Tahun nie memang lela berazam nak lakukan sesuatu untuk diri lela sendiri. Selama ini lela selalu melupakan keperluan diri lela. Selalu beralah ... untuk orang lain dulu dan akhirnya lela tertinggal kebelakang. Tahun ini lela buat satu resolusi untuk diri sendiri. Lela kena settle kan perkara yang tertangguh. Ada beberapa perkara yang sebenarnya lela perlu lakukan 10 tahun yang lalu tapi tak terbuat-buat sebagai contoh Khatam kan Quran dan mengambil lesen memandu. sampai lah nie tak terbuat buat lagi. So sekarang nie kena lah buat, tak nak dah umur 50tahun tak khatam lagi.
every saturday 8.00 am to 9.00 am
Lela telah belajar yoga sejak tahun 2000, pi ikut kawan-kawan. Punya lah susah waktu tu ... tak banyak tempat yang ajar kelas yoga ketika itu, kalau ada pun mahal sangat. Mana tak nyer nak ke kelas kena jalan kaki lepas tu naik lrt lepas tu jalan kaki.. sampai kelas semua cina, guru yang ajar pun cakap cina langsung tak paham ikut je macam mana dia orang buat ... susah susah pun sempat lah setahun lela ke kelas . Bila berhenti keje tak join lagi... sehinggalah lela kerja ditempat baru nie... yang untung nyer kelas nie free - company tanggung bersih .. cuma perlu rajin kan diri turun ke yoga room je lah ... itu pun ramai yang tak nak join. seronok lah jugak dapat menjoinkan diri.. hari pertama macam nak patah jugak tulang tulang yang dah keras keras nie ... tapi dah lama ok lah .. keluar lah jugak peluh peluh jantan yang dah hampir 7 tahun tak keluar keluar tu ...huhhuhuuuu
every monday 5.30 pm to 7.00 pm
apa lagi ya? membizikan diri dengan persatuan dan kelab. yang nie lela mulanya tak nak mengoin kan diri... yalah nak aktif berpersatuaan nie bukan saja perlu tenaga, masa tetapi RM. kita pun tak betul lagi, setakat jadi ahli ajk biasa biasa boleh lah kot nyer kot ... huhuhuuhuhuu.. maka dairy bulanan semakin sempit antara aktivi bulanan
i) ke bangi - bengkel penulisan
ii) sekolah pondok - kelas tafsir
yang seronok join bengkel nie dapat jumpa rakan-rakan yang berbeza cara hidup dan perwatakan mereka... macam kelas tafsir ramai suri rumah tangga, best tengok hidup mereka ... duduk rumah anak semua dah besar habis kan masa terluang mereka belajar ilmu ugama seperti mengaji, ke kelas tafsir dan belajar bahasa arab... bila lah lela nak jadi macam tu ya... kena doa suami jadi ceo nie ... heheheheheheh . Komuniti penulis juga berbeza cara pemikirian mereka, mereka hidup cara sempoiiii dan bluesssss.. suka cerita yang berat berat, keazaaman mereka sangat kuat dan fantasi mereka jangan cerita lah ...
apa lagi ya.. sebenarnya ada dua tiga perkara lagi yang perlu lela lakukan .. tapi tak boleh cerita dulu lah ... sebabnya tak best lah nak canang-canang lepas tu tak jadi... ia semacam sudah menjadi prinsip hidup ... buat dan berjaya baru cerita ya...
No comments:
Post a Comment