Bukan untuk menunjuk akan tetapi salah satu sikap lela ada lah suka membantu ... kelemahan diri lela adalah tak tahu macam mana nak cakap "TIDAK". Kalau orang nak minta tolong lela akan cuba lakukan sebaik mungkin. Kadang kala lela jadi tak tentu hala .. orang nie mintak tolong lepas tu orang nie lah pulak ... last last .... lela yang pening kepala... dulu tak pandai nak menolak ... sebab lela rasa tak best lah bila orang mintak tolong kita tolak ... tapi sejak akhir-akhirnya lela dah pandai buat ayat untuk menolak sesuatu permintaan ...
Antara azam lela untuk tahun ini adalah untuk mementingkan diri sendiri dulu ... buat benda untuk diri sendiri dulu baru boleh fikirkan untuk orang lain.. sebab dari dulu lela dok tolong adik beradik, saudara mara dan rakan rakan .. kerja kerja lela pulak yang tak siap siap ... bila kita minta bantuaan semua lepas tangan ...
Semalam mama minta bantuan lela, anaknya rina ingin kan bahan untuk membuat assigment.. yang kelakar mula mula dia tanya lela ada ke buku tentang kesultanan melayu ... lela ada lah buku tapi kena baca sendiri lah ... lepas tu mama tanya lagi ... boleh tolong cari kan dalam internat untuk anaknya ... lela dah pening kepala nampak caranya macam nak suruh kita yang buat assigment anak nyer .. lela kata dirumah lela boleh asses internat ... why not she came to my house to do some reading ... wahhhhh mama kata " u tolong printkan lah ... biar dia bagi soalan dekat u.." banyak cantik ... dia yang sebuk nak pi belajar ... dia yang nak dapat sijil dan dia yang akan naik pangkat ...lela pulak yang nak bersengkang biji mata ... kalau gaji dia bagi setengah kat kita tak pe jugak... banyak benda lain yang boleh aku lakukan selain nak membantu orang !!!. Lela kata tak boleh dan mama kata ..."KAMU MESTI BANTU DIA !!!" sudah lah suami nya tak bantu , ayahnya tak bantu ... we have to bantu her !!! ohhh please ini bukan membantu tapi ini menjahanam kan anak u !!! kata lela kepad mama .
cerita pasal membantu ... islam mengalakkan umat nyer membantu kepada yang memerlukan dan lela memang suka aktiviti membantu nie ... ada benda yang kita disuruh membantu ada benda kita tak boleh bantu ... tapi diri kita sendiri kena bergerak... kadang kala kita tidak boleh memberi 100% bantuan nanti naik lemak berkilo kilo lah pulak... dalam islam kita perlu membantu fakir miskin, orang yang melakukan fisabilliah dan anak yatim piatu ... kita boleh membantu dengan berbagai cara ... melalui pemberian zakat fitrah dan bantuan fizikal ... so dibulan ramaddan yang mulia ini lela dan beberapa kawan ada mengumpulkan sedikit dana bukan wang tetapi barang barang keperluaan asas untuk di berikan kepada beberapa buah surau dan keluarga yang memerlukan. tapi kumpulan lela tak de lah besar sangat .. yalah orang pun mana percaya nak beri kepada lela .. project ini kali pertama lela cuba lakukan ... selalunya lela buat secara sendirian ... kalau ada rezeki lebih lela cuma beli beberapa kilo beras untuk di berikan kepada rumah tafiz di janda baik ... tahun ini lela rasa lela perlu lakukan sesuatu secara berkumpulan. yalah bila dalam kumpulan dan persatuaan lebih banyak dana dapat disalurkan ... lela cuma sms beberapa orang kenalan .. mana tahu ada yang berminat ... antara yang dapat dikutip :
- 15kilo beras
- 6 kotak teh
- 16 kilo gula
- 10 tin susu
Semoga tahun yang akan datang kutipannya akan lebih besar dan dapat lah diberi kepada lebih banyak keluarga yang memerlukan. Barang barang ini lela agih-agih kan kepada 3 buah surau dan 2 rumah keluarga yang susah.
No comments:
Post a Comment