Saturday, June 26, 2004

W A R N A H I D U P K U

Aku suruh Mas tolong bina rumah aku sebab aku dah jemu kat rumah lama tapi aku bukan arkitek..Mas lebih pakar dari aku dlm hal bina rumah nie… Betul kan Mas? Dia tanya aku suka warna apa, kat mana aku nak bina rumah tu, macam mana suasananya? Aku tak tahu nak jawap.. Aku cuma cakap dng Mas aku nak rumah aku berjiwa Minang..itu je yg aku tahu.

Mas pun catlah rumah aku merah, hitam dan emas…aku tahu kenapa Mas pilih warna itu, merah tanda berani kerana org Minang memang berdarah pahlawan, hitam tanda panji-panji jihad (Imam Mahadi akan membawa panji hitam dari timur) dan warna emas kerana kekayaan …

Kesihan pulak aku tengok Mas, penat betul dia cat rumah aku …bukan itu saja dia tanam pokok kelapa disekitarnya melambai-lambai ditiup bayu dari gunung di tepi danau Kerinci ….Tapi maaf kan aku Mas aku tahu kau penat …tapi aku tak suka rumah itu …bukan kerana tak cantik (cantik sangat) tapi bila aku lihat rumah yg telah engko bina itu aku pasti sedih ….aku tak nak duduk dalam rumah yg menyedihkan …..

Lama aku cari apa yg aku nak, semua rumah aku dah pergi menjengok akhirnya aku tahu apa yg aku nak, sebenarnya warna itu telah lama bersama dng aku tetapi aku tidak menyedari kehadirannya…Biasalah Mas selalunya benda yg berada dekat dng kita tidak akan diendahkan kehadirannya….

BIRU itulah warna aku Mas !!! Boleh….? Mungkin kau akan tanya aku kenapa BIRU???


No comments: