Monday, June 21, 2004

HIDUP KU

:: Ada masanya aku suka berteman / Ada masanya aku suka bersendiri / Ada masanya aku suka berjalan / Ada masanya aku suka berehat /Ada masanya engkau suka berteman / Ada masanya engkau suka bersendiri / Ada masanya engkau suka berjalan / Ada masanya engkau suka apa yg ku suka [dengar] ::

Seperti lirik diatas, begitulah kehidupan aku sekarang ini dan yg pastinya sehingga ke hari ini aku bahagia tetapi esok lusa tak siapa yg akan tahu

:: Hidup dan nasib roller koster/ Sudah dan senang bersilih ganti / bila-bila boleh naik dan turun/ Apa nak jadi akan terjadi ::
Dulu aku takut utk berkahwin..takut pada tanggungjawap sebagai seorang isteri, takut kepada peraturaan yg tidak bertulis..takut pada masa depan yg tidak menentu …sehinggakan aku hampir memutuskan tali pertunangaan atas alasan tidak mahu terikat…

Selepas berkahwin baru aku dapat merasai apa itu kehidupan dalam erti kata sebenar, semasa anak dara kehidupanku penuh dng peraturan dan larangan, tidak boleh balik lewat, tidak boleh membuat keputusan sendiri tetapi setelah bergelar isteri aku semacam bebas utk melakukan semua apa yg aku ingin kan sebagai contoh tidak perlu bertanya dan bersoal jawap apa yg ingin aku beli, bagaimana hendak menghias rumah dan jika terasa ingin ke A&W di KTM pukul 3 pagi tiada siapa yg melarang, itulah nikmatnya sebuah perkahwinan dan jika aku tahu betapa bahagianya menjadi seorang isteri pasti aku bernikah lebih awal lagi…..

No comments: