Friday, January 15, 2010

Ulang Tahun 60 Siti Zainon

Gambar dari : Facebook Prof Siti Zainon.

Saya mengenali beliau secara tidak sengaja sebenarnya. Mula Mula saya menjadi pembaca setia tulisan beliau di dalam senirupasiti.blogspot.com. Entah bagai mana terjumpa beliau didalam FACEBOOK. maka perkenalan kami pun bermula.

Beliau seorang yang sangat rendah diri dan pemalu ... ya nama beliau yang begitu besar sungguh sungguh boleh bergaul dengan saya yang begini kerdil. Dan akhirnya persahabatan kami tercipta .. satu pertemuaan ke satu pertemuaan ... segalanya berlaku dalam masa yang agak pantas...

December beliau berusia 60tahun .. masih sihat dan ceria ... dan punya banyak idea untuk berkarya .. menjadi saya begitu kagum dengan beliau ...

Menjelang hari jadi beliau dapat lah pi makan makan dengan dia ... ya beliau suka yang klasik dan tradisional .. tak banyak restoren yang mempunyai makanan melayu dan mempunyi ruang rias berciri kan tradisional.. secara kebetulan kami di Bangsar untuk membantu apa yang patut untuk Aturcara Syukur 60 SZI maka kami makan di sebuah Kedai Makan di Bangsar ... dan ianya tidak menghampakan ..

Dan doa kami agar Bonda Siti akan terus berkarya ... Amin

3 comments:

Ampuan Awang said...

Salam...

Bonda tu memang orang seni dan bonda layak untuk diangkat martabat sebagai pengiat seni negara. Bonda tak kenal aku pun sebab aku pun baru kenal dia dari dalam fb juga. entah macam mana aku buleh termasuk fb bonda dulu, terklik kot ;)

Tapi bonda memang best walaupun dia jarang komen 'puisi'2 yang aku tampal kat dinding fb dia (mungkin dia bosan kot). Aku doakan bonda sihat sentiasa dan akan tetap dan terus menulis tuk tatapan anak bangsa...

Lela, awak tulislah buku pulak

SITI ZAINON ISMAIL said...

Lelasari...terima kasih makanannya di Rebung....banyak ketawa anda berdua Melor...saya tumpang gembira, lebih BERSYUKUR, kerana Allah SWT memberi bonda bersahabat dengan orang muda, macam adik beradik macam anak beranak. Mungkin bonda tidak ramai adik tidak ada kakak...anakpun dua orang saja, jadi dapat tumpang k a s i h dengan anak-anak orang haaaaal,,,jadi anaj saja juga kan....

Ini Si Ampuan Awang - anak raja Bruneilah tu, bnd juga tumpang nakalnya , yang lepas suara dalam puisi-puisi hingga susah nah diberi komentar, salah silat kita disiku dengan silat Awang Betatak tu....entah kerturunan mana lah Ampuan, kadang dah sampai ke Uluh Pahang, kandang dah sampai ke Laut Sulu....agaknya kau berdarah Bajau Laut, atau Jawa Kkertanegera Kutai...tapi yang jelas dia pejuang muda....teruskan perjuanganmu.....Ampuan. Lela juga kena tulis yang serius juga.....ya.

Minggu ini bonda dah sibuj di Madrasah Tarbiyah. Cuti hari WP....bersih sungai Gombak dengan Kumpulan Hijau UIAM . Tapi Lela di Rawang Selangor tidak cutikan ....eh modal nasi ambeng ini masih dengan bonda?....Esok di mana? Bonda mungkin balik Bangi...nak bersih rumah sana. Kalau nak gabung, silakan naik tren saja ke Bangi UKM....

Ampuan Awang said...

Alahai, apalah nasib... Ingatkan apa yang ditulis takde mata yang empunya diri membacanya. Rupanya ada. Mintak mahap bebanyaklah, Bonda ;)

Apa dia yang saya lepas ni, Bonda? Saya bertapis jugak pun. Tentang cerita saya hingga ke Ulu Pahang tu memori lama saya sewaktu bersama sahabat saya di sana.

Bulan disember tahun lepas, Alhamdulillah artikel berkenaan gambar DURBAR dikeluar dalam majalah Seni Beladiri. 'feedback' yang saya terima terlalu bagus sehingga membawa perkenalan saya Prof Aripin Said dan dalam masa yang sama jua saya menerima satu lagi pendedahan terbaru melibatkan beberapa pejuang Melayu yang dikatakan tersilap sangka akan orangnya.

Puisi-puisi saya tak bermaknalah, Bonda. Orang boleh menilainya sebagai kasta bawahan dan saya takkan menyiku sesiapa pun atas perlian kata terhadap apa yang saya tulis. Saya bukan orang seni dan saya akan tetap sedar di mana saya harus berdiri.

Wassalam ;)