11 ZULHIIJAH HARI PENGORBANAN
KASIH ADAM DAN HAWA DIPERTEMUAKAN
IKRAR IBRAHIM DAN ISMAIL DIKOTAKAN
UMAT BERSATU DIKUMPULKAN
Hari Raya Adil Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji disambut pada pada 11, 12 dan 13 Zulhiijah setiap tahun diseluruh dunia. Entah mengapa hari kebesaran ini tidak disambut secara meriah di pantai barat. Keluarga kami juga tidak memeriahkannya ... mungkin kami tidak menyembelih lembu atau kedua ibu bapa kami tidak pernah sampai ke mekah maka perayaan nie tidak disambut secara total.
Tetapi jika kita perhalusi hari ini lah hari yang paling besar dalam kelender islam kerana terdapat banyak peristiwa besar dan terbilang berlaku pada hari ini. Hari di mana Adam dan Hawa dipertemukan untuk pertama kalinya dibumi setelah mereka turun dari Syurga. Hari dimana umat Islam berkumpul disatukan untuk menyatakan keimanan kepada tuhan seluruh alam. Hari dimana Ibrahim dan Ismail diuji tentang ketaatan kepada sang Kahilq.
Kalau dulu hari ini saya cuma mengerti tentang cuti dan makan. Kini pengertiannya lebih mendalam. Saya cuba untuk memeriahkan hari kebesaran ini. Ianya semacam satu jihad untuk saya kepada keluarga dan rakan yang dekat dengan saya agar mereka mengerti dan menyambutnya dengan lebih besar dan meriah dari Hari Raya Puasa.
Saya dan suami masih bekerja pada hari Rabu dan ketika waktu rehat saya berlari seketika ke Petaling Street untuk membeli beberapa jambak bunga segar. Kali ini pilihan saya - Harum Sundal Malam dan Anggerik Putih untuk diletakkan di beberapa ruang sudut dirumah. Meletakkan bunga segar ketika hari kebesaran akan mengingatkan saya kepada arwah ayah. Ketika hayatnya setiap kali hari raya rumah kami pasti akan ada bunga segar menghiasi ruang tamu.
Saya pulang awal dari pejabat dan terus ke pasaraya untuk membeli barang barang keperluan membuat rendang dan sup tulang. Tahun ini disurau kawasaan kami tidak menyembelih lembu mungkin kerana ramai yang pulang ke kampung halaman masing-masing - ohhh ya saya dan suami memang tidak pulang kerana dia terpaksa bekerja keesokkan hari maka sebab itulah kami menyambutnya di kota lumpur sahaja. Nasiblah kota ini tidak pernah tidur. Membeli beberapa kilo tulang, daging, ayam dan bahan-bahan untuk membuat rendang agak mudah dan cepat. agak sedih juga apa bila mendengar takbir raya tanpa ayah, ibu dan sanak saudara.. kami terasa bagai kan di negeri asing.
Sampai dirumah, saya mula berperang...merebus tulang didalam slow cooker, merebus nasi impit dan memasak rendang membuat saya lupa tentang kesedihan. Yang pasti saya adalah "SUPER WOMEN" memasak untuk 50 orang tetamu bukan lah sesuatu yang mudah dan menambah satu lagi tugas iaitu mengemas !!. Dan akhirnya apabila aroma rendang memenuhi ruang dan ianya membangkitkan rasa kegembiraan dihari raya. Bagi saya, bukan ber-raya jika didapur tidak berbau rendang dan ketupat. Walaupun saya hanya dapat melabuhkan diri dikatil ketika jam sudah berdetik 3 pagi tetapi hati saya puas. Ya kerana saya boleh menabik dada mengatakan saya wanita sejati (heheheheheheh- perasaan lah nie)
Bangun pagi, suami rupanya sudah bangun lebih awal, membetulkan pokok bunga dan membasuh ruang depan..Pagi yang indah mentari bersinar terang tanpa awan hitam dari timur. Suara takbir dan takmid memenuhi ruang sejak dari subuh lagi. Agak pelik kerana sudah hampir 2 minggu bumi khatulistiwa ini dibasahi oleh hujan sehingga banjir disana sini tetapi hari ini mentari menampakkan diri, memanaskan tanah yang lembab, menyambut kedatangan hari yang sungguh istimewa. Itu tanda rahmat dan keredaan Sang Pencipta agar segala ibadat kepadanya dapat dilakukan dengan mudah dan selesa. Boleh kita bayangkan jika hujan berlarutan bagaimana kita mahu ke masjid ketika ini, bagaimana untuk meyembelih lembu-lembu ya!!! Ya Tuhan memudahkan segalanya !!! Itu tanda Rahmat dan Rahim.
Pulang dari solat sunat, kami menjemput jiran untuk bersarapan bersama-sama. Ianya akan lebih meriah apabila makan beramai-ramai., kesedihan akan berkurangan dan dilupai untuk seketika. Menunya - nasi impit, rendang, lemang dan kuah kacang. Suami makan dengan selera sekali. Petangnya pula keluarga saya datang melawat. Tahun ini agak meriah kerana seluruh keluarga beraya di Kuala Lumpur di rumah masing-masing dan telah bersepakat untuk berkumpul dan bersatu dirumah saya - ianya semacam Family Day lah pulak ... 20 orang semuanya, kak long - suami - anak-anak , kak wei - suami dan anak-anak, remy dan isteri, intan bersendirian kerana suaminya masih di sumadera bekerja, bang din dan kak aidah. Kami makan dan berbual sambil melihat gambar lama. Anak-anak buah bermain di bilik. Kami juga menonoton rakaman perkahwinan intan tahun lepas, bergurau senda dan usik-mengusik dan jika kedua ibu bapa kami ada ketika ini pasti mereka bahagia melihat kami bersatu bagaikan satu kesatuaan yang besar dan kuat. Ya inilah yang selama ini saya impikan. Diakhir pertemuaan, salam dan ciuman mengakhiri dan janji termertai - nanti bila ada masa kami akan bertemu kembali..

Malamnya pula rakan-rakan dan jiran tetangga datang melawat membuat hari raya kali ini sungguh meriah dah sangat bermakna bagi kami berdua. Semoga ditahun akan datang ianya akan lebih meriah dan menjadi titik pertemuaan untuk mengeratkan kasih sayang sesama saudara, janji dikotakan dan perpaduaan dipupuk.
No comments:
Post a Comment