Sunday, April 19, 2009

Di hujung tanah melayu

baru saja pulang dari johor baru ... bukan untuk berlibur tetapi pergi kerana tugasan kerja. disebabkan pergi atas sebab kerja tak banyak perkara yang dapat dibuat ... dan apa yang boleh dikatak ketika ini di johor bahru cuacanya panas berdenting ...

lela memang tak reti sangat jalan di johor baru nie.. adalah 2 tahun sekali baru muncul... tup tup masa check in hotel rupa rupanya sepelaung je dari rumah Pak Long. Maka nak tak nak pi lah jugak melawat ya lah kalau berpuluh batu dari hotel lain lah nie only 5 minutes driving ... tak patutlah kan ... Pak Long bertambah sihat tak macam masa lela jumpa dia 2 tahun yang lalu... banyak betul dah berubah terutama kesihatan dan harga diri ... bertambah ceria meniti hari hari tua ... dia bising sebab lela tak call awal awal ... kata nyer boleh lah masak masak dan makan makan kalau bagi tahu awal awal ... lela bukan tak nak bagi tahu awal awal takut nanti ... tak dapat datang ... ya lah bila keje ... masa tak tentu .. tengok tengok cancel ke ... tak sempat ke nanti susah lah pulak ... happie betul bila bertemu tu ... macam macam cerita... sebenarnya lela banyak kenangan di johor baru nie ... lela pernah nak kena jadi anak angkat pak long dan duduk johor hampir 3 tahun... tapi entah kenapa dah jodoh terus balik pd .. kalau tak mesti jadi orang johor baru dan keje kat singapura kot ... tapi semuanya ketentuan tuhan yang maha esa.

Sebenarnya bila kerja nie lah baru saya jalan jalan disekitar johor baru ... selalu kalau ke johor baru nie hanya pergi ke rumah pakcik pakcik dan makcik makcik je ... jalan jalan tak de langsung .. apa orang putih kata sight seeing ...

dan diantara perkara yang paling ketara di johor baru ... orang orang nyer begitu "kiasu" tak kira cina atau melayu .. sombong sangat ... dan lagi satu cara mereka pandu kereta ... hu boleh buat sakit jantung!! bandar johor baru juga tidak begitu tersusun dan sedikit kotor. Perkhidmatan awam tidak maju .. susah nak tengok bas dan juga teksi ... begitu juga kemudahan tandas awam sangat kotor.... di hotel tak mesra pelanggan muslim ... walaupun bertaraf 4 bintang ... ( ohhh orang johor jangan marah ya!!! kadang kala feed back itu bagus untuk memperbaiki diri dan memajukan negeri ).

2 comments:

FUZZY said...

yeay! nice, me likey..
dun forget to visit:
1. fuzzyliciouslymine.blogspot.com (my journal)
2. djemariku.blogspot.com (my lil biz on bridals & makeup blog)
3. delicups.blogspot.com (for my suka2 cupcakes baking)
hugsss!

LELASARI said...

selamat datang ke rumah kecil saya ...