Saturday, December 22, 2007

H-E-B-E-R-N-A-S-I



Saya sudah mula bercuti - menghabiskan cuti tahunan yang tidak boleh dibawa ke tahun hadapan. Bermula dari 20 Dec hinggalah ke 1 Jan 08. Saya akan masuk pejabat pada 2 Jan. Bestkan!! cuti bukan sebarang cuti ... cuti nak membereskan benda yang tertunggak. apabila saya masuk pada 2 Jan saya akan bertugas di department yang berbeza dan tanggungjawab yang lebih berat - kira macam naik pangkat lah .. semoga tahun 2008 akan membawa kemakmuran kepada saya, kerjaya, kesihatan dan keluarga.

So bila cuti panjang nie banyak lah idea idea yang pelik-pelik dah sampai. Tapi yang penting saya perlu settel kan benda yang sudah lama tertangguh. So kawan-kawan selama 11 hari ini saya akan menceritakan apa yang akan saya lakukan ...mesti bestkan dan jangan jelous ya!!!



:: 20 December 2007 - HARI KELUARGA





bila berkumpul gelak dan tawa

hilang segala duka nestapa

terikat kasih tersimpul mesra



Petang di hari raya haji rumah saya jadi titik pertemuaan untuk seluruh keluarga berkumpul. seronok lah pulak bila semua ada.. hilang rindu rasanya. menu saya simple saja .. sup tulang makan bersama nasi impit dan piza yang di order dari kedai ...heheheheheh. Selepas makan kami ada sesi bergambar kemudian nyer saya ada kan lucky draw. hadiahnya biasa biasa saja ... untuk buat suka suka memeriahkan suasana. Tak sangka lah pulak semuanya sporting belaka.

Tujuan saya lakukan ini semua kerana di hari saya ber HEBERNASI saya ingin mengeratkan siratul rahim bersama keluarga saya. Ya semasa kecil kami adik beradik kurang mesra. Mungkin atas sebab sebab yang tidak dapat dielakan ... ibu dan bapa saya sebuk berniaga maka kami adik beradik tinggal berasingan.. ada yang dibesarkan di rumah nenek seperti saya dan remy, ada pula tinggal bersama saudara dan ada pula yang dijaga manja oleh ibu. maka terdapat perbezaan peribadi pada setiap individu. Tetapi setelah semuanya matang kami cuba untuk give and take and it really works for us.

No comments: