Sunday, June 13, 2004

HIDUP INI





Hidup bagai Bunga Api
cantik dipandang
dipegang jangan













::
Bila membaca luahan hatinya [:: RESET CPU hidup ::], aku termenung seketika, perlukah aku melakukan benda yg sama iaitu meng “reset” kehidupan agar ia beracuan seperti yg aku impikan selama ini.

Aku akui, aku membuat terlalu banyak kesilapan, kegagalan demi kegagalan berkunjung tiba …harga diri hilang entah kemana …diri terasa hina ..tapi aku terpaksa menelan segalanya dng tabah kerana itulah harga sebuah kehidupan…bak kata sahabat aku perlu belajar melalui kesilapan dan kadang kala kesilapan yg kita lakukan terlalu mahal harganya.

Tetapi hari ini setelah aku menoleh ke belakang melihat kehidupan yg telah aku lalui 30 tahun yg lalu, aku bangga dng apa yg aku kecapi hari ini…pengalaman yg lalu menjadikan aku memandang dari sudut yg berbeza dan kini aku masih melawan arus utk mencapai impian ku dan walau aku masih melakukan kesilapan tetapi aku tetap akan belajar dari kehidupan ini kerana ia adalah proses kedewasaan …

Kepada mu sahabat ku telanlah yang segala kepahitan kehidupan itu kerena ia adalah ubat yg paling mujarab menuju ke mercu jaya.

No comments: