Monday, October 08, 2007

BILA TIBA HARI RAYA

bila tiba hari raya semua sibuk semacam .. kalau dizaman nabi dulu umat islam sibuk mencari malam lailaturqadar tapi kita sibuk mencari kedaikamdar.... kalau dulu umat islam sibuk berpuasa membersihkan diri dan merehat kan perut kita pula sibuk ke gerai-gerai mahupun ke hotel-hotel.

tahun nie rasa macam tak meriah lah nak beraya... bukan kerana tak cukup budget tapi entah lah kadang kala tuhan itu maha adil ... kalau kita ada wang tak de masa .. bila tak cukup pitih masa nyer melambak lambak... percaya atau tidak tahun nie lela tak beli pun tudung raya ke ... nak buat kuih raya ke... nak cari langsir raya ke ... dan jangan tak percaya lela pun tak bercuti raya !!! Bukan tak gembira tapi rasanyer sebab lela dah terlebih memeriahkan bulan ramadan al-mubarak so tak excited nak sambut Id-Eid. masa ramadaan lela ambil cuti sampai 3 hari kemudian lela siap buat rendang dan pulut. Lela siap pergi sembahyang terawih (walaupun) tak penuh (tahun depan lela nak cuba memenuhkannya), lela siap dapat buat sedekah (bukan nak menunjuk ya!!!), lela dapat berbuka dengan family. And i happy with it !!!!

Raya kali nie lela tak buat kuih cuma beli beberapa botol untuk in-laws dan adik beradik ... tahun nie no baju raya ... walaupun lela dah beli kain cotton yang berharga hampir 200 hinggit sepasang tapi tukang jahit lela buat hal (may be itu salah satu sebab nyer lela tak ada mood nak beraya!!!). hati lela sakit bila mengenang kan per hal baju raya dan seperti biasa rumah sudah dikemas, sawang sudah dibuang, lantai sudah di mop bersih... dan barang barang yang tak perlu sudah di buang ... baju untuk suami sudah dibeli...duit raya untuk kanak kanak sudah ditukar dan dimasukkan kedalam sampul, kad raya sudah di pos (btw this year lela dapat banyak card and hamper - adakah lela semakin popular ???? heheheheheh)... tapi entah mengapa tahun nie kita tak de mood raya ...

Tahun ini arrangement semua tunggang telanggang - sepatutnya lela akan beraya di jelebu walaupun tahun nie giliran kita... sebabkan adik adik lela semua dah lepas kawin so lela tak payah lah balik ke pd maka lela dengan berbesar hati memberi giliran lela kepada ibu mertua (mungkin sebab dia pun dah tak berapa sihat biar lah anaknya beraya selalu dengan dia ) tapi entah mana silap nyer adik bongsu lela call last minute kata suaminya kena raya di off shore ... so dia raya seorang diri di pd ... mmmm tak sampai hati lah pulak ( i wonder kalau besok lela seorang diri beraya nak ke sesiapa teman kan lela agaknya ya???) so mengenang kan i'm the oldest in the family and ibu soko ... terpaksa lah lela dan suami melangsaikan tugas masing masing ... malam raya tu lela akan pulang ke port dickson menemankan adik perempuan lela dan suami lela akan pulang ke jelebu bersama ibunya ... pagi nya kami akan beraya secara berasingan dan selepas itu lela akan pergi melawat kubur kedua orang tua lela... mungkin selepas itu lela dan adik akan singgah ke rumah mertuanya. Lela akan tunggu adik lelaki lela balik kemudian i will go off to Jelebu ... hebat kan????

kami akan pulang on the 2nd day of raya ke kuala lumpur ... Isnin kami akan menziarahi beberapa rumah sedara dan sahabat ... selasa off to work back ... !!!! ramai yang terkejut mengapa lela tak ambil cuti lama ... for me raya is just a raya ... dalam islam pun raya cuma sehari 1 Syawal bukan yer sebulan syawal ...heheheheheeh at least i can save my holiday.;.. Tahun nie raya bagi lela cuma untuk melawat pusara kedua ibu bapa lela ... dan melawat beberapa kenalan yang sedang tak sihat (ramai benar yang sakit - menandakan usia semakin tua!!!).

I think thats all is in my mind for this hari raya... Selamat berhari raya tu all the muslim readers dan drive carefully - pandu cermat jiwa selamat- may this Id-Eid will be a good one.... assalamulaikum ...

No comments: