Sunday, July 18, 2004

TANGAN KU

Dahulu aku memang tak akan makan pakai tangan di restoren, memalukan kaum je, yg pasti cuma pakai tangan kalau di rumah sahaja kalau dirumah org pun aku makan pakai sudu..kononnyer nak jaga status tapi semua nyer berubah bila aku pergi ke Jakarta.

Apa yg aku perhatikan di Jakarta Org kaya tak kira melayu, cina mahupun mat salleh, mereka tak malu makan pakai tangan di restoren 5 bintang, tak pulak status dia org jatuh yg kelakar nyer dia org yg balik pelik bila aku dan rakan lain makan pakai sudu. Berubah muka Pak Rudy bila aku mintak sudu, termalu jugak aku kenapa kita nak ikut org barat …mesti ada sebab kenapa kita disuruh makan pakai tangan dan aku menyimpan satu azam pabila pulang ke KL yg pasti aku akan membudayakan tradisi makan pakai tangan.

Jejak saja kakiku di KLIA, suami tanya rindu apa?? Kebetulan aku memang rindu masakan malaysia (oooohhhh baru seminggu di jakarta aku dah rindu malaysia …macam mana kalau aku nak berhijrah ke London ye…) dan sejak malam itulah aku tidak lagi menggunakan sudu & graf. Pada mula nyer malu jugak bila org pandang aku macam aku ini org ulu (alien) dan kadang boss aku pun tanya kenapa tangan? Dan aku tidak dapat memberi jawapan yg jitu…Cuma aku kata nabi pakai tangan….mesti ada kebaikaan nyer kerana nabi adalah sebaik contoh…

Dan yg paling menyedikan bila rakan berketuruan cina menasihati aku supaya menggunakan sudu. “Kotor lah lela….tak tahu u pegang apa..sedang kan sudu pun tak bersih inikan tangan” Aku tak tahu nak jawap apa…tapi aku tetap dng pendirian ku, nabi tak akan memalukan umatnya, mesti ada sebab nabi makan pakai tangan, bagiku tak pelah ini satu sunnah yg perlu aku pertahankan…aku ingin tunjukan yg org melayu islam juga ada pegangan walaupun aku tak tahu kenapa…malu memang malu ….

Setelah 3 bulan baru lah aku dapat jawapannyer..masa kelas ugama disurau tempoh hari ustaz salleh menerangkan yg sebenarnya makan pakai tangan terlalu banyak khasitnya utk kesihatan, sangat elok utk perut kita…dihujung-hujung jari kita ini sebenarnya mengeluarkan satu enzim yg dapat mencernakan makan dlm perut dng lebih baik….ya!! dalam perut kita memang ada enzim tetapi enzim di hujung jari kita ini boleh membunuh kuman-kuman dan boleh mengelakkan cerit berit ..tu pasal kita tak di galak kan simpan kuku panjang….dan tu pasal nabi suruh lepas makan jilat hujung hujung jari…supaya lebih banyak enzim dapat masuk keperut….itu yg dinamakan “air tangan” yg juga boleh melazatkan masakan & menundukkan seseorang ….itulah sains dalam islam…

Tapi memang betul dari pemerhatian saya, golongan yg makan pakai sudu atau chopstik, lebih mudah kena food posioning, ulser perut dan beberapa masalah penghadaman...kadang-kadang ada bakteria yg baik utk tubuh kita …betul tak? Sebagai contoh BOTOX…..heheheh


No comments: