Friday, July 09, 2004

KISAH 1

Salah seorang sahabt sering berpuasa berturut-turut kerana beliau tidak ada makanan utuk dimakan. Thabit r.a mengetahui perkara ini lalu beliau memberitahu isterinya:

“Pada malam in akan ku bawa seorang tetamu. Apabila kami sedang menghadapi hidangan kamu padamkanlah pelita sambil berpura-pura mahu membetulnya. Kamu janganlah memakan apa-apa pun sehinggalah tetamu tersebut kenyang.”

Rancangan mereka berjalan lancar dan kedua-dua suami isteri tersebut duduk bersama-sama dengan tetamu dan beliu tidak menyedari sedikit pun bahawa kedua suami isteri itu langsung tidak mengambil makanan walaupun mulut mereka sibuk mengunyah dan tangan mengambil makanan. Apabila Thabit r.a menemui Rasullullah saw keesokan paginya, beliau pun disambut dengan berita menggembirakan:

“Wahai Thabit! Allah sangat menghargai layananmu semalam terhadap tetamu”.

Berikutan peristiwa ini Allah mewahyukan ayt berikut:

“Mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka didalam kesusahan” (al Hasyar:9)


Lihatlah betapa mulianya sahabat nabi walaupun mereka tidak mempunyai makan yg cukup tetapi masih memuliakan tetamu, tidak seperti kita dizaman moden ini, kita lebih mengutamakan perut dan nafsu anak-anak kita dan diri kita.

Banyak kisah sahabat memuliakan tetamu terutamanya dari golongan fakir dan pengembara tidak seperti kita yang kadang-kadang saudara mara datang berkunjung kerumah pun sukar untuk mendapat secawan air. Apa yg saya perhatikan orang sekarang lebih suka menujuk cawan & pinggan alatan rumah yg berharga ratusan ringgit atau kadang mencecah ribuan ringgit tetapi menghidangkan makanan yg ala kadar kepada tetamu.

Kehidupan kita dizaman jauh lebih mudah dan mewah dari kehidupun para sahabat tetapi pabila membaca kisah para sahabat pastinya kita termalu dng apa yg telah kita lakukan & sumbangkan kepada masyarakat itu sendiri….

No comments: