Deman kita belum kebah ... tapi aktiviti terpaksa di teruskan ... kerja di office memang tak pernah habis habis ... tapi apa nak buat kan .. dok kat office je nanti tak de pulak kawan ... antara aktiviti sepanjang minggu yang padat (kalah artis dah nie .. heheheh ) seperti biasa makan makan ... jumaat hingga ke ahad pula saya di melaka atas tugas tugas rasmi di pejabat ... huhuhu bukan apa jaga booth je ...hahahahahh sambil sambil jaga booth tu lela pun ambilah kesempatan pi melawat sedara mara di melaka - ibarat sirih pulang ke ganggan lah nie .. banyak sangat program yang ada dalam kepala tapi bila congak congak ... dengan busy menjaga booth dari kul 10.00 pagi hingga ke 10.00 malam maka banyak lah yang terpaksa di pendam je ... yalah keje lebih penting kan ... sedara ... masa berada je .. kalau tak de keje menganggur sedara pun tak nak mengaku sedara kan .. so buat mana yang penting penting lah .. yang lain lain tu kemudian pun boleh lagi .. bila ada masa dan wang.
Bercerita tentang WANG nie ... mmm... wang dan masa tidak boleh seiringan agaknya .selalunya bila banyak masa tak de cukup wang ... hahahah tapi bila lega wang, masa tak cukup cukup ... seperti masa mencemburui wang ... Ya itu pendapat peribadi saya ... tapi yang pasti wang akan mengeratkan lagi tali persaudaraan :(
so tak ya tulis ... mari kita lihat gambar ... picture said tousand word ... don't you think?
hari rabu malam khamis, seorang sahabat menjemput saya kerumah nya untuk makan malam. menunya sungguh enak sekali terasa seperti di kampung bersama ayah ibu dan nenda. saya di jamu dengan daging masak lomak cili padi, ikan kering, sambal tumis jering dan ulam . Pencuci mulutnya pula ha seperti gambar diatas ... sudah lama benar saya tidak merasa pengat ini . Sejak arwah ayah meninggal saya tidak merasa pengat sesedap ini. Now i know where to go bila kepingin ingin makan bubur campur :) ramuannya sungguh istimewa ... kalau pembaca nak tahu ... ini lah makanan tradisi raja raja melayu dizaman silam ... pengat ini mengingatkan saya kepada arwah ayah.. ayah selalu akan masak pengat ini pada hari ahat untuk kami sekeluarga. Didalamnya diletakan ubi kayu, keledek merah, pisang dan mata ikan . memakan pengat ini bagaikan satu hadiah yang sungguh berharga kepada saya terutama ketika deman yang tak kebah-kebah ... terus rindu kepada ayah hilang seketika...
bershopping di jonker street - melaka ...
sabtu malam ahad saya di melaka kerana urusan kerja... sambil menyelam minum air kata orang tua tua ... malamnya saya melawat saudara mara dikota melaka, kebetulan Auntie Dah tak sihat hari rabu depan dia terpaksa operate matanya, so saya dan suami pun pi lah melawat sambil belanja makan roti nan dan tanduri yang paling best di melaka ... selalu kalau kat kl mamak dari negeri keling menguli roti ... tapi di melaka ... northern india yang buat roti nan ... sebatu dah ter bau aromanya ... Lepas tu Untie Dah dan Carina bawak saya pi jalan jalan di Jonker Street ... best giler beb!! tapi kepada sesiapa yang alah dng bau makanan cina ... seperti B@b! bakar atau alah kepada bau tuak dan aksi tripel X perempuan cina mencari duit mudah ... menjadi pelayan kepada mat saleh .. maka ini bukan lah tepat yang perlu dilawati... tapi saya ingin merasainya .. yalah nanti bila org cerita tak leh lah cong kat kita kan ... tempatnya macam petaling street plus bangsar at night tapi lebih bersih dan anda bagai kan seperti di zaman 60-an... jalan jalan melihat barangan antik hingga ke pukul satu pagi - aktiviti mudah je ... jalan jalan sehingga keluar peluh ... kemudian duduk di bahu jalan minum coke sambil mendengar live band... sambil melihat aksi romentik mat saleh tua ... kami pulang ke hotel pada jam 1.00 pagi ... besok nak keje !!!
its a dream come true for me !!!!
saya tak kisah apa org lain nak kata, mungkin pandangan politik saya berhaluan kiri tetapi bertemu dengan pemimpin no satu malaysia ... apatah lagi dapat bersalaman dan menyediakan tea dan berbual dengan PAK LAH adalah satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan seumur hidup saya. saya dah biasa bertemu dengan artis .. saya juga pernah bergambar dengan ramai ahli politik tetapi bertemu dengan orang no 1. membuat saya tersenyum sepanjang hari ... yang kelakarnya ... saya terlupa nak panggil beliau "DATUK SERI" ... saya terus meyapanya dengan panggilan "PAK LAH .. jemput minum dan rasa keluaran terbaru kami..." dan dia tersenyum ... orangnya sungguh lembut dan berbudi bahasa ... secara peribadi he such a gentleman old man!!! yang lain lain i'll save my comment :) dan yang pasti malam ini saya akan tidur tersenyum... tahun depan saya nak jumpa dengan raja pulak !!!! bukan raja kapur or raja roza ya !!!