Tuesday, December 11, 2007

MENYANYI





HARI KELUARGA DITAMAN RIMBA
MENYANYI BERSAMA KELUARGA
MENGERAT HUBUNGAN SESAMA SAUDARA

Sabtu yang lalu, syarikat tempat lela bekerja menganjurkan HARI KELUARGA di FIRM Kepong. Sebenarnya lela tak lah teruja sangat untuk menghadirkan diri tapi terpaksa pergi dan tunggu acara sampai habis sebab lela dan suami di paksa masuk pertandingan menyanyi ... bayangkan orang tua menyanyi ... mesti menang!!! ... kumpulan lela dapat tempat pertama ... hadiahnya wang tunai sebanyak 2 ribu ringgit. Lela dan kumpulan mendendangkan lagu sifu M Nasir - Tanya Sama Itu Hud-Hud. Sebab kami pilih lagu tu tema hari keluarga ada - Close to Nature ... senikata lagu tu ada cerita pasal binatang ....
Teman dan keluarga tanya buat apa dengan duit yang dimenangi .. duit tu kena bahagi dua so lela dapat seribu jelah (lela dan suami) ... yang penting duit tu nak beli koleksi cd m nasir untuk simpanan peribadi... yang selebihnya tak fikir lagi nak beli apa ... huhuuuuuuuu. Tahun depan yang pasti lela tak join ... ya lah bagilah peluang kepada yang lain ... kalau kami masuk nanti kempunan lah pulak yang lain lain tu ... hehehhehehehehe
Cerita pasal lagu M Nasir ... lela kelakar sungguh kerana apa yang lela dan suami faham tentang lirik yang ingin disampaikan menyimpang dari apa yang pengadil fikirkan. Lirik Tanya sama itu hud-hud mengisahkan seorang lelaki yang sedang dipangil oleh malaikat maut dan dikala itu datang lah dua malaikat untuk mengoda si lelaki tersebut ... so kami pun pakai baju satu hitam satu putih untuk mengambarkan seorang lelaki yang putih hatinya sedang dijemput oleh malaikat maut ... lela dan nieta pulak menjadi pari pari baik dan jahat untuk menyesatkan dan menyedarkan si lelaki tersebut ... tapi yang kelakar para pengadil dengan je lagu hud hud ingat suami lela jadi penjaga binatang , lela jadi rama rama, nieta jadi burung hud hud dan abang aran jadi beruang (hahahhahahahah!!!) sekarang baru lela paham mengapa sifu m nasir mengamuk bila orang tak faham apa yang ingin disampaikan terutama wartawan hingusan... sebelum lupa pengadil juga bukan calang calang tau ... burn AF1, Lukman S dan Vincent ...

No comments: