Demi Tuhan yang menghidupkan, cepat sungguh masa berlalu dan kini mizan sudah berusia 8 bulan.
Mama perlu sudah mula menyediakan mizan dengan bubur nasi .. ya anak ku sudah mula belajar untuk memakan solid food.
Di hujung minggu ini aku menyediakan bubur nasi untuk mizan dan ianya sekarang menjadikan ruang dapur sebagai satu ruang terapi untuk saya dan mizan.
menyediakan bubur mizan memerlukan kesabaran dan seni juga... segala bahan asas di beli secara teliti kerana bayi perut nya masih lembut dan juga dari berbagai warna dan rasa walaupun dari satu sumber yang sama - hanya sayuran
meracik halus sedikit kentang, lobak merah, kubis , bayam merah kemudian dengan segemgam nasi taburan sedikit ikan bilis dan garam gunung dan kami reneh ianya selama 8 jam menjadi empuk ... kami bland halus sehingga menjadi bubur pekat .. baru lah disuap kan kemulut sikenit utk merasa sedikit kenikmatan tuhan yang menumbuhkan segala sayuran ini.
moga moga mizan membesar dengan kesabaran dan kesyukuran dari ilahi..
No comments:
Post a Comment