasak …sekarang kak ipar terkedu bila menjamah NASI AYAM ...anak buah saya mengidam RENDANG MINANG setiap tahun …tok muda akan menagih ASAM PEDAS TERUBUK setiap kali turun kekota dan RINEE & YANIE selalu kepingin utk berjamu MASAK LOMAK CILI PADI dan biras saya belajar memasak SPAGGITE dari saya …bagus bukan dan bukan itu saja …rumah saya dijadikan rumah contoh oleh keluarga kedua belah pihak jika ingin mecari idea terbaru… dan saya juga sudah tidak bangun lewat (paling lewat dihari cuti …9 pagi)…begitu juga suami saya …he have change to a better person jua…dari pengotor jadi pembersih …meng-mop lantai dan membersihkan tandas adalah kewajiban beliau sekarang ini…

bagi saya….alam perkahwinan adalah alam yg begitu mengasikkan …ketengangan dan damai …apa tidaknya …..income kita bertambah (double salary)…ada tempat berpaut dan berlindung kasih (terutama saya yg yatim piatu ini) ….berkongsi cerita….dan berbagai lagi …dan saya tidak faham mengapa ada suami isteri yg setiap hari bergaduh tanpa henti …hidup ini terlalu singkat utk kita bersengketa …terlalu banyak perkara yg perlu kita titipkan dari pada asyik bertengar dan bercakaran…Saya tidak kata yg hidup saya sempurana…sedang kan lidah lagi tergigit …inikan suami isteri…tetapi bahtera perkahwinan perlukan tolak ansur..tarik menarik dan yg penting persefahaman …setelah 7 tahun belayar bersama …akhirnya saya amat meyukai kehidupan saya sekarang ini…..

Tuesday, February 01, 2005

JIRAN TETANGGA….

Pagi tadi semasa perjalanan menuju ke tempat kerja ..saya mendengar radio ERA yang sedang mengupas persoalan mengenai jiran-tetangga…ada seorang pemanggil yg berkata bahawa ibu nya tinggal disebuah kawasaan perumahaan yg dikelilingi dengan jiran yg berbangsa asing (india & cina) lebih mengamalkan semangat kejiranan yg lebih baik jika dibandingkan beliau yg duduk dikawasan semua nya melayu….

Saya bersetuju dng pendapat pemanggil tersebut …kerana saya juga mengalami setiwasi yg sama…arwah ibu kami membeli sebuah rumah diport dickson yg rata-ratanya semua berbangsa asing, ketika ibu sedang sakit tenat (lumpuh separuh badan hampir 2 tahun dan ketika itu adik bongsu masih ditingkat 4 ) beberapa jiran indialah yg menolong ibu…setelah adik kesekolah …acie (gelaran yg kami berikan) akan datang menolong ibu setiap 2 jam sekali …sampai kan kadang kadang berak ibu pun dia yg bersih kan …(tanpa mengambil apa-apa upah dari kami sehingga kini). Acie bukanlah org miskin…anaknya seorang jutawan diPort Dickson …tetapi Acie tidak pernah berlagak sombong…dan selama 2 tahun , “Aya” (seorang jiran lelaki india ) yg membayar segala bil utilities kami …tanpa meminta sesen duit pun …betapa mulia nya mereka …sehinggalah kini setelah arwah ibu meninggal …Acie & Aya tetap membantu …adik bongsu saya telah berkerja dan tinggal sendirian di Port Dickson ….dan setiap malamlah Aya akan memastikan adik saya mengunci pintu grill…dan kadang kala meronda di persiktaran rumah kami ….pernah ketika itu adik saya masih belum bekerja ..Aya ingin membantu membayar cukai pintu kami ….betapa tingginya nilai mereka ….tetapi sangat berbeza dng jiran kami yang berbangsa Melayu berugama Islam ….jika arwah ibu meminta menolong membayar bill api …ditanya ibu ….mana pergi anak seramai 5 orang …..huhuuuuuuu….ketika adik bongsu di Universiti Malaya selama 4 tahun dicucuk nya ibu …katanya adik tidak belajar tetapi berpoya-poya sehingga tidak mahu pulang ke rumah jika cuti semester (adik saya ambil kredit lebih…) sehinggalah kini ….jiran-jiran melayu masih cemburukan adik...diumpat keji kami satu keluarga …disimbahkan darah ayam di depan rumah kami …dibuangnya kulit udang dan sisa makanan …biar berulat rumah kami …kerana beliau mengharapkan agar kami menjual rumah kepada beliau setelah ketiadaan ibu ….

Saya rasa arwah ibu lebih bernasib baik …ada jiran yg sudi menolong , tidak seperti nasib ibu mertua saya dikampung ….Ibu mertua saya tinggal ditanah tumpah nya sendiri…dikeliling rumah nya semua saudara sepusat ..dari makciknya sehinggalah ke kakaknya ….tetapi jangan nak harap kan menolong ..ibu hanya tinggal berdua dng ayah ..dan ayah bukannya sihat seperti bapa yg lain …pernah satu ketika …ibu yg sakit (pitam dan muntah), tiada sapa yg membawa ke hostipal …itu pun nasib setelah 2 hari ibu terlantar dikatil ..kak ipar saya menelefon ….terpaksa suami pulang membawa ibu dan ayah ke kuala lumpur ….sedangkan rumah kakaknya tidak sampai 20 hela ….tidak dijegoknya pun …kalau lah keras ibu & ayah tak sapa pun yang tahu ….

Orang melayu perlu berubah ….berubah mengikut cara islam ..yg dilakukan oleh jiran berbangsa lain mengikut ajaran yg dituntut oleh agama kita sendiri …agak memalukan kita yg konon nya sembahyang 5 kali, berpuasa dan menunai kan haji tidak mengamalkan nilai-nilai yg sangat penting yg dituntut oleh islam itu sendiri …..