Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Friday, March 26, 2010

Pesta Buku Antarabangsa 2010



sengaja saya ke PBAKL pada hari ini... secara kebetulan pula saya bercuti .. tak payah lah mengharungi lautan manusia esok hari .. secara amnya hari jumaat dan waktu sembayang maka tak ramai sangat pengunjung ... agak lega dan sejuk dng penghawa dingin ... seperti suami saya yang tidak akan mis ke pc fair begitulah juga saya .. tidak miss untuk ke acara tahunana nie. konon hati ingin melihat jika ada buku buku terbitan terbaru yang hebat hebat .. mmm tapi nampaknya semua tinggal angan angan .. pesta kali ini ibarat melambakan buku yang tidak terjual pada tahun lalu ... bagaikan stok clearan gitu.

jalan jalan pergi ke beberapa kedai buku dan publisher yang ternama tapi nampaknya tidak ada yang berkenan dihati .. dan setelah 4 jam disana cuma inilah saja yang saya bawa pulang - 2 cd tentang kesenian tradisional negeri melaka dan lagu lagu bongai n9 dan senaskah buku mengenai persamaan adat sultan di malaysia dan jepun . Yang kurang menarik minat saya.

Congrats kepada Jabatan Kebudayan & Keseniaan yang telah membuka booth dan menjual naskah naskah yang baik untuk rujukaan semua. Bukan senang dan agak sukar sebenarnya nak mencari buku atau pun cd tentang masyarakat melayu di kedai kedai diseluruh negara .. harapan saya agar tahun depan lebih banyak lagi buku buku dan cd dihasilkan oleh Jabatan ini.

lagi satu booth yang menarik hati saya adalah buku terpakai di seberang sungai . Dikala musim gawat booth ini adalah satu alternative yang agak menarik .. Ramai juga pengunjungnyer ...

Wednesday, November 12, 2008

buku dari bandung


menjejak saja kaki di bumi bandung, saya terus ke toko buku. Tidak mahu menyesal seperti mana saya di kota jakarta 4 tahun yang lalu. Telah saya tanam kan niat bila sampai di bandung nanti saya ingin membeli buku buku tulisan orang indon yang rata rata sangat bermutu.

Memang telah menjadi idaman saya untuk membeli beberapa buah buku untuk dibawa pulang sebagai ole-ole. rupa rupanyer impian saya dimakmulkan dan ohhhhh saya menjadi seperti orang gila bila melihat begitu banyak buku yang bermutu dan yang penting ianya murah banget!!. Akhirnyer saya membeli Tetralogi tulisan Pak Pramoedya Ananta Toer -Bumi Manusia, Anak Semua bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca yang memang sukar untuk di dapati di Malaysia

Saya kenali beliau melalui pembacaan saya di blog beliau, dia sering menulis dan melaungkan selogan bumi ini di diami oleh anak semua bangsa ... dan ketika saya menjumpai tetrlogi ini saya benar benar gembira... saya menari nari di toko buku membuat semua orang termanggu manggu ... kawan sepejabat mengatakan saya sudah gila ... orang kebandung membeli baju dari kilang berkodi kodi saya membawa pulang buku buku yang entah faham atau tidak bahasanyer ... ketika membayar saya memberi tahu rakan bahawa .. saya sudah boleh pulang ke kuala lumpur ... saya sudah dapat apa yang saya hajati ... sudah lupa telekung dan baju kebaya bandung !!! hahahah a... kata pemandu pelancung kami ... jika semua seperti Lela ... tutup semua kedai di bandung ... hehehehehe ...

wellll guys ... i will be always diff frm others meh!!! dan ketika ini saya sudah mula menghadam dan menjilat keilmuaan yang dicurahkan didalam setiap buku buku beliau ... wahhhhhhhhhhhh penulis malaysia tidak ada yang setanding beliau ketika ini!!!.

Sunday, October 26, 2008

Growing Up in Trengganu.


Tadi selepas balik dari pejabat [Ya, Ahad pun lela kerja :(( ], singgah sebentar di Jaya Jusco ... makan makan di food court. Selepas makan, masuk ke kedai buku ... untuk melihat apa yang menarik ...

telah menjadi hobi setiap bulan mesti membaca satu buku baru!! tak sempat baca pun mesti beli satu ... simpan je dulu mana tahu nanti bila pencen boleh membaca semahunyer ... mana lah tahu tiba menganggur setahun dua nie cukup lah stok untuk membaca tak yah pi beli buku lagi ... kira kira macam simpanan lah juga nie ... hahahahah a

Maka terminat lah kita kat satu buku nie "Grwong Up in Terengganu", salah satu sebab nak beli buku nie sebab tak banyak buku yang menceritakan tentang negeri terengganu, cerita tentang masyarkatnyer ... yang saya tahu terengganu punya pantai yang cantik, nasi dagang yang sedap dan cuaca nyer yang panas kedeking (itu ayat tok saya!!). Kerna info tentang negeri ini sangat sedikit maka saya pun beli lah buku ini... and i did a good investment !!!. buku ini menceritakan tentang masyarakat terengganu dan kisah kisah di sana.

Ketika membaca buku tulisan Adibah Amin - As I passing by mengingatkan saya tentang baju kurung berkain kapas, masak asam pedas dan berbagai budaya orang johor / melaka yang saya terlupa ... tetapi kini saya cuba menanam sedikit unsur unsur kemelayuan riau kedalam diri saya setelah membaca buku buku tulisan beliau.

dengan membaca buku buku tulisan dari pak hamka saya dapat mengenali budaya orang minang dan mendalami hati budi mertua saya, begitu juga bila saya membaca buku buku tulisan Shanon Ahmad saya mengenali cara hidup petani dan orang kampung.

Berbalik kepada buku tulisan Awang Goneng ini saya mengenali masyarkat pertengahan / kelas atasan orang terengganu... mmmmm... menarik juga orang ganu nie ya ... dan yang pasti raja raja nyer hensom hensom belaka!!.

Dan yang menariknya buku ini terbit dari hasil tulisan blog beliau .... huhuuuuu .. check this out + kecek-kecek (cerita sikit)