Saturday, May 31, 2008

SAHABAT

"Some people come into our lives,
leave footprints on our hearts,
and we are never the same."
- Unknown

Saya mempunyai ramai kenalan tetapi bukan sahabat. Ketika ini semua kenalan saya tidak boleh diketegorikan sebagai "sahabat" . Tiada seorang pun. Saya rasa suami saya lah sahabat saya ketika ini.

saya mudah mesra dengan sesiapa pun tetapi mungkin selalu terkena saya semakin berhati hati. kenalan saya bukan lagi sahabat ... dan semakin dewasa semakin saya memilih kenalan dan taulan. ketika ini terlalu sukar untuk saya mempercayai sesiapa walaupun adik beradik mahupun ipar duai. Saya juga tidak seperti dahulu ... mempercayai dan sanggup berkorban jiwa raga dan harta demi sahabat mahupun saudara.

Kalau dulu terlalu sukar untuk saya menolak sesautu permintaan ... tetapi kini tidak lagi ... saya akan mendahuluikan diri saya dahulu ... setelah lepas diri sendiri baru lah saya boleh membantu sesiapa yang memerlukan bantuan saya. kerana bagi saya ... tiada siapa yang boleh membantu saya kecuali diri saya sendiri... maka saya perlu bantu diri saya dulu ... saya perlu selesai kan diri saya dahulu barulah saya boleh membantu orang lain ... apa guna membantu kenalan yan tidak akan menghargai diri kita ... ibarat melepaskan anjing tersepit ..

DIRENJIS RENJIS




Seperti biasa bila tiba musim cuti sekolah .. ramai lah yang membina rumahtangga... saya dan suami amat jarang menghadiri majlis perkahwinan ketika ini.... alasan yang paling biasa adalah SIBUK dengan urusan kerja. Tetapi kali ini kami tidak dapat mengelak. Sahabat ini terlalu istimewa. Hari ini jiran kami yang berusia 45 tahun mengahiri zaman bujang (bujang terlajak ) beliau dengan gadis pilihannya.

It just a simple ceremony tak de gah gah .. sweet and simple ... in the saturday morning ... and i really like it, tak de kompang tak de pelamin tak de bilik pengantin .. nikah, batal air sembahyang dan makan ... dan tak de panggil tetamu beribu ribu it just a family and friend yang terdekat je ... kalau di beri kan peluang sekali lagi .. rasa rasanyer nak buat macam nie lah ... lepas tu pi tido kat hotel .. perrrrrr gitu.

BERSEMADILAH ENGKAU DISANA

Pagi Jumaat yang bening ... aku mendapat panggilan dari renee ... pakcik saudara ku pulang kepada penciptanya dan sebetulnya aku tidak berapa mengenalinya .. sejak arwah ayah tida aku amat kurang berkunjung menzarahi sanak saudara apatah lagi setelah berkahwin. Cuma yang ku ingati dia anak kepada adik nenek ku... aku tidak pernah cuba untuk berkenalaan dengan nya ... mungkin bagi ku yang tua perlu mencari yang muda apatah lagi dia terlalu jauh di sabah... kalau pulang ke kuala lumpur aku tidak endah untuk pergi menziarahi beliau , cuma ku kenali beliau melalui beberapa perjumpaan ketika aku masih kecil mungkin beberapa pertemuaan dengan kedua ibu bapa ku.

Ketika mendapat panggilan telephone, aku terus bersetuju untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya atas 2 alasan yang mudah .. dia dikebumikan di taman tun - tidak adil bagi sesama islam apatah lagi mempunyai hubungan darah tidak pergi menziarahi beliau dan kedua mengenangkan dia mengenali bapa dan nenda ku .. maka aku perlu menjadi wakil setelah mereka yang tiada. (pasti mereka bangga dengan ku.)

Dan ketika bersalaman dengan balu beliau aku agak terkejut bahawa isteri nya cukup mengenali aku. Dia memelukku dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menzarahi beliau .. aku terpegun dan terharu ... aku menjadi sedih kerana selama ini aku begitu sombong untuk tidak cuma mengenali beliau dengan lebih dekat. Masa dan keadaan telah membuatkan tali tali persaudaraan putus begitu sahaja. Maka kini aku terpaksa menebus kekesalan ku ... aku perlu mengenali anak anak beliau dan balu nya ... maka tali tali persaudaraan itu tidak akan terputus tetapi akan bersambung kembali ... dengan izinya jua.

Friday, May 30, 2008

KU PETIK BINTANG BINTANG


Kubintang-bintang
Biarpun banyak halangan
Rela tempuhi segalanya
Onak yang kupijak bagai tak terasa

Kusedar sejak mula
Tiada jalan yang mudah
Tapi kuyakini di dalam hati
Akhirnya terkota jua sumpah dan janji

Walau sukarnya bagi mu sayang
Perjalanan menyakitkan
Tapi hadapilah dengan kesabaran
Kan tiba kebahagiaan

Tiada batasannya
Usia ataupun rupa
Kita bersama memulakannya
Sehingga ke akhir kita terus berdua

Saturday, May 24, 2008

SANTAI II

Selepas sembuh dari demam yang berlangusng hampir sebulan ... saya kepenatan. Maka sudah bila cuti tiba.. saya lebih gemar untuk berada dirumah.. mengemas, membaca, tidur dan membuat segala aktiviti didalam rumah ,..... mungkin kini waktu saya untuk bertapa. I need some space maybe.

kini saya boleh bangun seawal jam 7.30 pagi ... mandi, qadak sembahyang ... bersarapan - suami nak roti bakar bersalut kaya dan koko panas ... terus ke pasar tani ... membeli barang basah untuk seminggu (sebulan sebenarnya - kami jarang masak dirumah). Entah mengapa sejak dah tua tua nie saya lebih gemar ke pasar tani tidak seperti dulu, membeli barang basah di pasaraya dan saya suka ke sana awal pagi kerna tidak ramai pembeli dan bau hanyir ikan dan daging kurang menyengat dan selalunya selalunya saya akan membeli buah, daging segar dan ayam kampung dan sedikit ikan segar dan udang. Yang lebih meriah apabila berlaga bahu dengan beberapa kenalan dari pejabat lama atau pun sedara mara . Oh mungkin setelah sepuluh tahun menetap di sini ... ianya telah menjadi seperti kampung sendiri. Saya sering mengatakan kepada suami ... disini saya lebih terkenal dari pulang ke kampung halamam . dikampung tanah tumpah darah sendiri terasa sebagai seorang terbuang. Tidak kenal sesiapa dan apa yang terjadi. Di sini dah tak boleh lari ... dimana mana pasti bertemu bahu atau terpaksa mengangkat tangan ketika memandu. huhuuuhuuuu kadang kala yang kelakarnyer saya tidak mengecam muka mereka ... mereka yang menegur dahulu ...

Pulang dari pasar tani, suami akan ke pejabat (dia seorang yang worker holik? bekerja hampi 15 sehari ) dan saya mula membersihkan segalanya belian untuk dimasukkan kedalam peti sejuk... aktiviti mengemas dan membasuh pun bermula ... dan ianya akan hanya berakhir hingga ke 2 petang. Jika suami tidak ada dirumah saya akan makan yang simple simple je ... telur rebus dng kentang atau roti dengan telur ... mandi dan TIDO ... hingga jam 6.00 petang lagi best sekarang nie setiap sabtu dan ahad hujan pasti turun ketika pukul 2.00. enak dan nyaman sekali.

Malam nyer saya akan memasak yang enak enak-enak untuk suami ... sambil menunggu dia pulang .. saya akan melayari internat atau membaca atau menonton dvd ... bagus ya. Suami akan pulang lebih kurang jam 10 malam dan kami akan makan malam bersama .. kalau saya tak masak ... kami akan keluar makan tapi kini musim semua barang mahal dan memboikot para peniaga yang bersifat kapatalis saya cuba tidak / seboleh bolehnya tidak mahu makan di kedai ... mungkin itu saja cara yang ada ketika ini....

ahad pun suami keje ... saya merungut bahawa kami tidak punya masa untuk bersanggang bersama tapi apakan daya kerja dan wang sangat penting bagi kami. tiada wang bermakna apa yang kami ingin perjuangakan akan tergendala ditengah jalan. Wang adalah petrol bagi segalanya. kalau tiada wang bagaimana untuk hidup dan beribadah secara sempurnakan. maka kami cuba untuk menggunakan waktu yang terhad utk bersama. Cara mudah adalah sarapan bersama. Ketika itu lah kami duduk berbincang dan bercerita. Suami kerja dan saya seperti biasa mengemas . Entah apa yang ingin dikemaskan pun saya tak tahu tapi ... tok sering mengusik saya - saya mengemas dan membasuh seperti ada 10 orang di dalam rumah. mungkin benar katanya ... atau mungkin saya terlalu memaksa untuk segalanya teratur dan bersih. Kadang kala teman ada memberi komen ... saya sudah mampu dan perlu ada pembantu untuk saya mengusahkan sesuatu yang lebih berkualiti ... saya perlu kan masa untuk berfikir. masa untuk berkemas perlu diberi kepada pembantu ... tetapi rasa tak berbaloilah pulak ... lebih baik menyimpan dari membazir terutama ketika musim gawat ini.
Tadi saya ke kedai kain .. mencari beberapak keping kain cotton untuk dibuat baju kurung. Ya saya perlukan baju baju kurung untuk menghadiri beberapa majlis seperti katam quran anak anak jiran, majlis berzanji dan acara di surau kami. bukan mudah nak jadi orang penting nie ... hahahahahha ... kalau dulu tak kisah jeans dan t-shirt dah kira ok .. kini bila umur sudah meningkat penampilan perlu diambil kira ... nanti org kata macam rusa masuk kampung lah pulak kan.. selepas itu saya ke kedai rambut ... ya rambut perlu dipotong ... sudah panjang dan agak merimaskan .. dengan aktiviti saya yang semakin sibuk saya perlu rambut yang mudah diurus. Maka berambut pendek tetapi moden menjadi pilihan ketika ini ... dari dulu saya sukakan "Nyah" untuk mengunting mahkota saya .. mungkin mereka tahu kehendak lelaki dan mendalami naluri wanita dan saya suka akan citarasa mereka.... begini lah saya habis kan hujung minggu saya .. anda?

Tuesday, May 20, 2008

BERSANTAI

Wahhhhhhhhhhh 3 hari cuti ... betul betul ambil cuti ... tak kemana pun kita .... betul betul duduk rumah dan qadak tido ... heheheheh jumaat malam ada brain storming untuk persatuaan penduduk ... storm punya storm last last balik kul2 pagi, lebih lepak di kedai mamak sebenarnya.

Kemas rumah, basuh baju, lipat baju ...tido sampai ke petang... lepas tu pi pasar malam ..cari makanan ... sambil cari stok cd. Tonton dvd "AYAT AYAT CINTA" best giler ... kenapa lah orang malaysia tak buat cerita macam nie ... sambil nonton dvd sambil suap mertabak daging.

Ahad nyer pulak ... bangun awal sebab tolong masak bihun goreng utk gotong royong ... kita tak turun suami je turun ... kita do gotong royong di rumah ... mop simen, basuh tandas ... mandi kan baby ... habis lebih kurang kul 2.00 ptg ... hujan ... apa lagi mandi .. tiod sampai kul 7 malam ... huhuhhuuu ... malam nyer ... lepas makan ... layan cerita LORD OF THE RING ... walaupun dah berkali kali dok tengok tapi masih best ...

Isnin .. dah start terasa boring ... tapi tabah kan hati tak nak pi shopping ... ajak suami breakfast kan m'd ... saja terasa nak jadi org putih (memang pun kulit i putih ... hahahhaha) lepas b/fast suami pi office kita duduk rumah ... tido hahahhaha hahahhahaha ... bangun baca buku ... tido balik Boleh? ... sambil tu tekap muka dng mask ... .. sms masuk macam bursa saham ... politik politik politik ... semua nak tahu kenapa mamak kutty letak jawatan ... ok lah tu ... dia keluar parti pun dah kaya raya ... kalau di luar umno dia masih boleh menabur bakti kepada malaysia dan orang melayu ... tapi di luar parti .. tak dapat projek untuk anak dan cucu lah cet det hoiiiiiiiiii.... malas nak buang masa cerita pasal mamak kutty yang gila kuasa nie ... banyak benda yang lebih peting nak difikirkan seperti ... macam mana nak tanam ubi kayu dan keledek di atas kayangan nie ... atau macam mana nak tanam padi di bilik mandi ... hehehhehehehehehe dari fikir macam mana nak pujuk mamak kutty masuk umno baik saya fikir cara terbaik untuk memujuk suami masuk bilik bersanggam bersama sama - dapat jugak pahala ... hahahahahhah

Saya masak special malam tadi .. kerana meraikan keluarnya mamak kuti dari umno ... ya ayam masak lomak cili padi ... dengan kentang ... nasi nya grade 5A .. didatang kan khas dari patani ... tanda syukur kerana tiada lagi onak yang memecah belah kan melayu ... bangsa kutty dari zaman melaka memang sudah terkenal dng sikap talam tiga muka ... bangsa kutty lah yang membongkar segala tatik perang orang melayu kepada portigus ... bangsa yang patut di kutuk hingga ke kiamat oleh orang melayu ... nampaknyer melayu tidak pernah belajar dari sejarah. suami makan dengan selera sekali ... tanpa diketahui bahawa ayam itu adalah kutty pengkianat bangsa melayu .. hahahhahaha dia kata lela lain kali masak macam nie sedap sedap ... aku kata .. tak boleh selalu .. harga nasi dah seperti harga emas bang oiiii ... kalau nak makan nasi tiap hari u kena kerja 48 jam sehari ... baru boleh merasa nasi setiap hari ...

Malam tadi kami tidur di ulit mimpi bahawa di damansara terjadinya gempa bumi tetapi tidak dilapurkan takut takut nanti jadi hura hara ... tak tahu lah sama ada ianya gema kerana cet det meraung raung atau bumi tidak tahan dengan kelakuan orang melayu ...

Saturday, May 17, 2008

Masa yang berlari begitu pantas

::LUPAKAN IA::

Sahabat,

Lupa kan kisah kisah remeh.. kita perlu bergerak kehadapan... banyak lagi perkara yang besar yang perlu kan perhatian kita. Percayalah dunia lebih terang dan indah menanti kita ....

-----------@@@@----------------

Enam bulan sudah berlalu, adakah segala yang dirancang berjalan seperti yang diatur. Jika tidak nampaknya kita perlu bergerak pantas. Masa tidak akan menunggu kita ... banyak perkara yang terjadi dalam masa 6 bulan ini.

Pertama : aku belajar untuk lebih berhati hati dengan manusia yang bergelar "Sahabat". Tidak mudah mencari sahabat sejati. Mungkin aku sudah semakin matang untuk mengenali hati budi manusia yang berkepentingan ... atau hati ku semakin keras untuk menerima sebuah persahabatan.

Kedua : impian untuk membuka kioz menjual barang barang peribadi telah menjadi kenyataan. Ianya satu impian yang telah lama disimpan untuk direalisasikan. Kini telah menjadi kenyataan ...j tetapi masih banyak yang perlu dibaiki tetapi bersyukur kerana ianya telah menjadi satu langkah permulaan yang memberangsaankan. Masa ingat, ketika di peringkat cadangan berbagai halangan yang datang seperti kewangan dan kepercayaan. Ada yang cuba mengambil kesempatan dan ada yang cuma mencuri idea. Tetapi syukur ianya berjaya direalisasikan.

Ketiga : Aku gembira bila impian ku untuk aktif dalam NGO sudah mula menampakkan jalannya. Kalau dulu tak tahu arah tuju dan cara untuk bergerak. Tetapi kini syukur segalanya menjadi.... syukur ... tapi ini semua masih di peringkat permulaan.

Keempat: Kerja di pejabat semakin memenatkan sehingga kadang kala ingin saja untuk berehat dirumah... biasalah bekerja dengan bangsa asing diperahnya kita sampai jadi hampas ... heh heheh tapi ku pujuk diri ku ini. Yalah kalau tak keje mana boleh pi shopping, kalau tak keje tak dapat menyimpan dan membeli buku yang bagus bagus ... duit adalah petrol kehidupan. So ku pujuk hati ku .. biar kan je lah ... at least bila bekerja dah tak payah fikir duit tampal gigi, duit pi doktor ... semua di tanggung oleh syarikat .. tak yah fikir nak beli syampu rambut, sabun basuh kerana semuanya dapat free... keje je lah... hujung tahun dapat bonus .. dapat jugak merasa pi melancung dan berbagai ... kalau kerja sendiri ... mana merasa benda benda tu semua kan ... semua kena keluar poket sendiri...
antara koleksi buku lela - yang sudah di baca (power tak?)

cuma bila busy busy dan busy ... aku jarang membaca ... bila nak start sesuatu buku tu payah betul nak habis ... badan penat dan berbagai ... begitu juga mengemas rumah ... rumah kadang kal macam tunggkang pecah ... baju bagi kan gunung kinabalu .. heheheheheh ... nak cari pembantu rasanya macam membazir pulak wang ... wahhhh kedekut betul aku kini ... bukan apa rasa macam tak berbaloi nak cari pembantu rumah ... duit itu boleh di simpan untuk hari tua .. yalah kita kan tak de anak ... besok sapa nak jaga...mesti ada sedikit simpanan untuk hari tua ... TV dan film jangan nak cerita lah ... memang tak tengok langsung ... surat khbar pun jarang dapat ditatap .. lagi satu ... rasa bersalah pun ada gak .. dok tiap hari makan kat kedai ... nak masak memang tak larat ... tapi kadang kala kena jugak lah bagi suami kita rasa air tangan kalau tak nanti terlupa lah pulak kasih kita kepadanya ... so masak yang simple simple je lah ... contohnyer cekodok ikan bilis (nanti kita bagi resepi nyer ya ) kadang kala masak nasi goreng ikan makan panas panas ... atau pun buat roti bakar dengan telur taruk keju untuk makan malam ... dah lama betul tak masak kari ke ... masak lomak ke atau asam pedas ... nasib lah duduk sendiri tak de mak nak bermanja tu yang jadi macam nie ... dan nampaknya masa begitu pantas bergerak ... atau mungkin aku yang kena slow kan sikit perjalanan hidup ku ini...

hahahah lambakan baju yang perlu di lipat ... kalah gunung ledang ...

Thursday, May 08, 2008

CANDLE LIGHT VIGIL

I'm lighting candle at my home...
just light a candle in our home...
snap a photo and post it in...
to support of Pete....


Saya sering membaca tulisan beliau ... saya sukakan apa yang disampaikan ... beliau menentang kezaliman dan cintakan kebebasan. Beliau seorang raja berdarah rakyat. Saya tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi saya mengenali apa yang diperjuangkan melalui tulisan beliau. Saya sedih bila beliau di tangkap dan dipenjarakan (walaupun dengan kerelaan beliau sendiri .. pandan muku lu petra!!!- itu kata bro hisam bukan kata saya). Tadi semasa dalam perjalanan pulang dari pejabat kerumah ... saya terlihat papan tanda di jalan bangsar ada pemberitahuaan "jalan ke dataran merdeka di tutup atas arahan pihak polis" .. hati saya tertanya mengapa ya?? walaupun sudah jam 8.30 jalan sesak .. tapi saya tidak mengendahkan segala kemungkinan.

Sampai dirumah sibuk memasak dan mengemas ... suami bersembayang - lama sedikit mungkin mengambil keberkataan malam jumaat!!!. membaca yassin dan quran ... kemudian kami makan malam ... selesai semuanya .. saya melayari internet... baru lah terbaca mengenai apa yang berlaku di Dataran Merdeka... maka ... kerana tidak dapat kesana maka saya menyalakan lilin di tingkap apartment rumah kami ... untuk menyatakan kepada semua diluar sana ... malam ini malam jumaat malam penghulu segala malam ... malam ini gelap gelita ... alam seakan membisu seribu bahasa ... udara membeku tidak berlagu ... cahaya kebebasan semakin jauh dan malap maka malam ini saya sinarkan sedikit cahaya kebenaran untuk mereka yang mengelapkan dunia kebenaran dan keegoan. semoga semua warga di tanah yang tercinta ini akan dapat merasai cahaya dan sinar kebebasan yang sejati ... kembalikan sinar kebenaran dan kedamaian kepada rakyat ... itu saja pinta kami di malam penghulu ini.

PENGORBANAN

Orang islam mesti ada jiwa untuk membantu saudaranya sendiri - saudara se islam. barulah islam dan melayu akan mekar sentiasa. Orang melayu sudah memang terkenal dengan sikap melepaskan diri sendiri ... kalau dah kaya atau berkuasa atau menjadi boss .. jarang nak tolong bangsanyer sendiri. Ya kita tidak boleh menyuap bangsa kita tetapi sikap menolong perlu ada dalam jiwa setiap umat islam dan bangsa melayu. Lihat saja orang Cina ... mereka akan tolong bangsa mereka tak kira islam, kristian atau pun buddah...

Maka orang islam dan melayu perlu berkorban jika ingin islam dan melayu terus mekar ... berkorban apa saja ... tidak kira dari apa sumber sekali pun ... islam dan melayu pernah gemilang bukan kerana wang tetapi orang terdahulu sanggup berkorban masa, wang, darah dan air mata. Pengorbanan perlu secara terus menerus ...tiada henti nya seperti air yang mengalir di tanah gersang... akan subur dan damailah persekitaraan nyer .. jika tiada air akan kontang lah tanah. umat islam dan melayu jangan fikir apa kah habuan yang akan kita dapat jika berkorban ... kerana allah menjanjikan syurga dilangit ketujuh untuk umatnya yang sanggup berkorban dan korban yang tertinggi darjat nyer adalah tubuh dan darah!!!. kita perlu melihat konteks yang lebih luas JIHAD ... ianya bukan hanya dengan berperang dan mengangkat senjata ... jihad dengan wang, tenaga dan masa juga perlu dizaman moden ini.

Jadi mari lah kita berjihad dengan apa juga yang ada pada kita ... wang, masa, tenaga, akal fikiran, darah dan air mata untuk islam dan melayu yang tercinta. Lupakan UMNO, PAS dan Keadilan. Lupakan Syiah, Jemmah , lupakan jawa, banjar, minang , keling , cina dan melayu ... lupakan segala perbalahan ... bersatu dan berjihad lah atas nama tuhan yang satu ... BERSATU atas nama islam dan bangsa... maka sinar kejayaan akan nampak lebih nyata dan luas.

kepada semua duduk dan berfikir seketika ... dr mahadir, pak lah, anwar, hadi, nik aziz lihat kembali apa itu pngorbanan .... apa erti perjuangaan ... apa kekuasaan ... jangan nanti menang sorak kampung tergadai... jangan nanti yang dikedong tercicir yang dikejar tak dapat ... kembali lah kepada niat kekuasaan itu sendiri ... balik lah kepada al-quran ... duduk seketika kerana rakyat adalah tanggungjawab kamu ... kelak di alam yang satu lagi kamu akan ditanya apa yang telah kamu laku kan untuk rakyat kamu ... yang pasti KEKUASAAN bukan satu yang mutlak!!!

Wednesday, May 07, 2008

INFLASI

tekanan hidup semakin terasa. Adakah sebab dunia bergolak atau malaysia yang tidak stabil tidak diketahui tetapi yang nyata ... hidup semakin tertekan. harga beras naik begitu ketara sekali hampir 100%. Bagi saya tidak mengapa .. cuma dua mulut untuk disuap... bagaimana agaknya yang mempunyai anak kecil atau berderet. mana mungkin untuk mengurangkan makanan ruji ...

saya juga mengambil langkah berjimat cermat. Cuba mencari alternative iaitu memasak dirumah dan kalau boleh membawa bekal setiap hari . Ia ianya menjimatkan .. bayangkan makan tengahari mencecah hingga 7 ke 8 ringgit sehari ... mana mungkin. Untuk mengubah cara hidup amat lah payah tetapi agak tidak masuk akal sehari 20 ringgit hanya untuk makan kan . masak sendiri lebih bersih dan sihat ... tapi tak tahu lah sampai bila boleh bertahan. Kadang kala penat sehari di office membuatkan agak sukar untuk memasak ... tapi bila fikiran kerja teruk teruk ... duit habis begitu saja ... penat je kan ... selalu nyer saya akan membawa nasi lebihan malam utk ke pejabat .. menunya senang cuma utk mengalas perut. nasi, ikan goreng ... atau nasi goreng ... mudah dah cepat ... anda bagai mana?

dua tiga hari nie keje di office nampak nyer ada kelegaan. tadi ada discussion... tengah duduk duduk brainstorming ... ternampaklah clearner office sedang cuci tandas seorang lagi sedang bersih kan dinding kaca.... lela teringat 15 tahun yang lalu .. baru baru datang kl .. tak de keje dan pelajaran pun tak tinggi ... terpaksa kerja utk bantu keluarga maka lela kerja di resoteran makan segera di bangsar ... tugas lela cuci tandas dan bersihkan dinding kaca ... dan siapa sangka kini lela berada didalam bangunan yang paling tinggi bangsar bukan sebagai pencuci tetapi pekerja kolar putih. tuhan maha agung dan pemurah ... itu saja yang dapat lela lafaz kan ... semuanya dugaan untuk lela ...

Tuesday, May 06, 2008

PENGLIBUR LARA

nie lah intan payung kita.. penghibur hati dikala sunyi .. lebih lebih lagi kalau suami out station or balik lambat. kalau anak tahun depan dah darjah satu dah ... dah sibuk pi tadika lah nie ... heheheheh .. masa nie dia tengah bad mood sebab tak dapat ikan rebus .. so sambil menunggu ikan rebus nyer sejuk .. dia bersantai di sofa menonton cerita kartun di tv .. hahahh hahahaha. tengok dia duduk .. kalau kita duduk kan .. penuh gaya dan tertip.. siap bersandar di pillow lagi tu ... huuuu untung lah ko baby .. ada manusia duduk sofa pun tak merasa tau!!! itu pun masih tak sedar diri !!! hahahhahahaha .. HESOM tak anak kita?