Saturday, May 24, 2008

SANTAI II

Selepas sembuh dari demam yang berlangusng hampir sebulan ... saya kepenatan. Maka sudah bila cuti tiba.. saya lebih gemar untuk berada dirumah.. mengemas, membaca, tidur dan membuat segala aktiviti didalam rumah ,..... mungkin kini waktu saya untuk bertapa. I need some space maybe.

kini saya boleh bangun seawal jam 7.30 pagi ... mandi, qadak sembahyang ... bersarapan - suami nak roti bakar bersalut kaya dan koko panas ... terus ke pasar tani ... membeli barang basah untuk seminggu (sebulan sebenarnya - kami jarang masak dirumah). Entah mengapa sejak dah tua tua nie saya lebih gemar ke pasar tani tidak seperti dulu, membeli barang basah di pasaraya dan saya suka ke sana awal pagi kerna tidak ramai pembeli dan bau hanyir ikan dan daging kurang menyengat dan selalunya selalunya saya akan membeli buah, daging segar dan ayam kampung dan sedikit ikan segar dan udang. Yang lebih meriah apabila berlaga bahu dengan beberapa kenalan dari pejabat lama atau pun sedara mara . Oh mungkin setelah sepuluh tahun menetap di sini ... ianya telah menjadi seperti kampung sendiri. Saya sering mengatakan kepada suami ... disini saya lebih terkenal dari pulang ke kampung halamam . dikampung tanah tumpah darah sendiri terasa sebagai seorang terbuang. Tidak kenal sesiapa dan apa yang terjadi. Di sini dah tak boleh lari ... dimana mana pasti bertemu bahu atau terpaksa mengangkat tangan ketika memandu. huhuuuhuuuu kadang kala yang kelakarnyer saya tidak mengecam muka mereka ... mereka yang menegur dahulu ...

Pulang dari pasar tani, suami akan ke pejabat (dia seorang yang worker holik? bekerja hampi 15 sehari ) dan saya mula membersihkan segalanya belian untuk dimasukkan kedalam peti sejuk... aktiviti mengemas dan membasuh pun bermula ... dan ianya akan hanya berakhir hingga ke 2 petang. Jika suami tidak ada dirumah saya akan makan yang simple simple je ... telur rebus dng kentang atau roti dengan telur ... mandi dan TIDO ... hingga jam 6.00 petang lagi best sekarang nie setiap sabtu dan ahad hujan pasti turun ketika pukul 2.00. enak dan nyaman sekali.

Malam nyer saya akan memasak yang enak enak-enak untuk suami ... sambil menunggu dia pulang .. saya akan melayari internat atau membaca atau menonton dvd ... bagus ya. Suami akan pulang lebih kurang jam 10 malam dan kami akan makan malam bersama .. kalau saya tak masak ... kami akan keluar makan tapi kini musim semua barang mahal dan memboikot para peniaga yang bersifat kapatalis saya cuba tidak / seboleh bolehnya tidak mahu makan di kedai ... mungkin itu saja cara yang ada ketika ini....

ahad pun suami keje ... saya merungut bahawa kami tidak punya masa untuk bersanggang bersama tapi apakan daya kerja dan wang sangat penting bagi kami. tiada wang bermakna apa yang kami ingin perjuangakan akan tergendala ditengah jalan. Wang adalah petrol bagi segalanya. kalau tiada wang bagaimana untuk hidup dan beribadah secara sempurnakan. maka kami cuba untuk menggunakan waktu yang terhad utk bersama. Cara mudah adalah sarapan bersama. Ketika itu lah kami duduk berbincang dan bercerita. Suami kerja dan saya seperti biasa mengemas . Entah apa yang ingin dikemaskan pun saya tak tahu tapi ... tok sering mengusik saya - saya mengemas dan membasuh seperti ada 10 orang di dalam rumah. mungkin benar katanya ... atau mungkin saya terlalu memaksa untuk segalanya teratur dan bersih. Kadang kala teman ada memberi komen ... saya sudah mampu dan perlu ada pembantu untuk saya mengusahkan sesuatu yang lebih berkualiti ... saya perlu kan masa untuk berfikir. masa untuk berkemas perlu diberi kepada pembantu ... tetapi rasa tak berbaloilah pulak ... lebih baik menyimpan dari membazir terutama ketika musim gawat ini.
Tadi saya ke kedai kain .. mencari beberapak keping kain cotton untuk dibuat baju kurung. Ya saya perlukan baju baju kurung untuk menghadiri beberapa majlis seperti katam quran anak anak jiran, majlis berzanji dan acara di surau kami. bukan mudah nak jadi orang penting nie ... hahahahahha ... kalau dulu tak kisah jeans dan t-shirt dah kira ok .. kini bila umur sudah meningkat penampilan perlu diambil kira ... nanti org kata macam rusa masuk kampung lah pulak kan.. selepas itu saya ke kedai rambut ... ya rambut perlu dipotong ... sudah panjang dan agak merimaskan .. dengan aktiviti saya yang semakin sibuk saya perlu rambut yang mudah diurus. Maka berambut pendek tetapi moden menjadi pilihan ketika ini ... dari dulu saya sukakan "Nyah" untuk mengunting mahkota saya .. mungkin mereka tahu kehendak lelaki dan mendalami naluri wanita dan saya suka akan citarasa mereka.... begini lah saya habis kan hujung minggu saya .. anda?

No comments: