Sunday, January 31, 2010

Sirih Junjung

di masa sanggang lela reka cipta sirih junjung... temanya "Puncak kasih abadi"

Adik sedara nak bernikah ... entah mengapa terniat hati nak buat sirih junjung untuk si pengantin. Dulu rasa rasa macam susah sangat nak buat sirih junjung nie .. atau pun rasa macam ianya macam tak penting je .. ya lah sekarang nie hantaran berbagai rupa maka sirih junjung dibiarkan sepi...

Sebenarnya saya tidak pernah membuat sirih junjung ... maka seperti biasa saya pun bertanya kepada Pak Goggle ... tanya punya tanya dapat lah sedikit sebanyak mengenai sejarah sirih junjung ..

Dalam adat melayu, sirih junjung adalah kepala kepada hantaran ... sirih junjung menjadi ketua rombongan ... untuk dipersembahkan kepada pihak yang lagi satu .. mengetuai setiap perkahwianan yang penuh dng adat istiadat. Makin besar dan tinggi sirih junjung makin power lah pihak itu kalau boleh bertingkat tingkat lagi power ... kini sirih junjung telah dimoden kan .. sirih nyer sedikit tiada kapur, tiada gambir .. sekarang nie ramai pula yang mengunakan sirih plastik. heheheh no comment lah ya.

Tapi saya suka yang klasik dan ala ala yang betul .. no plastik plastik ya ...

Suami kata kenapa susah payah nak buat bebenda ini ... lagi pun orang dah tak pandang benda benda ini katanya .. ya lah bukan senang nak pi cari bunga lah, sirih lah , itu lah ini lah .. lela cuma kata lela tak nak craft melayu itu hilang .. kalau di jepun terkenal dengan gubahan bunga kita juga patut berbangga dengan seri kraft bunga kita seperti sirih junjung ... ya melayu canggih gitu .. harap harap ini bukan yang pertama dan terakhir...

Thursday, January 28, 2010

masak kurma

* 500 gm ayam di potong sederhana besar* 1000ml santan* 2 biji bawang besar* 5 ulas bawang putih* 3cm halia* 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes* 2 biji kentang besar* 2 biji cili hijau* 1 biji bawang besar dibelah empat* 1 biji tomato dibelah dua* 1 sudu makan kerisik* garam,

Cara-cara1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.


Nota: Jangan keliru .. ini bukan lauk yang diperbuat dari buah kurma . Menu ini sangat popular di negeri selatan terutama melaka dan johor. Ianya enak dimakan bersama sambal belacan dan timun dan lebihan kuah kurma ini boleh di makan bersama roti. Ayam juga boleh diganti dengan daging lembu atau kambing lebih enak atau pun telur ayam yang sudah di rebus kental. Arwah ayah akan memasak lauk ini ketika bulan puasa atau pun dimajlis perkahwinan. Lauk ini sangat sesuai untuk kanak kanak kerana ia tidak pedas . Dulu sang suami pelik benar untuk menjamah kuah kurma ialah warga N9 tak reti makan kurma kalau boleh mereka nak tiap hari masak lomak cili padi setiap hari ... hahahhahaSi Remy memang suka benar akan lauk kurma diwaktu kecilnya. Ya kerana kuah ini tidak pedas dan nenek akan memasak menu ini untuk si kecil remy hampir setiap minggu. Kalau tidak dapat lauk kurma si kecil remy akan mengamuk ...sehinggalah sesudah dewasa si remy tidak lagi menjamah lauk kurma katanya kerana kejemuan .. entah mungkin si remy bukan jemu tetapi mungkin setiap kali menjamah nya akan teringat kepada nenek yang disayangi ... mendatangkan rasa sedih bila menjamah lauk kesukaannya ataupun mungkin tidak ada sesiapa yg boleh memasak kurma sesedap nenek dan ayah ...

Sunday, January 24, 2010

Insistute Jantung Negara

semalam saya ke IJN di jalan semarak, inilah kali pertama saya ke sana... melawat bapa saudara sebelah ayah yang menjalani pembedahan jantung.

Bukan untuk bercerita tentang pakcik tetapi ingin bercerita tentang IJN itu sendiri. Tempat nyer sungguh molek sekali tapi masih banyak ruang yang boleh diperbaiki sebagai contoh perbanyakkan pohon pohon rendang ... yang ada cuma di tempat letak kereta je ...

Kalau boleh buat pelawat selesa sedikit ...ramai yang datang bersama anak anak, mak bapak, orang kampung datang dari jauh .. tempat menunggu sungguh tidak selesa.. saya lihat ramai yang membawa bekalan - ya dikawasan sekitar tidak mempunyai gerai gerai makan .. yang paling dekat di stadium raja musa atau di kampung baru ... maka sepatutnya disediakan tempat untuk mereka boleh makan ... tidak payah canggih manggih mungkin boleh diletak bangku bangku di taman permainan kanak kanak atau tempat menungggu diletakkan lebih banyak kerusi atau sediakan karpet karpet dari jubin jubin dari italy agar kita boleh duduk bersila sambil makan dan berehat ... cara orang melayu ...

Begitu juga tempat kanak kanak tidak disediakan, alangkah baiknya disediakan tempat kanak kanak bermain, ibu untuk menyusu atau pun bertukar lampin ...

bangunan bangunan di malaysia terutama yang digunakan oleh rakyat masih tidak mesra rakyat. kita perlu berbanyak kan perkhidmatan sampingan baru lah perkhimatan kita berkualiti. Saya dapat bayangkan bagaimana agaknya jika seorang ayah yg hidup sederhana dari kedah atau pahang ingin membuat pembedahaan .. bagaimana ibu dan sianak untuk menjaga selama seminggu atau sebulan .. ha

ohhh ya lagi satu pengedaraan udara nya sangat buruk ... entah bagai mana udara di hosptial yang sepatutnya tempat untuk pesakit pulih mempunyai kualiti udara yang sangat buruk...

Saturday, January 23, 2010

jalan jalan di pasar chow kit



apalah yang menarik di pasar chow kit ya... tempat nyer hangit dan busuk. Penuh dengan warga kelas ke tiga. Indon dan berbagai ... akan tetapi saya mengemari tempat ini. Salah satu sebab saya kesini adalah untuk mencari beberapa barang yang dahulunyer pernah ada di rumah emak atau nenek ... telah menjadi tradisi semuanya barang barangan tersebut akan diberikan kepada anak bongsu yang akan mewarisi rumah pusaka juga.

Niat dihati nak pergi membeli bekas pahar tembaga... tapi duit tak cukup maka lela terjumpa bekas nasi ...sama seperti bekas nasi mak mertua lela .. so terus beli ... tak lah antik tapi lebih klasik .. huhuhuu

satu lagi terjumpa mangkok tingkat set & bekas cuci tangan .. terus je sambar ... now i had a few things that my mom had ...

Friday, January 15, 2010

Nasi Ambeng Pucuk Rebung

Nasi Ambeng Selangor

Bonda Siti meminta saya membuat Nasi Ambeng untuk acara Syukur 60 SZI. Aduh Bonda permintaan kamu berat sekali ... pertama saya bukan orang jawa asli ... saya juga tidak pernah menjamah nasi ambeng seumur hidup atau melihat bagaimana rupanya. Bila Bonda mengarahkan saya membuatnya saya rela dalam terpaksa .. sudah menjadi tabiat diri tidak reti bagai mana untuk menolak permintaan sesorang terutama insan yang bernama Siti Zainon ...

Dalam kegelisahan itu saya pun mencara beberapa data dari Pak Goggole .. dapat lah serba sedikit info mengenai nya .. dan bonda juga ada menulis perihal nasi ambeng didalam blog beliau ... dua hari sebelum aturcara bonda memberi lakaran bagai mana beliau ingin kan .. aduh aduh ... hebat sungguh ini .. kalau tidak menjadi malu jadi nyer nanti ... mana hendak diletakkan muka ku nanti ... dan bonda memanggil saya duduk berbincang mengenai sejarah & kisah nasi ambeng di pulau jawa ... maka terus lah idea datang mencurah curah ...

idea dan info sudah diketahui ... untuk mengrelasasikan adalah sukar .. kerana keluarga kami tidak pernah membuat atau pun memasak nasi ambang ... dan untuk mengatur seperti pucuk rebung .. ha .. semalam saya tidak dapat melelapkan mata.

Yang paling sukar adalah untuk membina pucuk rebung dari pulut kuning. terutama untuk memadatkan pulut dan meninggikannya .. terasa bagai hendak membina sebuah gunung ..


Daun pisang berbentuk kon : ibarat gegunung hijau yang dimana duduknya para dewa dewi raja raja melayu dan kepulauan melayu terdiri dari gunung ganang yang indah permai... peribumi nya digelar orang orang diatas angin ..
Pulut Kuning : ibarat beras emas di gunungan nusantara , pulut dan melayu tidak boleh dipisahkan .. mengambil berkat semangat padi ...
Makanan dikeliling gunung emas ini : terdiri dari laut, udara dan tanah (telur protin - telur puyu sangat mistik bagi orang melayu, laut - ikan kering- orang melayu juga kuasa dilaut satu ketika dahulu, tempe- sumber proten yang baik, rendang kerbau dan urap -sayuran dari pucuk paku yang sebati dengan melayu dan serunding ikan maka melayu bermula dikalangan jawa, patani dan pahang / acheh. Semuanya bersatu didalam hidangan untuk mendapat berkat semangat padi.

Ulang Tahun 60 Siti Zainon

Gambar dari : Facebook Prof Siti Zainon.

Saya mengenali beliau secara tidak sengaja sebenarnya. Mula Mula saya menjadi pembaca setia tulisan beliau di dalam senirupasiti.blogspot.com. Entah bagai mana terjumpa beliau didalam FACEBOOK. maka perkenalan kami pun bermula.

Beliau seorang yang sangat rendah diri dan pemalu ... ya nama beliau yang begitu besar sungguh sungguh boleh bergaul dengan saya yang begini kerdil. Dan akhirnya persahabatan kami tercipta .. satu pertemuaan ke satu pertemuaan ... segalanya berlaku dalam masa yang agak pantas...

December beliau berusia 60tahun .. masih sihat dan ceria ... dan punya banyak idea untuk berkarya .. menjadi saya begitu kagum dengan beliau ...

Menjelang hari jadi beliau dapat lah pi makan makan dengan dia ... ya beliau suka yang klasik dan tradisional .. tak banyak restoren yang mempunyai makanan melayu dan mempunyi ruang rias berciri kan tradisional.. secara kebetulan kami di Bangsar untuk membantu apa yang patut untuk Aturcara Syukur 60 SZI maka kami makan di sebuah Kedai Makan di Bangsar ... dan ianya tidak menghampakan ..

Dan doa kami agar Bonda Siti akan terus berkarya ... Amin

50th year their life

my small family - lupakan tarikh didlm gambar .. it was 03 Jan 2010

awal tahun yang sibuk mungkin ... we had a small get to getter with family ... ya dunia semakin berubah ... we only can meet our family in a function gitu ... i miss the old days bila bila kita nak pergi kerumah saudara mara tak payah nak call call .. just drop by and they will be open arm to see us .. sekarang tidak lagi ... heheheheh

kalau dulu nak buat makan makan ... semua masak sendiri ... sibuk ke dapur .. gaduh gaduh sapa yang malas .. kena marah dengan mak sebab mengelat .. huhuhuuuu kini tak lagi .. nak jumpa jumpa yes we meet somewhere at cafe or restoren ... heheheh yang penting duit nyer sediakan je lar ...

but this is the best in the new era right ... ha lupakan masa masa dahulu .. heheheh i and my family had a good chat ... we had lunch at restoren nelayan ... the event .. to meraikan hari ulang tahun kak long (my eldest sister) & abang mehad (abang ipar) .. they were twins tapi lain mak dan ayah .. .huhuuuuu they celebrate the same day dan year ... so for their 50th years of kematangan ... we give them a birthday batch ... welll guys this is my small family ...
sudah agak lama saya tidak menulis .. idea banyak tapi tak ada mood unutk mencoret ...

bukan kerana sudah mempunyai account dengan muka buku menjadikan saya kurang menulis ... tetapi mungkin kerana berubah meja kerja menjadikan saya tidak mempunyai mood hendak menulis ... ya lah kadang kala bahan bahan untuk dikaji boleh dicapai dek tangan tapi kini segalanya asas saja .. pen dimana, itu di mana ini dimana .. maka segalanya tidak menjadi ...

rutin seharian juga berubah .. ha saya gagahkan juga .. kita mesti mengikut arus ... jika tidak mati lah kita ... tapi secara jujur i miss my house and my things ... mmmm... so kepada semua pembaca yang setia .. sabar lah bersama saya ya .. i'm adjusting my life right now ... hu hu u

Friday, January 01, 2010

Pergi lah duka duka 2009

Ha, 2008 dan 2009 meninggalkan banyak kesan negatif kepada diri saya secara peribadi. Kerana tekanan kerja yang menekan menjadikan saya seorang yang tidak peka kepada persekitaran ...

Saya telah bertukar department ... harapan di tahun 2010 ... beban kerja akan berkurangan .. ya saya ingin lebih untuk diri saya dan suami .. Disebabkan tekanan kerja banyak benda yang tertangguh ..

saya buka almari baju dan melihat ohhh sudah dua tahun baju ku tidak bertukar ... kasut juga begitu ... sudah hampir setahun saya tidak ke salun rambut dan ke spa .. apa tah lagi bermandi bunga ..

kini setelah bertukar ke jabatan lain ... saya merasa agak lega .. punya masa untuk diri sendiri...

ya saya sudah mula menjadi "manusia" kembali ... membersihkan diri, pergi membeli sehelai dua baju, kasut baru ... dan ada banyak perkara yang perlu dilakukan pada 2010... benda yang remeh tetapi sukar untuk dilakukan jika anda seorang yang telah menjadi hamba kepada syarikat anda .. seperti pergi ke klinik gigi ... membuat facial.. berurut ataupun mencari langsir baru dan cadar baru untuk bilik kelamin anda.

Dan lebih bahagia jika punya masa untuk p;ulang awal dan punya masa untuk memasak untuk sang suami ataupun belajar membaca al-quran ...

harapan cuma pergilah segala duka ... hadir lah bahagia di tanggal 2010

AZAM 2010

Ya setiap tahun kita punya impian dan dijadikan tekat untuk kita jadikan azam.

antara azam saya yang telah menjadi kenyataan

a. no more credit card ... huhuuuu 5 cards sudah terlangsai pada Sept 2009.
b. only purchase by cash ... ya saya tidak berhutang .. hutang saya kita cuma rumah ..


azam yang masih azam dah perlu di tunaikan

a. lesen kereta .. hahahahahaha
b. belajar belajar belajar ... entah bila lah nie


kepada semua .. selamat tahun baharu dan semoga berjaya