Saya baru pulang dari P44 untuk menyaksikan "Mother of all election". Sejarah sedang ditulis dan diukir. Peristiwa di P44 ini akan menjadi titik perubahaansejarah di Malaysia. Disaat ini segalanya akan berbeza berbanding 50 tahun yang lalu dan saya tidak mahu melepaskan peluang keemasaan ini untuk sama sama berada di sini merasai apa yang akan berlaku. Bukan mudah untuk kita berada didalam sejarah yang akan diukir maka saya bersyukur saya diantara yang akan berada didalam lipatan sejarah itu kelak.
Kami pergi tanpa ditaja oleh sesiapa ... kami berempat semuanya wanita ... ya wantia melayu yang kental jiwa nyer. Meredah apa jua halangan untuk melihat sejarah. Kami bertolak tanpa ada peta. Cuma panduan kami hanya lah no telephone wakil disana dan rahmat dari Allah pencipta alam. Kami bertolak jJumaat petang (gue sanggup ambil cuti setengah hari beb!!) dan sampai di Permatang Pauh kira kira jam satu pagi. Keadaan di sini sungguh luar biasa rasanya. Dari segenap pelusuk Malaysia sudah mula berkampung disini... ada yang datang dari kelantan ada yang datang dari johor dan singapura, maka saya menjadi malu.. begitu kecil rupanya pengorbanan saya.. Cina dan India juga tidak mahu ketinggalan. Kaum wanita diberi rumah untuk menginap dan kaum lelaki sanggup tidur didalam kereta atau beratapkan langit dan berlantaikan bumi. Kami berkampung di Peranti utk dekat dengan Dewan penamanan calon... bukan kami dan mereka mereka ini tidak mampu untuk sewa hotel di Pulau Pinang tapi kami tidak mahu kelewatan untuk berarak bersama sama ke dewan nanti. Takut nanti kelewatan atau jem ... kalau boleh kami mahu terus tidur di padang tempat percalunan tersebut .. hahahahahah. Yang kelakar ada yang sudah menempah tempat di Jawi untuk kami tetapi oh tidak kami tidak mahu nanti kelewatan atau tercari cari maka kami redah juga ke Penanti didini hari ... yang kelakar kami pergi tanpa ada peta atau alamat ... dan syukur allah bersama kami kerana niat kami yang murni dan jujur ... perjalanan menjadi mudah dan teratur.
Suasana sekitar tempat kami duduki itu bagaikan mahu menyambut pengantin ... semua tidak tidur ... ada yang memasak ada yang memasang bendera ... bunyi motor dan sorakan refomasi tidak henti henti ... dan rumah kami di ketuk setiap masa oleh tetamu yang ingin menumpang tidur ... telephone kami juga tidak henti henti berbunyi ... ada yang ingin bertanya arah ke Penanti adayang ingin tanya apa yang terjadi di sana ketika itu ...
Kaum wanita bersiap dan keluar dari rumah jam 6.45 pagi ... ketika itu orang sudah mulai ramai ... bas bas dah kereta sudahi penuh dengan warga yang entah dari mana ... pesta sudah mulai terasa... tanpa sarapan dan minum setitis air kami mula berarak berjalan untuk ke dewan, dipertengahan jalan kira kira jam 8.00 pagi bas bas dari kuala lumpur sampai membawa penyokong penyokong wanita dan perarakkan kami pun bermula ... satu pengalaman yang tidak akan saya lupai ... semangat kami mulai berkobar ... melihat begitu ramai warga yang inginkan perubahaan sudah mulai berkumpul... berbagai lapisan masyarakat, bangsa, ugama dan jantina telah sama sama datang untuk datang. Ketika ini saya sudah didalam lautan manusia. Mereka datang dengan panji panji, dengan gendang dan gong, mereka datang dengan suara keramat ... Makal sakti - suara rakyat ... laungan takbir dan selawat dan refomasi bergema disetiap sudut membuat saya menjadi begitu semangat ... air mata saya dan peluh menitis ... saya bagai kan berada 50tahun kebelakangan ketika orang melayu bersatu menentang malayan union. rasa macam mahu ke medan perang lah pulak ...
Kami berarak kira kira 1 kilometer dan ketika memasuki padang semangat refomasi kian terasa. Para pendongkong sanggup berpanas terik tidak berganjak menunggu keputusan dari SPR sama ada Anwar layak bertanding atau tidak sambil berteriak refomasi tanpa henti ... jam menunjuk tepat jam 12 tengah hari dan SPR telah mengumumkan bahawa P44 akan dilawani dengan 3 penjuru dan para penyokong kedua pihak bersorak gembira ... di hari ini, pembangkang (parti keadilan rakyat ) telah meraikan 2 kemenangan ....kemenangan pertama: anwar sudah boleh masuk gelanggang semula setelah 10tahun haknya dinafikan ... dan kedua: hari ini adalah hari demoraksi dan refomasi berjaya menyatukan segenap lapisan masyarakat tanpa ada rasa perkauman, perbezaan pangkat dan darjat ... seluruh rakyat telah menunjuk satu sokongan yang sangat mengkagumkan .. mereka datang tanpa di bayar oleh sesiapa, dberjalan kaki, menaiki kenderaan persendirian, bas dan ada melalui keretapi... sanggup berdiri hampir 5 jam dibakar mentari terik tanpa bekalan air yang mencukupi dan melaungkan jeritan refomasi... ketika ini saya sudah berpisah dengan rakan rakan .. tetapi saya rasa selamat walaupun saya tidak mengenali sesiapa ketika itu. Service line telekomunikasi pun terputus hampir 3 jam ... saya cuma berdoa agar saya akan berjumpa dengan rakan rakan di rumah nanti.
Selesai penamaan calon saya pulang ke rumah ... baru terasa lapar dan dahaga ... dan baru saya sedar bahawa saya tidak menjamah setitik air dan sebutir nasi pun sejak dari malam tadi... yang saya jamah cuma lah secubit biskut kering yang dikongsi bersama sama rakan rakan (biskut dari isteri tan sri kalid - so ambil berkat lah mana tahu boleh jadi toh puan seri nanti) ... betapa perjuangan menuntun pengorbanan... sepanjang perjalanan pulang ke rumah baru saya sedar betapa jauh perjalanaan perarakan yang kami sertai... saya berhenti sebentar untuk membeli mee dan sungguh baik hati orang Permatang Pauh .. mereka tidak menjual dng harga yang mahal ... tidak mengaut keuntungan diketika ini ... sebungkus mee cuma berharga rm1, air juga berharga rm1. saya membeli 3 bungkus mee utk berkongsi dng rakan rakan ... mmmm kalau di tempat kita ... peniaga akan menghisap darah sepuas puasnyer ketika ini. ketika itu hujan turun dengan lebat ... wahhhh inilah harga reformasi ... jika tidak dengan air dari FRU turun pula hujan rahmat ... kami semua termasuk anwar dan isteri dibasahi dengan hujan ... sampai di rumah semuanyer kuyup ... dan kerana terlalu lapar .. mee yang dilingani dengan air hujan saya makan dengan rasa begitu nikmat sekali ... maaf saya tidak mengambil gambar ketika hujan kerana takut camera saya akan rosak...
selepas makan ... saya mandi ... dan tido (saya tidak tido more than 24 hours) dan rakan rakan yang lain belum sampai mungkin mereka sedang berteduh ... setelah hujan berhenti ... rakan rakan pulang .. semuanya bermuka ceria walaupun basah dan lapar ... semua berpuas hati dapat melihat anwar selamat dlm proses penamaan calon ... jika dilihat kedatangan dan semangat .. anwar pasti sudah menang ... tetapi apa juga boleh berlaku .. terutama dipilihanraya kecil .. semua jentera kerajaan pasti berhempas pulas ... saya rasa bersyukur bila terlihat kelibat nik aziz bersama sama anwar ... tanda sokongan PAS terhadap Pakataan Rakyat masih utuh dan jitu ... wakil dari DAP dan warga india juga sangat memberangsangkan... syukur syukur Pakataan Rakyat tetap utuh dan jitu demi demoraksi yang lebih cerah ...
Kami tinggalkan bumi Permatang Pauh kira kira jam 3 petang untuk pulang ke kuala lumpur .. yang pasti mata dunia pasti tertumpu di sini untuk 10 hari yang akan datang ... kepada semua pengundi Permatang Pauh di luar kawasan, pulang lah untuk mengundi ... tunai kan hak anda sebagai pengundi demi demokrasi yang lebih cerah.... saya akan kesana lagi untuk merasai bau demokarsi pada 26 nanti untuk melihat detik detik sejarah .. yang pasti anwar sudah menang di pusingan pertama ini... sama sama lah kita berdoa agar semua nya akan selamat .... semoga suara rakyat, suara keramat ini bergema dipelusuk buana ... maktal sakti ... refomasi .. ALLAH HU AKBAR ..
dan kalaulah arwah ayah dan datuk saya ada tidak saya tahu apa perasaan mereka ketika ini , bangga bercampur marah? hahahaha mana tidaknyer mereka orang kuat UMNO ... perjuangan kami tetapi sama seperti 52 tahun yang lalu cuma ketika ini parti saja yang berbeza ... dan kalau nenda dan tok muda melihat gambar saya diatas pasti mereka mengeleng kepala ... hahahahahah

No comments:
Post a Comment