Thursday, January 28, 2010

masak kurma

* 500 gm ayam di potong sederhana besar* 1000ml santan* 2 biji bawang besar* 5 ulas bawang putih* 3cm halia* 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes* 2 biji kentang besar* 2 biji cili hijau* 1 biji bawang besar dibelah empat* 1 biji tomato dibelah dua* 1 sudu makan kerisik* garam,

Cara-cara1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.


Nota: Jangan keliru .. ini bukan lauk yang diperbuat dari buah kurma . Menu ini sangat popular di negeri selatan terutama melaka dan johor. Ianya enak dimakan bersama sambal belacan dan timun dan lebihan kuah kurma ini boleh di makan bersama roti. Ayam juga boleh diganti dengan daging lembu atau kambing lebih enak atau pun telur ayam yang sudah di rebus kental. Arwah ayah akan memasak lauk ini ketika bulan puasa atau pun dimajlis perkahwinan. Lauk ini sangat sesuai untuk kanak kanak kerana ia tidak pedas . Dulu sang suami pelik benar untuk menjamah kuah kurma ialah warga N9 tak reti makan kurma kalau boleh mereka nak tiap hari masak lomak cili padi setiap hari ... hahahhahaSi Remy memang suka benar akan lauk kurma diwaktu kecilnya. Ya kerana kuah ini tidak pedas dan nenek akan memasak menu ini untuk si kecil remy hampir setiap minggu. Kalau tidak dapat lauk kurma si kecil remy akan mengamuk ...sehinggalah sesudah dewasa si remy tidak lagi menjamah lauk kurma katanya kerana kejemuan .. entah mungkin si remy bukan jemu tetapi mungkin setiap kali menjamah nya akan teringat kepada nenek yang disayangi ... mendatangkan rasa sedih bila menjamah lauk kesukaannya ataupun mungkin tidak ada sesiapa yg boleh memasak kurma sesedap nenek dan ayah ...

No comments: