pintu masuk melaka watercity resort
Selepas sepetang bersiar-siar, tibalah masa untuk mendaftar diri di Melaka Watercity Resort yang terletak dipuncak Bukit Katil yang rupanya sudah begitu hampir dengan Asahan Jasin dimana terletaknya Gunugn Ledang syang sangat terkenal diserata nusantara. Resort ini adalah satu daripada rumah penginapan berkonsepkan resort hotel - sederhana dan eksklusif. Seperti namanya, semua aktiviti ada dibawah satu bumbung. Ada Western Restoren, Japanis Restoren, pusat kaeroke untuk keluarga dan taman tema air untuk anak-anak. Kepada kaki pancing anda tidak perlu pergi jauh. Mereka telah membina kolam buatan untuk pengunjung memancing dibawah satu bumbung. Pengunjung juga boleh bermain kayak di kolam buatan ini. Bukan itu saja aktiviti lasak juga disediakan seperti go-kart dan wall clambing juga disediakan.
Malamnya - aktiviti memasak di apartment - steam boat cara melayu sambil mengurut. Suami pula turun memancing dikolam. Lebih kurang pukul sebelas malam suami membawa ikan patin (tetapi minta maaf - saya terlupa nak ambil gambar ikan tersebut - mmmm mungkin kerana terkejut) dan kemudian kami dibawa oleh rakan-rakan ke kedai makan "De Nangka
Tomyam " yang terletak di kampung sebelahan.. Restoran ini menawarkan makanan tempatan & siam suasana seakan-akan anda berada didalam sebuah kampung lama sekitar tahun 60an.
Perut mula berkeroncong apabila terhidu masakan Thailand, nasi goreng, Satay dan roti jala. Kedai ini dibuka setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 2 pagi. Selepas makan malam, aktiviti kami diteruskan dengan acara pulang kebilik untuk menguji tilam katil bantal dan air-con yang telah disediakan …hahahhahaha
::7 Febuary 2006::
Saya bangun lewat, ingin betul betul berehat dan bersantai. Mungkin kerana keempukan tilam dan kedinggan air-con nya . Bersarapan nasi lemak sambal sotong pada pukul 11.00 pagi... kemudian kami jalan jalan disekitar resort. kanak-kanak lah yang paling gembira bermain air, saya cuma menonton mereka bermain. Saya tidak boleh begitu aktif ... ya besok tugas sudah menunggu di pejabat. Sebelum pulang kami singgah direstoren jepun untuk membasahi tekak yang kering ... cuaca agak kering dan terik tetapi nasib kami agak baik kerana angin agak kuat membuat suasana begitu nyaman.
Kami check-out dari resort pukul 2 petang. singgah sebenar ke kampung sebelah ayah melawat saudara yang sudah agak lama saya tidak menjenguk atau bertanya khabar berita. yang pasti balik ke tempat dimana saya dibesarkan membuat hati menjadi hiba... tidak tahu bila lagi saya akan pulang ... kami beransur pulang dari kampung lebih kurang pukul 4 petang dan sampai ke kota lumpur lebih kurang 6.00 petang.
gambar kesukaan saya
gambar ini saya ambil dari anjung apartment kami... ketika kami cuba mengambil gambar ini mentari sudah tidak sabar untuk melabuhkan diri ke ufuk barat.... pada mulanya saya agak pelik dengan keadaan sekeling saya... angin menderu deru tidak tahu dari arah mana... saya bagaikan ditepi laut.
Ketika mencari cari dari mana arah angin , ketika itulah berbalam balam saya ternampak banjaran itu... jika anda melihat diufuk timur akan akan terlihat balam balam gunung ledang menampakkan wajahnya... saya cuba beberapa kali untuk mengambil imej gunung ledang dengan lebih jelas tapi apa kan daya ... saya tidak berapa pakar ... ini gambar yang terbaik yang dapat saya rakam kan ... ya gunung yang penuh dengan seribu satu cerita dan misteri yang belum terunggap... sehingga kini saya masih belum dapat menaluki puncaknya... mungkin satu hari... dan dapat merasakan bayu dari gunung ini membuat saya begitu bahagia... ya sudah lama saya tidak dapat menghirup bau dari kayangan.... bayangannya muncul tidak lama... tidak sampai 10min kemudian hari terus gelap ... ia hilang dari pandangan ... firasat saya mungkin esok hari bayangan akan lebih jelas ... tetapi jangaan saya begitu meleset sekali ... walaupun langit cerah dan mentari bersinar terik .. bayangannya tidak muncul ... mungkin dia malu untuk bercerita dengan saya lagi ...
"wahai Gunung , sang putri mungkin belum bersedia untuk menawanmu ... tapi sapaan mu sudah membayangkan betapa satu hari nanti tuan puteri akan menaluki mu seperti dimasa yang lalu ..... "
No comments:
Post a Comment