Saturday, May 17, 2008

Masa yang berlari begitu pantas

::LUPAKAN IA::

Sahabat,

Lupa kan kisah kisah remeh.. kita perlu bergerak kehadapan... banyak lagi perkara yang besar yang perlu kan perhatian kita. Percayalah dunia lebih terang dan indah menanti kita ....

-----------@@@@----------------

Enam bulan sudah berlalu, adakah segala yang dirancang berjalan seperti yang diatur. Jika tidak nampaknya kita perlu bergerak pantas. Masa tidak akan menunggu kita ... banyak perkara yang terjadi dalam masa 6 bulan ini.

Pertama : aku belajar untuk lebih berhati hati dengan manusia yang bergelar "Sahabat". Tidak mudah mencari sahabat sejati. Mungkin aku sudah semakin matang untuk mengenali hati budi manusia yang berkepentingan ... atau hati ku semakin keras untuk menerima sebuah persahabatan.

Kedua : impian untuk membuka kioz menjual barang barang peribadi telah menjadi kenyataan. Ianya satu impian yang telah lama disimpan untuk direalisasikan. Kini telah menjadi kenyataan ...j tetapi masih banyak yang perlu dibaiki tetapi bersyukur kerana ianya telah menjadi satu langkah permulaan yang memberangsaankan. Masa ingat, ketika di peringkat cadangan berbagai halangan yang datang seperti kewangan dan kepercayaan. Ada yang cuba mengambil kesempatan dan ada yang cuma mencuri idea. Tetapi syukur ianya berjaya direalisasikan.

Ketiga : Aku gembira bila impian ku untuk aktif dalam NGO sudah mula menampakkan jalannya. Kalau dulu tak tahu arah tuju dan cara untuk bergerak. Tetapi kini syukur segalanya menjadi.... syukur ... tapi ini semua masih di peringkat permulaan.

Keempat: Kerja di pejabat semakin memenatkan sehingga kadang kala ingin saja untuk berehat dirumah... biasalah bekerja dengan bangsa asing diperahnya kita sampai jadi hampas ... heh heheh tapi ku pujuk diri ku ini. Yalah kalau tak keje mana boleh pi shopping, kalau tak keje tak dapat menyimpan dan membeli buku yang bagus bagus ... duit adalah petrol kehidupan. So ku pujuk hati ku .. biar kan je lah ... at least bila bekerja dah tak payah fikir duit tampal gigi, duit pi doktor ... semua di tanggung oleh syarikat .. tak yah fikir nak beli syampu rambut, sabun basuh kerana semuanya dapat free... keje je lah... hujung tahun dapat bonus .. dapat jugak merasa pi melancung dan berbagai ... kalau kerja sendiri ... mana merasa benda benda tu semua kan ... semua kena keluar poket sendiri...
antara koleksi buku lela - yang sudah di baca (power tak?)

cuma bila busy busy dan busy ... aku jarang membaca ... bila nak start sesuatu buku tu payah betul nak habis ... badan penat dan berbagai ... begitu juga mengemas rumah ... rumah kadang kal macam tunggkang pecah ... baju bagi kan gunung kinabalu .. heheheheheh ... nak cari pembantu rasanya macam membazir pulak wang ... wahhhh kedekut betul aku kini ... bukan apa rasa macam tak berbaloi nak cari pembantu rumah ... duit itu boleh di simpan untuk hari tua .. yalah kita kan tak de anak ... besok sapa nak jaga...mesti ada sedikit simpanan untuk hari tua ... TV dan film jangan nak cerita lah ... memang tak tengok langsung ... surat khbar pun jarang dapat ditatap .. lagi satu ... rasa bersalah pun ada gak .. dok tiap hari makan kat kedai ... nak masak memang tak larat ... tapi kadang kala kena jugak lah bagi suami kita rasa air tangan kalau tak nanti terlupa lah pulak kasih kita kepadanya ... so masak yang simple simple je lah ... contohnyer cekodok ikan bilis (nanti kita bagi resepi nyer ya ) kadang kala masak nasi goreng ikan makan panas panas ... atau pun buat roti bakar dengan telur taruk keju untuk makan malam ... dah lama betul tak masak kari ke ... masak lomak ke atau asam pedas ... nasib lah duduk sendiri tak de mak nak bermanja tu yang jadi macam nie ... dan nampaknya masa begitu pantas bergerak ... atau mungkin aku yang kena slow kan sikit perjalanan hidup ku ini...

hahahah lambakan baju yang perlu di lipat ... kalah gunung ledang ...

No comments: