Saturday, May 31, 2008

BERSEMADILAH ENGKAU DISANA

Pagi Jumaat yang bening ... aku mendapat panggilan dari renee ... pakcik saudara ku pulang kepada penciptanya dan sebetulnya aku tidak berapa mengenalinya .. sejak arwah ayah tida aku amat kurang berkunjung menzarahi sanak saudara apatah lagi setelah berkahwin. Cuma yang ku ingati dia anak kepada adik nenek ku... aku tidak pernah cuba untuk berkenalaan dengan nya ... mungkin bagi ku yang tua perlu mencari yang muda apatah lagi dia terlalu jauh di sabah... kalau pulang ke kuala lumpur aku tidak endah untuk pergi menziarahi beliau , cuma ku kenali beliau melalui beberapa perjumpaan ketika aku masih kecil mungkin beberapa pertemuaan dengan kedua ibu bapa ku.

Ketika mendapat panggilan telephone, aku terus bersetuju untuk memberi penghormatan terakhir kepadanya atas 2 alasan yang mudah .. dia dikebumikan di taman tun - tidak adil bagi sesama islam apatah lagi mempunyai hubungan darah tidak pergi menziarahi beliau dan kedua mengenangkan dia mengenali bapa dan nenda ku .. maka aku perlu menjadi wakil setelah mereka yang tiada. (pasti mereka bangga dengan ku.)

Dan ketika bersalaman dengan balu beliau aku agak terkejut bahawa isteri nya cukup mengenali aku. Dia memelukku dan mengucapkan terima kasih kerana sudi menzarahi beliau .. aku terpegun dan terharu ... aku menjadi sedih kerana selama ini aku begitu sombong untuk tidak cuma mengenali beliau dengan lebih dekat. Masa dan keadaan telah membuatkan tali tali persaudaraan putus begitu sahaja. Maka kini aku terpaksa menebus kekesalan ku ... aku perlu mengenali anak anak beliau dan balu nya ... maka tali tali persaudaraan itu tidak akan terputus tetapi akan bersambung kembali ... dengan izinya jua.

No comments: