Mungkin sebab dok asyik makan kat luar je ... maka tekak menjadi jemu dan mual. maka keinginan untuk memasak meluap luap . Tetapi apa kan daya ... deman dan penat masih tak hilang hilang .. maka tekak ku cuma ingin merasai nikmat makan nasi panas dan ikan masin. Kebetulan ada 2 ekor ikan terubuk masin pemberian adik ku ketika beliau melawat serawak sebulan yang lalu (mak haiiii dah sebulan ikan tu dlm peti ais tak di selesaikan...) maka ini lah hasil nyer ... mari saya ajar menu yang paling senang dalam dunia ... khas untuk warga yang busy seperti saya ... cepat, mudah, jimat dan yang paling penting sedappppppppppp
::IKAN MASIN GORENG SAMBALBAHAN-BAHANNYA
(yang pasti murah... kalau kat kampung setakat petik petik kat tepi dapur je lah nie)
:: ikan masin di potong kecil (apa jenis pun boleh tapi hari nie saya pakai ikan masin terubuk yang didatang kan khas dari sarawak.)(yang pasti murah... kalau kat kampung setakat petik petik kat tepi dapur je lah nie)
:: tempe di potong halus
:: bawang putih
:: bawang merah
:: cili kering (kalau nak pakai cili padi pun ok gak)
caranya
:: goreng ikan masin sampai garing (sampai baunya semerbak satu bangunan)
:: goreng tempe sampai garing
:: asingkan kedua dua nya
:: goreng bawang& cili sampai naik minyak
:: letak sedikit air asam jawa dan gula (jangan letak garam lagi ya ...karang masin se belanga lah pulak)
:: biar kan sampai naik minyak ... tutup api
No comments:
Post a Comment