Saturday, December 26, 2009
Cita Rasa yang Cool
saya ke carefore di wangsa maju .. dan terlihat seni orang muda .. mereka melukis di tembok tembok di tepi jalan .. ya seni mereka mengalir dengan sendiri .. tidak tahu entah bila nanti dbkl akan mengecat putih kembali tembok ini .. tetapi bagi saya .. ianya sesuatu yang cantik dan cool .. kalau tak pun dinding dan tembok tembok ini akan berkulat hijau tidak dijaga oleh sesiapa..
ini lah rasa orang muda melayu ketika ini .. inilah orang orang maheran berseni... indah bukan ... kalau lah semua berseni tanpa memikirkan duit untung dan rugi .. pasti kuala lumpur akan menjadi bandar yang indah dengan berbagai seni di diding diding .. kalau lah saya menjaga dbkl pasti saya cari anak anak muda ini dan hantar mereka melukis di setiap dinding, tembok yang buruk rupa ditukar menjadi karya seni yang menarik .. ya seni bukan hanya di dalam dewan atau pun balai seni lukis negara .. ia hidup disetiap pelusuk sanubari setiap warga..
Aktiviti Hujung tahun ...
Saya tidak menyambut hari natal tetapi bila bercuti kami mengambil kesempatan untuk makan makan di luar bersama suami, ya lah sudah lama tidak berehat... tempat lepak kami kali ini di d di klcc ... makan , kemudian pi menonton wayang dan rasa teruja melihat klcc membena rumah cokelat yang dibena dari cerita kartun disney ... selepas itu kami pergi menonton wayang .. cerita yang menari sekali ...
ohhhh saya pulang kerumah jam 3 pagi ... heheeheheh
ohhhh saya pulang kerumah jam 3 pagi ... heheeheheh
Tuesday, December 08, 2009
Pondok Pondok
Bulan December bulan cuti cuti. Saya pun bercuti tapi bukanlah di hotel bertaraf 5 bintang, makan ala raja, berkenderaan canggih, mandi di tiub emas ....Ataupun mungkin ke kota Paris, London, Hong Kong dan paling tidak bershopping ke Langkawi atau ke Sabah...
Cuti saya kali ini cuma di pondok kecil di tepi gunung nuang di puncak banjaran titiwangsa. Untuk sampai ke pondak ini saya hanya boleh bermotorsikal selama 2 jam, menunya cuma ikan sungai, daun assam dan sambal belacan. Pondok kami beratapkan atap dedaun nipah yang dianyam sendiri, berlantaikan batu dan pasir gunung, mandi dan minum air dari gunung ...
Ahhhh pondok kami tanpa tv, radio , internat dan eletrik dan lilin untuk menerangi malam kami ... disini cuma ada cuma ada buah salak, ikan sungai, deruan air sungai dan cengerik berbunyi .. sekali sekala datang murai menyapa ...
ohhhhhh percutiaan 2 hari ini sungguh indah ... akan ku datangi lagi untuk aku bersama dengan alam ...
Friday, December 04, 2009
LANTAI KU RETAK SERIBU
:: Tak pandai menari salah kan lantai tak rata
:: Lantai ku retak seribu ...
Inilah Lantai Tradisional.. tidak bersimen atau bertar apatah lagi mengunakan batu marmar diimport dari luar negara.
Bertahun Tok kutip bata batu dari gunung untuk dijadikan lantai dapur dan ruang makan (ya dapur dan ruang makan Tok mesra alam terbuka dengan nyanyian deruan air sungai Cemperoh mengalir deras)
Ha dulu tak ku hayati mengapa Tok begitu beriya menganggkut bebatu sungai.. mengapa tidak disimen saja tanah dapur.. mudah cepat dan murah .. leter ku .. kesian aku melihat Tok terbongkok bongkok menganggut batu batu gunung nuang ...
kemarin ku ke surau membawa rendang dan lemang untuk kami jamah bersama .. dam ku amati kembali lantayang Tok bina ... retak seribu, tanah batu dan di saluti hijau lumut .. oh aku menjadi kagum dengan ilmunya. dia memang seorang juru bina yang hebat ..
Semasa berjumpa dng bonda siti ku amati lantai ruang lengarnya ... sama bentuknya cuma bonda siti mengunakan batu bata merah .. nampak lebih moden dan bonda ada mencerita kan sejarah lantai bengini rupa, lantai lantai ini benaan orang purba yang dibina di karton jaya dan istana istana melayu dahulu kala ... biara alam dan manuisa sentiasa bersatu . Biar kaki ku terpijak tanah dan batu batu sungai akan menghangatkan tapak tapak mu ..
Ohhhh Tok ilmu mu tak tersampai dek akal ku ... bukan saja berilmu tapi pemikir dan pembina .. subahanaallah ..
Tuesday, December 01, 2009
kurr kurr
kruk kruk ... chit chit ...
bur bur
dedak ditabur
makan makan
gemuk lah kamu biar peha mu berisi
tak payah bersusah untuk berkais lagi
semua sudah tersedia
kenyang kan perut mu
hangat kan anak anak mu
bermukah berkali kali
biar banyak telur dan
eram eram .. biar banyak yang menetas
biar baka yang baik baik terhasil nanti
tak payahku rungsing
tidak punya dedak
semua sudahkusedia
kandang yang bagus
dedak yang baik
3 hari sekali diberi makan
kurrr kurrrr
gemuk sudah ayam ayam ku
tunggu anak anak ku pulang
kepasar kita untuk disembelih
omak kito masak gulai lomak
sodappppp... berbaloi menjaga siayam berbulan ...
--------------
aku tidak ingin menjadi siayam
walupun ayam bandar mahupun ayam kampung
aku ingin menjadi burung terbang bebas
walaupun kurus terbang kesejukaan
anak ku mati kelaparan
tapi aku bebas tidak dijadikan
hidangan diatas meja
Mati ku berkubur
Bukan di dalam perut
menjadi berak dan taik ..
Subscribe to:
Posts (Atom)