(campuran sayuran & daging itik...yam yam yamm)
dah habis baru makan teringat nak ambil gambar :D
gambar-gambar makan besaq bersama-sama rakan-rakan sempena menyambut Lunar Year
Bukan saja dapat makan sedap tapi aku juga berpeluang untuk memberi makan kepada 2 ekor naga (masuk kan buah limau didalam mulut naga yang sedang menari). Orang Cina percaya bahawa jika dapat memasuk kan buah limau kedalam mulut naga yang sedang menari rezeki akan murah selama 50 tahun .... huhuuuu itu lah harapan ku ...
Cuti Tahun Baru Cina kali ini telah kumanfaatkan dengan sepatutnya. Pulang ke kampung buat seketika. Rumah arwah ibu semakin sunyi sejak adik ku sudah berkahwin dan menetap di kota lumpur. Rumah peninggalan ibu mengamit seribu satu kenangan, sedih pula bila melihat keadaan rumah itu kosong dan tidak berpenghuni. Kalau dulu kami tidak punya bilik yang cukup untuk menampung ahli keluarga kami ... aku dan 2 orang kakak terpaksa berhimpit di bilik yang kecil dan adik lelaki ku akan tidur dilantai berlapiskan tilam yang nipis . Adik yang bongsu pula akan tidur bersama ayah dan ibu di bilik utama ... segalanya sempit dan tidak selesa... tetapi bahagia dan kemeriahan nya tetap dirasai.
Menziarahi pusara ayah dan bonda membuat aku bertambah sedih. Sampai di pusara hujan turun dengan lebatnya ... cuma dapat singgah seketika saja, membaca sepotong dua ayat - suami sudah mengarahkan supaya cepat naik kekereta. Takut nanti aku diserang semput... Nampaknya keadaan tidak mengizinkan untuk aku duduk lebih lama disitu. Janji ku kepada kedua orang tua ku akan aku selalu pulang jika masa dan kewangan mengizinkan...
Pulang ke kota lumpur semuanya lancar ... kesesakan disebelah yang berlawanan. Ya aku melawan arus membuatkan kami begitu mudah dalam perjalanan pulang. Mungkin tulah cara hidup baru dan moden ... jika ingin cepat dan pantas kita perlu melawan arus ...
Ketika sebahagian besar warga lumpur sedang berenakkan bercuti di kampung halaman aku sudah memulakan tugas. Aku tidak mengambil extra cuti cukuplah apa yang sudah diberikan oleh kerajaan. Dengan cuaca ekonomi yang tidak menentu warga malaysia tidak perlu bercuti terlalu lama sebenarnya, kita kena kuat bekerja dan tekun untuk berjaya. Siapa cepat dia menang dan kuala lumpur begitu lengang sekali. Perjalanan yang selalu nya mengambil masa satu setengah jam cuma memakan masa sekitar 20 minit... alangkah bagusnya jika setiap masa begini tidak payah bersesak bagaikan ikan sardin didalam keretapi laju. Di office pun suasana santai tidak banyak yang perlu dilakukan ... Aku cuba menghabiskan segala urusan yang tertunggak dikala ini dan syukur segalanya selesai sebelum warga lumpur pulang dari kampung halaman. Dan yang pasti sekarang ini aku semakin sibuk dengan urusan duniawi yang tak habis habis ...

Entah mengapa kali ini beria benar aku menyambut Tahun Baru Cina. Seumur hidup ku tidak pernah aku menghadiri makan besar apatah lagi di hotel bertaraf 5 bintang. Tahun ini aku dan suami mendapat jemputan yang sungguh istemewa - makan selagi boleh pada malam tahun baru... mungkin tahun adalah tahun permulaan yang baik untuk tahun tahun yang akan datang.
Bukan saja dapat makan sedap tapi aku juga berpeluang untuk memberi makan kepada 2 ekor naga (masuk kan buah limau didalam mulut naga yang sedang menari). Orang Cina percaya bahawa jika dapat memasuk kan buah limau kedalam mulut naga yang sedang menari rezeki akan murah selama 50 tahun .... huhuuuu itu lah harapan ku ...
Cuti Tahun Baru Cina kali ini telah kumanfaatkan dengan sepatutnya. Pulang ke kampung buat seketika. Rumah arwah ibu semakin sunyi sejak adik ku sudah berkahwin dan menetap di kota lumpur. Rumah peninggalan ibu mengamit seribu satu kenangan, sedih pula bila melihat keadaan rumah itu kosong dan tidak berpenghuni. Kalau dulu kami tidak punya bilik yang cukup untuk menampung ahli keluarga kami ... aku dan 2 orang kakak terpaksa berhimpit di bilik yang kecil dan adik lelaki ku akan tidur dilantai berlapiskan tilam yang nipis . Adik yang bongsu pula akan tidur bersama ayah dan ibu di bilik utama ... segalanya sempit dan tidak selesa... tetapi bahagia dan kemeriahan nya tetap dirasai.
Menziarahi pusara ayah dan bonda membuat aku bertambah sedih. Sampai di pusara hujan turun dengan lebatnya ... cuma dapat singgah seketika saja, membaca sepotong dua ayat - suami sudah mengarahkan supaya cepat naik kekereta. Takut nanti aku diserang semput... Nampaknya keadaan tidak mengizinkan untuk aku duduk lebih lama disitu. Janji ku kepada kedua orang tua ku akan aku selalu pulang jika masa dan kewangan mengizinkan...
Pulang ke kota lumpur semuanya lancar ... kesesakan disebelah yang berlawanan. Ya aku melawan arus membuatkan kami begitu mudah dalam perjalanan pulang. Mungkin tulah cara hidup baru dan moden ... jika ingin cepat dan pantas kita perlu melawan arus ...
Ketika sebahagian besar warga lumpur sedang berenakkan bercuti di kampung halaman aku sudah memulakan tugas. Aku tidak mengambil extra cuti cukuplah apa yang sudah diberikan oleh kerajaan. Dengan cuaca ekonomi yang tidak menentu warga malaysia tidak perlu bercuti terlalu lama sebenarnya, kita kena kuat bekerja dan tekun untuk berjaya. Siapa cepat dia menang dan kuala lumpur begitu lengang sekali. Perjalanan yang selalu nya mengambil masa satu setengah jam cuma memakan masa sekitar 20 minit... alangkah bagusnya jika setiap masa begini tidak payah bersesak bagaikan ikan sardin didalam keretapi laju. Di office pun suasana santai tidak banyak yang perlu dilakukan ... Aku cuba menghabiskan segala urusan yang tertunggak dikala ini dan syukur segalanya selesai sebelum warga lumpur pulang dari kampung halaman. Dan yang pasti sekarang ini aku semakin sibuk dengan urusan duniawi yang tak habis habis ...
No comments:
Post a Comment