Saturday, October 09, 2010

sekitar syawal

Syawal sentiasa datang dan pergi .. tetapi kita tidak pernah tahu jika ditahun hadapan adakah kita akan menyambutnyer kembali...

Sering kali kedatangan syawal amat mengembirakan diri saya. Ketika ini kita dapat berjumpa dan mengeratkan lagi berhubungan yang renggang. Ketika ini setiap rumah muslim dan muslimat sentiasa terbuka untuk dikunjungi oleh rakan dan taulan.

Tahun ini syawal saya agak meriah bukan dari segi material nyer (saya tidak bertukar sofa ataupun langsir) tetapi dari segi persahabatan. ramai rakan rakan tak kira jauh dan dekat yang datang menjenguk kami. ohhh mungkin saya juga sudah tua maka yang muda sudah mula mencari ibu soko mereka...

dikampung juga bergitu .. tradisi kunjung mengunjungi amat terasa..hampir 200 ahli keluarga datang melawat kami dirumah.. ianya sungguh sungguh mengharukan.

Begitu juga dengan rumah rumah terbuka yang saya hadiri... ohhhh ketika itulah saya dapat bermesra dng keluarga boss boss saya atau rakan rakan pejabat untuk mengeratkan lagi perhubungan yang sedia ada.

Dioffice juga kami melakukan rumah terbuka untuk rakan rakan yang kurang bernasib baik .. ketika inilah kami mempromosikan makanan melayu yang kadang kala sukar untuk didapati..seperti lemang, ketupat, rendang dan kuah kacang dan kami lakukan secara pot luck untuk mengeratkan lagi rasa kekeluargaan

Mungkin kerana saya dan suami baru saja berpindah kawasan perumahaan yang baru maka kami perlu membuat sedikit sesi kenal mengenal dng jiran jiran - rumah saya dikunjungi dengan begitu ramai sekali kanak kanak kecil ... sungguh meriah dan kami juga menghadari beberapa acara rumah terbuka untuk berkenal kenalan.

Syawal sudah pun menutup tirai .. semoga perkenalan dibulan syawal ini akan berkenalan sehingga keanak cucu.

No comments: