Tuesday, July 20, 2004

SIAPA FANSURI ?

 

Hamzah ini asalnya Fansuri 
Mendapat Wujud di tanah Shahrnawi 
Beroleh khilafat ilmu yang 'ali 

Daripada 'Abd al-Qadir Jilani 

Hamzah Fansuri anak dagang  
Melenyapkan dirinya tiada sayang
Jika berenang tiada berbatang
Jika berlabuh tiada pada karang 

Hamzah Fansuri terlalu murah 
Mengata ma'rifat pada orang mudah 
Dari sekalian maqam disuruhnya ubah 
Supaya wasil tiada dengan susah

Hamzah Fansuri sunggu pun da'if 
Haqiqatnya hampir kepada Dhat al-sharif 
Sungguh pun habab rupanya khatif 
Wasilnya da'im dengan bahr al-Latif

Hamzah Fansuri asalnya 'ali 
Dengan ma' al-hayat tiada iya khali 
Seperti ombak nentiasa fani 
Haqiqatnya pulang ke laut Hayy al-Baqi

Hamzah Fansuri terlalu bebal 
Disangka dunya nin manisnya kekal 
Terlalu ghafil mencari bekal 
Tiada syak esok akan menyesal 

Hamzah gharib terlalu miskin 
Dimanakan sampai kepada Rabb al-'alamin 
Seperti mi'raj sayyid al-mursalin 
Jadi qab qawsayn dengan Tuhan Salimin   
 
Hamzah 'asi karam di dalam athim 
Minta shafa'at kepada Rabb al-'arsh al-'azim 
Kerana firman Allah dalam Qur'an al-karim 
Mengatakan 'Inna'llaha ghafurun rahim' 

Hamzah miskin amalnya tawil 
Olehnya itu menjadi bakhil 
Da'wanya tinggi kerjanya dhalil 
Manakan dapat dengan Rabbun jalil 
 
Hamzah gharib unggas quddusi 

Akan rumahnya Bayt al-Ma'muri 
Kursinya sekalian kapuri 
Min al-ashjari di negeri Fansuri
 
Hamzah 'asi karam di dalam athim 
Minta shafa'at kepada Rabb al-'arsh al-'azim 
Kerana firman Allah dalam Qur'an al-karim 
Mengatakan 'Inna'llaha ghafurun rahim' 

Ya ilahi ya wujudi bi'l-dawam 
Ukhrujkan Hamzah daripada pangkat 'awamm 
Peliharakan iya daripada kerja yang haram 
Supaya dapat ke Dar al-Salam

Hamzah Fansuri terlalu karam 
Ke dalam laut yang mahadalam 
Berhenti angin ombaknya padam 
Menjadi sultan pada kedua 'alam 
 
Hamzah miskin hina dan karam

Bermain mata dengan Rabb al-'alam
Selamnya sangat terlalu dalam
Seperti mayat sudah tertanam

Hamzah Shahrnawi zahirnya Jawi
Batinnya cahya Ahmad yang safi
Sungguh pun iya terhina jati
'Ashiqnya daim akan Dhat al-Bari 
 
Petikan dari Guridam Hamzah Fansuri – [
JawaJawi]
 
Secara jujur saya tidak pernah kenal siapakah itu Hamzah Fansuri dan hanya apabila mendengar lagu “Kias Fansuri” baru lah saya terfikir utk mengenali dng lebih dekat siapa kah gerangan tuan punya diri dan hampir 5 tahun mencari tulisan Fansuri akhirnya saya di link kan ke  Guridam Hamzah Fansuri di blog Pakdi (terimakasih pak..).
 
Dan ketika saya sedang membaca sebahagian kecil karya beliau (banyak karya beliau telah dibakar) teringat akan cerita bapa saya mengenai Fansuri….Dikatakan bahawsanya Fansuri mati dibunuh kerana ajaran sufi nyer terpesong dari ajaran islam…..Fansuri dikatakan telah mengistiharkan bahawa beliau telah bersatu dng Allah ..ibarat omak dan laut ….


Hamzah Fansuri terlalu karam 
Ke dalam laut yang mahadalam 
Berhenti angin ombaknya padam 
Menjadi sultan pada kedua 'alam 
 
 
Dikatakan juga Fansuri mendapat ilmu kesufian melalui seorang wali yg digelar Wali Cacing (ada cerita mengapa beliau digelar wali cacing, mungkin satu hari nanti akan saya ceritakan kepada kamu) ….Sebenarnya bukan Fansuri yg terpesong tetapi  beliau telah mendapat makrifat yg sangat tinggi kerana ketakwakan nyer kepada Allah …yg menjadi kesilapan kepada Fansuri apabila  beliau mengajar & menulis tentang kesufian beliau utk pelajaran kepada org lain …dalam keilmuan sufi tidak boleh diajar sebarangan / diceritakan ilmu bersatu dng Allah kecuali ia akan datang dng sendiri kepada seseorang itu melalui perantaraan Allah….Keilmuan sufi tidak boleh ceritakan kepada sesiapa kerana itu adalah rahsia Allah…….
 
Oleh itu nasihat saya kepada semua agar berhati-hatilah dengan apa yg kita baca & pelajari dan disini ingin saya tegaskan bukan ajaran / keilmuan Fansuri yg salah tetapi kita ini yg belum sampai maqamnyer utk membaca apa yg ditulis oleh nyer.
  

No comments: