Showing posts with label Hijau 21. Show all posts
Showing posts with label Hijau 21. Show all posts

Monday, August 09, 2010

finally we move in


syukur kepada allah kerana mempermudahkan segala perjalanan kami. Memindahkan seisi rumah ke rumah yang lain bukan lah satu yang memudahkan dan menyenangkan. Ianya mengambil banyak masa dan tenaga.

Terlalu banyak keputusanan yang perlu diambil .. ya jika tersilap langkah berbagai masalah dikemudian hari .. dan itu yang cuba kami elakkan .. pertama lokasi, kedua budget, ketiga tuan rumah itu sendir .. dan berbagai lagi .. dan yang sebenarnya benarnya kami tidak ingin pun untuk berpindah .. kami ingin rumah sendiri .. akan tetapi kerja saya amat jauh dan yang menjadi mangsa adalah suami ...

Setiap hari berulang alik dari setiawangsa ke rawang kemudian ke pejabat nya di pj dan pulang begitu juga membuat saya merasa sangat sangat kasih kepadanya ... maka kami mengambil keputusan untuk berpindah ke loksai yang lebih dekat dan menyenangkan ke dua dua belah pihak .. saya juga tidak mahu kerana saya pretasisi kerja suami saya akan terjejas.

ini bukan lah satu keputusan yang mudah .. kami tidak tahu apa yang bakal terjadi di hari hari mendatang. ya langit tidak selalu cerah .. dan kami cuba untuk menyesuaikan diri kami di persekitaran yang baru .. bukan mudah .. rakan yang baru, suasana rumah yang baru, jiran yang baru.. semuanya perlu kami telan dan hadam .. tetapi suami selalu berfikiran positif ... ya mungkin ini yang terbaik untuk kami... moga moga perjalananan kami nie diberkati oleh Allah sang perancang yang terbaik.

Tuesday, July 27, 2010

langsir sudah siap dipasang .

Jika berpindah ke rumah baru ... perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memasang railling dan langsir ... tidak perlu yang mahal mahal ...selain dari menahan panahan bahangan mentari ianya juga menjadi pelindung dari pandangan mata mata jiran tetangan yang ingin mengetahui aktiviti didalam rumah

Sunday, July 25, 2010

menuju ke Bandar Tasik Puteri, Rawang

kini setiap hujung minggu kami asyik berulang alik dari setiawangsa ke bandar tasik puteri.

Kami belum berpindah secara rasmi ... baru membawa barang barang perlu ... itu pun sudah amat memenatkan ... Barang barang kecil dan yang terasa remeh sebenarnya satu keperluan ... amat rasa payah bila hendak makan tidak punya meja makan .. sudah hampir sebulan kami makan duduk bersila.

Begitu juga ingin memasak ... itu ada ini tiada ... mahu beli banyak banyak barang basah juga tidak boleh .. tidak punya peti ais dan gitu gini ... begitu juga dng katil .. sudah hampir sebulan kami cuma tidur dilantai .. buat masa kami masih terasa bagaikan pendatang yang tidak punya apa apa...

amat amat meyukarkan.

Monday, July 19, 2010

hampir setahun saya berulang alik dari rawang ke setiawangsa .. atas nama sesuap nasi.. syukur ada yang kasih dan tuhan melimpahkan kurnia sayang kepada saya. ada insan yang bersimpati dan diberikan saya menyewa di rawang (ya hampir setahun juga saya mencari rumah untuk disewa tetapi tidak ada yang melekat) .. dan kini setelah haru biru hidup saya .. kini ianya menjadi semakin selesa... untuk sebulan dua ini akan sabtu dah ahad akan menjadi begitu memenatkan .. memindahkan barang barang dan perkakas rumah ke satu rumah yang lain bukan sesuatu yang mudah...nasib saya mempunyai suami yang begitu memahami ...

dengan berpindah ke rawang.. kami mempunyai lebih masa untuk melihat panahan mentari petang .. melihat kanak kanak bermain di padang dan dapat singgah ke pasar pasar tani .. ah moga moga hidup saya lebih selesa disini .. lari dari kehidupan kota lumpur yang menyesakakan dengan berbagai ragam dan cerita manusia ..

Sunday, July 18, 2010

Rumah Baru

Saya dalam proses memindahkan semua barang barang dari setiawangsa ke bandar tasik puteri .. ya berpindah ... dalam bahasa yang mudah.

Saya dipindahkan kan ke Rawang dan ianya tidak pratikal untuk saya berulang alik dari setiawangsa ke rawang setiap hari .. dan rumah rumah sewa dirawang amat murah sekali ... maka saya mengambil keputusan untuk menyewakan rumah saya di setiawangsa dan berpindah ke bandar tasik puteri.

Maka kini saya agak kesibukan kerna terpaksa mengurus dua rumah ... satu untuk disewakan dan satu lagi untuk menyewa ... ha . kalau lah saya punya 10 tangan dan kaki.